G2M Superfriends

Friday, July 8, 2011

Liku-liku Perjalanan ke sekolah

Liku-liku perjalanan ke sekolah
8 Julai 2011



5.45 a.m

Diri ini kaku seketika. Perasaan sukar digambarkan bila menyaksikan fenomena alam pagi ini. Sepatutnya saat-saat selepas Subuh begini langit masih bergelap. Namun apa yang berlaku di hadapan mata, langit bertukar kemerah-merahan. Maha Suci Allah. Tuhan Pencipta Alam Semesta.


"Jalan lah cepat ke sekolah. Kejap lagi nak hujan lebat tu". Suara mak menyahut dari belakang bila diri masih berdiri di hadapan pagar rumah.

Aku memang suka memerhatikan sesebuah pemandangan. Jarang melihat fenomena alam sebegini. Hujan lebat bakal turun sekejap lagi. Deruman angin kuat menerpa menerbangkan beberapa habuk dan benda-benda ringan di udara.  Nun jauh di hadapan sana, seorang ibu dengan kudratnya berlari-lari anak menarik tangan dua orang anaknya ke sekolah berhampiran. Betapa mulianya pengorbanan seorang ibu.

5.55 a.m

Panorama menghiburkan ini akhirnya menjadi hujan dan angin lebat yang saling bergandingan turun dengan lebatnya. Dasyat pada pandangan mata aku. Subhanallah. Seakaan kagum dengan fenomena yang terjadi satu persatu ini. Aku lewatkan sedikit perjalanan pagi Jumaat ini semata-mata ingin menyaksikan hujan redah terlebih dahulu.

6.30 a.m


Penantian suatu penyeksaan. "Dari saat ke minit. Dari minit ke jam". Akhirnya hampir setengah jam aku menanti drama hujan seolah tiada henti-henti ini. Semakin ditunggu semakin lebat jadinya. Macam tiada pengakhiran. Mahu tak mahu, Gen2merah terpaksa menempuh juga perjalanan ke sekolah dengan hujan lebat yang sukar untuk dilihat oleh pandngan mata. 

6.40 a.m

Rupanya liku perjalanan ini tidak terhenti di situ sahaja. Lebih banyak cabaran menanti di hadapan sana. Allahuakbar. Angin kencang dan kilat sabung menyabung. Hujan lebat yang turun semakin menyukarkan pandangan mata. Berserah sajalah kepadanya. Mudah-mudahan dipermudahkan perjalanan ini. Semoga segalanya selamat. Banyak kenderaan yang terperangkap dengan cuaca sebegini.

7.00 a.m

Nun jauh pemandangan hadapan sana jalan sesak. Kenderaan beratur panjang. Rupanya ada 'pokok besar tumbang' di tengah jalan. Perjalanan dilewatkan dengan insiden ini. Kereta di jalan dua hala ini saling bekerjasama bergilir-gilir memberi laluan untuk melepaskan diri daripada pokok tumbang yang menghalang di tengah jalan ini. Banyak masa aku terbuang di sini. Pokok tumbang bukan satu, tapi ada banyak rebah menyembah bumi sepanjang jalan ini. Allahu akbar. Dasyatnya angin kencang pagi ini. 

7.20 a.m

Jalan semakin sesak. Rupanya ada lagi pokok besar yang tumbang di hadapan sana. Wallaweehhh.. Kali ini cabarannya memang amat menyusahkan. Semua kenderaan memang tak dapat lalu. Kami pengguna jalan raya terperangkap di sini. Kaku bersama hujan yang turun. Lagu-lagu mengasyikkan dari mp3 kereta sudah aku tidak hiraukan lagi. Fikiran ingin keluar dari belenggu merimaskan ini. 

Eh apehal plak ni? Kereta hadapan banyak yang buat pusingan "U-turn." Terpaksa melawan arus perjalanan. Pokok besar tumbang betul-betul tak dapat dilalui. Nak tak nak kenderaan belakang lain juga terpaksa ikut sama buat pusingan ini. Terhibur juga tengok peristiwa ini sebenarnya. 1st buat macam ni.. Ngeeee~


Terpaksa potong jalan ke tempat lain. Kereta hadapan dan belakang berasak-asak. Sesak perjalanan. masing-masing ingin cepat sampai ke destinasi. Saling faham memahami antara pengguna jalan raya diperlukan saat-saat begini. Jangan lah ada pemandu yang tamak ketika ini. Mudah-mudahan lah dihindarkan dari insiden yang tidak diingini.

