G2M Superfriends

Monday, January 31, 2011

Selamat jalan Januari 2011

Akhirnya sampai jua detik malam terakhir di bulan Januari untuk tahun 2011. Banyak juga kenangan suka duka sungguhpun hanya 30 hari kita melaluinya. Kepada mereka yang menjadikan bulan Januari 2011 ini untuk menyambut Hari Jadi, melangsungkan perkahwinan, bertugas di tempat kerja yang baru, sambut Hari Keluarga dan macam-macam lagi peristiwa manis----> all the best ya.

Semoga kegemilangan ini akan berterusan untuk bulan-bulan yang mendatang. Biarlah bulan dan tahun ini kita lalui dengan kesempurnaan berbanidng tahun-tahun sebelumnya.

Apa pun, Januari kali ini bukan lah yang terbaik buat gua ni. Masih banyak kelemahan yang masih bersarang dalam diri. Entah sampai bila aku nak buang sikap ini. Percuma jak semangat nak pasang azam awal tahun, last-last perangai masih lagi berada di tahap yang lama.. Ngeeee~.

Oh ye, pasal motivasi aku sebagai guru plak, masih banyak yang aku pelajari lagi. Dah masuk tahun ketiga aku bekerjaya dalam bidang ni. Namun aku tetap belum mencapai pencapaian yang aku harapkan dalam bidang dunia pendidikan. Anyway, kena usaha lebih lagi selepas ini kan..

Selamat tinggal Januari. Kita berjumpa lagi esok di bulan Februari. See there~

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Murid dan perhimpunan sekolah


Assalamualaikum dan salam ceria buat semua bloggers dan readers. Hari ini merupakan perhimpunan terakhir di SKBPT untuk bulan Januari sebelum bermulanya era persekolahan untuk bulan Februari kelak. Tidak seperti sekolah-sekolah lain yang kebanyaknanya sudah bermula cuti umum pada hari ini selama seminggu, ----> SKBPT hanya akan bermula cuti pada hari Rabu lusa. Ok lah kan. Sekurang-kurangnya kami guru-guru dapat meluangkan lebih banyak ilmu untuk murid-murdi sekolah ini.. Ngeeeee~

Alhamdulillah, semasa pengumuman oleh guru bertugas tadi, berita gembira buat warga sekolah apabila kontinjen pasukan Hoki SKBPT muncul Juara dan naib Juara dalam pertandingan Hoki yang berlangsung baru-baru ini. Paling membanggakan beberapa murid telah terpilih untuk mewakili pasukan Zon Bandar Selatan dalam peringkat daerah Tawau kelak. Tahniah. Sebuah pencapaian yang membanggakan.

Oh ye, nak juga aku kongsi beberapa macm ragam tengok gelagat murid-murid yang hadir semasa perhimpunann tadi.  

Sekurang-kurang nya 3 orang murid terpaksa di rehatkan di belakang tapak perhimpunan ekoran sakit kepala. Dah tau sakit napa nak datang sekolah kan. Ada juga murid yang tidak tahan untuk berdiri lama-lama terutama sewaktu perhimpunan sekolah.

Lagi lucu bila tengok seorang murid tahun dua yang didapati memakai baju sekolah yang terbalik. Ngeeee~ Kesian dan terkilan. Agaknya masa kat rumah ibu bapanya kurang beri perhatian pada pemakaian baju si murid ini. Atau mungkin juga keadaan tergesa-gesa memaksa si murid bergegas ke sekolah sehinggakan pakaian sekolah yang dipakai tidak terurus.

Ada pulak seorang murid lelaki yang ditangkap oleh guru kaunseling kerana didapati mengganggu murid perempuan di sebelahnya. Kalau setakat menyakat takpa juga, ini siap pegang-pegang lagi. Esshhh. Agaknya si murid lelaki tersebut tidak sedar tindakannya itu adalah salah dari segi peraturan dan adab sosial. Mujurlah guru kaunseling sekolah memanggil murid berkenaan ke belakang dan memberikan sedikit nasihat untuk pengajarannya. Melentur buluh biar dari rebungnya kan..

