G2M Superfriends

Thursday, October 27, 2011

Istimewanya seorang WANITA

Bismillahhirrahmanirrahim.

Semalam saya ada cerita pasal tanggungan yang dipikul kaum Adam. [KLIK]. Kali ini beralih kepada tanggungjawab orang perempuan plak. hehe. Ya, jangan sangka hanya orang lelaki ja yang ada tanggungjawab yang besar, orang pempuan pun sebenarnya lagi mencabar peranannya tau. Ekekee.

Seronok juga baca hikmah kehidupan lelaki dan perempuan ni. Sungguh istimewa Allah menjadikan keduanya berbeza untuk saling lengkap melengkapi.


WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Si isteri perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Lain hal, Saksi orang pempuan kurang berbanding lelaki. Menerima pusakajuga kurang dari lelaki. Heeeee..

Seorang wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Orang lelaki relax je kan.. (",)

Orang pempuan memang istimewa...

Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu  adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Alhamdulillah, istimewanya seorang wanita kan. Tapi ada juga orang pempuan yang mengeluh sana sini sebab tak dapat bebas macam orang lelaki. Nak juga hak kesamarataan sedangkan Islam dah gariskan kedudukan yang istimewa buat seorang wanita (",)

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

29 comments:

Rai said...

betul..wanita yang baik, taat perintah suami, diredhai suaminya, taat pada perintah Allah boleh masuk dari mana2 pintu syurga.. untung jadi wanita..

tapi masih ramai wanita yg masuk neraka.. :(

MiMiEy :) said...

wah,
nice entry :)

Sunah Sakura said...

alhamdulillah...bersyukur menjadi wanita... :)

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Nice entry..
Sangat bersyukur dilahirkan sebagai seorang wanita.. :)

salam perkenalan juga ya..orang tawau ya..lily pun asal Tawau juga..tapi sekarang duduk di JB..semua family kat Tawau..

bobiedanbad said...

aku bangga dan bersyukur menjadi wanita :)

Dylla Abas said...

saya bersyukur dilahirkan sebagai insan yg istimewa :)

Aisy Nasiha said...

saya sokong cakai Rai....wanita byk keistimewaan dan mudah masuk syurga tapi kalau tak kena cara akan mudah juga masuk neraka..mcm2 kena jaga..

CikGu Ma said...

cikgu, saya tag cikgu kat komen ni jer..tolong jawab...berapa umor cikgu??kalo malu jgk nak jawab...saya culik gen2 cikgu..ekekek

Gen2Merah said...

@ CikGu Ma----->
ahahahaha... No Komen.... ekekeke

Hanie_Dew said...

yosh1yosh! aku adalah seorang wanita.

cikgu madil dah kene tag. sila jawab

http://juestan.blogspot.com/2011/10/tag-vip-untuk-hanie-jue.html

CikGu Ma said...

memang kedekut la cikgu ni...siap la esok nak p skolah kena jalan kaki..mlm ni saya g culik gen 2 merah cikgu...kalo nak selamat bawak masuk dlm selimut skali k?hik3...tp yg penting saya muda lagi...lalalalala

-->ni la keistimewaan sifat wanita yg ada pada saya....ngeeeeeeeeeeee....(gelak kuat2)

PinKy MoMMa said...

moga moga cikgu bertemu dengan seseorang yang sedap mata memandang :)

cantik akhlaknya..tak de perempuan yang sempurna tapi sebagai suami dia boleh bentuk isterinya ke arah yang lebih baik :)

dah ada calon belum..hahaha ehemmmm!

Puan Kutu said...

memang wanita tu istimewa.tu sebab ramai lelaki nak jadi wanita (pondan)kehkeh...

3no gr33ny said...

setiap ciptaanNya ada kelebihan dan kekurangan..sama ada dilahirkan sebagai seorang lelaki atau perempuan

AmirFX said...

Nice info.. Wanita punya banyak keistimewaan gak..

maszull said...

assalamualaikum dil....wah nice n3 istimewanya wanita kn...:)

SoLy SoLicious said...

semoga menjadik pedoman bsame

ziraziz said...

Alhamdulillah..bersyukur dilahirkan sbg wanita.. :)

syabab said...

jenguk2 sekali lagi... salam bro..nice entri... perempuan teman yg terbaik tuk lelaki...hehe

Ummi_R❀salici❀us said...

hmmm :)
thanks cikgu,, pengisian yg cukup bermakna... :DD

Prince Halilintar said...

banyak keistimewaan kaum Hawa ni begitu jgk dgn lelaki...Sesungguhnya Tuhan Maha Adil dalam segala hal..

intan_blur said...

;)..senyum tanpa perlu kate ape2...
seeeelamat pagi cikgu..(nada upin ipin ucap) ;)

Aien Not Alien said...

haritu lelaki, yang ni wanita...

masing2 ada keistimewaan masing2...heee...

selamat pagi cikgu.. ^_^"

Ezad Skytech said...

wanita pun banyak keistimewaannya kan...(^^,)

fiza said...

Yer...sgt istimewa. Bersyukur di lahirkan sebagai wanita ☺☺☺

QueeN TerataI said...

bg mengeluh tu wanita yg xtau bersyukur... :)

Nalisa Syahira said...

perempuan ke lelaki ke , semua ada kelebihan masing2 .

ciK LyndaWawa said...

mmg untung jadi wanita...=]

PeRmAtA bIrU said...

Alhamdulillah... saya bahagia menjadi seorang wanita...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...