G2M Superfriends

Sunday, August 28, 2011

SAMPUL RAYA RM1

Jumaat lalu, sebelum bermulanya cuti persekolahan sempena Aidilfitri, saya sempat memberikan beberapa orang murid duit raya. Bagi bukan banyak pun. Sekadar sorang RM1 je.. Sengkek la cikgu kalau nak membagi sorang budak RM10. Duit minyak pun tak lepas. Hehehe.. Janji adalah kan. (",)


"alaaaa, RM1 je ka cikgu? sikitnya. Huuuu."

Amboiii.. Kecut perut bila murid tak puas hati. Dah kena bagi tak pandai bersyukur plak. Murid Tahun 1 lagi tu. Nilai RM1 sekarang macam dah takda makna dah. Lagi terkilan bila ada murid siap berlagak tak nak terima. Tak berbaloi katanya. 

Hebat betul anak-anak sekarang ni kan. Agaknya dorang ni Kklau jumpa duit syiling tepi jalan pun mungkin tak dipandang langsung kali.. heww,... (",)

Kanak-kanak dulu dengan sekarang jauh bezanya. Dulu zaman kami, kalau ada orang lain bagi duit raya 50 sen pun kami rasa bersyukur sangat. Kalau boleh sampai dua tiga kali datang berziarah rumah orang tu semata-maya nak dapatkan duit raya walaupun syiling-syiling.

Budak-budak sekarang ni kalau boleh dalam sampul duit rayanya mesti kaler hijau atau merah. Hebat-hebat..

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

14 comments:

Nilam suhana said...

rm1 pon rezeki gak.. huhu.. bagusnya cikgu nih... anak2 murid dapat duit raya..

Cikgu Ma said...

betol2...setuju...setuju....so, cikgu bagi kt saya 50sen 2 keping yea...hehehe

Unknown said...

budak skrg dh advance cikgu...nmpk yg hijau dgn merah dn senyum lebar bila dpt biru gelap ...

Lulu Caldina said...

kira cakap berlapiklah tu.. kalau student tu cakap cikgu kedekut, lagi terasa kan..ekeke..

Muslimah Optimis said...

tu la kan..budak2 zaman sekarang

Ce'gu JAERA said...

PeRmAtA bIrU----> ehehe... tapi sedih ada budak yang tak nak terima sebab sikit sgt.. ekeke

Ce'gu JAERA said...

CikGu Ma---->

boleh, takda hal punya.. setakat 50sen sikit sangat tu.. ekekeke..

Noor Fatin said...

betol2. dlu2 kalau 20 sen pun lega dah. hehe xpenah merungut lgsg. skrg kalau rm1, org akan cakap elehhhhhhhh. haha..

paling kurg rmn5. adoii. pelik2. haha.

Ce'gu JAERA said...

Santri T.P.I.N.I---->

Biasalah, budak2 hidup d zaman ekonomi yang canggih manggih ni.. semua serba naik taraf.. ehehe

Ce'gu JAERA said...

Lulu Caldina---->

ehehehe.. memang pun budak2 tu cakap macam tu. Cuma tak sampai ati nak tulis sini.. ehehe..
p/s:---> Lulu tgh tgok bola ka ni? MU macam nak menang jak lawan Arsenal ni kan.. ehehehe

Ce'gu JAERA said...

Muslimah Optimis----> iye lah MO. budak2 sekarang dah semakin hebat. kita yang masih terbawa2 kenangan lama.. hihi

Ummi_R❀salici❀us said...

haha sabor jelah.... :D

Ce'gu JAERA said...

Ummi_Rosalicious----> ehehehe

Ce'gu JAERA said...

NOOR FATIN---->

ahahaha.. itu lah.. kita yang membagi ni plak kena fikir dua 3 kali kan.. wahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...