Terkenang kembali zaman kanak-kanak kami dulu, masa perhimpunan macam ni lah banyak rakan-rakan yang buat ragam. Berambut panjang, lambat datang, buat bising. Kalau murid-murid perempuan pulak selalu saja pengsan sebab pitam lama berdiri. Ngeeeee~


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, January 26, 2011

Ujian Saringan, Ujian Diagnostik Pemulihan Khas


Ujian Saringan dijalankan ke atas semua murid-murid tahun dua yang baru dicalonkan serta murid pemulihan tahun 3 sedia ada bagi mengenalpasti murid-murid yang belum melepasi 3M. Manakala Ujian Diagnoistik plak dijalankan untuk mengenalpasti aras kelemahan murid yang sudah dicalonkan. 

Dah siap semuanya, kini masanya untuk aku tumpukan perhatian kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran dengan sepenuhnya. Harap-harap tahun ini tidak seperti kelemahan tahun-tahun sebelumnya. Mau pastikan semua yang dirancang bakal berjalan dengan lancar. 

Perit jugak rasanya memandangkan banyak tugasan untuk jawatan lain di sekolah yang perlu dilaksanakan dalam masa yang sama. Harap ianya tidak mengganggu atau mengabaikan tanggungjawab aku sebagai guru Pemulihan di sekolah ini.  Murid-murid pun ada hak yang perlu kita tunaikan. Setuju 100%.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Monday, January 24, 2011

Anai-anai pagi


Setiap kali selepas hujan semalaman, pasti awal pagi akan muncul serangga ini. Anai-anai bersayap. Ngeeee~ Memang cantik pemandangan tengok serangga ini terbang ke sana sini di setiap penjuru sekolah pada awal pagi. Paling seronok adalah murid-murid mengejar dan menangkap sana sini haiwan ini. Maklumlah, anai-anai ini kalau kena pukul atau sedikit penampar pasti akan jatuh mati.. Ngeee~

Bila tengok gelagat murid-murid bermain ni, terkenang kembali plak memori aku masa zaman sekolah rendah dulu. Mesti kita semua banyak kenangan zaman persekolahan dulu kan. Bersyukur aku dapat bergelar seorang guru. Banyak gambaran kenangan zaman dulu-dulu boleh aku imbas kembali bila tengok murid-murid ini.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Tuesday, January 18, 2011

Bahaya kuku yang panjang


Seperti selalunya sebelum memulakan PnP dalam kelas,  saya  akan pastikan murid-murid pemulihan yang hadir dalam kelas  saya  dalam keadaan kemas dan paling penting berkuku pendek. Berkali-kali aku pesan sama murid-murid ini bahawa kuku yang panjang mendatangkan banyak masalah terutama kepada kesihatan kita. 

Selalu saya pesan minta semua murid balik rumah pesan sama mak tolong potongkan kuku kamu yang panjang itu. Tau lah kanak-kanak ni kalau dah bermain macam-macam yang telah dipegang. Geli la nak tengok orang yang berkuku panjang ni.. weeeeee~

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau
pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh
atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang
berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti
memerahsantan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa
ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam
kepala.

Sumber [klik]

Ada beberapa orang murid dalam kelas saya yang berkuku panjang macam ni. Berkali-kali dah pesan---> balik rumah minta mak tolong potongkan kuku yang panjang itu.Wat cara macam mana pun takda tindakan juga. Janji esok esok tapi tetap macam tu juga.  

Hmmm, mungkin murid-murid ni selalu terlupa nak bagitau ibu bapa dorang kan. Tapi as a parent patutnya ambil perhatian sikit lah pasal kesihatan anak-anak mereka tu. Takkan lah pemotong/penyepit kuku yang berharga ada yang kurang dari RM1 tu tak mampu nak beli.


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Saturday, January 15, 2011

Silauan pancaran matahari itu.

