G2M Superfriends

Saturday, April 30, 2011

Hari tanpa beg plastik

Hari ini hari Sabtu. Rupanya hari ini ada sesuatu yang saya tak tahu menahu pada hari ini di sebuah Supermarket. Hmmm...

"Abang ada bawa beg membeli belah sendiri tak?"

"Bawa beg? Untuk apa?"

"Abang tak tahu ke? Hari ini hari Sabtu. Setiap pengunjung yang datang ke pasaraya hari ini kena bawa beg sendiri untuk menyimpan barang-barang yang dibeli ni. Mana-mana supermarket pun buat macam tu bang."

Betul jugak. Di sebelah cashier ini terpampang sebuah notis yang berbunyi,  


" HARI TANPA BEG PLASTIK. SELAMATKAN BUMI KITA".


"Ooo ya ek? baru plak saya tahu ni. Jadi macam mana saya nak angkut barang-barang yang saya beli ni? Takkan nak angkut pakai tangan kosong je?"

"Takpalah bang, kami akan berikan abang kompek (beg plastik). Tapi kena cas 20 sen la. Hehe"

Baru plak saya tahu rupa-rupanya pada setiap hari Sabtu, pasaraya-pasaraya sedang giat menjalankan kempen "Selamat kan bumi" dengan slogan "Hari Tanpa Beg Plastik. Kempen ini rupanya sudah dijalankan pada 1 Januari lalu lagi. kesian, ketinggalan zaman betul aku ni aaa.. Ngeee~. Bukan pa, orang bujang macam saya memang jarang nak pegi supermarket membeli belah. Hehehe..

Beg Plastik umpama toksid di muka bumi, susah untuk dilupuskan dan dibersihkan . Menurut pakar, beg plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk dilupuskan sepenuhnya dan sekiranya ditanam atau dibakar pula akan mengeluarkan gas karbon dioksida yang boleh meningkatkan kadar pemanasan suhu bumi.

Tadi saya sempat searching di google mengenai kempen yang dijalankan ini. Rupanya tidak semua kempen yang murni ini mendapat sambutan yang memberangsangkan. Salah satu isu yang masih belum terungkai, Hari Tanpa Beg Plastik untuk setakat ini hanyalah disertai dan disokong oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya. 

Namun, kempen ini tidak langsung dijalankan oleh kedai-kedai runcit, pasar-pasar tani dan sebagainya. Apa  yang ingin saya maksudkan di sini ialah perlaksanaan masih tidak menyeluruh dan penguatkuasaannya masih lemah.

Bagaimanapun langkah mengharamkan pengguanan beg plastik adalah satu langkah awal sebelum ianya dijalankan secara menyeluruh.

Sediakan Beg Membeli-belah, Kurangkan Beg Plastik. Jom, pisahkan sampah! Amalkan 3R: Kurangkan sampah(Reduce), Guna semula(Reuse) dan Kitar semula(Recycle).

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Monday, April 25, 2011

2 Malaysia


Suatu pagi di Kelas Pemulihan SKBPT. Murid pemulihan tahun II bergabung dengan murid pemulihan tahun III.

"Okey kelas hari ini kita akan buat satu permainan. Permainan padan dan menang. Tapi sebelum tu cikgu mau kamu dibahagikan kepada dua kumpulan ya".

Murid-murid  bergerak  mencari kawan masing-masing yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang kesemuanya.

"Ok, dah dapat kawan dah ada kumpulan, sekarang cigu nak setiap kumpulan beri nama kumpulan kamu masing-masing."

Murid-murid berkumpul membincangkan nama kumpulan mereka. 

"Okey, kumpulan I, apa nama kumpulan kamu?"

"Hmmm.... nama kumpulan kami ada lah kumpulan 1 Malaysia." "yeaaaahh". Nurain selaku ketua kumpulannya begitu bersemangat melaungkan nama kumpulan mereka.

"Okey, kumpulan II plak. Haaa Sukri, pa nama kumpulan kamu?"

"Hmmmm, aaaa... Nama kumpulan kami adalah kumpulan 2 Malaysia.... " hahahaha". Satu kelas tergelak.. 

Aduhai, murid-murid pemulihan ni bikin aku senak perut jak. HAHAHA


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Sunday, April 24, 2011

Saya nak kacau bini awak !!

"hai sayang, sori lambat balas, penat betul tadi". Salam sayang - dr Bob

Tiba-tiba saja darah jantan Abu menyerinap naik ke kepala sebaik saja terbaca sms yang muncul di skrin telefon bimbit isterinya sebentar tadi.

