G2M Superfriends

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday #12 | MYSELF

"Wordless Wednesday" (",)

On Wednesday, you'll tell the story



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Friday, December 16, 2011

PERCAYA KEPADA DIRI SENDIRI sebelum percaya orang lain (",)

Suatu hari, seorang guru telah meminta Ketua Murid tampil ke hadapan kelas untuk memotong beberapa biji epal dan perlu mengedarkannya  kepada setiap orang yang ada di dalam kelas tersebut. Setelah siap memotong beberapa cebisan epal, murid tersebut bertanya kepada gurunya:

"Siapa saya nak bagi dulu cikgu??"

"Terpulang. Awak bagilah kepada orang yang 'paling awak percayai' dalam kelas ni.."  (",)

Rakan-rakannya yang lain sudah berkira-kira bahawa orang yang paling dipercayai mestilah guru mereka. Tetapi tidak, buah pertama diambil untuk dirinya sendiri terlebih dahulu, sebelum selebihnya diedarkan kepada yang lain.

Setelah selesai, rakan-rakannya bertanya kepada si murid mohon penjelasan.

"Ya, sebab saya lebih percaya kepada diri saya sendiri sebelum percaya kepada orang lain."


Mengapa perlu percaya kepada diri sendiri sebelum percaya kepada orang lain? Cuba kita lihat selalunya hubungan yang akrab bisa jadi permusuhan di belakang hari. Hanya kerana percaya 100% kepada seseorang, diri sendiri boleh jadi dikhianati.

Lihatlah, berapa banyak kes kawan bergaduh sesama kawan hanya disebabkan janji yang tidak dipatuhi. Si kekasih yang menderita kerana dipermainkan kekasih sendiri. Ada pula kes cikgu (org paling dipercayai) tidak bertanggungjawab sehingga mencabul anak murid sendiri. Pendek kata, sedangkan adik beradik boleh bergigit, ini kan pula orang yang asing dalam kehidupan kita.

Apa yang penting, jangan musnahkan diri sendiri dengan percaya 100% kepada orang yang kita sayangi. Hargai diri sendiri dahulu, sebelum menyayangi orang lain. Berhati-hati dalam membuat keputusan yang melibatkan orang lain.

p/s: Entri ini terhasil setelah mendengar luahan sorang kawan yang kena tipu oleh kawan baik sendiri. Kasihan...


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Thursday, December 15, 2011

Malam ini "MALAM JUMAAT"

Malam ini malam Jumaat. Sesetengah orang menganggap malam ini penuh misteri, seram, dan penuh dengan kepercayaan-kepercayaan tahyul. Kononnya menjelang selepas Maghrib, para pocong-pocong akan berkeliaran, hantu raya akan bangkit dari kubur, manakala beberapa makhluk jadi-jadian akan beraksi dengan bebasnya di sepanjang malam ini. 
Heran bin ajaib plak. Hantu pun pandai nak pilih hari mereka berkeliaran rupanya. Tak pasti apa motif orang percaya malam Jumaat bukannya malam-malam hari lain. Kelakar kan. Hehehe. Tengok sajalah siaran-siaran TV kita. Tak habis-habis dengan cerita mengarut supernatural, misteri dan drama-drama seram malam Jumaat. Bowrink..
Padahal sebagai orang Muslim, sebaiknya malam Jumaat adalah malam yang mulia dan penuh keberkatan. Malam yang seharusnya diramaikan dan dihidupkan amal ibadahnya di surau-surau, masjid ataupun di rumah sendiri dengan membaca surah Yassin dan berzikir kepada Allah swt dengan sebanyak-banyaknya.

Malam Jumaat bukanlah malam 'para HANTU', tetapi malam untuk 'para MALAIKAT' yang memberi rahmat. Mari kita betulkan tanggapan ini. jangan biarkan diri anda diselubungi........ MISTERiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii  (",)

p/s: Jangan takut pada makhluk yang tidak berkuasa selain Allah swt..