Kalau orang tanya mengapa aku suka jalan awal ke sekolah? Aku akan jawab aku tak suka nak jalan lambat-lambat. Bikin kelam kabut kita jadinya. Kadang-kadang ada ja barang-barang penting yang akan tertinggal.

Selalunya lambat bergerak ke tempat kerja juga menyebabkan kita akan terperangkap dalam dengan kesesakan jalan raya. Rimas owh. Lebih-lebih lagi pemandu gear manual macam aku. Penat dan lenguh kaki nak pijak clutch. Tau lah awal pagi ramai pemandu berpusu-pusu nak hantar anak-anak ke sekolah.


Then satu hal yang perlu aku jelaskan adalah faktor cuaca di sepanjang perjalanan menuju ke sekolah kami ni. Ekceli kawasan sekolah kami berhampiran dengan tepi laut. Jadi tak hairan lah bila awal pagi, matahari yang timbul daripada paras laut sangat menyilaukan mata yang memandang. Silauan dan pancaran matahari awal pagi itu amat menyukarkan pemandu-pemandu untuk melihat ke hadapan.


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Thursday, January 6, 2011

Program Transisi Tahun 1 SKBPT


Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama. 

Objektif

1. Membina hubungan mesra di kalangan kanak-kanak dengan guru-guru dalam masa yang singkat.
2. Mengurangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan murid-murid yang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosio-ekonomi.
3. Mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran di sekolah baru.
4. Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid.
5. Memupuk semangat kerjasama dengan cara menetapkan dan mencapai matlamat kolaboratif.

Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan minda cerdas. 

Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari prasekolah. 

 ~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Monday, January 3, 2011

Hari Pertama Persekolahan 2011


Pagi yang ceria di SK Batu Payong Tawau. Seceria murid-murid sekolah ini yang datang dengan semangat yang senyuman yang meleret-leret. Maklumlah, dulu darjah 2, sekarang dah naik darjah 3. Macam tu lah seterusnya. Paling bangga budak tahun 6 sekarang lah. Dah jadi senior lah katakan. Apa pun semoga badge tahun 6 kali ini akan menjadi harapan kepada peningkatan UPSR berbanding tahun lalu. Insya Allah. 

Paling best tengok gelagat pelajar tahun 1 yang baru menjejakkan kaki ke sekolah ini. Seronok sangat-sangat.  Tak macam sekolah-sekolah lain, pelajar tahun 1 sekolah ini sudah biasa menyesuaikan diri dengan suasana sekolah ini. Rata-rata pelajar tahun 1 kali ini datangnya daripada murid pra-sekolah ini juga. Jadi takdalah rasa takut atau meraung menangis nak pulang kan. Dah biasa dengan kawan-kawan. Dengan guru-guru pun murid-murid ini tak rasa segan. Hehehe..


Apa pun "Program Transisi" untuk murid tahun 1 bakal dijalankan mulai hari ini sehingga 21 Januari nanti. Sebuah program suaikenal bagi membimbing murid-murid tahun 1 ini untuk membiasakan diri dengan persekitaran sekolah dan tingkahlaku yang perlu dipatuhi.

Hmmmm, Hari ini cuaca kat sekolah panas sangat. Sehinggalah waktu-waktu nak pulang, tiba-tiba plak angin kuat then hujan turun membasahi alam. Alhamdulillah, rahmat di hari pertama persekolahan.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Saturday, January 1, 2011

Sambutan Tahun Baru dan 1 Muharram


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menyambut tahun baru 2011 buat rakan-rakan yang menyambutnya. Sebelum nak tulis entri ni, teringin plak nak memohon maaf andainya entri ini bisa menyinggung perasaan kepada sapa-sapa yang terasa. Hehehehe. Ekceli di sini gua nak cerita sikit pasal sambutan Tahun Baru 2011 yang diraikan penuh gilang-gemilang semalam. 

