G2M Superfriends

Thursday, October 27, 2011

Istimewanya seorang WANITA

Bismillahhirrahmanirrahim.

Semalam saya ada cerita pasal tanggungan yang dipikul kaum Adam. [KLIK]. Kali ini beralih kepada tanggungjawab orang perempuan plak. hehe. Ya, jangan sangka hanya orang lelaki ja yang ada tanggungjawab yang besar, orang pempuan pun sebenarnya lagi mencabar peranannya tau. Ekekee.

Seronok juga baca hikmah kehidupan lelaki dan perempuan ni. Sungguh istimewa Allah menjadikan keduanya berbeza untuk saling lengkap melengkapi.


WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Si isteri perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Lain hal, Saksi orang pempuan kurang berbanding lelaki. Menerima pusakajuga kurang dari lelaki. Heeeee..

Seorang wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Orang lelaki relax je kan.. (",)

Orang pempuan memang istimewa...

Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu  adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Alhamdulillah, istimewanya seorang wanita kan. Tapi ada juga orang pempuan yang mengeluh sana sini sebab tak dapat bebas macam orang lelaki. Nak juga hak kesamarataan sedangkan Islam dah gariskan kedudukan yang istimewa buat seorang wanita (",)

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, October 26, 2011

Beratnya tanggungan LELAKI

Bismillahhirrahmanirrahim.


Jadi seorang lelaki memang hebat. Kerana kehebatan itulah lelaki terpilih untuk memikul tanggungjawab yang berat. 
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki yang sudah berkahwin lagilah besar tanggungjawabnya. Bukan hanya kena tanggung dosa sendiri, tapi dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh pun di bawah peranannya.

Seorang anak lelaki perlu bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya, tapi kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. Wooooww, beratkan... (",)

Sang suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. (Ingat tu.. ekekeke)

Banyak lagi lelaki terutama yang bergelar suami perlu tanggung. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Ngeeee~

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Monday, October 24, 2011

Nasib baik mereka 'DARJAH SATU'

Pagi tadi adalah hari pertama peperiksaan semester akhir untuk murid-murid SKBPT. Seperti lazimnya, ada saja giliran saya untuk mengawas kelas Tahun 1 ni. Nak kawal kelas darjah 1 ni memang mencabar  sebenarnya. Time exam disuruh diam, memang diamm. Tapi kejap je, pastu riuh balik. Di arah duduk, lama kelamaan melompat-lompat juga budak-budak ni. hehe


Paling leceh bila kita dah bagi penerangan tentang kertas soalan tu. Berbuih mulut bagi explain panjang-panjang, murid-murid kecil ni  tetap juga nak datang sorang demi sorang bertanya balik. Ekekekeke. Takpe, dah ragam budak-budak macam tu. Layan saja la kan. (",)

So, sebelum masuk kelas tu, sempat juga lah saya buat mimik muka garang . Biar budak-budak ni segan sikit. Jadi takda la saya bingung nak nak senyapkan kelas time exam macam ni.(",)
 

"Okey semua murid, keluarkan hanya pensil dan pemadam di atas meja. Jangan pandang belakang kiri dan kanan lagi. Jangan bercakpppp. Tutup mulutttt..."

"bammmmmm"............. Spontan juga tangan saya menghentak meja guru. Saja je nak acah bagi gertak sikit murid tahun 1 ni. Tau takpe. Ngeeeee~

Namun sergahan saya langsung macam tak diendahkan oleh murid. Malah mereka semakin galak ketawa kecil. Agaknya muka saya ni tak cukup garang kot..


"weiii, Apasall pulak kamu ketawa-ketawa ni haaaaa??? Apa yang lucu sangat ni'..?


"Cikguuuu... cikgu punya zip seluar tu terbuka.... wahahahahahaha..." Spontan satu kelas ketawa...

"Oh iy ke? hehehe. "


Cesss. Kureng punya buda-budakk ni. Membelakangkan diri sambil membetulkan semula zip seluar yang tak kena. Maluuu... Macam mana lah boleh terlupaaaa... hahahaha kantoiii (",)

p/s: Naseb baik lah dorang masih murid tahun 1... ekeekeke (",)
Dialog pagi ini:
v
v
v

Saya: Ok Semuaa senyappp.... harap kamu jangan bagitau sapa-sapa pasal zip cikgu ni ya... awasssssss.. heeeee... ;p

Murid: Bolehhh, tapi dengan sarat cikgu jangan jahat sama kami ya. kalau tak pecah rahsia... ahaha


Heeeeee.....