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday #11 | MAHALNYA

Nasi Goreng Seafood ini berharga
RM30.00... (",)



Kenapa Nasi Goreng ini mahal? 

 Jawapannya KLIK SINI

Thanx Teacher misgee (",)
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Tuesday, December 13, 2011

MENCURI duit sendiri

Amaran:
Tips ini hanya boleh digunakan untuk duit sendiri. Anda dilarang sama sekali buat pada duit orang lain ya... Ngeee~


Sapa kata semua mencuri itu berdosa? 'Mencuri' dalam Kamus Dewan bermaksud l mengambil sesuatu yang bukan hak kita. Means kalau kita 'curi hak kita sendiri' takda masalah lah kan. Hehehe. Takpe, mencuri untuk kebaikan diri sendiri juga.

So, jommm kita curik duit kita sendiri... ekekeke.(",)

Bagaimana untuk mencuri duit sendiri? 

Iya, hanya semudah a b c. Jika anda ke mesin ATM untuk mengambil RM100 untuk berbelanja, pastikan anda mencuri RM10-20 daripada RM100 yang anda ambil tu, dan simpankan ia di tempat yang anda rasa selamat.

Bemakna anda hanya ada RM80 je lah untuk berbelanja. Biarlah, sekurang-kurangnya 'nafsu berbelanja' anda akan hanya berkisarkan RM80 tu ja. Ia lebih baik dari nafsu berbelanja RM100.

Pada masa yang sama, duit baki RM20 yang anda curik dari dompet sendiri tu boleh lah disimpan untuk tujuan kecemasan dan keperluan pada masa-masa akan datang. Alhamdulillah.

p/s: Mencuri duit sendiri @ 'menabung' la senang cerita.. ahahaha (",)


~HADAPI SEMUA DENGAN SENYUMAN~

Friday, December 9, 2011

Tanam Tebu di Telinga, Berkembang Bunga Raya di Muka


Murid-murid, hari ini peribahasa yang kita pelajari adalah "Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka". Bermaksud, seseorang yang sangat gembira kerana mendengar sesebuah pujian. (",)

Setiap orang sukakan pujian. Pujian kerana diri ini berjaya mengharumkan nama baik sesebuah organisasi, dipuji atas paras rupa wajah yang menarik juga pujian sebab hebat dan segalanya. Pokoknya pujian itulah sebenarnya sebuah penghargaan buat diri sendiri atas hasil usaha yang diusahakan selama ni. Dalam Hierarki Piramid Maslow pun, pujian adalah peringkat terakhir bagi kesempurnaan diri seseorang.

Sebenarnya bukan semua orang sukakan pujian. Kadangkala pujian yang melambung-lambung boleh mematahkan semangat seseorang. Puji sekali sekala dah lah. Pujian yang ikhlas kan. Kang yang kena puji berkali-kali jadi malu plak dan serba tak semangat nak buat kerja kerana jadi perhatian. Ekekeke.. :p

Tapi ada juga orang yang makin dipuji makin minta puji jadinya. Suka menunjuk-nunjuk kehebatan dia dengan semua orang. Puji ikhlas ke atau puji sindirian pun dia tembok muka nak senyum bangga. Dasar tak sedar diri. Kalau boleh sampai ke hujung kaki pujian itu ditaburkan untuknya. Hehehe. Ya, pujian yang melampau sebegini akan menyebabkan seseorang itu termakan puji ( membanggakan diri). (",)

Pujian yang mulia lagi terpuji ialah pujian terhadap Allah swt, maka kita sangat dituntut untuk memuja muji Allah swt sebanyak yang mungkin kerana hanya DIA sahaja yang layak untuk dipuji tanpa henti.

Manakala orang yang menerima pujian pula hendaklah menerima pujian dengan rasa syukur dan tawaduk terhadap Allah swt ini kerana setiap kurniaan mahupun kebaikan yang ada pada kita sehingga mengundang pujian orang sebenarnya datang daripada Allah swt.

