G2M Superfriends

Tuesday, October 4, 2011

Kita hanya MERANCANG

Kulihat awal Subuh tadi sungguh damai suasananya. Tenang, sepi dan dingin. Seperti biasa segala persiapan untuk mengajar di sekolah sudah dirancang daripada semalam. 

Saya bersyukur dapat mengajar di sesi pagi. Dapat bangun awal, dapat hirup udara segar, dan pastinya semangat awal pagi adalah semangat yang membara sehingga ke malam kelak. Awal pagi bermula terbukanya pintu rezeki,  terhidangnya pintu amal untuk kita sama-sama berusaha ke arahnya.

Namun Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Langkahan pemanduan menuju ke sekolah rupa-rupanya terhalang oleh hujan lebat di pertengahan jalan. Nampaknya persekitaran sekolah bakal basah. Laluan akan becak dengan lumpur-lumpur kotor. 



Pastinya ramai murid-murid yang berjalan kaki terpaksa sedaya untuk sampai ke sekolah. Mungkin ada yang ditemani oleh ibu bapa membawa payung, mungkin juga ada yang terpaksa memilih untuk tidak hadir pagi ini.

Takdir telah tentukan. Pasti ada hikmah di atas semua yang berlaku kan.. Kita hanya merancang Allah yang tentukan. Esok-esok siapa tahu nasib yang akan melanda pula ke atas diri kita. "Pasang surut kehidupan".


~HADAPI SEMUANYA DENGAN SENYUMAN~

22 comments:

Kancil 8349 said...

kecewa habis kau geng...ndak apa...ada lagi esok...berharap ndak hujan lagi...

Aishah Amira said...

haha ouh ada perlawanan futsal antara guru guru dan murid murid yea cekgu hihi. kat jb pun hujan juga pagi tadi . lebat selebat lebatnye haha .

manjae camiela said...

hye cekgu.. sy dah folow awk semulaa.. btw sy pon cikgu jugak,, hehe

whitecappuccino said...

tunggu hari hari seterusnya..

Zie said...

Ketentuan Illahi tiada siapa yg boleh menghalang....sabar yer cikgu, eso pasti ada

Gen2Merah said...

@ Kancil 8349 ----->
ehehe.. baik hujan mahupun panas, harap2 semuanya ok2 saja kan...

@ Aishah Amira----->
iya, perlawana terhebat tu.. pa pun terpaksa tangguh di lain masa.. ehe

@ manjae camiela---->
alhamdulillah, terima kasih ya manja

@ whitecappuccino---->
menanti hari setersunya dengan penuh harapan.. ehe

missgee said...

Bisuk boleh main tue..
Cuaca diramal baik..
Rancangan pasti berjalan
lancar.. :)

eelobor said...

memang betul.... kita hanya mampu merancang. kenapa begitu suka dengan ayat tersebut. sekurangnya kita sedar di mana letak diri kita kan?

Gen2Merah said...

@ missgee---->
alhamdulillah, harap2 lah kan.. kalau hujan juga pasti ada hikmah ...

@ eelobor---->
iya setuju. at least kita tahu siapa kita utk semua itu. hanya Allah yang Maha Kuasa atas sesuatu

Rtp Farra Arisha said...

iya. semuanya ketentuan Allah. we just plan, but God decides it. pasrah sahaja lah! :)

ziraziz said...

esok msh ada..insyaALLAH.. senyummmmmm..... :)

K O R I E said...

xpew esok dan lusa msih ada..
hidup mesti cekal mcm skuat harimau ye dok? heee

Gen2Merah said...

@ Rtp Farra Arisha :--->
betu3x... kita hanya merancang kan..

@ ziraziz :----->
Hadapi semuanya dengan senyuman kan

@ K O R I E---->
iya betul2... ehehe.. Esok sinar pasti ada

maszull said...

salam gen3merah...semuanya kehendak Allah kn...:)

✿ Myra ✿ said...

takpe..hujan tu rahmat. hehe.
saya penah dengar org mengeluh sebab panas sgt..pastu bila hujan, mengeluh sebab hujan lebat, takleh nak keluar lak. huhu..macam2

Oh Oeya said...

Teruskan je perlawanan persahabatan Futsal tu patutnya.. sebab Cikgu-cikgu ade potensi kalah kalau redah hujan, murid-murid baru ade chance hik3

Hanya Allah mengetahui apa yang terbaik utk kita.

Niena Pengembara Ilahi said...

ank murid ke cikgu?

Fara said...

Cikgu upenye! =D

cinnamon.com said...

hujan rahmat..

Gen2Merah said...

@ maszull ----->
betul tu mama... semuanya adalah kehendak yang Maha Esa


@ ✿ Myra ✿---->
tu lah pasal, manusia tidak pernah besyukur dengan apa yang ada,, semoga kita tidak tergolong dalam manusia jenis ini...
Terima kasih cikgu Myra


@ Oh Oeya----->
hahaha.. dah kami belasah budak2 tu.. tak hebat langsung pun mereka... hihi


@ Niena Pengembara Ilahi ---->
iya niena.. anak2 murid saya...


@ Fara---->
Iye Fara.. salam kenal ye


@ cinnamon.com----->
huna rahmat utk semua

aimie amalina said...

hehehehe
nak suruh sume dok diam2 gakney kan

aizamia3 said...

hujan pagi, kesian pada anak-anak yang nak ke sekolah..
hujan petang, kesian pada ibu bapa.. jalan confirm sesak teruk macam yang ai alami isnin lepas...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...