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Sunday, October 23, 2011

BERJALAN KAKI lebih baik

Suatu pagi di dalam kawasan perkarangan masjid di tengah bandar Tawau. Sebelum bergerak ke destinasi, saya ambil peluang untuk duduk bersantai di tangga masjid ini sambil memerhatikan gelagat manusia yang lalu lalang. Suasana kesibukan di luar sana sungguh hiruk piruk dengan lautan kenderaan dan manusia.


Memang pagi-pagi macam ni jalan selalu jammed. Orang ramai sibuk menyelesaikan urusan yang perlu. Di setiap penjuru bandar, kenderaan sanggup berasak-asak panjang semata-mata nak mencari tempat parking yang satu. Tak jumpa satu, sanggup lagi pusing dua tiga kali lagi untuk mencari. 

Bagi saya, apalah salahnya kalau mereka ini parking ja mana-mana tempat yang ada. Jika kereta parking jauh bukan ada masalah kan. Then berjalan kaki je lah ke mana-mana. Dapat jimat minyak, dapat senaman free.

Itu sebab saya lebih prefer untuk meletakkan kereta di perkarangan masjid ini yang lebih banyak tempat parking kosong. Lagipun park sini free.. ehehehe. Pastu kaki boleh lah melangkah sana sini dengan senang hati..

Manfaat berjalan kaki ni banyak sebenarnya. Kalau malas nak berjoging, berjalan kaki adalah alternatif yang terbaik. Cuba lihat manfaat dan kebaikan berjalan kaki ini.

1. Mencegah serangan jantung
2. Mencegah serangan stroke
3. Menurunkan berat badan
4. Mencegah diabetes

Rutin berjalan kaki sebenarnya bukan hanya memberi manfaat positif kepada jasmani kita. Lazimnya ia juga akan memberi kesan positif terhadap kesihatan mental. Dengan meluangkan  masa selama 30 minit sehari untuk berjalan santai, organ kardiovaskular kita sihat, dan mood dalaman kita terjaga dengan baik.

Menurut para ahli psikologi, orang yang rutin berjalan kaki akan merasakan berbagai manfaat berikut:

1. Meningkatkan kepercayaan kepada diri sendiri.
2. Emosi akan lebih tenang daripada suasana stress
3. Mengembalikan semula kekuatan tenaga dalaman.

Jom, berjalan kaki.... Heeeee...

p/s: Ada orang tu kan, malas nak berjalan kaki sebab takut Hitam kena panas.... heeeehe

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Friday, October 21, 2011

HUJAN dan MATAHARI


Sungguh istimewa cuaca dalam beberapa hari ini. Petang ini cuaca sungguh cerah menyengat. Lain pula peristiwa lepas Subuh tadi. Hujan gerimis kemudian bertukar lebat, maka berucuran lah air mata hujan menyimbah bumi.

Beberapa minit selepas hujan reda, sang suria pula menyapa pagi. Tidak sampai beberapa minit suria memancar, awan kembali mendung dan sang hujan kembali membasah.

Drama Hujan dan panas bersilih ganti. Begitulah juga kehidupan kita. Adakalanya riang ria, ada juga berduka lara. Hari ini kita tersenyum melihat dunia, esok-esok kita menangis meninggalkannya.
Kita mesti pernah terdengar ungkapan hikmah ini:-

Kadang-kadang Allah hilangkan matahari dan turunkan hujan.
Kita menangis dan mencari mane matahari.
Rupa-rupanya Allah nak tunjukkan pelangi yang indah buat kita.

p/s: cuba untuk sentiasa bersyukur atas segalanya.. Redha dengan apa yang dikurniakan.. Berterima kasih atas apa saja yang diberi.. Hadapi semuanya dengan senyuman.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Tuesday, October 18, 2011

KEM LINUS TEGAR


Penat itu lesu. Penat itu juga kurang bermaya. Bila penat badan tidak mempunyai kekuatan pada fikiran dan anggota. Dalam kata lain, ianya diistilah berehat selepas sesuatu kegiatan. 

