G2M Superfriends

Wednesday, August 31, 2011

Wordless Wednesday #5 | HATI-HATI DI JALAN RAYA

On Wednesday, you'll tell the story

LOKASI: Jalan Balung


 (HADAPI INI DENGAN SENYUMAN)

Sunday, August 28, 2011

SAMPUL RAYA RM1

Jumaat lalu, sebelum bermulanya cuti persekolahan sempena Aidilfitri, saya sempat memberikan beberapa orang murid duit raya. Bagi bukan banyak pun. Sekadar sorang RM1 je.. Sengkek la cikgu kalau nak membagi sorang budak RM10. Duit minyak pun tak lepas. Hehehe.. Janji adalah kan. (",)


"alaaaa, RM1 je ka cikgu? sikitnya. Huuuu."

Amboiii.. Kecut perut bila murid tak puas hati. Dah kena bagi tak pandai bersyukur plak. Murid Tahun 1 lagi tu. Nilai RM1 sekarang macam dah takda makna dah. Lagi terkilan bila ada murid siap berlagak tak nak terima. Tak berbaloi katanya. 

Hebat betul anak-anak sekarang ni kan. Agaknya dorang ni Kklau jumpa duit syiling tepi jalan pun mungkin tak dipandang langsung kali.. heww,... (",)

Kanak-kanak dulu dengan sekarang jauh bezanya. Dulu zaman kami, kalau ada orang lain bagi duit raya 50 sen pun kami rasa bersyukur sangat. Kalau boleh sampai dua tiga kali datang berziarah rumah orang tu semata-maya nak dapatkan duit raya walaupun syiling-syiling.

Budak-budak sekarang ni kalau boleh dalam sampul duit rayanya mesti kaler hijau atau merah. Hebat-hebat..

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Bangun PAGI

Bangun pagi merupakan suatu keadaan yang menyihatkan dan penuh dengan berkah. Di antara waktu-waktu istimewa yang diciptakan Allah SWT untuk Muslim adalah saat Subuh. Di dalamnya terkandung banyak keberkatan. Begitu mulianya waktu Subuh.

Syukur sepanjang ramadhan ini kita selalu bangun awal untuk bersahur. Lepas sahur, kita tak digalakkan untuk masuk tidur. Kerana tidur selepas Subuh akan menyempitkan rezeki kita. Buat lah apa-apa yang patut sebelum masuk waktu Subuh seperti berzikir, mengaji dan lain-lain. 

Hujung minggu macam ni memang seronok buat kerja-kerja yang berfaedah  seperti mengemas rumah sebagai permulaan aktiviti hari ini. Sesegar udara nyaman pagi, begitulah juga semangat kita di awal hari ini. 

Bangun pagi-pagi----->
~AKU MAHU MAAFKAN SEMUA ORANG YANG PERNAH BUAT SALAH DENGAN AKU.
DENGAN HARAPAN KESALAHAN KU JUA AKAN SETIMPAL DARIPADA KEMAAFAN KAMU SEMUA YA.~
0-0 tau.. Salam EidulFitri yang kian menjelang.... Salam Cherya..... (",)


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Saturday, August 27, 2011

DETIK itu berlalu

Detik detik detik.... 


Masa beransur pergi
Tarikh bertukar ganti
Yang datang pasti akan lari
Yang pergi takkan kembali
Yang muda pasti akan tua (mcm saye.. hihi)

Itulah lumrah putaran kehidupan. Bertemu pasti akan berpisah. Ramadhan 2011 bakal akan meninggalkan kita dengan 1001 macam kenangan yang terindah. (",)

Tadi masa solat terawih tadi, pak imam sempat membuat pengumuman.
 

"Para jemaah, diharap selesai solat terawih nanti kita dapat berkumpul semula di sini bagi meraikan rakan-rakan kita yang telah berjaya khatam 30 Juzuk al-Quran sejak awal Ramadhan lalu"...