Bersyukur lah atas pujian nescaya Allah swt akan menambah lagi rezeki kita. Sekiranya pujian manusia pada yang tiada pada kita, hendaklah kita muhasabah dan usaha untuk menjadi lebih baik. WALLAHU’ALAM.


 
 ~SENYUM ITU SATU SEDEKAH (",) ~

Sunday, December 4, 2011

The Shadow of the Day (",)

The Shadow of the Day
_____________

 
I close both locks below the window
I close both blinds and turn away
Sometimes solutions aren't so simple
Sometimes goodbye's the only way

And the sun will set for you
The sun will set for you
And the shadow of the day
Will embrace the world in grey
And the sun will set for you


Pink cards and flowers on your window
Your friends all plead for you to stay
Sometimes beginnings aren't so simple
Sometimes goodbye's the only way

And the sun will set for you
The sun will set for you
And the shadow of the day 
Will embrace the world in grey
And the sun will set for you

~HADAPI SEMUANYA DENGAN SENYUMAN~

Saturday, December 3, 2011

MENDUNG tak bererti HUJAN


Mendung tak bererti hujan
Yakinlah itu satu cobaan
masih ada waktu dan kesempatan
tuk meraih cinta

Lyrics Ella & Deddy Dores

Di saat melayan lagu lama ini, baru gua teringat. Ya Allah, betapa berat sungguh dugaan yang menimpa hamba-Mu kali ni. Aku tak pasti sama ada diri ini cukup kuat atau tidak untuk menghadapi semua dugaan yang datang kali ni. Takpa, hadapi semuanya dengan senyuman. Hmmmmmm.
 
Ya, kita tidak pasti apa yang bakal terjadi seminit lagi selepas saat ini, sehari selepas hari ini. Kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita di hadapan. Kita terus berlari dan menjerit di tepian. Mengimpikan yang terbaik antara yang terbaik. Mengharapkan yang mudah indah tanpa derita. Hingga kadangkala kita tertewas dengan ujian yang sekecil cuma.

Apa pun, selagi semangat masih ada, selagi impian menggapai di dada, selagi itulah kita terus mengukir senyuman untuk melangkah dan terus berusaha untuk sebuah impian. Mudah-mudahan kejayaan dan kegemilangan akan menjelma di kemudian hari. Insya Allah.

Saya pernah teringat kata-kata cikgu saya zaman sekolah menengah dulu:

V
V
V

Cikgu:----- Kamu semua jangan bersedih-sedih ya. Ingat tu, "Mendung tak beerti Hujan" 

Murid:----- Yelah, tapi kalau ditakdirkan 'hujan' juga cikgu??

Cikgu:----- Kalaupun hujan, mana tahu akan muncul PELANGI YANG INDAH selepas hujan. Betapa  cantik kan aturan Tuhan kepada kita semua.

Waahhhhhhhh, terima kasih cikgu. Mendung tak beerti hujan. Hidup tak selamanya hitam. Jangan bersedih-sedih tau... (",)


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday #9 ------> BILA LAGI?

 Sana-sini orang asyik tanya aku soalan yang sama. 
Bila bila dan bila... Adeiii~



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Tuesday, November 29, 2011

Sebelum diusung ke LIANG LAHAD

Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di Alam Baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Cecahkan dahimu ke SEJADAH


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan 



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Friday, November 25, 2011

“Aku BOLEH. aku BOLEH. ya aku memang BOLEH”

Petang tadi selepas solat Jumaat, saya ada singgah sebentar di Perpustakaan Tawau. Sekali sekala mencuba untuk duduk di sudut bacaan kanak-kanak. Maklumlah, buku-buku bacaan peringkat umur macam tu lebih banyak unsur pengajaran dan nilai-nilai murninya jika nak dibandingkan buku bacaan orang dewasa. Heee (",)


‘The Little Engine That Could’. Sebuah buku yang berkisar tentang perjalanan suka duka sebuah animasi keretapi. Adalah dalam satu babak tu kereta api tersebut bergerak ke bukit dengan sangat perlahan dan akhirnya tersadai di pertengahan.

