G2M Superfriends

Tuesday, August 9, 2011

PERANG MERCUN di malam terawih

Malam ke 10 solat terawih. Alhamdulillah, syukur malam-malam solat sunat ini saya dan keluarga lalui dengan sempurna. Harap dapat diteruskan hingga ke penghujung Ramadhan nanti. Insya Allah Amin. 
Lain malam, selalunya lain surau juga saya bertandang. Saja nak cari kelainan di tempat orang.

Namun sungguh pelik kan. Mana-mana surau pun, tradisinya tetap sama. Malam-malam itu jugalah anak-anak muda kita ni suka 'berperang' sana sini. Berperang maksud aku main MERCUN la. Berdentum-dentam bunyi itu diletupkan saat para jemaah khusyuk dengan solatnya. Ada plak yang dibaling di bawah kereta orang sehingga berbunyi alarmnya. Kalau lah ada jemaah yang sakit jantung kritikal tadi, konfom koma di perbaringan masjid ini. Dasyatnya kalau betul-betul peperangan terjadi. (>_<)

Inilah perangai anak-anak zaman ini. Dahlah tak mau masuk solat terawih, dijadikan malam ibadah ini dengan pesta mercun mereka di luar sana. Mengganggu ketenteraman awam plak. Kalau yang main itu kanak-kanak aku tak heran sangat, sebab mereka ni makin dilarang makin dibuatnya.

Yang dikesalkan adalah bapak kepada budaknya. Dia jadi bapak, dia plak yang bertepuk bertampar kegembiraan bermain mercun bersama. Siap bagi duit suruh anak beli mercun di kedai plak tu. Hewww~ Sedeehh..

Anyway, kisah yang baru berlaku di bawah ini mungkin jadi pengajaran buat semua. Jangan suka main mercun, padah akibatnya. Yang menjual mercun tu insaf-insaflah, tindakan kamu sebenarnya membuatkan kanak-kanak itu menyesal seumur hidup jika terkena.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

26 comments:

Cikgu Ma said...

cikgu pun main mercun masa kecik2 dulu kan??
cikgu ma jer baik, tak main mercun..tengok org main jerr.. (",)

bagusnya ziarah surau..boleh jadi ustaz contoh..hik3..

Ce'gu JAERA said...

CikGu Ma ----> hahaha.. dulu2 saya nakal2 main mercun tak le sampai nyusahkan orang... setakat main bunga api je.. hihihi

Acik said...

budak2 tu apa ler yg mereka taw. taw seronok jer. org2 sekeliling ler yg patut tegur - org dewasa ler. mak bapak dia sendiri mungkin tak taw anak dia main mercun (kecuali bapak yg Gen2Merah citer kat atas tuh) ... tanggungjawab masyarakat sekeliling nih! :)

Ce'gu JAERA said...

Acik----> itu lah isunya sekarang. mak bapak kebanyakan solat terawih dalam masjid.. anak2 main d luar.. nak tegur pun payah sebab aktiviti main mercun tu berlangsung waktu terawih je.. pastu senyap..

nasihat hari ini, esok2 buat lagi...

Abby Salvatore said...

x suka betul ngan mercun2 ni.
kemarin masa azan isyak berkumandang,budak2 kat kg tempat abby btugas meriah main mercun.Terbakar betul ati ni.

Pastu siap lempar mercun kat umah orang.Apalagi,abby trus sound.

boleh2 sorg budak ni ckp,
" wei jgn kamu main mercun,org mau tidur"
whoaaaah! mau TIDUR?

Selama ni abby yg dorg kenal sgt2 jrg bcakap,tp kemarin siap dpt ceramah free of charge dr abby.
kekeke...

td ptg,dorg beramai dtg mintak maaf.
hehe...baru tahu.

Solihahazahar said...

haha kdg2 ade satu jemaah tu siap melatah lagi. time tuu mmg nk tergelak guling2 tapi terpakse lahh TAHANNN hahaha

Ce'gu JAERA said...

Abby Salvatore ----> hehehehe.. tahniah cikgu Abby.. akhirnya dapat memberi ceramah free kat budak2 tu.. syukurlah kalau dorg dah insap sikit2.. mohon maaf tu tandanya satu kebanggaan buat cikgu abby tau. ehehe

Ce'gu JAERA said...

Solihahazahar----> wakakakak.. kelakar plak kan.. ehehe

Unknown said...

kereta bro sgt cantik
Salam kenal,
nice blog,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.
http://fahmiefiras.blogspot.com/

Ce'gu JAERA said...

fahmie firas ----> thanx fahmie.. akan erjah blog awak lepas ni..

salam ukhuwah

Anonymous said...

Salam perkenalan... Tq sebab sudi follow saya. :)

Like page saya sekali eh. (www.facebook.com/umedianetwork)

Unknown said...

Cikgu, di kampung kitorang lagi dahsyat. Adakah patut dibaling mercun kepada orang yang berjalan menuju ke masjid. Nasib baik tak kena. Kalau tidak, memang meranalah orang yang tidak bersalah.

Unknown said...

salam cigu.. cantik Gen2 tu... huhuhu ermmm... nasib baik kat kampung saya xde lg yg duk main mercun... sbbnya main mercun nnt polis dtg.. hehehehe

JunAina said...

anak2 kak aina sekadar bunga api dan mercun pop2 je tp risau jugak bila bermain dengan anak2 jiran takut tersalah baling anak kita pula menjadi mangsa, banyak kes macam tu...

kalau kat surau taman perumahan kak aina alhamdulillah...jarang2 sangat budak2 main mercun tp bingit sgt dgn jeritan budak2 semasa tengah solat...

Mama Amirul said...

Bila nak raya mesti ada mercun, bila ada mercun mesti ada yang injured. Gomen kata mercun dah diharam, tapi nape mesti ada lagi kat Malaysia ni... Hmmmm... Musykil musykil

Ce'gu JAERA said...

Umedia Network ---> ok insya Allah sama2 yaa

Ce'gu JAERA said...

Awan Biru ---> selalunya yang dibaling tempat org pempuan kan.. ehehe.. kalau dorg kat tempat lelaki alamat kena kejar lah tu.. ehehe

Ce'gu JAERA said...

QueeN TerataI ----> wah baguslah kalau macam tu.. Polis aktif membuat rondaan keselamatan.. caiyo2

Ce'gu JAERA said...

JunAina---> ehehehe.. tu lah pasal kan.. apa pun kita jangan dedahkan anak2 kita dengan semua benda berbahaya ni

Ce'gu JAERA said...

ain1914----> itulah yang di confuse kan.. kata mercun haram di Malaysia.. apahal kedai2 banyak yang jual mercun macam2 ragam? heran heran..

Afikah Aziz said...

ika duk putrajaya xde pun bunyi mercun alhamdulillah tapi kt kg budak2 selalu main haihhh geram je,suke buat org terkejut huhu

Ce'gu JAERA said...

Afikah Aziz ----> iya, budak2 kampung ja yang suka buat onar macam ni... huhu

Unknown said...

tempat org kampung mercun ni berleluasa..boleh dapat dgn senang..penjualannya merata-rata kat pasar..org kampung kesal juga pihak berwajib tutup mata.

Ce'gu JAERA said...

Kampung Balimbang0----> itu yang dikesalkan kan.. pihak berwajib macam tak endah dengan penjualan secara berleluasa ini.. patutnya gejala ini d bendung oleh mereka

skuterlady.blogspot.my said...

eleh..jangan budak - budak..bapak budak pon kadang join sekali

Ce'gu JAERA said...

syu----> hahahaha.. tu lah pasal.. macam2 kan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...