Banjir
7:30 a.m

Lain tempat lain kejadiannya. Jika di seberang sana pokok tumbang, jalan potong yang terpaksa dilalui ini plak di tenggelami dengan air bah. Jalan kelam dibanjiri air. Ya Allah, tak sanggup tengok kereta kancil hadapan itu di tenggelami air hingga paras setengah pintu. Entah Gen2Merah 'lowed' ini boleh lalu atau tidak. 

Nak patah balik amat sukar sebab barisan kereta di belakang semakin baris memanjang. Mahu tidak mahu terpaksa rempuh juga jalan raya berair ini. Alhamdulillah. Syukur segalanya selamat.

Tak tahan nak buang ai kecil (",)
7.45 a.m

Alhamdulillah, terlepas juga dari cengakaman dua bencana tadi. Lega rasanya. Namun jalan masih sesak. Rimas. Kondensi aku dalam kereta masih tidak selesa. Hujan-hujan kesejukan macam ni aku terpaksa tahan nak buang air kecil. Arghhhh. Kenapalah aku lalui semua dugaan macam ni di pagi hari. Tak tertahan rasanya. Jalan jem. Nak berhenti di mana hujan-hujan lebat gini. Huhu. Redah sajalah.

Lampu isyarat tidak berfungsi.
8:00 a.m

Lampu isyarat (Lokasi di Takada) tidak berfungsi. Sedangkan simpang empat ini lah laluan jalan yang paling penting. Bila lampu isyaratnya tidak berfungsi, faham-faham sajalah keadaannya. 

Kenderaan berasak-asak di tengah-tengah simpang. Saat begini hati kena berani. Kalau tidak 'masakan bisa' untuk lepas dari perangkap jem ini. Suatu saat Gen2Merah hampir berlaga dengan sebuah kerea SAGA. Lantak engkau lah nak hon. Keadaan macam ni takda istilah sapa punya jalan. Salahkan lampu isyarat yang tak hidup itu. Bengong (",)...

8:15 a.m
Akhirnya aku menarik nafas lega kerana melalui segala cabaran tadi dengan selamat. Syukur ya Allah segalanya selamat. Gen2Merah meluncur laju. Sepanjang jalan pokok tepi jalan rebah satu persatu. Dasyatnya cuaca pagi ini ye. Hujan, angin, dan petir bersatu seakan hampir memusnahkan beberapa tempat di sekitar bumi Tawau ini. Namun bersyukurlah. Seteruk-teruk ini, lagi dasyat bencana yang berlaku di luar negara sana kan. Ini hanyalah ujian kecil untuk kita merenung kehidupan ini.

Pokok tumbang lagi..
8:20 a.m

Aku mendapat panggilan daripada seorang rakan guru. "Cikgu, ada beberapa pokok tumbang di tengah jalan menuju ke sekolah. Kereta tidak dapat lalu. Kena ikut jalan lain".

Ya Allah? ada lagi? Kena ikut jalan jalan lain? (Jalan Membalua). Maknanya aku kena pusing ke jalan yang lebih jauh lagi. Waduh.. sabar-sabar.

"Cikgu dil, ada pokok tumbang la. Macam mana nak lalu pegi sekolah ni ya? Mana nak cari jalan lain ni?" Seorang guru praktikum yang masih belum arif dengan selok belok jalan menuju ke sekolah ini menghubungi. Alhamdulillah, ada kawan. Rupanya dia pun lewat. Bagus juga lah, ada juga teman berkonvoi bersama menuju ke destinasi. Aku minta dia untuk menunggu di tepi jalan untuk sama-sama bergerak.

8:30 a.m

Kereta kami melungsur laju ke sekolah. Alhamdlullah, tiada lagi ujian di hadapan sepanjang perjalanan ini. Hanya hujan renyai -renyai menenangkan kerisauan ketika ini. fewww~ dasat dasat betol tadi.... ngeee~

8:40 a.m


Sebuah lokasi di Membalua-Batu payong yang berhadapan laut. Alhamdulillah. Segalanya selamat. Yeaahh selamat sampai.

