G2M Superfriends

Showing posts with label Diari Harian. Show all posts
Showing posts with label Diari Harian. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

HUJAN PAGI dinihari

Masuk hari kedua bumi Tawau dilimpahi rahmat hujan yang turun sejak semalam. Syukur alhamdulillah. Semoga ianya memberi rahmat untuk semua di permulaan pagi nan indah.. Selamat Pagi Semua.



Selepas ketawa pasti menyusul tangisan
Selepas panas membara pasti menjelma hujan.
Sungguh indah kitaran kehidupan yang ditentukan oleh Yang Maha Esa.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Friday, January 20, 2012

KEDAMAIAN dan KESEMPURNAAN diri


Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera dalam pagi Jumaat yang ceria.

Semoga kehidupan saya dan anda pada hari ini lebih baik daripada hari semalam. Semoga kita semua sentiasa dikekalkan kesihatan diri dan kesejahteraan yang sempurna. Moga-moga tiada kekurangan dan kekangan yang bisa membantutkan usaha kita untuk kekal lebih maju dengan impian dan cita-cita harapan.

Selang beberapa hari ini saya sentiasa ligat berfikir bagaimana harus untuk membawa pembaharuan diri ke arah  matlamat yang saya harapkan selama ini. 

KEkecewaan+ KEgagalan, + KEmurungan + KEtidakstabilan dan bermacam-macam jenis 'KE' negatif yang sentiasa bersangkar dalam jiwa sanubari akhir-akhir ini.

Insyaallah. Doakan sahaja yang terbaik untuk diri ini agar kekal dengan komitmen dan semangat yang jitu ke arah titik tujuan yang diharapkan kelak.

Terima kasih buat semua. (",)

Saturday, December 3, 2011

MENDUNG tak bererti HUJAN


Mendung tak bererti hujan
Yakinlah itu satu cobaan
masih ada waktu dan kesempatan
tuk meraih cinta

Lyrics Ella & Deddy Dores

Di saat melayan lagu lama ini, baru gua teringat. Ya Allah, betapa berat sungguh dugaan yang menimpa hamba-Mu kali ni. Aku tak pasti sama ada diri ini cukup kuat atau tidak untuk menghadapi semua dugaan yang datang kali ni. Takpa, hadapi semuanya dengan senyuman. Hmmmmmm.
 
Ya, kita tidak pasti apa yang bakal terjadi seminit lagi selepas saat ini, sehari selepas hari ini. Kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita di hadapan. Kita terus berlari dan menjerit di tepian. Mengimpikan yang terbaik antara yang terbaik. Mengharapkan yang mudah indah tanpa derita. Hingga kadangkala kita tertewas dengan ujian yang sekecil cuma.

Apa pun, selagi semangat masih ada, selagi impian menggapai di dada, selagi itulah kita terus mengukir senyuman untuk melangkah dan terus berusaha untuk sebuah impian. Mudah-mudahan kejayaan dan kegemilangan akan menjelma di kemudian hari. Insya Allah.

Saya pernah teringat kata-kata cikgu saya zaman sekolah menengah dulu:

V
V
V

Cikgu:----- Kamu semua jangan bersedih-sedih ya. Ingat tu, "Mendung tak beerti Hujan" 

Murid:----- Yelah, tapi kalau ditakdirkan 'hujan' juga cikgu??

Cikgu:----- Kalaupun hujan, mana tahu akan muncul PELANGI YANG INDAH selepas hujan. Betapa  cantik kan aturan Tuhan kepada kita semua.

Waahhhhhhhh, terima kasih cikgu. Mendung tak beerti hujan. Hidup tak selamanya hitam. Jangan bersedih-sedih tau... (",)


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Sunday, November 6, 2011

Corat coret AIDIL ADHA 2011.


Tidak kejauhan dari rumah, suara laungan takbir memecah kedinginan pagi yang memuji kebesaran Yang Maha Esa. Semangat bangun awal pagi ini. Bukan selalu berjumpa dengan hari berbahagia ini. Hari ini hari raya lagi. Cuma kemeriahannya tidaklah sesibuk sambutan Aidilfitri.

Kuih muih dan juadah pun sekadar ala kadar. Lagu-lagu raya langsung tak kedengaran apatah lagi sms-sms ucapan daripada rakan-rakan. Amat jarang sekali. Hanya hujan renyai-renyai mengiringi suasana riang dan suram di pagi hujung minggu ini.

