G2M Superfriends

Tuesday, November 15, 2011

Guru kena kerja 9 jam?

Makluman
Entri ini hanya sekadar luahan peribadi daripada saya yang masih baru dalam kerjaya saya. Maaf jika ada yang tersinggung dan terasa. Jika ada kekurangan sila perbetulkan saya ya. Hehe

Rasanya memang dah ramai yang dah maklum dengan perlaksanaan 9 jam bekerja kepada guru-guru bermula pada tahun 2012. Tempoh percubaan 6 bulan itu akan dijalankan di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak untuk diperhalusi Kementerian Pelajaran Malaysia

Tempoh percubaan bagi waktu guru kerja 9 jam di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.
 

"Projek itu bagi melihat sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah."

Hmmmm...

Memang benar akhir-akhir banyak pihak terutamanya penjawat awam daripada jabatan lain yang kurang berpuas hati dengan kerjaya guru. Soal gaji, soal  bonus, soal cuti, dan kali ini ada pula gesaan untuk menambah bilangan waktu bekerja guru selama 9 jam.. (",).

Apa boleh buat. Terima sajalah hakikat kan. Guru-guru nak meluah tentang beban tugas bukan ada pihak lain pun yang faham. Makin banyak jugalah pihak yang dengki dan tak berpuas hati.

Mereka nak samakan bilangan waktu kerja guru dengan penjawat awam lain. Tetapi sedarkah yang membuat kajian itu bahawa cara kerja guru dan pekerja pejabat adalah berbeza. Kerja seorang penjawat di pejabat tidak sefokus kerja seorang guru di dalam kelas. 

Guru bekerja dengan benda yang bernyawa. Perlu berhadapan dengan karenah murid yang pelbagai ragam dan makian ibu bapa.

Saya pernah tulis mengenai ini dalam entri yang ini-----> KLIK SINI

Okeylah, malas nak tulis panjang-panjang. Saya pun masih guru baru yang masih nak belajar. Kang ada plak rakan-rakan penjawat awam lain yang nak hantam saya di sini.. ehehe

Soal pertambahan 9 jam waktu bekerja tu, saya sebenarnya akan BERSETUJU kalau:------>

1. Aktiviti Kokurikulum, Sukan Tahunan, Mesyuarat Agung PIBG, Hari Bertemu Ibu Bapa, Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik,  Kelas Tambahan,  dan lain-lain buat hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Sabtu dan Ahad cuti dalam erti yang sebenarnya sepertimana yang dinikmati oleh penjawat awam lain.

2. Kerja-kerja tidak perlu dibawa ke rumah untuk diselesaikan. Soal nak siapkan RPH, BBM, periksa buku murid akan di sambung balik kerja itu pada 7.30 pagi keesokannya. Pendek kata, kat umah nak rehat-serehatnya. Best kan.

3. Tidak perlu isi markah SAPS, PBS, SPLG dan apa-apa saja data nak key in secara online di luar waktu pejabat 6.30 pagi – 4.30 petang. Semua online buat kat sekolah ja. Kat umah kami pun nak main Fesbuk.. Ehehe

4. Aktiviti kokurikulum, Perkemahan, pertandingan, karnival dan pelbagai program tamat pada 4.30 petang. Tak nak buat hari Sabtu , Ahad atau cuti-cuti.

5. Nak juga merasa kenikmatan bekerja di pejabat guru yang berhawa dingin sepertimana yang dikecapi oleh penjawat-penjawat awam lain di pejabat mereka. Hehehe


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

38 comments:

Aziela said...

Akak sangat setuju. My sister mengajar sekolah menengah. Dulu jadi warden, weekend, tgh malam, holiday semua kena korbankan. Now keluar asrama, jadi ketua bidang pula, lagi bertambah macam2 program lain. Pokoknya : SAYA SOKONG 100% ENTRY INI!

3no gr33ny said...

Maka tersangatlah hamba sokong 200% apa yang diperkatakan Cikgu Gen2Merah...

andai kurang berpuas hati..cubalah sendiri menteladani benda bernyawa selama 9jam tanpa henti

Fatin Mraz said...

itulah mulia nya tugas seorang guru..bukan jam yg dilihat..,tetapi tanggung jawab yg dipikul..

harap guru2 semua sabar dan terus ikhlas mendidik anak bangsa..

tugas guru tugas nan mulia.. tanpa guru tiadalah profesional hari ini..
hebat manapun penjawat awam atau swasta adalah hasil didikan guru..

:}

feza said...

yup..sgt setuju. feza pernah berpraktikum di slh sebuah sekolah.