Tiba-tiba pula sayu mendengar. Mereka telah berjaya khatam 30 juzuk. Istiqamahnya mereka. Aku? Jangankan nak khatam, separuh surah pun belum habis-habis lagi.. huhuhu

Harapan gua cuma satu. Semoga diri ini dapat bertemu semula Ramadan yang akan datang. Sedih tak dapat buat sesuatu yang terbaik untuk Ramadan tahun ni. Rasa terlalu banyak kelemahan, amat menyerlah kekurangan... Patutlah tak pernah merasa malam Lailatul Qadar.. hehee...

Ramadhan ada dua @ tiga hari lagi. Pintu amal ibadah dan pengampunan masih terbuka. Rebut peluang yang ada..


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan yang TERAKHIR


"Siapa tahu ini Ramadhan yang terakhir". Itu lah kata-kata yang diulang beberapa kali oleh sang penceramah sebelum bermulanya solat terawih di sebuah masjid tadi. Sebuah ingatan yang memberi inspirasi kepada saya betapa semakin hampirnya kita untuk meninggalkan Ramadhan 2011 ini. Berita kesedihan buat mereka-mereka yang amat cintakan bulan keberkatan ini.

"Alhamdulillah, syukur kita panjatkan kepada yang Maha Esa. Ramadan hanya tinggal 4 atau 5 hari lagi. Disaat rakan-rakan kita sibuk ke sana sini membuat persiapan raya di rumah dan di bandar, kita yang masih berkumpul di masjid pada malam ini adalah hamba pilihan Allah. Kita telah diberi hidayah dan kekuatan untuk meneruskan amal dan takwa di bulan keberkatan ini."

Sebuah ceramah ringkasan yang membawa kesedaran dan keinsafan. Lihat lah suasana malam ini. Awal Ramadhan yang lalu, betapa ramainya jemaah sehingga melimpah ruah di luar masjid. Kini barisan saf yang ada boleh dihitung jumlahnya. Malah kanak-kanak yang keriangan bermain di luar sana juga seakan sunyi dan sepi.

Menghitung hari menjelang 1 Syawal. Marilah kita ambil peluang dan kesempatan yang ada pada sisa-sisa Ramadhan ini untuk terus meningkatkan amal dan takwa kita kepada Allah s.w.t.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wordless Wednesday #4 | SELAMAT PAGI

Wordless Wednesday #4

On Wednesday, you'll tell the story


Selamat Pagi Semua 




Saturday, August 20, 2011

Bayaran "Buffet Ramadhan" tidak berbaloi dan membazir..

Selain Bazaar Ramadhan, budaya untuk berbuka puasa secara "Buffet Ramadhan" juga semakin popular di kalangan masyarakat kita. Maka sejak dari 1 Ramadhan lagi lah kita telah saksikan hotel-hotel mahupun restoran-restoran terkemuka di tempat kita akan memasang banner yang besar bagi mempromosi kadar berbuka puasa secara "Buffet Ramadhan". 

Ada restoran yang paling murah pun bagi rate RM20+ untuk seorang, manakala hotel-hotel besar ada yang sampai mencecah RM50+. Nah sudah bayar, makanlah kamu sepuas-puasnya hidangan yang bermacam-macam jenis, warna dan seleranya. 


"Biar makan sampai muntah, asalkan makanan lebih tidak dibawa pulang." ahahaha.

Seperti mereka yang lain, Ramadhan 2011 ini juga lah kali kedua saya datang berbuka di "Buffet Ramadhan" ini. Sebenarnya tak suka, tapi tak boleh nak tolak sebab selalunya ia adalah pelawaan daripada rakan-rakan lama mahupun anjuran daripada Jabatan tempat kita bekerja. Kita pun kena berjumpa dan berkumpul bersama di tempat yang selesa kan.

Cuma sebagai perkongsian dan renungan kita bersama, berbuka puasa secara Buffet adalah membazir dan lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

Ok bayangkan:..............