Pagi ini saya kenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Ya, itulah baju Raya yang saya pakai masa raya Aidilfitri yang lalu. Ternyata kegembiraannya bakal dirasai sekali lagi hari ini.

Hari ini jutaan umat Islam seluruh dunia meraikan Aidiladha yang merupakan perayaan istimewa sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selepas bersembahyang sunat Aidiladha, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai  sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Salam Aidiladha buat semua. Semoga kita berkorban ke jalan yang diredhai Nya

p/s: Esok kami akan mengadakan upacara penyembelihan 3 ekor lembu di sekolah. Tak sabar nak membantu memegang, memotong dan melapah daging-daging korban ini. WHeeee~


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, November 2, 2011

Lalu HUJAN TURUN



Bila hujan turun

Saya mesti kesejukan

Bila hujan turun

Saya selalu kebasahan

Bila hujan turun

Saya selalu mengelamun

Bila Hujan turun
Saya selalu bersembunyi dalam selimut...

Ekekeke....

Memang betul lah November dan hujan sukar untuk dipisahkan. Tiap tahun bila masuknya November, air mata hujan akan turut sama mengiringi sepanjang perjalanan bulan ini. 


Masihkah kau ingat
Kita berlari-lari
Di kaki langit
Mencari pelangi

Lalu hujan turun
Kita basah bersama

Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
-Kopratasa-

Hujan adalah anugerah daripada yang Maha Esa. Semoga kita mendapat manfaat dan hidayat yang mencurah-curah daripada Nya


Hujan rintik-rintik...Ombak naik naik...
Emak bagi duit..Saya pergi sekolah...
Tiga tambah tiga... Saya jawab enam...
Cikgu kata betul... Saya balik rumah...


Ohh, inilah lagu dalam lukisan semasa zaman sekolah rendah dulu... Indahnya memori dulu-dulu kan.. Heee 

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Sunday, October 23, 2011

BERJALAN KAKI lebih baik

Suatu pagi di dalam kawasan perkarangan masjid di tengah bandar Tawau. Sebelum bergerak ke destinasi, saya ambil peluang untuk duduk bersantai di tangga masjid ini sambil memerhatikan gelagat manusia yang lalu lalang. Suasana kesibukan di luar sana sungguh hiruk piruk dengan lautan kenderaan dan manusia.


Memang pagi-pagi macam ni jalan selalu jammed. Orang ramai sibuk menyelesaikan urusan yang perlu. Di setiap penjuru bandar, kenderaan sanggup berasak-asak panjang semata-mata nak mencari tempat parking yang satu. Tak jumpa satu, sanggup lagi pusing dua tiga kali lagi untuk mencari. 

Bagi saya, apalah salahnya kalau mereka ini parking ja mana-mana tempat yang ada. Jika kereta parking jauh bukan ada masalah kan. Then berjalan kaki je lah ke mana-mana. Dapat jimat minyak, dapat senaman free.

Itu sebab saya lebih prefer untuk meletakkan kereta di perkarangan masjid ini yang lebih banyak tempat parking kosong. Lagipun park sini free.. ehehehe. Pastu kaki boleh lah melangkah sana sini dengan senang hati..

Manfaat berjalan kaki ni banyak sebenarnya. Kalau malas nak berjoging, berjalan kaki adalah alternatif yang terbaik. Cuba lihat manfaat dan kebaikan berjalan kaki ini.

1. Mencegah serangan jantung
2. Mencegah serangan stroke
3. Menurunkan berat badan
4. Mencegah diabetes

Rutin berjalan kaki sebenarnya bukan hanya memberi manfaat positif kepada jasmani kita. Lazimnya ia juga akan memberi kesan positif terhadap kesihatan mental. Dengan meluangkan  masa selama 30 minit sehari untuk berjalan santai, organ kardiovaskular kita sihat, dan mood dalaman kita terjaga dengan baik.

Menurut para ahli psikologi, orang yang rutin berjalan kaki akan merasakan berbagai manfaat berikut:

1. Meningkatkan kepercayaan kepada diri sendiri.
2. Emosi akan lebih tenang daripada suasana stress
3. Mengembalikan semula kekuatan tenaga dalaman.

Jom, berjalan kaki.... Heeeee...

p/s: Ada orang tu kan, malas nak berjalan kaki sebab takut Hitam kena panas.... heeeehe

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Sunday, October 16, 2011

Masih kah kau INGAT?