Lokomotifnya berkata pada diri sendiri, “Aku boleh, aku boleh, ya aku memang boleh.” Keretapi pun terus bergerak perlahan, demi perlahan, demi perlahan, demi perlahan, demi perlahan (berapa banyak perlahan daaaa.... (",)........ dan akhirnya naik sehinggalah tiba di bukit dengan selamatnya. Alhamdulillah. Seronok pula nak baca sampai abis.. Ngee~

Moral of the story yang perlu kita renungkan ialah:

Percayalah pada kemampuan diri sendiri. Seandainya lokomotif tersebut tidak percaya akan kemampuannya untuk tiba di atas bukit, boleh jadi kisah dalam buku itu berakhir dengan kesedihan yang mengharukan.

Jika lokomotif pun bisa mengungkapkan "Aku boleh, aku boleh, aku boleh, mengapa tidak kita kan. Iya, setiap orang berhak untuk sebuah kegagalan dalam kejayaan.


William Arthur Ward, seorang penulis dari Amerika pernah berkata" Saya adalah PEMENANG kerana saya berfikir sebagai seorang PEMENANG dan bekerja untuk sebuah KEMENANGAN."


~HADAPI SEMUA DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday #8 | HULK

On Wednesday, you'll tell the story




 ~ WALAU APA, WALAU KENAPA
HADAPI SEMUANYA DENGAN SENYUMAN~

Friday, November 18, 2011

Riang ria keputusan UPSR SKBPT

Hari ini mesyuarat akhir tahun buat guru-guru SK Batu Payong Tawau. Minggu hadapan guru-guru bakal memanfaatkan cuti-cuti akhir tahun dengan pelbagai program yang bermanfaat selepas setahun memikul beban tugas guru yang mencabar.

Dan hari ini juga lah akhirnya saya dapat tahu keputusan rasmi UPSR murid-murid tahun 6 sekolah ini. Alhamdulillah. Peratus UPSR melonjak naik daripada 35% pada tahun 2010 kepada 46.8% pada tahun ini. Syukur, berbaloi-baloi usaha guru-guru dan ibu bapa selama 6 tahun ini dalam mendidik, mengasuh, membimbing dan membentuk anak-anak bangsa ini.


Semoga anak-anak murid ini akan terus berusaha untuk berjaya dalam cabaran pendidikan yang seterusnya.

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, November 16, 2011

Tajuk LAGU KEBANGSAAN pun tak tahu

Lagu Negaraku, lagu kebangsaan yang perlu kita hormati dan sanjungi. Lagu kebangsaan ini seringkali berkumandang di corong-corong radio dan televisyen, ataupun dinyanyikan secara formal di majlis-majlis rasmi. Bagi seorang pelajar pula, adalah menjadi kewajipan mereka untuk menyanyikannya pada setiap minggu semasa perhimpunan sekolah.

Cerita pasal lagu kebangsaan ini, pagi tadi semasa saya mengawas peperiksaan SPM Sejarah kertas II, terkeluarlah soalan berkaitan lagu Negaraku ni. Siap tunjukkan lirik lagi. Amboi, mudahnya soalan.


So, soalan pertamanya berbunyi macam ni.
V
V
V

"Apakah tajuk lagu kebangsaan negara kita?"

Waahh, memang soalan cepumas lah ni.  Masa saya terbaca soalan ni, memang nak gelak pun ada. Kacang sangat. Rasanya pelajar-pelajar sekolah rendah pun boleh score ni. Tapi ingat, korang jangan fikir mengapa penggubal soalan SPM ni saja-saja nak letak soalan macam tu. Konfom banyak pelajar yang lupa atau memang tak tahu langsung. Huhh

Sebab semasa saya tengah pusing-pusing dewan peperiksaan tu, terpandanglah saya akan beberapa jawapan yang ditulis oleh pelajar-pelajar ni. Memalukan betul. Rupanya masih ada yang tak tahu tajuk lagu kebangsaan negara ni. 