9 jam bekerja? rasanya guru lebih jam berkerja. spt2 senarai yang cikgu Gen2 merah sebutkan. feza sgt2 bersetuju, Walaupun dilihat cuti guru banyak. Tapi, bnyakkah masa yang guru cuti sebenar benarnya.

lebih jam berkerja, guru ada gaji untuk OT kah?? tidak ada.

~SaL IjOu~ said...

walopun sy blom lagi bergelar guru yg sah..tp sy ada 5 adik badik cikgu..n ramai kwn rapat cikgu..mungkin ada sesetengah sekolah yg ok..tp yg x ok,bebannya x tertanggung..mcmna semudah itu org beranggapan keje seorang cikgu itu senang..aih~

Tihara said...

haah yek.. tah masa bila cgu nak dpt rehat lg nt..dengki berdengki adat org melayu gitu kan..huh

AmirFX said...

Waaa.. 9 Jam? Perghhh.. Lama tu.. Dah la takder kira OT...

Tinta Emas said...

hanya guru sahaja yang mengetahui beban dan tanggungjawab seorg guru..

Hanya orang yang buta hati sahaja tidak puas hati dengan tugas guru...celikkan minda dan cuba letak diri mereka dalam situasi guru,,, barulah mereka tahu susah senangnya menjadi seorang guru...

Guru bukan hanya memberikan perkhidmatan seperti penjawat2 awam lain tapi membentuk dan melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk negara ini...

delarocha said...

sabar je la.

cuba dulu ya. belum cuba belum tahu.

cinnamon.com said...

jom tgok entri cinnamon yg bertajuk Assalamualaikum cikgu...

missina said...

sabar lah ye,,sama gak mcm kami ni,,keje selalunya memg lebih masa jer,,tapi tak penah claim,,padahal pas report tu dah lebih waktu keje,,sabar jelah,,,setiap pekerjaan tu berbaloi kot dengan gajinya kan,,makin besar gajinya maka makin beratlah tanggungjwbnya,,,

whitecappuccino said...

Akak setuju sangat2 saranan 1 hingga 5 tu!

maszull said...

assalamualaikum dil...sabar jer la dil die org berckp mmg senang cuba mereka yg berckp tu yg merasa dulu bagaimana cikgu2 di sek mengajar...ckp senang belum cuba belum tahukn...:)

Tiramisu Fatiema said...

9 jam..satu cabaran tuh..respect..

Rashid said...

a'ahhh terima kasih terima kasih .. hehe

Eera Shera said...

lama tak masuk sini..suasana dah bertukar..hehe

slmt berjuang ngan sabar ye cikgu ;)

Yumida said...

even sy bkn guru sebenar..but sy menyokong usul ini....sebelah petangnya blh di bt sesi pembelajaran dlm betuk x formal...

a kl citizen said...

yang penting persekitaran di sekolah, dalam kelas dan bilik guru perlu ditembahmutu :)

syu said...

9 jam? Tak perlu rasanya. walaupun saya bukan guru, tapi saya bercakap sebagai seorang ibu. Kalau dah kena keje 9 jam, macam mana pulak masa dengan anak2. Terkorban kan? Takkan nak tunggu cuti sekolah baru nak hadap anak2 ? Betul tak? Dan sebagai seorang anak, kalau mak saya jadi guru, asyik habiskan masa dengan keje...pastinya saya juga bosan..pastinya akan keluar ayat ini, "mak ni...asyik keje jer..!"

Kesian...........

che mid said...

Dah sampai masanya guru-guru satu hati tunjukkan kelelahan kamu semua. Ramai bukan guru sokong anda.. jangan berdiam diri lagi!!!

Puan Kutu said...

sy juga seorang penjawat awam..sy akui tugas nampak sgt senang tp tugas guru sebenarnya sangat mencabar.

baru semalam nak daftar ank ke pra,dh lama tak pergi sekolah.kepala sy jadi pening dengar murid2 bising.dah la cuaca panas..

sy cuba membayangkan diri sy sebagai seorang guru, berpanasan kesan kemari tanpa aircond,menjerit2 didalam kelas..mencabar sungguh!

sy dah biasa kerja dlm aircond..guru betul2 mebakar lilin utk menerangi org lain.tanpa guru siapalah kita hari ini...

kepada yg dengki2 dengan kelebihan guru, cuba selami kemuliaan tugs seorang guru..:)

Sekian terima kasih..hoho

QueeN TerataI said...

diorg ni ckp tak pk kot... nak bandingkan keja diorg dgn keja guru mmgla x boleh.. Queen walau bkn seorg guru tetap tak setuju guru bekerja 9 jam sehari.. cuba suruh org yg dlm pejabat tu jd cikgu,, baru diorg tau kot sush senang jd cikgu nie.. x patut betul!