Salam buat semua. Gen2Merah kembali lagi setelah seharian tidak hapdet blog usang ini. Busy sebenarnya nak siapkan segala. RPH, BBM, Lembaran kerja dan segala filing khusus untuk persiapan Kem Linus Tegar yang bakal berlangsung 3 hari bermula esok.

Woke okey, tak mahu fikirkan pasal kerja, tak mau kusutkan kepala.

Jom kita santaikan minda dan hati dengan melayani foto 1001 kenangan ini. Masih ingat ka anda?

Dulu dan sekarang


Teringat pula saya zaman kanak-kanak dulu. Terfikir betapa pantasnya edaran masa berlalu kan. Yang pastinya pelakon kanak-kanak ini lah yang pernah mewarnai kegemilangan filem kung fu tahun 80-an dulu. Sekarang dah membesar menjadi seseorang yang kita tak sangka merekalah watak utama pelakon cilik ini.

Masih segar dalam ingatan, saat menonton TV lama bersama-sama arwah ayah sewaktu kecil tahun 80-an dulu. Memori yang sungguh indah bila dikenangkan kembali.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Thursday, October 13, 2011

LANGGAR KUCING boleh membawa SIAL?

Dua tahun lalu, Gen2Merah penah terlanggar mati seekor anjing dalam entri ini [KLIK]
Dua bulan lalu pula saya juga pernah terpijak kucing dalam entri yang ini [KLIK]

Dan pagi ini.........

"Bang bang, abang terpijak kucing tu". Anak jiran sebelah rumah saya mengetuk kaca pintu kereta saya sambil menunjuk ke arah kucing yang sedang menggelepur kesakitan. 

"Ya Allah.. kereta aku terpijak kucing lagi. Asataghfirullah hal azim".

Saya turun serta merta dari kereta lalu memamapah anak kucing yang semakin tidak bermaya itu.  Badannya remuk manakala matanya tertonjol keluar. Darah semakin deras keluar daripada telinganya. Anak kucing malang itu akhirnya menghembus nafasnya yang terakhir di waktu itu juga. Kesian....


 *********************************************************************

"Jaga-jaga kau, langgar kucing boleh membawa sial tu". 

Begitulah luahan seorang rakan guru ketika saya mengajukan kisah yang berlaku pagi tadi. Serta merta hati ini menjadi risau. Sebab sebelum ini pun saya pernah terdengar kes rakan yang tayar kereta pancit tengah jalan, terbabas dan rosak macam-macam. Alasan hanya disebabkan terlanggar kucing je. 

Ye ke langgar kucing boleh bawa sial?? Kalau tak sengaja nak buat macam mana? Serba salah jadinya. Risau jika terjadi apa-apa kelak..

Tertanya-tanya dengan persoalan ini, saya sempat searching di google mencari jawapan yang pasti. Akhinrya saya tertarik dengan jawapan yang saya temui dalam web ini .

"KALAU PERBUATAN MELANGGAR KUCING HINGGA MATI TIDAK DISENGAJA MOHON AMPUN PADA ALLAH SWT. TIDAK AKAN MEMBAWA SIAL ATAU APA-APA. KALAU PERCAYA ITU ADALAH SIAL MAKA KENA KEMBALI KEPADA AKIDAH YANG SEBENAR. 


TIDAK PERNAH SAYA JUMPA MANA-MANA NAS ALQURAN ATAU SUNNAH YANG ADA WUJUD PERKATAAN PEMBAWA SIAL BILA MELAKUKAN SESUATU KESALAHAN YANG DISENGAJAKAN ATAUPUN TIDAK. PERCAYA KEPADA AL QURAN DAN SUNNAH BUKAN NENEK MOYANG ATAU ORANG-ORANG TUA.

Lega rasanya bila mengetahui jawapan yang sebenar. Saya terfkir. kalau betul langgar kucing mati boleh membawa sial, mesti dah ramai orang yang jadi sial sekarang ini kan. Lagi satu, kalau langgar kucing boleh membawa sìal bagaimana dengan langgar manusia? Kalau terlanggar manusia tidak membawa apa-apa makna, beerti kucing lebih tinggi darjatnya daripada manusia.

Bagi saya, apa-apa pun adat dan kepercayaan orang dulu-dulu sebenarnya ada pengajarannya. Misalnya untuk mendidik kita agar lebih berhati-hati dalam apa-apa tindakan. Seperti kes jangan langgar kucing, tidak memotong kuku waktu malam, atau menyanyi di dapur. Semuanya untuk kebaikan kan.