Ada sorang pelajar tu selamba je letak tajuk lagu kebangsaan kepada "Jalur Gemilang".  Lain-lain jawapan yang saya lihat ada yang tulis jawapan "Malaysiaku", dan ada juga yang letak "Negara kita". ekekeke. Tu cuma segelintir je. Rasanya mungkin lebih banyak calon SPM yang tak tahu nak jawab soalan mudah ni.

Tulah, siang malam bersengkang mata ulangkaji pelajaran. Rupanya soalan yang patutnya dah kita tahu dari sekolah rendah lagi akhirnya putih mata nak jawab masa peperiksaan penting ni. Macam ni lah kalau semangat kebangsaan hanya diungkapkan di mulut semata-mata, tetapi tidak diserapkan ke dalam hati sanubari. (",)

p/s: Korang ingat tak lagi 5 prinsip rukun Negara? Mesti ada yang dah lupa tu kan. Heeeee

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Tuesday, November 15, 2011

Guru kena kerja 9 jam?

Makluman
Entri ini hanya sekadar luahan peribadi daripada saya yang masih baru dalam kerjaya saya. Maaf jika ada yang tersinggung dan terasa. Jika ada kekurangan sila perbetulkan saya ya. Hehe

Rasanya memang dah ramai yang dah maklum dengan perlaksanaan 9 jam bekerja kepada guru-guru bermula pada tahun 2012. Tempoh percubaan 6 bulan itu akan dijalankan di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak untuk diperhalusi Kementerian Pelajaran Malaysia

Tempoh percubaan bagi waktu guru kerja 9 jam di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.
 

"Projek itu bagi melihat sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah."

Hmmmm...

Memang benar akhir-akhir banyak pihak terutamanya penjawat awam daripada jabatan lain yang kurang berpuas hati dengan kerjaya guru. Soal gaji, soal  bonus, soal cuti, dan kali ini ada pula gesaan untuk menambah bilangan waktu bekerja guru selama 9 jam.. (",).

Apa boleh buat. Terima sajalah hakikat kan. Guru-guru nak meluah tentang beban tugas bukan ada pihak lain pun yang faham. Makin banyak jugalah pihak yang dengki dan tak berpuas hati.

Mereka nak samakan bilangan waktu kerja guru dengan penjawat awam lain. Tetapi sedarkah yang membuat kajian itu bahawa cara kerja guru dan pekerja pejabat adalah berbeza. Kerja seorang penjawat di pejabat tidak sefokus kerja seorang guru di dalam kelas. 

Guru bekerja dengan benda yang bernyawa. Perlu berhadapan dengan karenah murid yang pelbagai ragam dan makian ibu bapa.

Saya pernah tulis mengenai ini dalam entri yang ini-----> KLIK SINI

Okeylah, malas nak tulis panjang-panjang. Saya pun masih guru baru yang masih nak belajar. Kang ada plak rakan-rakan penjawat awam lain yang nak hantam saya di sini.. ehehe

Soal pertambahan 9 jam waktu bekerja tu, saya sebenarnya akan BERSETUJU kalau:------>

1. Aktiviti Kokurikulum, Sukan Tahunan, Mesyuarat Agung PIBG, Hari Bertemu Ibu Bapa, Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik,  Kelas Tambahan,  dan lain-lain buat hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Sabtu dan Ahad cuti dalam erti yang sebenarnya sepertimana yang dinikmati oleh penjawat awam lain.

2. Kerja-kerja tidak perlu dibawa ke rumah untuk diselesaikan. Soal nak siapkan RPH, BBM, periksa buku murid akan di sambung balik kerja itu pada 7.30 pagi keesokannya. Pendek kata, kat umah nak rehat-serehatnya. Best kan.

3. Tidak perlu isi markah SAPS, PBS, SPLG dan apa-apa saja data nak key in secara online di luar waktu pejabat 6.30 pagi – 4.30 petang. Semua online buat kat sekolah ja. Kat umah kami pun nak main Fesbuk.. Ehehe

4. Aktiviti kokurikulum, Perkemahan, pertandingan, karnival dan pelbagai program tamat pada 4.30 petang. Tak nak buat hari Sabtu , Ahad atau cuti-cuti.