Macam ni lah gambarannya bila dah penat.. heee (",)



Murid ini antara yang terlibat dalam Kem Linus Tegar yang berlangsung selama dua hari di SJK (C) Sin Hwa. Macam mana penatnya murid ini terlibat dalam aktiviti ini seharian, begitulah juga guru-guru yang terlibat sebagai fasilitatpr dalam kem ini. Penatttttnyaaa... Dari pagi membawa ke petang siott.. Ngantokk...


Oh, saya sungguh penat. Maaf tak dapat tulis panjang-panjang untuk entri kali ini.. Badan letih, maya pun kuyu. Saya nak berehat dulu ye. Salam ceria buat semua..

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~   

Monday, October 17, 2011

Apa itu HIJAU?


 Apa itu Hijau??

HIJAU itu harmoni.. HIJAU itu kedamaian. Ianya indah dan berseri.  HIJAU adalah lambang alam. Ia menunjukkan pokok-pokok dan tumbuhan. Ia menggambarkan isi kandungan dunia. Warna HIJAU juga dianggap sebagai warna tradisi untuk agama Islam. 

Cuba bayangkan dunia tanpa warna HIJAU?? Kering kontang rasanya alam. Kering, lesu, lemah dan tidak bermaya. Mana mungkin kenderaan boleh beratur jalan tanpa warna adanya isyarat HIJAU. Mustahil tumbuhan boleh segar bugar tanpa kehijauan menyinari.   Kerana HIJAU itulah gambaran dunia yang gembira.

Tidak ada warna yang lebih banyak disebutkan dalam Al-Qur'an melebihi warna HIJAU. Allah SWT menggambarkan keadaan penghuni syurga dan segala kenikmatan yang melingkupinya dalam suasana yang penuh keceriaan, kebahagiaan, kenikmatan, dan ketenangan jiwa.

Allah SWT berfirman di dalam Surah Ar-Rahman: "Mereka bersandar pada bantal-bantal yang
HIJAU dan permadani-permadani yang indah." 

HIJAU dan "bersih", kedua-duanya merupakan warna dan sifat yang ada dalam syurga seperti yang digambarkan dalam Al-Qur'an

Betapa suci dan mempersonanya warna HIJAU

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Sunday, October 16, 2011

Masih kah kau INGAT?

Salam buat semua. Gen2Merah kembali lagi setelah seharian tidak hapdet blog usang ini. Busy sebenarnya nak siapkan segala. RPH, BBM, Lembaran kerja dan segala filing khusus untuk persiapan Kem Linus Tegar yang bakal berlangsung 3 hari bermula esok.

Woke okey, tak mahu fikirkan pasal kerja, tak mau kusutkan kepala.

Jom kita santaikan minda dan hati dengan melayani foto 1001 kenangan ini. Masih ingat ka anda?

Dulu dan sekarang


Teringat pula saya zaman kanak-kanak dulu. Terfikir betapa pantasnya edaran masa berlalu kan. Yang pastinya pelakon kanak-kanak ini lah yang pernah mewarnai kegemilangan filem kung fu tahun 80-an dulu. Sekarang dah membesar menjadi seseorang yang kita tak sangka merekalah watak utama pelakon cilik ini.

Masih segar dalam ingatan, saat menonton TV lama bersama-sama arwah ayah sewaktu kecil tahun 80-an dulu. Memori yang sungguh indah bila dikenangkan kembali.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Friday, October 14, 2011

MAJLIS PERSARAAN Cikgu Abdullah Lapasi

Majlis Persaraan Cikgu Abdullah Lapasi
____________________________________________

Hari ini 14hb Oktober 2011, Sebuah lagi majlis perpisahan penuh bermakna buat seorang guru yang bersara di SK Batu Payong. Cikgu Abdullah Lapasi, seorang cikgu Matematik yang berdedikasi dan bertanggungjawab dalam setiap tugas dan amanahnya. 
Hari ini air mata perpisahan dalam ucapan telah diungkapkan di hadapan rakan-rakan guru serta kesemua anak-anak didiknya di dewan serbaguna SK Batu Payong Tawau.

Tiba masanya untuk menyusun kemafaan,
Membuang segala kesalahan yang bersalut di hati,
Yang terlanjur dimaafi,
Yang tersilap diinsafi

Yang lebih diambil pengajaran,
Yang kurang jangan disalahtafsirkan,
Agar saat perpisahan ini indah,
Buat kenangan untuk kita bersama.