Cuma jika jangan terlalu taksub mempercayainya sehingga boleh memesongkan akidah kita sendiri

p/s: Saya suka kucing. Sedih bila haiwan kesayanagn ini maut di tangan saya.. Huhu

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Sunday, August 28, 2011

Bangun PAGI

Bangun pagi merupakan suatu keadaan yang menyihatkan dan penuh dengan berkah. Di antara waktu-waktu istimewa yang diciptakan Allah SWT untuk Muslim adalah saat Subuh. Di dalamnya terkandung banyak keberkatan. Begitu mulianya waktu Subuh.

Syukur sepanjang ramadhan ini kita selalu bangun awal untuk bersahur. Lepas sahur, kita tak digalakkan untuk masuk tidur. Kerana tidur selepas Subuh akan menyempitkan rezeki kita. Buat lah apa-apa yang patut sebelum masuk waktu Subuh seperti berzikir, mengaji dan lain-lain. 

Hujung minggu macam ni memang seronok buat kerja-kerja yang berfaedah  seperti mengemas rumah sebagai permulaan aktiviti hari ini. Sesegar udara nyaman pagi, begitulah juga semangat kita di awal hari ini. 

Bangun pagi-pagi----->
~AKU MAHU MAAFKAN SEMUA ORANG YANG PERNAH BUAT SALAH DENGAN AKU.
DENGAN HARAPAN KESALAHAN KU JUA AKAN SETIMPAL DARIPADA KEMAAFAN KAMU SEMUA YA.~
0-0 tau.. Salam EidulFitri yang kian menjelang.... Salam Cherya..... (",)


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Friday, August 5, 2011

AWAN menyerupai KALIMAH ALLAH di Semporna

Awan menyerupai kalimah Allah di Semporna

Petang tadi saya tergerak hati untuk membuat panggilan pada seorang kawan lama yang kini sedang mengajar di sebuah pulau di daerah Semporna. Lama juga lah kami berborak-borak dalam talian. Berkongsi cerita dan pengalaman hidup masing-masing sebelum menunggu  masuknya waktu berbuka puasa petang tadi.

Namun dalam banyak topik yang kami kongsikan. saya amat tertarik dengan sebuah cerita yang dikongsikan oleh kawan ini.


"Ko tahu dil, pada hari Isnin bersamaan 1 Ramadhan tu, semasa kami dalam bot dalam perjalan menuju ke sekolah, kami terpandang sebuah pembentukan awan yang indah di langit. Sunggh mengkagumkan..

Hari pertama puasa itu lebih kurang pukul 6 pagi, kami terlihat beberapa awan menyerupai objek kalimah Allah telah terbentuk di langit. Paling teruja bila ada juga awan yang membentuk ayat arab "Lailahaillahalah".

Kesemua kami yang duduk dalam bot itu sempat menyaksikan fenomena kebesaran Allah swt itu.. Ada masa nanti saya kirim mms gambar yang sempat kawan saya ambil pagi tu."

Wallahualam."
 
Keajaiban alam sebenarnya telah mendorong kita lebih merenungi bahawa agama Islam itu memang benar. Maha suci Allah. Allah Maha Besar. Betapa indahnya Ramadhan ini.
KLIK SINI untuk melihat bukti-bukti kebesaran Allah swt dan kebenaran al-Quran.


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

KURAP lama BERDARAH kembali

Kurap lama berdarah kembali. Eh silap, terseliuh lama berbunyi kembali la.. Eh, betul kah ayat aku ni.. ehehehe.. Hantam ja lah. Tak tau lagi nak letak tajuk apa. Wahaha.

Aku nak cerita, awal pagi tadi saat terlalu bersemangat nak cuci muka untuk  sahur, entah macam mana aku boleh tergelicir dalam bilik mandi tadi. Lol. Sakitnya kaki aku terlipat hanya Allah swt yang tahu. Ujian di pagi puasa. Huhu..


