G2M Superfriends

Monday, January 31, 2011

Murid dan perhimpunan sekolah


Assalamualaikum dan salam ceria buat semua bloggers dan readers. Hari ini merupakan perhimpunan terakhir di SKBPT untuk bulan Januari sebelum bermulanya era persekolahan untuk bulan Februari kelak. Tidak seperti sekolah-sekolah lain yang kebanyaknanya sudah bermula cuti umum pada hari ini selama seminggu, ----> SKBPT hanya akan bermula cuti pada hari Rabu lusa. Ok lah kan. Sekurang-kurangnya kami guru-guru dapat meluangkan lebih banyak ilmu untuk murid-murdi sekolah ini.. Ngeeeee~

Alhamdulillah, semasa pengumuman oleh guru bertugas tadi, berita gembira buat warga sekolah apabila kontinjen pasukan Hoki SKBPT muncul Juara dan naib Juara dalam pertandingan Hoki yang berlangsung baru-baru ini. Paling membanggakan beberapa murid telah terpilih untuk mewakili pasukan Zon Bandar Selatan dalam peringkat daerah Tawau kelak. Tahniah. Sebuah pencapaian yang membanggakan.

Oh ye, nak juga aku kongsi beberapa macm ragam tengok gelagat murid-murid yang hadir semasa perhimpunann tadi.  

Sekurang-kurang nya 3 orang murid terpaksa di rehatkan di belakang tapak perhimpunan ekoran sakit kepala. Dah tau sakit napa nak datang sekolah kan. Ada juga murid yang tidak tahan untuk berdiri lama-lama terutama sewaktu perhimpunan sekolah.

Lagi lucu bila tengok seorang murid tahun dua yang didapati memakai baju sekolah yang terbalik. Ngeeee~ Kesian dan terkilan. Agaknya masa kat rumah ibu bapanya kurang beri perhatian pada pemakaian baju si murid ini. Atau mungkin juga keadaan tergesa-gesa memaksa si murid bergegas ke sekolah sehinggakan pakaian sekolah yang dipakai tidak terurus.

Ada pulak seorang murid lelaki yang ditangkap oleh guru kaunseling kerana didapati mengganggu murid perempuan di sebelahnya. Kalau setakat menyakat takpa juga, ini siap pegang-pegang lagi. Esshhh. Agaknya si murid lelaki tersebut tidak sedar tindakannya itu adalah salah dari segi peraturan dan adab sosial. Mujurlah guru kaunseling sekolah memanggil murid berkenaan ke belakang dan memberikan sedikit nasihat untuk pengajarannya. Melentur buluh biar dari rebungnya kan..

Terkenang kembali zaman kanak-kanak kami dulu, masa perhimpunan macam ni lah banyak rakan-rakan yang buat ragam. Berambut panjang, lambat datang, buat bising. Kalau murid-murid perempuan pulak selalu saja pengsan sebab pitam lama berdiri. Ngeeeee~


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

6 comments:

Ayuni said...

sian budak tu...

Anna said...

memang byk ragam mse perhimpunan sekolah dlu.nak banding ni,kalau awak masih ingat kan. berapa minit perhimpunan awak dulu?perhimpunan saya dulu ada dekat nak 1jam.banyak betul nk diumumkan. -__-

Gen2Merah said...

Ayuni---> itu lah nasib murid2 luar bandar. kesian

Gen2Merah said...

Anna----> sama la kenangan kita dulu. Perhimpunan sekolah kami hampir sejam juga. Banyak sangat nak diumumkan. Kena lagi Guru Besar @ Pengetua nak sampaikan ucapan. Dah tu berpanas plak tu.. huhu

Ums Niza said...

bab murid lelaki mengusik tu murid perempuan..lucu gak budak tu...nampak je guru kaunseling panggil, takut sudah murid tu..hahaha

Gen2Merah said...

Ums Niza---> hahahaha... ini baru lah namanya Guru kaunseling serba boleh. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...