Selamat tinggal suara-suara ceria,
Padang perhimpunan dan dewan serbaguna
Bilik darjah dan anak-anak bangsa
Bilik guru dan timbunan buku
Pondok belajar dan tapak laluan sekolah

Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah
Selamat tinggal buat kenangan terindah

Semoga berjumpa lagi cikgu Abdullah. Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala sumbangan cikgu Abdullah sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Mohon maaf andai ada silap dan salah yang bisa mengguriskan hati dan perasaan.

KLIK BAWAH untuk entri lama majlis perpisahan guru-guru SK Batu Payong:

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Pen Nan Sebatang

Pen Merah Pen biru, 
You marah I love u..


Guru dan pen memang tak dapat dipisahkan. Tanpa rotan, pen sahaja jadi peneman setia. Ke mana-mana kaki ini melangkah, pen tetap tersemat di dalam poket.  Itulah personaliti seorang guru.

Pen untuk menanda markah jawapan, memeriksa buku latihan, membetulkan ujian latihan murid, atau pen mungkin juga untuk membaling kepala murid yang degil.. ekekeke (opsss, jangan di coba-coba ya.. gurau je heee).

Bercerita pasal pen ni kan, saya ada satu kelemahan yang patut saya kongsikan di sini.. ehehe. Nak tahu, setiap hari ada saja pen saya yang hilang tercircir entah ke mana. 

Hari ini beli pen baru, esok hilang.. Beli dan hilang, hilang dan beli 10000000x. Asyik2 hilang ja pen ni. Tensen betul jadinya. Baru saya tahu, rupanya saya  ada kelemahan di situ. Selalu lalai bila bawa barang-barang. Uhuhuu.. Entri ini mungkin membuktikannya-----> [KLIK SINI]

Selamat Pagi Jumaat yang ceria ya.. 


~HADAPI HARI INI DENGAN SENYUMAN~

Thursday, October 13, 2011

LANGGAR KUCING boleh membawa SIAL?

Dua tahun lalu, Gen2Merah penah terlanggar mati seekor anjing dalam entri ini [KLIK]
Dua bulan lalu pula saya juga pernah terpijak kucing dalam entri yang ini [KLIK]

Dan pagi ini.........

"Bang bang, abang terpijak kucing tu". Anak jiran sebelah rumah saya mengetuk kaca pintu kereta saya sambil menunjuk ke arah kucing yang sedang menggelepur kesakitan. 

"Ya Allah.. kereta aku terpijak kucing lagi. Asataghfirullah hal azim".

Saya turun serta merta dari kereta lalu memamapah anak kucing yang semakin tidak bermaya itu.  Badannya remuk manakala matanya tertonjol keluar. Darah semakin deras keluar daripada telinganya. Anak kucing malang itu akhirnya menghembus nafasnya yang terakhir di waktu itu juga. Kesian....


 *********************************************************************

"Jaga-jaga kau, langgar kucing boleh membawa sial tu". 

Begitulah luahan seorang rakan guru ketika saya mengajukan kisah yang berlaku pagi tadi. Serta merta hati ini menjadi risau. Sebab sebelum ini pun saya pernah terdengar kes rakan yang tayar kereta pancit tengah jalan, terbabas dan rosak macam-macam. Alasan hanya disebabkan terlanggar kucing je. 

Ye ke langgar kucing boleh bawa sial?? Kalau tak sengaja nak buat macam mana? Serba salah jadinya. Risau jika terjadi apa-apa kelak..

Tertanya-tanya dengan persoalan ini, saya sempat searching di google mencari jawapan yang pasti. Akhinrya saya tertarik dengan jawapan yang saya temui dalam web ini .

"KALAU PERBUATAN MELANGGAR KUCING HINGGA MATI TIDAK DISENGAJA MOHON AMPUN PADA ALLAH SWT. TIDAK AKAN MEMBAWA SIAL ATAU APA-APA. KALAU PERCAYA ITU ADALAH SIAL MAKA KENA KEMBALI KEPADA AKIDAH YANG SEBENAR. 


TIDAK PERNAH SAYA JUMPA MANA-MANA NAS ALQURAN ATAU SUNNAH YANG ADA WUJUD PERKATAAN PEMBAWA SIAL BILA MELAKUKAN SESUATU KESALAHAN YANG DISENGAJAKAN ATAUPUN TIDAK. PERCAYA KEPADA AL QURAN DAN SUNNAH BUKAN NENEK MOYANG ATAU ORANG-ORANG TUA.