Dulu aku pernah tulis entri kaki aku terseliuh akibat main badminton. KLIK SINI. Nampaknya pergelangan kaki yang belum sembuh sepenuhnya tu kembali menyengat. Sakit sangat.  Nak suruh mak tolong urutkan dia dah masuk sambung tido. Terpaksa lah urut pakai tangan sendiri ketika ini.. weeeew~, saketnyaaaaaa... (",)

Ok lah, selamat menunaikan solat Subuh n selamat menjalani ibadah puasa ya. Eh, puasa ke berapa dah entah ni? Tak perasaan plak nak kira. Hehehe..

p/s: Harap2 kaki ni tak cari hal lagi untuk aku driving p sekolah.. huhuhu

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Monday, July 11, 2011

Sentiasa berprasangka baik


Petang tadi selepas Asar di sebuah surau yang agak terpencil di pinggiran bandar. Para jemaah sorang demi sorang melangkah keluar meneruskan kehidupan keduniaan di luar sana. Di penjuru tangga, aku ambil peluang untuk beristirehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ku untuk pulang ke rumah kelak. Penat sangat hari ini. Nak bersantai setengah jam dulu.. ngee~

Broom brooooomm.. Kedengaran sebuah motor menyusup masuk ke perkarangan surau. Si penunggang turun  lalu dalam keadaan tergesa-gesa menyapa saya. 


"Salam bro, tandas surau ni di sebelah mana ya?". Tegurnya.

"Ooo tandas ada sebelah belakang. Blok kiri bersebelahan tempat mengambil air wudhu". Balasku sambil tangan kanan menunjukkan arah untuk tujuannya.

"Ok tengkiw bro'".

Si mat motor terus berlari-lari anak menuju ke arah tandas yang aku tunjukkan tadi. Tak tertahan lah agaknya tu. Mata ku asyik melirik memerhatikan gelagat mamat tu. Tandas pun tak tahu. Nampak sangat tak pernah datang surau ni. Lucu plak.. ahakzz.. (",)

Lima minit kemudian dia muncul dengan muka kelegaan sambil kedua tangannya masih membetulkan seluarnya yang agak kelonggaran. Tanpa  respon sepatah kata, si lelaki hanya sempat meleparkan senyuman. Motor dihidupkan semula kemudian berlalu pergi................ (-_-)

Aku terpaku diam seribu bahasa. Daun kering berguguran, habuk beterbangan...

(Dalam hati)
 Hek elleeh, datang surau sekadar nak tumpang tandas ja ka? Kan bagus kalau tunaikan kewajipan solat Asar sekali..

(Dalam fikiran)  
Ooh, agaknya dia dah tunaikan solat Asar tempat lain kot. Mudah-mudahan laa kan.. Ngeee~

Moral: Sentiasa berprasangka baik dengan semua orang. Be positive thinking ye...



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Friday, July 8, 2011

Liku-liku Perjalanan ke sekolah

Liku-liku perjalanan ke sekolah
8 Julai 2011



5.45 a.m

Diri ini kaku seketika. Perasaan sukar digambarkan bila menyaksikan fenomena alam pagi ini. Sepatutnya saat-saat selepas Subuh begini langit masih bergelap. Namun apa yang berlaku di hadapan mata, langit bertukar kemerah-merahan. Maha Suci Allah. Tuhan Pencipta Alam Semesta.


"Jalan lah cepat ke sekolah. Kejap lagi nak hujan lebat tu". Suara mak menyahut dari belakang bila diri masih berdiri di hadapan pagar rumah.

Monday, June 27, 2011

Terseliuh dan tergeliat ~

Bagi anda yang sukakan gaya kehidupan aktif dan lasak; mengalami bengkak, salah urat dan terseliuh ni adalah lumrah, kan? Kesakitan yang dirasai selalunya tertumpu pada bahagian tangan ataupun kaki...

Antara tangan dan kaki, aku paling risau jika keederaan itu berlaku di bahagian kaki. Kaki adalah antara anggota badan yang paling penting. Tanpanya sukar kita nak bergerak ke sana sini. Nak harap orang lain tolak pakai kerusi roda?  Hehehehe..

Amalkanlah prinsip "hidup tidak susah orang".  Tapi benda kalau dah nak jadi, nak buat macam mana kan. Redha ja lah atas apa yang berlaku. Ada hikmah di atas apa yang terjadi. Kita hanya merancang. Allah yang menentukan.

Dulu saya pernah saksikan seorang rakan kakinya terpaksa kena potong gara-gara kencing manis. Saya juga pernah lihat seorang rakan tidak dapat turun kerja kerana terkena "Gout'. Uii, macam-macam lagi la.Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Amalkan gaya hidup yang sihat ek..
.............................

Semalam di saat terlalu teruja nak bermain badminton, pergelangan kaki aku tiba-tiba terseliuh @ tergeliat kerana tersilap 'landing' ketika melompat. huhuhu. Sabar saja la. 