1 biji kurma + 3 gelas air bandung + sepinggan nasi goreng + 1 pinggan mee kari + 40 cucuk sate + 5 ketul sayap ayam + 3 ketul kambing salai + mee kari + dua mangkuk ABC + 2 keping roti jala + 5 ekor ketam + 7 ulas sotong +1 mangkuk gado-gado +  1 mangkuk sup ayam + 1 mangkuk soto + 1 gelas jus buah + 8 jenis kuih muih + 1 piring daging masak merah + 10 udang bakar + 1cupak bubur lambok +  2 ekor ikan bakar + 1 ekor kepala ikan putih + 3 jenis sayur-sayuran + buah buahan


Boleh kah anda pelahap semua sekaligus dalam perut anda? Owh tidak. Tidak sama sekali. Bila azan Maghrib berkumandang, makan sebiji kurma, sepinggan nasi berlauk dan minum segelas air sudah cukup untuk mengenyangkan. Blurrppp.. Opss, harga dia tak sampai pun RM3.00 pun lagi.. hihihi
 
Okey-okey, kerana tidak mahu rugi kita bangun lagi daripada tempat duduk menuju ke meja hidangan yang lebih banyak dan bermacam-macam selera. Kalau boleh nak ditawaf satu tempat ambil dan cedok apa segala lauk yang boleh dicapai. 

Pinggan mangkuk penuh berbukit, air minum pun bermacam-macam kaler tersedia di atas meja. Kuih muih, buah-buahan dan santapan makanan laut, makanan barat, dan bermacam-macam rupa sudah siap sedia untuk dibantai dalam pusingan kedua. (",)

Maka kita dengan senak perut, ngappp sajalah dalam mulut apa yang boleh dipelahap. Sumbat menyumbat dan tersumbat, akhirnya makanan dah sampai tahap kerongkong. Tak boleh turun dah sebab perut kat bawah dah kembung. 

Senak sebab tak boleh bernafas dengan lancar. Makanan lebih masih banyak tersadai di atas meja yang tak sempat terusik. Akhirnya pembaziran berlaku.~

Iya tahukah anda sekalian. Bila kita berpuasa seharian, perut pun akan turut sama berehat. So bila berbuka, perut tak boleh nak terima terlalu banyak kemasukan. Terkejut jadinya. Sebenarnya cukup sebiji kurma, segelas air pun dah cukup kenyang.

Itu sebab pihak hotel sanggup ambil risiko untuk buat "Buffet Ramadhan" ni kerana mereka tahu mereka takkan rugi punya la. Tiada manusia pun yang mampu untuk makan lebih daripada kemampuan perut dalam tempat dalam tempoh dua jam. Kecuali lah perut anda macam getah ataupun kat leher ada ruang untuk simpan makanan. Hehehe..

Bila dah kenyang, nak bergerak pun tak larat. Badan berpeluh, tali pinggang pun dilonggarkan. Manusia berbadan ular sawa jadinya. Langkah semakin lemah longlai untuk pulang. Maka, solat yang wajib pun terlepas, solat sunat terawih pun terpaksa ditinggalkan. Itu belum lagi jika balik rumah sakit perut, muntah-muntah, cirit birit. (Syukurlah setakat ni saya oke je.. hihihi)

Apa pun ini adalah satu perkongsian bersama. Ustaz saya pernah cakap---> Tak baik menyesal atau mengungkit bila membayar sebuah makanan untuk perut kita. Bila bayar tak ikhlas, perut pun jadi tak menentu.

Apa yang penting, ianya akan menjadi renungan buat kita semua. Sekali sekala takpa, asalkan pergi "Buffet Ramadhan" yang lebih murah dan berbaloi. Paling bagus kita hanya akan pegi kalau ada orang yang belanja. hahahaha..



Friday, August 19, 2011

Kanak kanak dan Hari Raya

Jumaat, penghulu segala hari.  Seperti kebiasaannya pada hari ini rata-rata guru lelaki akan mengenakan pakaian baju melayu kemas.  Apa pun saya tertarik dengan pertanyaan seorang murid tahun 1 ini.. Hehehe.. layan saja laa ...