5. Nak juga merasa kenikmatan bekerja di pejabat guru yang berhawa dingin sepertimana yang dikecapi oleh penjawat-penjawat awam lain di pejabat mereka. Hehehe


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Monday, November 14, 2011

Murid MENJAWAB, saya MENGANTUK

Secara jujur, sebagai guru adalah lebih seronok masuk ke kelas dan mengajar berbanding nak mengawas peperiksaan ni SPM/STPM ni. Hehe. Itu cuma pandangan saya. Saya kan cikgu baru nak belajar. Hehe. Bukan tak suka, tapi sebagai manusia biasa, saya ni memang tak tahan kalau nak mengantuk. bila dah boring. Heee..


Hari ini adalah Paper Bahasa Melayu kertas 1 dan 2. Dari pagi membawa ke petang menjaga pelajar-pelajar yang ambil SPM ni. Bayangkan nak mengawas exam selama dua jam lebih dalam dua sesi.

Tak boleh duduk, tak boleh nak baca buku ke, ber'sms ke, main Facebook ke, apatah lagi nak berborak bergelak. Pokok pangkalnya kenalah berdiri  memerhatikan calon sepanjang tempoh masa  tu. Penat dan letih. Mengantok toksah cerita la. Macam nak terjun je kalau ada tilam. Heee~
 
Pastu langkahan kaki pun kena kawal. Tak boleh terlalu nak berjalan ke hulu ke hilir sehingga membunyikan tumit kasut. Takut menggangu konsentarsi budak-budak nak menjawab. Lagi satu sebagai pengawas tak boleh selalu nak lalu lalang hadapan murid. Apatah lagi nak berlagak berdiri di sebelah meja memerhatikan jawapan mereka. 

Pengalaman kita dulu ambil SPM mesti kita rimas kalau pengawas dok asyik memerhatikan kita menjawab kan. Automatik hilang idea kita nak menulis. Tu sebab saya lebih prefer untuk berdiri memerhatikan calon tanpa banyak pergerakan.

Budak nak pergi toilet pun perlulah di follow. Kena escort sebab kalau budak terlalu lama dalam toilet tu manalah dia meniru ke, pengsan ke, ataupun nak merokok segala. Hahaha~

Okla. Saja  je ni nak berkongsi cerita pengalaman hari pertama saya mengawas SPM. Penat tapi seronok. Calon-calon pelajar yang saya awasi semuanya baik-baik belaka. 

Esok siap sedia nak menjaga lagi. Nampaknya hari-hari percutian saya akan diisi dengan mengawas peperiksaan ini.. (",)


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Thursday, November 10, 2011

Semangat murid PINGGIR BANDAR

Jika nak bandingkan fasiliti sekolah bandar dengan sekolah luar bandar ibarat langit dengan bumi. Iya, siapa yang tak selesa dengan bersekolah di kawasan bandar. Mewah dengan segala kelengkapan dan prasarana yang canggih, pemodenan (pembangunan), kemudahan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan sebagainya. Jauh beza dengan sekolah luar bandar di mana segala kelengkapan yang ada hanya ala kadar semata-semata. 
Namun ada satu kelebihan murid-murid yang datangnya daripada di kawasan ini. Itulah SEMANGAT. Ya, mereka semua ada semangat yang patut lebih diberi perhatian sewajarnya.

Berlatarbelakang keluarga nelayan, petani dan buruh kasar, anak-anak  kampung ini membesar dengan cara hidup yang lebih lasak dan serba boleh dalam segala hal-hal berkaitan kerja-kerja fizikal.

Itu sebabnya bila tiba acara sukan tahunan mahupun perkemahan, selalunya murid yang datang dari kawasan luar bandar akan mendominasi dalam kebanyakan acara-acara sukan dan aktiviti-aktiviti. Peranan guru-guru amat diperlukan bagi mencungkil dan mengembangkan semangat yang ada pada mereka.
++++++++++++++++.