Lega rasanya bila mengetahui jawapan yang sebenar. Saya terfkir. kalau betul langgar kucing mati boleh membawa sial, mesti dah ramai orang yang jadi sial sekarang ini kan. Lagi satu, kalau langgar kucing boleh membawa sìal bagaimana dengan langgar manusia? Kalau terlanggar manusia tidak membawa apa-apa makna, beerti kucing lebih tinggi darjatnya daripada manusia.

Bagi saya, apa-apa pun adat dan kepercayaan orang dulu-dulu sebenarnya ada pengajarannya. Misalnya untuk mendidik kita agar lebih berhati-hati dalam apa-apa tindakan. Seperti kes jangan langgar kucing, tidak memotong kuku waktu malam, atau menyanyi di dapur. Semuanya untuk kebaikan kan.

Cuma jika jangan terlalu taksub mempercayainya sehingga boleh memesongkan akidah kita sendiri

p/s: Saya suka kucing. Sedih bila haiwan kesayanagn ini maut di tangan saya.. Huhu

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Kasih GURU kepada MURID nya


Cikgu: Man, boleh tak kamu jangan bermain lagi. Exam dah nak dekat. Nanti kamu gagal susah nanti...Tak dapat sijil susah nak sambung pelajaran nanti

Murid: Cikgu nak sebok pasai pa? Lantaklah yang gagal bukan cikgu. Saya juga yang gagal... 

Cikgu: Sebab saya cikgu la saya risau kamu gagal...kalau lah saya kerja lain, kamu nak tunggang terbalik masuk bawa longkang pun saya tak kisah..

Peranan sebagai ibu bapa kedua tidak boleh dinafikan oleh setiap insan yang bergelar guru. Oleh itu secara tidak langsung, guru adalah pembimbing dan penjaga kepada murid semasa mereka berada di sekolah.


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Tuesday, October 11, 2011

Jangan terlalu BERBANGGA



"Jangan bangga dgn handphone mahal/canggih, kerana alat komunikasi yg boleh menyelamatkan kita adalah DOA " 

''Jangan bangga dgn rumah mewah, kerana rumah terakhir kita adalah KUBUR 

''Jangan bangga dgn title/gelaran, kerana title kita yg terakhir adalah... ALMARHUM" 

"Jangan bangga dgn wajah yg cantik/handsome, kerana wajah kita yg terakhir adalah TENGKORAK " 

"Jangan bangga dengan kereta mewah ANDA, karena kereta terakhir ANDA adalah KERANDA JENAZAH" 

"Jangan Sombong dengan Tempat tidur, Kerana yg terakhir adalah TANAH",,.

Thanx to Mazliza Musa 4 sharing (",)


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Thursday, October 6, 2011

BERSEDIA untuk berubah


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
-Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11-

Dalam kehidupan ini, tatkala kita sibuk mengejar kemewahan dunia, Allah uji kita dengan pelbagai dugaan dan kerumitan.

Dan kita berkata "Ya Allah, mengapa sebegini berat ujian mu terhadapku?"

Janganlah kita sekali-kali menyesal dan merungut! Kerana dugaan itulah yang mengentalkan hati dan jiwa kita ke arah kejayaan. Dan di situlah jua tuhan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya... 

Wallahhualam.. 

    ~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, October 5, 2011

DOA IBU Sepanjang Zaman

Kasih Ibu Sepanjang Zaman 



Semasa kita berumur 1 tahun,ibu menyuapkan makanan dan memandikan kita
Tapi kita hanya membalasnya dengan menangis sepanjang malam..

3 tahun, ibu menyediakan dan menyuapkan kita dengan makanan yang penuh lazat dan berzat
Namun kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke lantai...

4 tahun, ibu membeli krayon untuk mengajar kita lukisan
Tapi kita membalasnya dengan menconteng dinding di rumah..

5 tahun, ibu membeli kita baju raya yang baru di Hari Raya
Namun kita mengotorkannya apabila kita jatuh ke dalam lopak..

7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah
Tapi kita mengatakan dan menjarit.."TAK NAK"..

10 tahun, ibu menghantar kita pergi menghadiri kelas tuisyen,bershopping,ke rumah kawan
Namun, kita tidak pernah toleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih...

11 tahun, ibu membelikan kita sebiji bola sepak
Tapi kita membalasnya dengan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita...