"Bob? Siapa si Bob ni? Napa dia hantar sms macam ni kat handphone isteriku?" Abu bersuara dalam hati.

Abu yang baru sahaja tiba di rumahnya semakin tak keruan pada ketika ini. Rasa keletihan tadi kian hilang ditenggelami rasa marah yang teramat. Macam dirasuk syaitan ja rasanya. Mujur dia bukan jenis yang pemanas baran. Sekali sekala dia cuba untuk menjeling tajam ke arah isterinya yang sedang lena dibuai mimpi. 

Astaghfirullahhal'azim. Sabar. Abu cuba kawal, namun masih tetap tidak berpuas hati. Keinginannya masih membuak-buak untuk mencungkil segala pertanyaan yang bersarang di kepalanya malam itu. Dia cuba untuk  membalas sms jiwang itu.

"Oh, penat ye. Buat pa tadi?". Abu cuba menghantar sms menyamar.

"Hmmm, abang baru pulang men badminton tadi. Sayang suda makan?". Nombor misteri itu membalas dengan ayat-ayat yang bisa mengguris hati seorang suami.

Abu semakin geram. Beberapa sms yang dihantarnya kepada nombor itu sudah cukup nyata menyebut nama isterinya.

Siapa dia ni? Tak guna betul. Abu cuba pula untuk menelefon nombor tersebut untuk lebih kepastian. Manalah tau kawan isteri dia ke yang saja nak main-main.

'tut tuttt'....

"Hello"...

"Hai yang. Lambatnya balas sms. Watpa tu? Abang rindu lah.."

Cissss.. memang sah suara lelaki menggatal. Abu tidak menjawab. Dia off kembali talian, cuba  mengucap beristighfar panjang-panjang. Tak tertahan rasanya dia nak menjerit. Tak syak lagi. Lelaki ini dan isteriku sudah lama berhubung sejak ketiadaan aku di rumah selama ni.

"Sialannn. Kurang asammmm. Tak guna punya jantan keparat. Berani kau ganggu isteri aku ya." Bisik hati kecilnya.

"Siapakah agaknya lelaki itu? Ada orang menggatal nak mengurat bini aku ya? Atau bini aku yang main kayu tiga dengan aku sekarang ni? ". Semakin bingung Abu dengan persoalan yang kian menyerang mindanya malam ini.

Abu merupakan seorang cikgu yang baru saja bertugas dan diarahkan berkhidmat nun jauh di pedalaman. Manakala isterinya seorang suri rumah sepenuh masa yang menjaga anak-anak mereka. Jarak antara sekolah tempat Abu berkhidmat dengan rumahnya bolehlah dianggarkan 4 jam lamanya dalam sekali perjalanan. Abu hanya akan pulang seminggu sekali ke rumah mereka semata-mata untuk menjenguk kasih dan sayang pada isteri dan kedua anak-anak mereka yang masih kecil.

Namun langit tidak selalunya cerah. Malam ini segala rahsia bakal terbongkar. Abu semakin tak faham. Selama ini mereka hidup berbahagia dengan anak-anak mereka. Tidak ada pun salah faham antara mereka. Tapi mengapa? Tergamak isterinya bermain kayu tiga sepanjang ketiadaannya di rumah ni.  Sejak Abu ditempatkan bertugas di kawasan yang jauh, barulah terdetik sedikit perubahan perangai isterinya. Beracam-macam kata semburan dan makian yang terucap di dalam hatinya sekarang ini.

"Hmmm, patut pun kebelakangan ini isteri ku semakin dingin dengan kepulangan ku. Takda lagi layanan mesra seperti sebelum ni. Anak-anak pun semakin terabai. Hari-hari duduk depan laptop main Fesbuk main Blog je kerjanya. Dari situ kot dia mula berkenalan dengan lelaki lain. Hmmmm...."

Hati Abu semakin panas membara. Kalau boleh dia nak cekik-cekik ja bininya yang lena dibuai mimpi di katil ini. Namun keimanan di dada masih utuh untuk mengawal nafsu kemarahannya ketika ini. Jangan terburu-buru. Tak baik salah sangka. Nanti padah jadinya. Takda guna dia marah sekarang ini jika tidak ada bukti yang kukuh. 

"Takpa, aku akan siasat. Aku akan pasang perangkap. Sms-sms ini akan menjadi saksi. Kalau betullah isteri aku curang dari belakang, aku akan ajar ko cukup-cukup. Ko tunggu. Ada masanya Allah akan tunjukkan juga kebenaran."