MURID:- "Cikguu, kenapa hari ini cikgu macam pakai baju Hari Raya?"

SAYA:- "eh, Kan hari ini dah Hari Raya.".. (hehehehe :P

MURID:- "eeeee mana adaaa... mak saya kata belum lagi Hari Raya pun."..

SAYA:- "Ooo iye? Jadi bila la konon Hari Raya tu?"

MURID:- "Mak saya kata, kalau rumah kami sudah siap kena cat, barulah Hari Raya."

SAYA:- "oo hehehehe.".. (",)

Sometimes seronok jugak layan karenah kanak-kanak bercerita ni. Ikhlas dan jujur dalam meluah. Sebagai ibu bapa mahupun guru, harga diri kanak-kanak perlu dihargai.

Harga diri adalah satu cara di mana kanak-kanak menilai diri mereka sendiri.
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Thursday, August 18, 2011

Keghairahan 1 SYAWAL

Memecut laju ke bandar, sudah bersilih ganti lagu-lagu raya diperdengarkan di corong radio kereta ini. Lagu raya baru versus lagu raya lama. Nampaknya aura dan bahangnya 1 Syawal semakin terasa kehangatannya. Gedung beli belah sana sini sibuk dengan orang ramai. Jalan-jalan tidak sedikit pun memberi ruang untuk meletak kereta dengan mudah. 

Aku masih ingat zaman kampus dulu. Time-time macam ni lagu lagu-lagu ringtone raya semakin menghiasi hanpon peribadi. Sengaja diperdengarkan untuk merancakkan suasana semasa.


 
Ramadhan masih ada seminggu lebih lagi. Tapi aura menyambut Syawal  kian mendahului segalanya. Tiba malam, kebanyakan orang lebih cenderung memilih untuk bersesak-sesak membeli baju raya di bandar berbanding berjemaah terawih di masjid yang semakin kurang barisan safnya. 

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #3 | JALUR GEMILANG

Wordless Wednesday #3

On Wednesday, you'll tell the story


Kibarkanlah
Jalur Gemilang (",)

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Tuesday, August 16, 2011

Kisah ceramah di malam 17 RAMADHAN.

Malam ini 17 Ramadhan merupakan peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di Bulan Ramadhan yang mana turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Rata-rata surau dan masjid di seluruh negara dipenuhi dengan pengisian malam keagamaan untuk menyambut hari paling bersejarah ini.

Di sebuah surau tempat saya berterawih tadi, para jemaah yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur memenuhi ruang legar masjid bagi mendengar ceramah agama Nuzul al-Quran yang disampaikan oleh seorang ustaz. Ceramah ini diperuntukkan dalam masa setengah jam sebelum meneruskan  aktiviti solat sunat terawih berjemaah.

Ketika  ustaz tengah khusuyuk memberi ceramah di hadapan jemaah, tiba-tibaa....

"KEDEBOMMMMMMMMM................."  

Suasana berubah seketika. Letupan bunyi mercun begitu membingitkan telinga. Semua hadirin tersentak dengan letupan mercun yang baling oleh budak-budak di luar masjid. 

Spontan ustaz tersebut bercakap:

"Astaghfirullah hal azim. Inilah perangai budak-budak kita ni. Tak pasal-pasal hilang idea saya nak sambung cakap..

"Hahahahaha".. Para jemaah tergelak kecil..



Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud:

“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)  

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi  Muhammad saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Sumber: Wikipedia..



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Thursday, August 11, 2011

Semoga SOLAT kita akan lebih ikhlas

Assalamualaikum wbt. Salam Ramadhan.

Ini adalah kesinambungan entri semalam [Pak Imam solat Terawih baca surah panjang sangat la..]. 

Syukur alhamdulillah. Isu sedemikian sengaja saya ketengahkan untuk mendapatkan respon daripada sahabat-sahabat lain mengenai isu mengapa Pak Imam yang mengetuai solat terawih ada yang suka baca surah yang panjang-panjang sehingga ada segelintir makmum yang resah dan mengelamun di belakang.

