G2M Superfriends

Sunday, March 27, 2011

Selamat berpindah cikgu Umrah @ Kancil 8349

Orangnya hitam manis, tapi hensem iras Amitabh Bachan. Suaranya tegas bak halilintar. Peritnya agak boroi sikit tapi sudah cukup untuk menggambarkan penampilannya. Ngeee~. Memakai kaca mata, pakaian formal yang begitu rapi dengan tali leher dan nametag tak pernah lekang daripada baju. Itu lah dia cikgu yang bernama Umrah bin Manimbora. Seorang cikgu yang baru sahaja posting di SK batu Payong Tawau 7 bulan lalu. Kehadirannya telah banyak mendatangkan iklim perubahan di sekolah ini. Perghhh...


Sunguhpun masih baru, namun cikgu ini antara cikgu yang paling glamer di kalangan murid-murid sekolah ini. Murid mana yang tak kenal dengan cikgu Umrah Manimbora. Sebut nama guru ini pun sudah cukup menggerunkan kepada pelajar-pelajar yang malas buat kerja rumah. Namun bagi murid-murid yang rajin, cikgu Umrah adalah cikgu yang mereka nanti-nantikan kehadirannya di dalam kelas. Kerana cikgu ini adalah seorang guru yang begitu komited dan tegas dengan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan kerja rumah yang diberikan kepada murid.

Selaku guru kaunseling di sekolah, sudah ramai agaknya murid-murid nakal yang  menangis dan insaf dek mendengar nasihat dan tegurannya di bilik kaunseling. Jampi seranah apa yang dia guna kami kurang pasti sebab rata-rata pelajar bermasalah di sekolah ini sudah pun berubah sekelip mata selepas mendapat sesi kaunseling daripada cikgu Umrah. Hahaha.. 

Memang aura cikgu ini sungguh luar biasa hebat. Sungguh berkesan di jiwa murid-muridnya. Kehadirannya di sekolah ini umpama Ultraman Taro yang diutuskan untuk menyelamatkan sekolah ini daripada hanyut dengan serangan-serangan raksaksa berbahaya.. hihihihi (",)

Bagi pihak guru-guru dan pentadir sekolah, cikgu Umrah adalah seorang cikgu yang disenangi dengan kemesraannya. Sebut saja barang apa yang mau diangkat, cikgu ini pasti akan ringan tulang untuk menolong. Lihat sajalah, betapa banyak jawatan yang disandangnya dalam pentadbiran sekolah. 

Beliau seorang cikgu yang tak pernah mengeluh walaupun banyak tugasan yang perlu dipikul. Tak pernah menolak walaupun banyak arahan untuk membawa murid-murid mengikuti aktiviti-aktiviti luar. Harapannya cikgu ini cuma satu----> untuk mengambil pengalaman sebanyak yang mungkin di sekolah ini dengan ikhlas. (",)

Bagaimanapun tanggal 24 Mac yang lalu, sebuah titik bersejarah dalam sekolah ini bakal tercatat bilamana cikgu harapan nusa dan bangsa di sekolah ini bakal meninggalkan sekolah ini. Disebabkan kecemerlangannya selama 7 bulan, cikgu Umrah telah diarahkan berpindah ke sekolah lain di SK St Patrick Tawau atas arahan Pejabat Pelajaran Dareah Tawau

Sepatutnya beliau kena melaporkan diri di sekolah tersebut pada 21hb Mac yang lalu lagi. Maknanya bermula sesi persekolahan esok, cikgu cemerlang ini sudah tidak berkhidmat di sekolah ini lagi. Pastinya kehilangan sebutir berlian yang bernilai buat seluruh warga sekolah SK batu Payong Tawau especiallnya buat murid-murid cikgu Umrah yang sudah banyak berubah kebelakangan ini. Betapa hebatnya pengaruh cikgu Umrah ini ya. 

Buat warga SK St patrick Tawau, ucapan tahniah kami ucapkan kerana sekolah anda bakal menerima kehadiran seorang cikgu yang cemerlang. Nantikan kehadirannya esok di pintu pagar sekolah. Sambutan bunga manggar dan  paluan kompang di pintu pagar sekolah anda amat diharap-harapkan. Ngeeeee~

p/s: Hehehehehe. OK ka ayat-ayat ku Ums? Jangan ko marah ya.. Hehehe. Sekadar gurauan untuk hiburan bersama. Selamat bertugas di tempat baru ok. Jangan lupa untuk singgah-singgah jenguk kembali kami di sini jika ada masa terluang. Wassalam.

Luahan cikgu Umrah tentang perpindahannya ke sekolah baru telah ditulis oleh beliau dalam blognya "Kancil 8439"------> [klik sini] "Facebook"-----> [klik sini]

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Tuesday, March 8, 2011

Matanya lebam

Suatu pagi di kelas Pemulihan SKBPT, seorang murid saya tidak hadir. Untuk kepastian saya bertanya kepada rakannnya yang tinggal bersebelahan rumah dengannya.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya: Ayub, napa si 'Kitom' tak datang sekolah hari ni?

Ayub: aaa cikgu, Mata si Kitom lebam cikgu.

Saya: Laaa... Macam mana matanya boleh lebam macam tu?

Ayub: Kemarin dia datang rumah saya mau pinjam mainan.

Saya: Pastu? Macam mana kau tau matanya boleh jadi lebam?

Ayub: Saya pun tak tahu cikgu. Lepas dia pinjam mainan, terus dia pulang rumahnya..

Esshhhh..., budak ni.... Kita tanya lain dijawabnya lain. Hahahaha. Budak 8 tahun. Layan saja lah..

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Friday, March 4, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H/ 2011 Peringkat SKBPT



"1 Malaysia 1 Ummah" tema untuk sambutan Maulidur Rasul tahun 2011/ 1432H. Tanggal 4 Mac 2011 bersamaan 29 Rabiul Awal 1432H, Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama Kelab Bahasa Arab SKBPT telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang sentiasa diraikan setiap tahun ini.

Sambutan kali ini berjalan seperti yang dirancang memandangkan dikhuatiri beberapa hari sebelum ini keadaan cuaca hujan yang turun tidak menentu. Alhamulillah berkat keagungan hari Jumaat, program keagamaan ini dapat dijayakan dengan meriah. 

Perarakan semua murid-murid dan guru-guru pengiring bermula seawal jam 7.30 pagi di mana semua hadirin akan berkumpul terlebih dahulu di masjid Nurul Hidayah, kg. Batu Payong, Tawau. Perjalanan perarakan kemudian bermula dengan berarak sambil melaungkan selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasulullah s.a.w menuju ke Dewan Serbaguna SK Batu Payong, Tawau.

Selain perarakan, berbagai-bagai acara dan persembahan telah dipersembahkan oleh murid-murid SKBPT kepada semua hadirin termasuk para ibu bapa yang hadir. Antara acara-acara yang dipersembahkan adalah seperti bacaan tadarus ayat-ayat suci al-Quran, persembahan nasyid pra-sekolah, persembahan bercerita, persembahan nasyid Shoutul nida', serta ceramah khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu ustaz Roslan.

"1Malaysia 1Ummah". Semoga kita berjumpa lagi pada sambutan yang sama pada tahun hadapan. Insya Allah.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...