12 tahun, ibu sentiasa menasihatkan kita agar jangan menengok tv selalu
Namun,kita membalasnya dengan menengok tv apabila ibu tiada di rumah..

13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan
Tapi kita membalasnya dengan mengatakan "IBU NI TAKDE TASTELAH!!"

16 tahun, ibu inginkan dakapan daripada kita setelah penat dan baru balik drp kerja
Namun kita membalasnya dengan mengunci diri kita di dalam bilik dan
bersendirian...

17 tahun, ibu menangis kegembiraan apabila kita mendapat keputusan yang cemerlang
Tapi kita tidak pulang ke rumah sampai lewat malam kerana celebrate dengan kawan2..

19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk kita masuk u dan mengangkat beg kita dengan penuh rasa kasih dan sayang
Namun,kita membalasnya dengan menyalam ibu di luar dorm kerana malu
nampak dek kawan-kawan..

20 tahun, ibu bertanya sama ada kita mempunyai gf/bf?
Tapi kita membalasnya dengan mengatakan.."KEPOHLAH IBU NI!"..

21 tahun, ibu bertanya pa cita2 kita?
Namun kita menjawabnya.."BUKAN MACAM IBU!!"..

23 tahun, ibu membelikan kita baju baru kerana kita mendapat kerja baru
Tapi kita membalasnya dengan mengatakan kepada kawan2 bahawa baju itu
tidak cantik kerana ibu yang belikan..

25 tahun, kita berumahtangga dan ibu menangis kegembiraan dan berkata
ibu sayang dan kasih kepada kamu
Namun,kita membalasnya dengan berpindah dan berjauhan dengan ibu
sejauh 300km..

27 tahun, ibu menelefon kita dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi
Tapi kita membalasnya dengan mengatakan "ZAMAN SEKARANG LAINLAH BU!!"

40 tahun, ibu menelefon dan memberitahu ada kenduri di kampung
Namun kita membalasnya dengan mengatakan.."SAYA SIBUKLAH BU SEKARANG
NI!!"...

50 tahun, ibu sakit dan memerlukan penjagaan dan kasih sayang kita..
Kita balik melawatnya dengan membawa buah tangan apple dan merungut
tentang kesibukan di tempat kerja..dan segera balik ke kota..

Satu hari,ibu meninggal dunia..
Sempatkah kita membalas jasa ibu?
Berbaloikah jasa ibu ke atas kita?
Sedangkan kita langsung tidak mebalas budinya..

Berbaktilah kepada kedua ibu dan bapa selagi hayat masih ada...

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
 
Sumber: Email Yahoo

Wordless Wednesday #7 | HUJAN DAN AIR MATA

Wordless Wednesday #7

On Wednesday, you'll tell the story



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Tuesday, October 4, 2011

Kita hanya MERANCANG

Kulihat awal Subuh tadi sungguh damai suasananya. Tenang, sepi dan dingin. Seperti biasa segala persiapan untuk mengajar di sekolah sudah dirancang daripada semalam. 

Saya bersyukur dapat mengajar di sesi pagi. Dapat bangun awal, dapat hirup udara segar, dan pastinya semangat awal pagi adalah semangat yang membara sehingga ke malam kelak. Awal pagi bermula terbukanya pintu rezeki,  terhidangnya pintu amal untuk kita sama-sama berusaha ke arahnya.

Namun Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Langkahan pemanduan menuju ke sekolah rupa-rupanya terhalang oleh hujan lebat di pertengahan jalan. Nampaknya persekitaran sekolah bakal basah. Laluan akan becak dengan lumpur-lumpur kotor. 



Pastinya ramai murid-murid yang berjalan kaki terpaksa sedaya untuk sampai ke sekolah. Mungkin ada yang ditemani oleh ibu bapa membawa payung, mungkin juga ada yang terpaksa memilih untuk tidak hadir pagi ini.

Takdir telah tentukan. Pasti ada hikmah di atas semua yang berlaku kan.. Kita hanya merancang Allah yang tentukan. Esok-esok siapa tahu nasib yang akan melanda pula ke atas diri kita. "Pasang surut kehidupan".


~HADAPI SEMUANYA DENGAN SENYUMAN~

DUNIA ini hanya kesenangan tipu daya


"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanamannya mengagumkan petani. 

Kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning, kemudian menjadi hancur dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan daripada Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanya kesenangan yang menipu." 

(Surah al-Hadid ayat 20). 

HADAPI DENGAN SENYUMAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...