Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus. Puting beliung boleh terjadi hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat. Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan.
-Wikipedia -
Fenomena Puting Beliung yang berpusar di atas laut beberapa kali berlaku di pemandangan sekolah kami (SK Batu Payong terletak berhadapan dengan laut). Pada hari Selasa lalu selepas sahaja berlakunya hujan ribut, telah terjadinya fenomena Puting Beliung di atas laut yang memukau pandangan mata. Fenomena ini telah disedari oleh beberapa orang murid semasa waktu rehat sekolah.
Kesempatan yang ada saya gunakan sepenuhnya untuk mengambil beberapa imej menggunakan kamera HP. Oleh kerana jarak yang jauh, maka imej yang dipaparkan agak kurang jelas. Apa yang penting saya dapat berkongsi fenomena yang jarang-jarang di lihat di negara kita.
 |
| Jaraknya yang jauh sehingga imej yang dipaparkan tidak jelas. Namun fenomena ini tidak mendatangkan bahaya kepada warga sekolah mahupun penduduk kampung di sekitarnya kerana pusaran berlaku di tengah-tengah laut. |
 |
| Kelibat beberapa orang murid yang cuba melihat fenomena ini dengan lebih dekat sebelum disuraikan oleh guru-guru. |
 |
| Paparan anak panah menunjukkan imej yang lebih jelas tetapi sedikit kabur. (",) |
Subhanallah. Allah Maha Besar.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orangorang yang berakal.
- Ali Imran 3: 190 -
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”
- Ali ‘Imran 3: 191 -
HADAPI DENGAN SENYUMAN