SK Batu Payong- Awal pagi, selain rutin harian pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, guru-guru bersama murid-murid tekun menjalani latihan rumah-rumah sukan sebagai persiapan untuk acara sukan Tahunan sekolah yang akan berlangsung pada 14 dan 15 November hadapan.
 

Padang sekolah ku yang serba kekurangan. Tetapi di sini lah akan lahirnya bakat-bakat sebagai pelapis kepada atlit kebangsaan pada masa akan datang. Ekekeke.. Insya Allah amin.. (",) 


Padang yang botak, becak, dan berbatuan. Namun ianya tidak pernah mematahkan semangat anak-anak murid ini untuk terus berusaha. Yeaahhhh (",)


Latihan lompat tinggi yang hanya menggunakan peralatan yang ala kadar. Tilam cabuk dan palang hanya  menggunakan getah pengikat sayur. Hehehe... 

Hanya semangat itu yang menjadi penyeri kepada acara-acara sukan di sekolah ini.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Monday, November 7, 2011

Upacara KORBAN SK Batu Payong 2011


Hari ni dah masuk hari kedua raya Haji @ Aidiladha. Tapi nama tu lagi senang jika kita panggil raya Korban. Biar senang sikit kita nak ingat yang hari ni banyak kambing, unta dan lembu kena korban. Hehehe


Raya semalam bermacam ragam, bermacam cerita si haiwan yang nak disembelih. Kisah Lembu mengamuk masa nak ditangkap, malah ada juga lembu yang lari hingga hujung kampung. Itu cerita si haiwan. Lain pula Kisah si manusia. Dengar-dengar ada orang kampung yang bergaduh tak puas hati gara-gara pembahagian daging yang tidak adil. Hehehe.. macam-macam.  (",)

Yang penting niat kita berkorban ini biarlah ikhlas semata-mata kerana Allah swt.

Apa pun syukurlah pagi tadi bertempat di penjuru sekolah SK Batu Payong, 3 ekor lembu berjaya dikorbankan dengan jayanya tanpa sebarang permasalahan dan halangan. Cuma kebasahan juga lah ketiak  bila nak menangkap, mengikat dan membalikkan lembu ini sebelum disembelih. Ekekeke (",)

Terima kasih buat semua warga sekolah SKBPT, pihak PIBG, dan orang-orang kampung Batu Payong atas kesudian hadir bersama-sama bagi memeriahkan lagi upacara Ibadah korban yang julung-julung kali diadakan di sekolah ini. Tahun depan kita berjumpa lagi.
 

Hikmah berkorban akan membuktikan keimanan , ketaatan dan kesyukuran seseorang kepada Allah.

Himah berkorban akan mendidik manusia secara amali dari segi kasih sayang, simpati dan timbang rasa dengan mengorbankan sebahagian daripada miliknya semata-mata kerana Allah

 Hikmah berkorban akan melatih manusia sentiasa berkorban untuk menegakkan syiar Islam.

Himah berkorban akan melahirkan kegembiraan di hari kebesaran Islam dengan sedekah dan hidayah untuk memupuk perasaan muhibbah dan silaturrahim.

Hikmah berkorban akan mengingati dan mengambil iktibar daripada kisah pengorbanan suci nabi Ibrahim dan nabi Ismail a.s yang mematuhi perintah Allah.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Sunday, November 6, 2011

Corat coret AIDIL ADHA 2011.


Tidak kejauhan dari rumah, suara laungan takbir memecah kedinginan pagi yang memuji kebesaran Yang Maha Esa. Semangat bangun awal pagi ini. Bukan selalu berjumpa dengan hari berbahagia ini. Hari ini hari raya lagi. Cuma kemeriahannya tidaklah sesibuk sambutan Aidilfitri.