"Tak sabar juga aku nak lanyak lelaki durjana setan keparat tu. Jangan ko ingat kau kacau bini orang ko akan bahagia. Ko tunggu, kejap lagi nahas lah kau. Tak sabar aku nak cangkul kepala hotak ko macam ni"------>
v
v
v
v
v

v


Gen2Merah----> Kita pernah ditontonkan video-video yang memaparkan kes isteri curang bersama lelaki lain yang dibelasah beramai-ramai oleh si suami dan kawan-kawannya. Kisah di atas mungkin juga pendorong terjadinya satu lagi kes.

Seseorang lelaki yg sudah beristeri mahupun tidak usahlah mendekatkan diri dgn wanita bermasalah yangg sudah bersuami. Selalunya di situlah bermulanya hubungan yangg terlarang. Mula-mula kawan-kawan, jadi kasihan, lama-lama menjadi sayang dan akhirnya cinta pun datang. 

Hubungan seperti itu biasanya mengundang masalah, air mata dan dosa2 besar. Tiada siapa pun yg beruntung dalam situasi begitu. Wanita itu akan mengingkari suaminya, mengabaikan anak-anaknya dan begitu jugalah suami tadi terhadap isterinya dan anak2nya. Jika gagal diselesaikan, tidak mustahil wanita itu nanti bercerai dgn suaminya lalu berkahwin pula dgn lelaki berkenaan yang mana lelaki berkenaan juga menceraikan isterinya atas alasan sudah tiada bersefahaman.

Buat Sahabatku Abu (Bukan nama sebenar)-----> banyakkan beristighfar. Mengucap panjang-panjang. Moga semuanya baik-baik saja. Harap ianya dapat diselesaikan dengan baik. Insya Allah ada jalan yang terbaik untuk meleraikan segala kekusutan.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Tuesday, April 19, 2011

Walaupun hanya sebatang pensil


"Mula minggu hadapan, pihak sekolah berkenan untuk memberikan hadiah ganjaran kepada seorang pelajar yang menunjukkan teladan yang baik setiap minggu, sungguhpun hadiah itu cuma  
sebatang pensil sahaja".

Demikian petikan ucapan yang sempat saya ingat semasa ucapan alu-aluan Penolong Kanan 1 SKBPT pada sesi perhimpunan awal pagi tadi. Kata-kata semangat ini disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua murid yang berhimpun pada pagi itu.
Bermula minggu hadapan, pihak sekolah bercadang untuk mengadakan program pemberian ganjaran kepada seorang murid yang menunjukkan contoh disiplin yang baik pada setiap minggu. Guru bertugas mingguan diberikan tanggungjawab untuk mengenal pasti murid yang berpotensi ini sebagai perangsang kepada semua pelajar sekolah ini agar sentiasa bersikap baik, dan sentiasa berdisiplin. 

Calon pelajar contoh yang dikenalpasti ini akan diberikan hadiah setiap kali berlangsungnya perhimpunan sekolah setiap minggu.

Pemberian ganjaran ini adalah satu alternatif pihak sekolah untuk mengawal tahap disiplin murid-murid. Dalam masa yang sama ianya juga sebagai menghargai jasa pelajar yang selama ini sentiasa menunjukkan contoh teladan yang berguna sekaligus menjadi perangsang kepada rakan-rakan mereka yang lain untuk sama-sama sentiasa menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang baik.

Siapakah pelajar contoh? 

Seorang pelajar contoh merupakan seseorang yang memiliki ciri-ciri seorang pelajar yang boleh dicontohi kawan-kawannya yang lain. Pelajar contoh ini mungkin seorang yang cerdik di dalam kelas, atau seorang yang mempunyai semangat ketekunan untuk belajar, atau seorang yang rajin datang ke sekolah setiap hari. (",)


Gen2Merah---> alangkah indahnya jika boleh kembali ke zaman persekolahan dulu.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Saturday, April 16, 2011

Ada solat di rumah?

Tidak seperti selalunya, Aidil kelihatan agak gemuruh pada pagi itu berbanding rakan-rakannya yang lain. Di saat yang lain sibuk menghafal dan membaca , Aidil hanya diam seribu bahasa di penjuru sebuah tempat duduk. Seolah-olah ada sesuatu yang merisaukan dirinya.