Lucunya pagi ini aku tak dapat hadir ke sekolah lagi sebab tak boleh nak driving. Gear manual weh. Dah cuba tapi terpaksa patah balik jugak. Nak pijak clutch tu yang tak tahan. Sakit bangat.

Lastly sms my Boss, ---> tak dapat hadir lagi.. Ewww.. Semalam pun tak dapat tido nyenyak coz tak dapat menahannya.. Sakit sangat.



Rawatan Kecemasan

Apabila pesakit terseliuh @ tergeliat, pergerakan hendaklah dikurangkan, terutama bahagian yang tercedera. Untuk mengurangkan kesakit-an, lakukan kompres sejuk pada tempat yang tercedera. Di samping itu, tinggikan  bahagian  yang tercedera. Kemudian ambil pembalut  yang  sesuai dan balut dengan kemas untuk menutupi kawasan yang cedera. Pastikan juga balutan tersebut tidak menghentikan peredaran darah.  


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Sunday, May 1, 2011

'Warkah Cinta' untuk mu Mei


.....................................................................................................................................................
Buat kekasih ku Mei,
 
Baru setahun yang lalu Kau berangkat pergi meninggalkan aku sendirian di sini.. Rindu di hatiku tak dapat kutahan-tahan lagi dan ingin aku untuk dapat segera bertemu denganmu.
 
Kekasih ku Mei,

Masih juga kuingat saat kita berdua berdayung di atas danau. Bayangan pohon di tepi danau menari-nari di dalam air sementara senyummu selalu merekah menjawabi semua tingkahku. Kau selalu membuat pemandangan menjadi indah dengan senyummu yang menawan dan menenangkan. Kau selalu membuat cuaca menjadi nyaman dengan tatapmu yang menyejukkan.

Kekasih ku Mei,

Setelah setahun kita berpisah, akhirnya kita dipertemukan kembali. Andai ada jodoh pertemuan antara kita, izinkan daku memperbetulkan semula kesilapan dan keegoaan antara kita di masa lampau.
 
Salam sayang. Aku cinta pada mu Mei...
 
Yang Ikhlas,
 
Bujang Terlajak.... Hahahahaha (",)
.........................................................................................................................................................

Oh ye, jauh menyimpang plak. Mei yang aku maksudkan di atas bukanlah si Mei kekasih pujaan hati gua. Mei adalah bulan May yang amat aku nanti-nantikan kemunculannya pada hari ini. Antara 12 bulan yang ada dalam kalendar Masehi ni, bulan Mei inilah bulan yang amat aku tunggu. Ekceli banyak sejarah kisah hidup suka dan duka aku yang berlaku pada bulan ini. Macam 'miracle' rasanya. Hahahaha. Entah mungkin untung nasib timbul tenggelam aku berada pada bulan Mei kot. Hehehehe.. 

Kalau nak tahu, bulan ini juga lah bulan aku lahir ke alam fana keduniaan ini. Then, masih segar dalam ingatan, pertemuan, perkenalan dan perpisahan aku dengan someone (gurl la) selalunya bermula dan berakhir pada bulan Mei ini. Acapkali dah macam tu. Kalau ikutkan banyak anniversary yang aku boleh adakan pada bulan ini. Sayangnya jodoh mungkin tak kesampaian kot pada bulan Mei ini. Hehehehe. Entah-entah ajal maut aku pun jatuh pada bulan ini kot. Sapa tahu kan. Mati tetap mendatangi kita yang masih bernyawa. Wallahu alam..

Aku memang suka bulan Mei. Apa yang menarik pada bulan Mei

Yeaah, 1hbMei adalah cuti umum buat semua mereka yang bekerjaya. Selamat Hari Pekerja buat semua sahabat handai. While 9hbMei adalah Sambutan Hari Ibu sedunia. Terima kasih ibu kerana melahirkan dan mendidik kami menjadi seorang insan yang berguna. Masih ingat tak peristiwa berdarah 13hbMei yang berlaku di negara kita suatu masa dulu? Ahaaa. Harap selepas peritiwa itu, keharmonian kaum negara kita akan dapat tercapai. Mudah-mudahan..