Hasil komen menunjukkan ramai yang sependapat dengan entri saya mengenai isu ini. Tidak terkecuali ada juga teman yang menyokong tetapi memberi komen yang membina dan menerima situasi ini daripada sudut yang lagi positif. Terima kasih buat semua.


Apa pun yan penting kita sama-sama berkongsi ilmu dan saling ingat memperingati antara sesama kita. Hari ni dah masuk hari ke 11 Ramadhan. Sedar tak sedar kita dah menghampiri pertengahan Ramadan.

Apa yang dapat saya huraikan, nak baca surah pendek atau nak baca panjang itu bukan persoalannya. Yang penting kita sama-sama solat niat ikhlas kerana Allah swt. Pak Imam tak perlu nak syok sendiri baca panjang-panjang. Dua tiga baris ayat cukuplah kan. Kita sebagai makmum pula seharusnya lebih khusyuk menghayati bacaan dan bermuhasabah mengenai tahap solat kita.

Cuba kita perhatikan. Kalau kita boleh kata orang tua tak larat nak berdiri lama-lama, selalunya orang-orang tua ini lah yang kebanyakannya menghabiskan solat terawih 20 rakaat. Betul tak? Anak-anak muda ada yang sampai 4 rakaat dah cabut dan ada tak larat nak bangun. Hehehe.

So, ikhlas-ikhlas kan lah diri dalam beribadah ye. Sapa tau dapat merasai suasana malam Lailatur Qadar. Amin.. Hehehe.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, August 10, 2011

Panjangnya bacaan SURAH Pak Imam

Assalamualaikum w.b.t wat semua saudara semuslimin dan muslimat walau di mana jua anda berada. Salam Ramadan yang entah ke berapa sudah ni. Tak perasaan.. Hehehe (sowiii)

Terlebih dahulu nak mohon maaf lah andai entri ini bisa menyinggung mana-mana pihak. Maaf kerana saya sedar tahap agama saya masih lagi dalam level yang rendah. Cuma ini sekadar luahan pendapat je. Jika ada kelemahan dan penambahbaikan sila perbetulkan ye.. Hehehe ~

*****************************************************

Di sini saya sekadar nak bertanya-------> perlu ke seseorang yang mengimamkan solat sunat terawih membaca sesebuah surah yang terlalu panjang sehingga kekadang sebilangan makmum seperti saya selalu mengeluh. Hihihhi.. Kadang-kadang imam syok membaca panjang-panjang di depan, para makmum ada yang mengelamun di belakang. :P

Napa ya nak baca surah panjang-panjang? Baca surah yang biasa-biasa dah le. Kan ke ini solat sunat je. Kalau nak baca surah panjang-panjang kan boleh sambung lepas terawih ni. Nah, Tadarus al-Quran sampai tengah malam. Takda beza kan baca surah panjang dan surah pendek dalam solat.

Imam tak perasan ke di kalangan makmum yang berdiri di belakang ada orang-orang tua yang tak larat nak berdiri lama, ada anak muda yang ingin cepat sebab kerja shift malam, atau ibu-ibu yang kena pulang ke rumah segera untuk rehat dan tidur bagi menyiapkan diri untuk persiapan sahur kelak.

Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W juga menyuruh sesiapa yang mengimami sesuatu solat berjemaah, seharusnya dia memendekkan bacaan surahnya.  
Ekceli memanjangkan bacaan surah dalam solat lebih afdal. Tapi ianya afdal apabila kita solat seorang diri. Apa yang penting, kita sebenarnya nak attract orang ramai agar meramaikan solat berjemaah terutamanya anak-anak muda yang masih bersemangat awal Ramadan untuk datang ke surau ini.

Anyway anyhow, ini just pendapat saya je ok. Saya sedar saya ni masih hamba-NYA yang dhaif. Masih banyak yang perlu dipelajari. Sekiranya terdapat kelemahan, tolonglah bantu-membantu ek. Bagi komen yang membina untuk kebaikan kita bersama. Orait..