Sikapnya yang terkenal dengan pemalu, bertambah-tambah malunya lagi apabila saya memandang tepat ke arah matanya. Dia hanya banyak menundukkan wajahnya ke bawah, cuba menghafal keratan kertas yang telah saya edarkan kepada setiap murid sebentar tadi.

"Aidil, haaa giliran awak plak baca surah al-Fatihah."

Aidil yang tersentak dengan arahan saya serta merta tampil ke hadapan. Rakan-rakannya hanya tersengih melihat telatah gelabah Aidil.

"Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillah hirabbil alamin. Arrah...arrah.. Arrahmaaaa....."
"Aik, apasal terputus?..." Tegur saya.

"Dia tak pandai baca al-Fatihah cikgu". Sahut rakan-rakannya yang lain.

"Haaa? surah yang macam tu senang pun awak tak boleh hafal?."

Sedikit kegeraman rasanya melihat seorang pelajar tahun 5 yang sudah berumur sebelas tahun masih belum dapat menghafal surah al-Fatihah sungguhpun surah tersebutlah yang seringkali dibaca setiap kali sesi pembelajaran dalam kelas.

"Saya tak tahu baca cikgu." Jawab Aidil dengan nada yang bersalah.

"Di rumah ada mengaji tak?".
"Takda cikgu...~"

"Ada solat di rumah?".

"Takda juga cikgu. Langsung tak pernah."

Hmmmmm. Saya hanya mendengus kecil. Memang ada patutnya juga pihak sekolah mengadakan program Kem Bestari Solat bagi mendedahkan para pelajar sekolah dengan tatacara asas mengerjakan solat dengan sempurna. 

Borang markah tahap pencapaian murid yang saya pangkah menandakan betapa banyaknya murid-murid yang masih belum menguasai asas dalam solat even cara mengambil wudhu dengan baik.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Biarlah anak-anak dari kecil lagi didedahkan dengan didikan ibadah asas, kelak bila dewasa nanti tidaklah mereka hanya Islam pada nama semata-mata.

Alhamdulillah, program Kem Bestari Solat SKBPT yang dijalankan pagi ini berlangsung dengan jayanya seperti yang telah dirancang. Antara pengisian yang dalam kem ini adalah tatacara mengambil air wudhu, lafaz niat dalam solat, serta rukun-rukun dan bacaan dalam solat.
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Saturday, April 2, 2011

Keep On Movin'

Selamat pagi. Oppss. Selamat pagi buta. Ngeee~. Salam kecerian buat semua. Jom layan dulu lagu-lagu lama era 90-an ini. Keep on Moving daripada kumpulan 5ive. Lagu ini memang aku selalu mainkan setiap pagi sebelum bergerak ke sekolah suatu ketika dulu. Seronok dengar lagu ni. 

Sebenarnya lagu ini lah yang pernah jadi peneman di saat gua terluka akibat gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan dulu. Keep on moving... Teruskan usaha kita agar lebih bersungguh-sungguh tanpa kenal erti jemu dan putus asa.

~Keep On Moving~

I woke up today with this feeling
That better things are coming my way (way)
And if the sunshine has a meaning
Telling me not to let things get in my way

When the rainy days are dying
Gotta keep on, keep on trying
All the bees and birds are flying (ahh ahh ahh)
Never let go, gotta hold on in
Non-stop 'til the break of dawnin'
Keep on movin' don't stop rockin' (ahh ahh ahh)

Get on up when you're down
Baby, take a good look around
I know it's not much, but it's okay
Keep on moving anyway

Feels like I should be screaming
Trying to get it through to my friends
Sometimes it feels that life has no meaning
But I know things will be alright in the end

When the rainy days are dying
Gotta keep on, keep on trying
All the bees and birds are flying (ahh ahh ahh)
Never let go, gotta hold on in
Non-stop 'til the break of dawnin'
Keep on movin' don't stop rockin' (ahh ahh ahh)

Get on up when you're down
Baby, take a good look around
I know it's not much, but it's okay
Keep on moving anyway

When the rainy days are dying
Gotta keep on, keep on trying
All the bees and birds are flying (ahh ahh ahh)
Never let go, gotta hold on in
Non-stop 'til the break of dawnin'
Keep on movin' don't stop rockin' (ahh ahh ahh)

Get on up when you're down
Baby, take a good look around
I know it's not much, but it's okay
Keep on moving anyway

Get on up when you're down
Baby, take a good look around
I know it's not much, but it's okay
Keep on moving anyway

When the rainy days are dying
Gotta keep on, keep on trying -ac 



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...