Malam ini 17 Ramadhan merupakan peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di Bulan Ramadhan yang mana turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Rata-rata surau dan masjid di seluruh negara dipenuhi dengan pengisian malam keagamaan untuk menyambut hari paling bersejarah ini.
Di sebuah surau tempat saya berterawih tadi, para jemaah yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur memenuhi ruang legar masjid bagi mendengar ceramah agama Nuzul al-Quran yang disampaikan oleh seorang ustaz. Ceramah ini diperuntukkan dalam masa setengah jam sebelum meneruskan aktiviti solat sunat terawih berjemaah.
Ketika ustaz tengah khusuyuk memberi ceramah di hadapan jemaah, tiba-tibaa....
"KEDEBOMMMMMMMMM................."
Di sebuah surau tempat saya berterawih tadi, para jemaah yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur memenuhi ruang legar masjid bagi mendengar ceramah agama Nuzul al-Quran yang disampaikan oleh seorang ustaz. Ceramah ini diperuntukkan dalam masa setengah jam sebelum meneruskan aktiviti solat sunat terawih berjemaah.
Ketika ustaz tengah khusuyuk memberi ceramah di hadapan jemaah, tiba-tibaa....
"KEDEBOMMMMMMMMM................."
Suasana berubah seketika. Letupan bunyi mercun begitu membingitkan telinga. Semua hadirin tersentak dengan letupan mercun yang baling oleh budak-budak di luar masjid.
Spontan ustaz tersebut bercakap:
"Astaghfirullah hal azim. Inilah perangai budak-budak kita ni. Tak pasal-pasal hilang idea saya nak sambung cakap..
"Hahahahaha".. Para jemaah tergelak kecil..
Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud:
“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.
Sumber: Wikipedia..
Sumber: Wikipedia..
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
23 comments:
hilang semangat kejap kan... :)
a kl citizen----> iya macam tu la... hampir nak pengsan juga tadi.. ehehe
haish. Sama lah kita. Tgh dok tulis entry, meletup sekali. bhahah. :)
Umedia Network ----> ahahaha.. inilah budak2 ni.. mercun sajala...
tulah...org barat pun berminat mengkaji Al-Quran kan...:)
nasib pak imam x pengsan...budak2 sekarang...haihhh
HAHA nasib baik laa ustaz tuu tak melatah kann :P
Rasanya suma masjid sama..
Jemaah terkejut ngan mercun
ala bom atom...hurmmmm
Ada rasa nak maki tapi cuma
mampu dalam hati saja..huhuhu
Abby Salvatore----. nasib pak imam masih muda.. kalau dah berumur mesti rebah agaknya.. ehehehe
Solihahazahar ----> iya, hahaha.. kalau melatah entah apa jadi ngan ceramah agama malam tu
missgee---> tu lah pasal.. tiada orang yang berkawal di luar masjid nak larang budak2 ni.. huhu
haha..tak pasal2 kesian budak tu..kok ye pom main la lepas solat mercun tu...
hehhe..nsb bek xmelatah...adehhhh
ak jadi imam pon tetibe dgr mercun..hilang habes tarannum aku
isk.. tulah dia kan.. ada plak selingan.. kalo sakit jantung mau Innalillah teruskan :)
tak patut sungguh bila terjadinya perkara macam tu di surau mahupun masjid.
psstt: pernah dulu dalam pantang budak2 main mercun, bunyi letupan yang kuat buat baby ai terkejut tapi nasib baik masa tu dia dalam dakapan ai.. ish ish..
H.J----> tak payah main lagi bagus. menggangu ketenteraman ja orang main mercun ni
nurani---> ehehehehe
JIJI YU----> wah, pak imam rupanya. taniah ye..
QueeN TerataI---> betul2 mengejutkan letupan tu.. kalau ada yang sakkit jantung konfom gol barangkali
aizamia3----> yelah, patut dibenteras perangai main mercun ni.. bahaya.. pastu menggangu orang lain plak
nasib baik mercun ja...klu main airbOom..memanjang terkejut ustaz tue..
yey da la merdeka. raye plk tu^^
Raya dgn merdeka pada masa yang sama.
Btw, FD follow blog ni #700 :)
Post a Comment