Ezad Skytech said...

selalunya bila hujung minggu guru ni bukannya dapat rehat..ada aktiviti la kat sekolah...kena la paham kerjaya guru macam mana...

intan_blur said...

sbr cikgu...sbr..hehhehe..
sbnarnye intan pun jeles juga..cikgu balik kol 2 ke kol 3...tp tu dululah..anggapan intan time sek dulu..rupenye tidak kan..hehehhe

lisa lis said...

Sokong entry ni... walaupun xjadi cikgu tp pernah la jadik cikgu tadika.. memang penat..penat jiwa raga..penat fizikal.. dah tahu pgorbanan seorang guru tu sgt besar dan tanggujwb yg dpikul guru pun sgt besar.. sabarlah yg jadi seorang pendidik kerana tugas anda sgt la mulia, mungkin org tak nampak, tapi ganjaran pahala sgt besar bagi yg mendidik~

cikgu2 tetap terbaik di hati~

Kancil 8349 said...

aku sokong tu geng...supaya adil...yang lebih best...sediakan aircon untuk semua kelas...kalau penjawat awam boleh duduk dalam bilik beraircon mengapa guru tidak....lepas nie kalau ada yang tidak berpuas hati...lebih baik dia jadi guru sendiri kat sekolah...

Dylla Abas said...

hmm..kalau tempoh p'cubaan 6 bulan tu b'jaya dan dilaksanakan betul-betul di seluruh malaysia,takde la lagi istilah "kerjaya guru ni boleh ada banyak masa di rumah"...

tapi rasa pelik la macam tu.dulu,masa sekolah,tiap-tiap petang sy dan kawan-kawan pergi rumah cikgu untuk belajar.kalau sekarang cikgu bekerja samapi pukul 4.30ptg,susah la murid-murid nak spend masa macam tu kan..?

anitadiana said...

dugaaan..mcm cite P.Ramlee tu...tapi bersabar lah cikgu...memang kasihan dengan cikgu sekarang,mana nak layan murid2 yg bermasalah,yg berperangai teruk,nak pukul-pukulkan jadi isu mcm2..kalu dulu tak ada masalah mcm sekarang...

merahitujambu said...

takkan lupa...sebab suria fm hari2 iklankan rukun negara

sekamar rindu said...

salam..

itulah realiti yg berlaku..

My SweetPea said...

ketuk pala sorang2....adoi....lagu kebangsaaan pun xtau.....huhu...sabor ye cikgu...:D

Oh Oeya said...

Bersabarlah sekalian Cikgu.. Semoga dipermudahkan urusan kalian, Amin.







Alhamdulillah.. Kelas anak saya dari Darjah 1 hingga kini ada air-con.. heheh ;-)

aimie amalina said...

aduhaiii
cabarannye jadi cikgu ni
emmm..bertabahla ye cikgu Gen2! =]

Hanie_Dew said...

tu la org lain pandang mudah je tugas guru sbb perasaan hasad dengki tu tak bole dikikis. aku pun dpt bygkan tugas guru sgt la berat banding dgn tugas org pejabat.

saya bantah 9 jam yang arif!!

wan nurul hezrina said...

saya tahu sememangnya tugas guru paling mencabar.banyak perkara kena tgk.walaupun saya bukan guru tapi kak ipar guru=)dalam sarat preggy dia bz banyak benda n kena naik tangga lagi g kelas.tugas ofis mudah dok jer.saya terutamanya=)

wan nurul hezrina said...

saya tahu sememangnya tugas guru paling mencabar.banyak perkara kena tgk.walaupun saya bukan guru tapi kak ipar guru=)dalam sarat preggy dia bz banyak benda n kena naik tangga lagi g kelas.tugas ofis mudah dok jer.saya terutamanya=)

wan nurul hezrina said...

saya tahu sememangnya tugas guru paling mencabar.banyak perkara kena tgk.walaupun saya bukan guru tapi kak ipar guru=)dalam sarat preggy dia bz banyak benda n kena naik tangga lagi g kelas.tugas ofis mudah dok jer.saya terutamanya=)

wan nurul hezrina said...

saya tahu sememangnya tugas guru paling mencabar.banyak perkara kena tgk.walaupun saya bukan guru tapi kak ipar guru=)dalam sarat preggy dia bz banyak benda n kena naik tangga lagi g kelas.tugas ofis mudah dok jer.saya terutamanya=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...