Oh iyeee, Selamat Menyambut Hari Guru buat semua mereka-mereka yang bergelar jiwa pendidik pada 16hb Mei. Kami bangga menjadi seorang guru. Kepada mereka yang menyambut perayaan Hari Wesak pada 17hb Mei, selamat menyambutnya bersama-sama keluarga ek (",). Begitu juga buat warga bumiputera Sabah dan Sarawak. Selamat menyambut perayaan Hari Kaamatan dan Hari Gawai

Hohohoho.. Banyak peristiwa dan ulang tahun yang diraikan pada bulan Mei. Paling penting dan paling mustajab adalah----> bulan ini jugalah bermulanya Cuti Penggal Persekolahan yang bermula pada 28hb Mei. Hahahahaha. Dua minggu tu. Seronok beb. Pasti banyak majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan kelak cuti-cuti nanti. Selamat menjalani kehidupan berbahagia pada bulan Mei ini. 

Sayangggg Meii.. Ngeeee~ (",)

Nak tahu SEJARAH DUNIA  yang pernah tercatat pada bulan Mei??? ---->
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Thursday, February 3, 2011

Berdentam dentum bunga api


Dum dam dum dam.. Tekejut beruk aku dari lena. Ingatkan perang rusuhan dari pemberontakan di Mesir tadi. Rupanya bunyi letupan bunga api di ruang angkasa luar rumah aku. Ngeeee~. Cantik. Hampir setengah jam pesta bunga api itu berlangsung. Oh ye, esok kan Tahun Baru Cina.

p/s: Hanya perayaan Tahun Baru Cina ja ada peluang tengok sambutan bunga api ini. Kalau Raya Aidilfitri hanya terdengar bunyi mercun dan meriam buluh sampai ada yang putus jari.. Ngeee~

Selamat menyambut Tahun Baru Cina buat semua kawan-kawan yang menyambut perayaan ini.


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Monday, January 31, 2011

Selamat jalan Januari 2011

Akhirnya sampai jua detik malam terakhir di bulan Januari untuk tahun 2011. Banyak juga kenangan suka duka sungguhpun hanya 30 hari kita melaluinya. Kepada mereka yang menjadikan bulan Januari 2011 ini untuk menyambut Hari Jadi, melangsungkan perkahwinan, bertugas di tempat kerja yang baru, sambut Hari Keluarga dan macam-macam lagi peristiwa manis----> all the best ya.

Semoga kegemilangan ini akan berterusan untuk bulan-bulan yang mendatang. Biarlah bulan dan tahun ini kita lalui dengan kesempurnaan berbanidng tahun-tahun sebelumnya.

Apa pun, Januari kali ini bukan lah yang terbaik buat gua ni. Masih banyak kelemahan yang masih bersarang dalam diri. Entah sampai bila aku nak buang sikap ini. Percuma jak semangat nak pasang azam awal tahun, last-last perangai masih lagi berada di tahap yang lama.. Ngeeee~.

Oh ye, pasal motivasi aku sebagai guru plak, masih banyak yang aku pelajari lagi. Dah masuk tahun ketiga aku bekerjaya dalam bidang ni. Namun aku tetap belum mencapai pencapaian yang aku harapkan dalam bidang dunia pendidikan. Anyway, kena usaha lebih lagi selepas ini kan..

Selamat tinggal Januari. Kita berjumpa lagi esok di bulan Februari. See there~

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Saturday, January 15, 2011

Silauan pancaran matahari itu.

Kalau orang tanya mengapa aku suka jalan awal ke sekolah? Aku akan jawab aku tak suka nak jalan lambat-lambat. Bikin kelam kabut kita jadinya. Kadang-kadang ada ja barang-barang penting yang akan tertinggal.

Selalunya lambat bergerak ke tempat kerja juga menyebabkan kita akan terperangkap dalam dengan kesesakan jalan raya. Rimas owh. Lebih-lebih lagi pemandu gear manual macam aku. Penat dan lenguh kaki nak pijak clutch. Tau lah awal pagi ramai pemandu berpusu-pusu nak hantar anak-anak ke sekolah.


Then satu hal yang perlu aku jelaskan adalah faktor cuaca di sepanjang perjalanan menuju ke sekolah kami ni. Ekceli kawasan sekolah kami berhampiran dengan tepi laut. Jadi tak hairan lah bila awal pagi, matahari yang timbul daripada paras laut sangat menyilaukan mata yang memandang. Silauan dan pancaran matahari awal pagi itu amat menyukarkan pemandu-pemandu untuk melihat ke hadapan.


