G2M Superfriends

Tuesday, November 29, 2011

Sebelum diusung ke LIANG LAHAD

Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di Alam Baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

28 comments:

Aisy Nasiha said...

Tulah kan, terlalu kejar dunia tak boleh.. Walaupun dunia diciptakan utk manusia, tapi, manusia diciptakan untuk akhirat... kna lakukan ibadah utk akhirat sama

Gen2Merah said...

@Aisy Nasiha betul.. Dunia dan akhirat biaroah seimbang... Insya Allah

anitadiana said...

muhasabah diri....kena seimbang...tapi kekadang tak juga...insya allah semoga tahun baru ne lebih baik dari sebelumnya.....

cinnamon.com said...

setuju:)

onie said...

sebelum di liang lahad dan semasa di dunia, banyakkan amalan untuk ke sana.. insyaAllah,moga-moga di tahun baru ni banyak penghijrahan dalam diri kita kan..

QueeN TerataI said...

perlu sentiasa mengingati Allah SWT dan memperbaiki diri

CikGu Ma said...

mati itu pasti...namun, adakah amalan kita sudah pasti diterimaNya???

jom skodeng..
diari Mia

delarocha said...

peringatan

AmirFX said...

Selamat Beramal... :D

Puan Kutu said...

terima kasih cikgu kerana mengingatkan..

kadang2 kita terlalu alpa dengan keindahan duniawi,lupa pada alam itu..:)

Acik said...

owh .. takutnye dengar pantun ni! takut gak tengok gambar tu ... huhuhuuuu

tunz said...

tingkatkan amalan kita di dunia

3no gr33ny said...

terkadang bagus jgk andai kita slalu melawat org skt dan mjlis kematian sbb semua tu ingatkan kita tntg mati

Kancil 8349 said...

maklumat yang berguna...semoga mendapat kesedaran

cik sakura said...

terima kasih berkongsi..

MulutPayau said...

terima kasih kerana mngingatkan...

Hanie_Dew said...

insyaallah smoga ditetapkn hati kita sentiasa ingt mati.

Aien Not Alien said...

mati itu pasti....hidup itu realiti...


marilah beringat bahawa yang hidup pasti akan pergi...

Yatie Awang said...

InsyaAllah...setiap hari kita hadapi lembaran baru, semoga setiap lembaran yang kita lalui penuh dengan keimanan

Hanis Azla said...

terima kasih atas peringatan ini.. harap2 bekalan yg ada dpt dipenuhi sebelum tiba masa kita utk pergi..

aizamia3 said...

info yang baik untuk peringatan bersama..

MamaEma said...

akak setuju cikgu

intan_blur said...

takutttt.. ;(

maszull said...

assalamualaikum dil...ingatlah wahai kekwn semua hanya amalan baik menjadi bekalan yg akan dibawa ke sana nanti..:)

YNA said...

gerun baca :(

insyaAllah smg kita semua x mengerjar dunia yg hanya sementara ini :)

Iffah Afeefah said...

usung gune keranda hurmmm

missgee said...

Dil,
Ingatan yang bernilai..
Bagi manusia yang lupa..

Terima kasih perkongsiaannya

wan nurul hezrina said...

rasa insaf bila bca

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...