Selamat bersungkai ye. Hari ini Daerah Tawau dan sewaktu dengannya akan berbuka pada pukul 6:26 petang..Ngeee~


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wordless Wednesday #2 | PUASA

Wordless Wednesday #2
__________________________________

On Wednesday, you'll tell the story


"Saya pun puasa juga cikgu..."

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Tuesday, August 9, 2011

PERANG MERCUN di malam terawih

Malam ke 10 solat terawih. Alhamdulillah, syukur malam-malam solat sunat ini saya dan keluarga lalui dengan sempurna. Harap dapat diteruskan hingga ke penghujung Ramadhan nanti. Insya Allah Amin. 
Lain malam, selalunya lain surau juga saya bertandang. Saja nak cari kelainan di tempat orang.

Namun sungguh pelik kan. Mana-mana surau pun, tradisinya tetap sama. Malam-malam itu jugalah anak-anak muda kita ni suka 'berperang' sana sini. Berperang maksud aku main MERCUN la. Berdentum-dentam bunyi itu diletupkan saat para jemaah khusyuk dengan solatnya. Ada plak yang dibaling di bawah kereta orang sehingga berbunyi alarmnya. Kalau lah ada jemaah yang sakit jantung kritikal tadi, konfom koma di perbaringan masjid ini. Dasyatnya kalau betul-betul peperangan terjadi. (>_<)

Inilah perangai anak-anak zaman ini. Dahlah tak mau masuk solat terawih, dijadikan malam ibadah ini dengan pesta mercun mereka di luar sana. Mengganggu ketenteraman awam plak. Kalau yang main itu kanak-kanak aku tak heran sangat, sebab mereka ni makin dilarang makin dibuatnya.

Yang dikesalkan adalah bapak kepada budaknya. Dia jadi bapak, dia plak yang bertepuk bertampar kegembiraan bermain mercun bersama. Siap bagi duit suruh anak beli mercun di kedai plak tu. Hewww~ Sedeehh..

Anyway, kisah yang baru berlaku di bawah ini mungkin jadi pengajaran buat semua. Jangan suka main mercun, padah akibatnya. Yang menjual mercun tu insaf-insaflah, tindakan kamu sebenarnya membuatkan kanak-kanak itu menyesal seumur hidup jika terkena.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Monday, August 8, 2011

Bersahur bersama BUAH PISANG

4.30 pagi. Kejap lagi nak masuk waktu imsyak bagi kawasan Tawau dan yang sewaktu dengannya. Dok kekenyangan lepas makan sahur ni, tiba-tiba plak aKu terkenang zaman kampus dulu. Masih segar dalam ingatan, kalau lewat bangun sahur, ahaaaa....>>>


Cepat-cepat lah makan buah pisang.. Ekekeke.. express dan cepat. Sumbat dua tigi biji, gullpp campur dua gelas air suamm.. Siapp. Alhamdulillah.. Hahahaha. Itu lah tips kalau dah lewat sangat bangun sahur. Sediakan saja buah pisang. Insya Allah kenyang juga. 

Kenangan lama, tetap menggamit memori yang indah bagi setiap insan.... weeeee~


Jom baca khasiat 8 buah pisang yang patut kita ketahui:

1. Pisang merupakan sumber kebaikan potassium, karena 100 gram pisang mengandung 400 gram potassium. Sekedar mengingatkan, potassium adalah nutrisi yang bisa membantu menurunkan tekanan darah, menyuplai energi, membantu pertumbuhan otot dan mencegah terjadinya kram otot.

2. Delapan asam amino-molekul pembentuk protein dikandung pisang. Itu dibutuhkan tubuh, karena tubuh tak mampu menghasilkannya.

3. Duapuluh tiga Juta pisang dikonsumsi para petenis pria dan wanita dalam turnamen tenis Wimbledon setiap tahunnya. Maklum, pisang memiliki sumber energi tinggi.

4. Diare bisa disembuhkan hanya dengan mangkonsumsi pisang yang memiliki titik-titik coklat di kulitnya. Sebab, ada pectin, potassium dan magnesium yang dikandungnya.