Dialog khas pagi ini: (",)

Saya: boss, sori banyak2 sebab lewat datang hari ini. Ada beberapa pokok tumbang tadi di tengah jalan.....

Penolong Kanan 1: Ok ok. saya faham. Tak perlu ko jelaskan dil. Kita semua serupa. Kereta saya pun terperangkap. Saya pun baru sampai ni....

Hahahahahahahaha....

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

20 comments:

Masrini Karim said...

tahniah cikgu!kerana berjaya mengharungi liku2..demi anak bangsa...

Unknown said...

uii byk ny dugaan..
tp bagus jgk halangan gitu kan, blh bt kita lebih bersyukur sbb ndak seteruk d tmpat lain.. ^___^

Ce'gu JAERA said...

Masrini Karim ----> tima kasih Mas.. syukurlah segalanya selamat.. hehe

Ce'gu JAERA said...

Anne Nurain----> iya Anne, bersyukur juga kita.. Tempat lain mesti lagi dasyat bencananya...

Mawar Berduri said...

kehkehkeh...


rasanya penolong kanan memang ikut jalan yang cikgu jalan tu...

Kancil 8349 said...

Wow geng...hebat jalan ceritamu. Penuh dramatik...hehehe...tapi memang semalam lain dari yang lain...apapun mesti bebudak sekolah tidak ramai yang turun kan...

Kancil 8349 said...

jom terjah

http://kancil8349.blogspot.com/2011/07/punca-traffik-kancil-8349-minggu-ini.html

Ce'gu JAERA said...

Mawar Berduri----> hehehe.. rasanya lah.. kami kan serupa.. lalu di jalan yang mencabar.. (",)

Ce'gu JAERA said...

Ums Niza----> iya lah ums.. Lucu juga tengok satu kelas ada yang 1 orang ja murid nya hadir... dah lah black out... pnp pun mcm ada mcm xda.. kurang murid..

Kancil 8349 said...

mesti kelas 2B tu bertambah gelap...hehehehe...budak tahun 1 sukalah bermain - main....wah rindu betul aku dengan Batu Payong...anak aku yang pertama pun asyik2 bertanya. Bila mahu gi Batu Payong?. Nampaknya minggu depan aku datang ke sana...mahu terjah...hehehehe...

Ce'gu JAERA said...

Ums Niza ---> iya, murid2 pun asik tanya2 pasal cigu ums... ko datang je.. tapi aku minggu depan 3 hari xda d sekolah. Khamis baru muncul.. ehehe

cikgu said...

salam knl..nmpk awk kat blog kancil..hmm..ckgu gak ea...slmt ya!:)

Kancil 8349 said...

ok geng...nanti aku datang...sudah kau pilih bebudak mu untuk perkhemahan...hehehehe

Elly Jade said...

aduh sedihnya...cobaab betul
saya nak gi skola x smp 5 min
kalau jdi kt sy xtaula cmne.huhu
awk ajar subjek ape ek?

dl awk ade gak dtg blog sye,pearl jade
skrg sy da tkr blog.hehe..

Ce'gu JAERA said...

Fad----> iya fad.. salam kenal jg ye

Ce'gu JAERA said...

Ums Niza ---> ok ums.. belum lagi pilih2 ni.. ehehe

Ce'gu JAERA said...

suhaili sarif ---> o iye ke... blog baru lah ni kan.. salam kenal juga ye.. saya ngajar subjek kelas pemulihan sek rendah

Amanda Sasha said...

err scary morry. kesian peniaga2, xpasal2 x dapat makan hari ni.

suria lekatlekit said...

Roadblock sana sini.. sampai kita nak pergi majlis kawen pun kena soal siasat...

Dylla Abas said...

kalau hujan lebat sy lebih suka duduk rumah je cikgu.kalau ditakdirkan masa hujan lebat tu kena pergi kerja, sy text je bos dan beritahu sy lambat.tak sanggup nak redah hujan lebat.

sy suka entri ni.baru sy tau macam mana perasan orang yg meredah hujan ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...