Kuih muih dan juadah pun sekadar ala kadar. Lagu-lagu raya langsung tak kedengaran apatah lagi sms-sms ucapan daripada rakan-rakan. Amat jarang sekali. Hanya hujan renyai-renyai mengiringi suasana riang dan suram di pagi hujung minggu ini.

Pagi ini saya kenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Ya, itulah baju Raya yang saya pakai masa raya Aidilfitri yang lalu. Ternyata kegembiraannya bakal dirasai sekali lagi hari ini.

Hari ini jutaan umat Islam seluruh dunia meraikan Aidiladha yang merupakan perayaan istimewa sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selepas bersembahyang sunat Aidiladha, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai  sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Salam Aidiladha buat semua. Semoga kita berkorban ke jalan yang diredhai Nya

p/s: Esok kami akan mengadakan upacara penyembelihan 3 ekor lembu di sekolah. Tak sabar nak membantu memegang, memotong dan melapah daging-daging korban ini. WHeeee~


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, November 2, 2011

Lalu HUJAN TURUN



Bila hujan turun

Saya mesti kesejukan

Bila hujan turun

Saya selalu kebasahan

Bila hujan turun

Saya selalu mengelamun

Bila Hujan turun
Saya selalu bersembunyi dalam selimut...

Ekekeke....

Memang betul lah November dan hujan sukar untuk dipisahkan. Tiap tahun bila masuknya November, air mata hujan akan turut sama mengiringi sepanjang perjalanan bulan ini. 


Masihkah kau ingat
Kita berlari-lari
Di kaki langit
Mencari pelangi

Lalu hujan turun
Kita basah bersama

Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
-Kopratasa-

Hujan adalah anugerah daripada yang Maha Esa. Semoga kita mendapat manfaat dan hidayat yang mencurah-curah daripada Nya


Hujan rintik-rintik...Ombak naik naik...
Emak bagi duit..Saya pergi sekolah...
Tiga tambah tiga... Saya jawab enam...
Cikgu kata betul... Saya balik rumah...


Ohh, inilah lagu dalam lukisan semasa zaman sekolah rendah dulu... Indahnya memori dulu-dulu kan.. Heee 

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Thursday, October 27, 2011

Istimewanya seorang WANITA

Bismillahhirrahmanirrahim.

Semalam saya ada cerita pasal tanggungan yang dipikul kaum Adam. [KLIK]. Kali ini beralih kepada tanggungjawab orang perempuan plak. hehe. Ya, jangan sangka hanya orang lelaki ja yang ada tanggungjawab yang besar, orang pempuan pun sebenarnya lagi mencabar peranannya tau. Ekekee.

Seronok juga baca hikmah kehidupan lelaki dan perempuan ni. Sungguh istimewa Allah menjadikan keduanya berbeza untuk saling lengkap melengkapi.


WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Si isteri perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Lain hal, Saksi orang pempuan kurang berbanding lelaki. Menerima pusakajuga kurang dari lelaki. Heeeee..

Seorang wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Orang lelaki relax je kan.. (",)

Orang pempuan memang istimewa...

Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu  adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Alhamdulillah, istimewanya seorang wanita kan. Tapi ada juga orang pempuan yang mengeluh sana sini sebab tak dapat bebas macam orang lelaki. Nak juga hak kesamarataan sedangkan Islam dah gariskan kedudukan yang istimewa buat seorang wanita (",)

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, October 26, 2011

Beratnya tanggungan LELAKI

Bismillahhirrahmanirrahim.


Jadi seorang lelaki memang hebat. Kerana kehebatan itulah lelaki terpilih untuk memikul tanggungjawab yang berat. 
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki yang sudah berkahwin lagilah besar tanggungjawabnya. Bukan hanya kena tanggung dosa sendiri, tapi dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh pun di bawah peranannya.

Seorang anak lelaki perlu bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya, tapi kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. Wooooww, beratkan... (",)

Sang suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. (Ingat tu.. ekekeke)

Banyak lagi lelaki terutama yang bergelar suami perlu tanggung. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Ngeeee~

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...