5. Pisang mampu memulihkan stamina tubuh, sebab pisang menggantikan potassium yang hilang dari dalam tubuh. Selain itu pisang juga mampu menghilangkan rasa pegal, mengurangi rasa mual, dan mengurangi tingginya level magnesium, sehingga membantu menghilangkan pusing dan melancarakan peredaran darah.

6. Kulit pisang mempunyai manfaat lebih di daerah tropis, selayaknya Indonesia. Rasa gatal dan bengkak bekas gigitan nyamuk bisa dihilangkan dengan hanya mengusapkan kulitnya.

7. Dua pisang sehari mampu mengurangi tekanan tinggi sampai 10 persen. Itu berdasarkan penelitian para dokter di India.

8. Pisang mengandung tiga gula: fruktosa, sukrosa, glukosa dan memiliki lebih banyak karbohidrat serta serta yang penting dibandingkan buah lain. Gula yang masuk ke aliran arah mengalir dengan kecepatan berbeda yang bisa menjaga kadar gula dan menghindari energy crashes.

[SUMBER]

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Friday, August 5, 2011

AWAN menyerupai KALIMAH ALLAH di Semporna

Awan menyerupai kalimah Allah di Semporna

Petang tadi saya tergerak hati untuk membuat panggilan pada seorang kawan lama yang kini sedang mengajar di sebuah pulau di daerah Semporna. Lama juga lah kami berborak-borak dalam talian. Berkongsi cerita dan pengalaman hidup masing-masing sebelum menunggu  masuknya waktu berbuka puasa petang tadi.

Namun dalam banyak topik yang kami kongsikan. saya amat tertarik dengan sebuah cerita yang dikongsikan oleh kawan ini.


"Ko tahu dil, pada hari Isnin bersamaan 1 Ramadhan tu, semasa kami dalam bot dalam perjalan menuju ke sekolah, kami terpandang sebuah pembentukan awan yang indah di langit. Sunggh mengkagumkan..

Hari pertama puasa itu lebih kurang pukul 6 pagi, kami terlihat beberapa awan menyerupai objek kalimah Allah telah terbentuk di langit. Paling teruja bila ada juga awan yang membentuk ayat arab "Lailahaillahalah".

Kesemua kami yang duduk dalam bot itu sempat menyaksikan fenomena kebesaran Allah swt itu.. Ada masa nanti saya kirim mms gambar yang sempat kawan saya ambil pagi tu."

Wallahualam."
 
Keajaiban alam sebenarnya telah mendorong kita lebih merenungi bahawa agama Islam itu memang benar. Maha suci Allah. Allah Maha Besar. Betapa indahnya Ramadhan ini.
KLIK SINI untuk melihat bukti-bukti kebesaran Allah swt dan kebenaran al-Quran.


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

KURAP lama BERDARAH kembali

Kurap lama berdarah kembali. Eh silap, terseliuh lama berbunyi kembali la.. Eh, betul kah ayat aku ni.. ehehehe.. Hantam ja lah. Tak tau lagi nak letak tajuk apa. Wahaha.

Aku nak cerita, awal pagi tadi saat terlalu bersemangat nak cuci muka untuk  sahur, entah macam mana aku boleh tergelicir dalam bilik mandi tadi. Lol. Sakitnya kaki aku terlipat hanya Allah swt yang tahu. Ujian di pagi puasa. Huhu..


Dulu aku pernah tulis entri kaki aku terseliuh akibat main badminton. KLIK SINI. Nampaknya pergelangan kaki yang belum sembuh sepenuhnya tu kembali menyengat. Sakit sangat.  Nak suruh mak tolong urutkan dia dah masuk sambung tido. Terpaksa lah urut pakai tangan sendiri ketika ini.. weeeew~, saketnyaaaaaa... (",)

Ok lah, selamat menunaikan solat Subuh n selamat menjalani ibadah puasa ya. Eh, puasa ke berapa dah entah ni? Tak perasaan plak nak kira. Hehehe..

p/s: Harap2 kaki ni tak cari hal lagi untuk aku driving p sekolah.. huhuhu

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday #1

Wordless Wednesday #1
_______________________________________________


Dua orang guru praktikum dengan seorang murid LINUS paling TEGAR. Semoga si murid ni ada perubahan dalam kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira).. Ngeee~
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Tuesday, August 2, 2011

CIKGU puasa ka?