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Saturday, January 1, 2011

Sambutan Tahun Baru dan 1 Muharram


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menyambut tahun baru 2011 buat rakan-rakan yang menyambutnya. Sebelum nak tulis entri ni, teringin plak nak memohon maaf andainya entri ini bisa menyinggung perasaan kepada sapa-sapa yang terasa. Hehehehe. Ekceli di sini gua nak cerita sikit pasal sambutan Tahun Baru 2011 yang diraikan penuh gilang-gemilang semalam. 

Dipendekkan cerita, semalam selepas kepenatan bermain badminton bersama rakan-rakan yang lain, cadang nak singgah di bandar jap untuk minum-minum melepaskan penat lelah. Memang lewat petang itu jalan menuju ke bandar Tawau sudah mula sesak. Berderet kereta berpusu-pusu menuju ke Bandar. Sempat juga kami ditahan oleh Polis Trafik yang melakukan sekatan jalan raya di tepi Jalan Kuhara itu. Mujurlah tiada apa-apa saman. Hehehe. 

Oh ye, sebenarnya yang ingin saya nak cerita bilamana aku bila melewati sebuah tempat beribadah orang Kristian (gereja la tu) di tepi sepanjang Jalan Kuhara itu. Kelihatan di ruang legar gereja tersebut penuh sesak dengan kereta dan orang ramai yang berhimpun. Ohooo, baru  saya  ingat, malam ni kan sambutan tahun baru 2011. Sebuah perayaan suci orang Kristian. Patutlah ramai orang berhimpun di rumah ibadah itu. 

Namun jauh nun di bandar Tawau, kelihatan orang ramai mulai sesak untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru. Paling padat adalah di kawasan Jalan Dunlop berhadapan dengan Majlis Perbandaran Tawau kerana di situ akan berlangsungnya konsert yang dipersembahkan oleh artis-artis nak menyanyi, melalak dan melompat sana sini. Artis mana saya pun kurang pasti. Yang pastinya kawasan legar itu bakal menyaksikan sorakan padu orang ramai  nak melalak membilang angka detik 12 malam. hahaha

Memang sudah zaman berzaman, tradisinya rata-rata yang hadir pada setiap malam Tahun Baru Masehi ini sudah semestinya adalah orang-orang kita yang  beragama Islam. Terfikir juga aku, orang-orang Kristian pun menyambut perayaan ini di rumah ibadah mereka. Tapi yang menyambutnya melebih-lebih  di tengah bandar adalah orang-orang kita plak. Dari pukul 8:00 sampailah 12:00 malam rata-rata wajah kemelayuan yang memenuhi segenap penjuru bandar Tawau. Turun bandar dengan semangat dan azam baru konon-kononnya. Anak-anak muda plak memekik memekak merempit merempat sana sini...

Tak cukup dengan hantar ucapan selamat Tahun Baru melalui SMS, Facebook pula menjadi medan orang-orang kita untuk meluah azam baru yang meluap-luap. Ada yang gembira dan ada plak yang sedih-menyedih sebab tak sabar menunggu ketibaan Tahun Baru. (Sorilah kawan-kawan jika ada ucapan dan sms ucapan New Year yang aku tak balas tu. Hehheheh).

::::::::::::::::::::::::::::::.................................
Sudah lupa kah kita kawan-kawan----> napa mesti sambutan Tahun Baru Masehi kita bersemangat waja ya? Napa semangat dan keazaman itu bukan kita sudah hijrahkan semasa 1 Muharram lalu? Kalau ikutkan promosi Tahun Baru Masehi ini lebih banyak  dipromosikan di media berbanding sambutan 1 Muharram kan.  Iya,memang itulah hakikatnya.

1Muharram Paling biasa dilakukan ialah membacakan doa akhir tahun dan doa awal tahun sehari sebelumnya. Malah sesuatu yang tidak pelik dan menyedihkan boleh berlaku, apabila ada di kalangan umat Islam kita yang hanya menyedari ketibaan bulan ini yang dikenali juga sebagai Maal Hijrah hanya kerana ia adalah hari cuti umum. huhuhu.. sedih sangat-sangat.

Hmmm, Ok lah kawan-kawan. Cukuplah sampai sini dulu. Nak juga tulis panjang-panjang, tapi dengan kecetekan ilmu yang ada tak terdaya plak aku nak tulis bab-bab agama ni. Kang menyimpang plak.. Tak pasal-pasal plak nanti.hehehe

~HADAPI DENGAN SENYUMAn~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...