Dipendekkan cerita, semalam selepas kepenatan bermain badminton bersama rakan-rakan yang lain, cadang nak singgah di bandar jap untuk minum-minum melepaskan penat lelah. Memang lewat petang itu jalan menuju ke bandar Tawau sudah mula sesak. Berderet kereta berpusu-pusu menuju ke Bandar. Sempat juga kami ditahan oleh Polis Trafik yang melakukan sekatan jalan raya di tepi Jalan Kuhara itu. Mujurlah tiada apa-apa saman. Hehehe. 

Oh ye, sebenarnya yang ingin saya nak cerita bilamana aku bila melewati sebuah tempat beribadah orang Kristian (gereja la tu) di tepi sepanjang Jalan Kuhara itu. Kelihatan di ruang legar gereja tersebut penuh sesak dengan kereta dan orang ramai yang berhimpun. Ohooo, baru  saya  ingat, malam ni kan sambutan tahun baru 2011. Sebuah perayaan suci orang Kristian. Patutlah ramai orang berhimpun di rumah ibadah itu. 

Namun jauh nun di bandar Tawau, kelihatan orang ramai mulai sesak untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru. Paling padat adalah di kawasan Jalan Dunlop berhadapan dengan Majlis Perbandaran Tawau kerana di situ akan berlangsungnya konsert yang dipersembahkan oleh artis-artis nak menyanyi, melalak dan melompat sana sini. Artis mana saya pun kurang pasti. Yang pastinya kawasan legar itu bakal menyaksikan sorakan padu orang ramai  nak melalak membilang angka detik 12 malam. hahaha

Memang sudah zaman berzaman, tradisinya rata-rata yang hadir pada setiap malam Tahun Baru Masehi ini sudah semestinya adalah orang-orang kita yang  beragama Islam. Terfikir juga aku, orang-orang Kristian pun menyambut perayaan ini di rumah ibadah mereka. Tapi yang menyambutnya melebih-lebih  di tengah bandar adalah orang-orang kita plak. Dari pukul 8:00 sampailah 12:00 malam rata-rata wajah kemelayuan yang memenuhi segenap penjuru bandar Tawau. Turun bandar dengan semangat dan azam baru konon-kononnya. Anak-anak muda plak memekik memekak merempit merempat sana sini...

Tak cukup dengan hantar ucapan selamat Tahun Baru melalui SMS, Facebook pula menjadi medan orang-orang kita untuk meluah azam baru yang meluap-luap. Ada yang gembira dan ada plak yang sedih-menyedih sebab tak sabar menunggu ketibaan Tahun Baru. (Sorilah kawan-kawan jika ada ucapan dan sms ucapan New Year yang aku tak balas tu. Hehheheh).

::::::::::::::::::::::::::::::.................................
Sudah lupa kah kita kawan-kawan----> napa mesti sambutan Tahun Baru Masehi kita bersemangat waja ya? Napa semangat dan keazaman itu bukan kita sudah hijrahkan semasa 1 Muharram lalu? Kalau ikutkan promosi Tahun Baru Masehi ini lebih banyak  dipromosikan di media berbanding sambutan 1 Muharram kan.  Iya,memang itulah hakikatnya.

1Muharram Paling biasa dilakukan ialah membacakan doa akhir tahun dan doa awal tahun sehari sebelumnya. Malah sesuatu yang tidak pelik dan menyedihkan boleh berlaku, apabila ada di kalangan umat Islam kita yang hanya menyedari ketibaan bulan ini yang dikenali juga sebagai Maal Hijrah hanya kerana ia adalah hari cuti umum. huhuhu.. sedih sangat-sangat.

Hmmm, Ok lah kawan-kawan. Cukuplah sampai sini dulu. Nak juga tulis panjang-panjang, tapi dengan kecetekan ilmu yang ada tak terdaya plak aku nak tulis bab-bab agama ni. Kang menyimpang plak.. Tak pasal-pasal plak nanti.hehehe

~HADAPI DENGAN SENYUMAn~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...