Pukul 12.30 Tengahari. Matahari sinar berada di peringkat kemuncak. Bunyi loceng sekolah berderingan panjang tanda berakhirnya sesi persekolahan untuk pagi ini. Aku seperti juga murid-murid yang lain, segera mengemas barang-barang ku untuk segera pulang ke rumah.


Dari kejauhan, aku perhatikan keta Gen2Merah sejak dari pagi lagi berjemuran di bawah terik mentari.  Bila pintu dibuka, masya Allah. Macam buka periuk nasi terasa wapnya. Huhuhu..

On Full aircond, namun masih belum cukup untuk meredahkan bahang kepanasan dalam kereta. Cermin keempat-empat pintu aku turunkan sambil mundar mandir aku menunggu aura dalam kereta ini redah.

Ya Allah.. Panasnya cuaca hari ini. Gullp.. Nak pengsan rasanya. Sabarr. Puasa ni memang besar dugaannya. Huhuhu..

"Cikgu, cikgu puasa ka jugak ni? Macam lemah je tengok. hehehe". Zeze, murid tahun 5 tiba-tiba mengejutkan lamunan.

"Aiii, mestilah cikgu puasa. Kalau tak puasa dari tadi lagi cigu dah minum 4 botol air sejuk ni. Dah lah panas, haus lagi. wakakaka....". hehehe. Tersenyum tersengih bila bergurau
dengan budak-budak tengahari tadi.

Okey geng. Dah hampir lewat petang. Nampaknya ujian puasa hari kedua hampir kita lalui dengan jayanya. Selamat menanti juadah berbuka puasa ye..

Kami di Tawau Sabah, akan berbuka puasa pada pukul 6:26 petang ini. yeaahhh..



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Monday, August 1, 2011

Tradisi malam SOLAT TERAWIH


Baik surau mahupun masjid-masjid, lot parking kereta dan ruang dalaman serta luaran penuh dengan jemaah yang datang untuk mengerjakan solat. Syukur ahamdulilah. Harap-harap ianya berkekalan sehingga akhir Ramadhan nanti.

Cuma terkilan juga lihat segelintir jemaah yang hadir cuma mengerjakan yang sunat dan meninggalkan yang wajib. Memang sedih bila seruan solat Isyak berkumandang, hanya dia tiga baris saja memenuhi. Tapi bila time solat sunat terawih bermula, barulah jemaah gerombolan masuk ke dalam.

Itu pun anak-anak muda masih lagi ada yang duduk-duduk lepak di luar buat bising. Harap-harap tradisi selipar hilang kena curi tidak kedengaran lagi pada bulan Ramadhan 2011 kali ini.
Hidupkan malam-malam Ramadhan kita dengan amalan-amalan yang meningkatkan ketakwaan dan ibadah kita kepada yang Maha Esa. 
Selamat mengerjakan Puasa kedua esok hari.. (",)

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

DIARI SAHUR hari pertama

Syukur alhamdulillah, Gen2Merah sekeluarga dapat menunaikan malam sahur pertama dengan sempurna. Awal mak kejutkan pagi ni. Bersemangat agaknya. Hehehe.. Sayangnya aku lak yang kena selsema berterusan sejak dari makan tadi. Pagi dingin begini bersin je dari tadi.  Harap tak melarat hingga ke siang hari.

Anyway, selamat berpuasa to all my friends. Banyakkan amalan sunat, berzikir, membaca al-Quran dan melakukan amalan-amalan yang berfaedah.

Salam Ramadhan 2011 daripada Gen2Merah sekeluarga.
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...