G2M Superfriends

Saturday, December 3, 2011

MENDUNG tak bererti HUJAN


Mendung tak bererti hujan
Yakinlah itu satu cobaan
masih ada waktu dan kesempatan
tuk meraih cinta

Lyrics Ella & Deddy Dores

Di saat melayan lagu lama ini, baru gua teringat. Ya Allah, betapa berat sungguh dugaan yang menimpa hamba-Mu kali ni. Aku tak pasti sama ada diri ini cukup kuat atau tidak untuk menghadapi semua dugaan yang datang kali ni. Takpa, hadapi semuanya dengan senyuman. Hmmmmmm.
 
Ya, kita tidak pasti apa yang bakal terjadi seminit lagi selepas saat ini, sehari selepas hari ini. Kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita di hadapan. Kita terus berlari dan menjerit di tepian. Mengimpikan yang terbaik antara yang terbaik. Mengharapkan yang mudah indah tanpa derita. Hingga kadangkala kita tertewas dengan ujian yang sekecil cuma.

Apa pun, selagi semangat masih ada, selagi impian menggapai di dada, selagi itulah kita terus mengukir senyuman untuk melangkah dan terus berusaha untuk sebuah impian. Mudah-mudahan kejayaan dan kegemilangan akan menjelma di kemudian hari. Insya Allah.

Saya pernah teringat kata-kata cikgu saya zaman sekolah menengah dulu:

V
V
V

Cikgu:----- Kamu semua jangan bersedih-sedih ya. Ingat tu, "Mendung tak beerti Hujan" 

Murid:----- Yelah, tapi kalau ditakdirkan 'hujan' juga cikgu??

Cikgu:----- Kalaupun hujan, mana tahu akan muncul PELANGI YANG INDAH selepas hujan. Betapa  cantik kan aturan Tuhan kepada kita semua.

Waahhhhhhhh, terima kasih cikgu. Mendung tak beerti hujan. Hidup tak selamanya hitam. Jangan bersedih-sedih tau... (",)


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

40 comments:

miss atie said...

tersentuh ngan entri ni... memang tgh mendung je ht n perasaan ni.. huhu... tp hrp2 hujan tak kan turun..

✿ Myra ✿ said...

pandai cikgu tu bg nasihat..suke ;)

CikGu Ma said...

mendung di samarahan ni, memang hujan cikgu...heheh

Miss Nadya said...

dekat tempat cikgu tak hujan lagi??

tmpat nad cerah..Alhamdulillah...entry semalam dah edit..:)

http://miss-nadya.blogspot.com/2011/12/tido-diganggu-kerana-anak-ular.html

Ayuni said...

betul...sye br bengang ngan seseorg yg ske mengadu domba di fb, tp xpelah, asalkn sye bukan cam dier...

Yatie Awang said...

betul tu, kalau mendung jalan2 pun best...dingin je...

bobiedanbad said...

semenjak dua menjak ini, slu mendung & selalu hujan...

Dylla Abas said...

betul tu cikgu..kalau pun hujan yg turun tak bermakna hidup ni turut kelam..sesuatu yg berlaku tu pasti ada hikmahnya..sama ada kita sedar atau tidak..Allah itu Maha Penyayang :)

Ezad Skytech said...

sekarang ni memang musim hujan...tapi yang bestnya..lepas hujan tu sejuk je...

#sesuatu yang berlaku tu da ditentukanNya...:)

whitecappuccino said...

betul..air pun ada pasang dan surutnya..kita doakan yang terbaik.

AmirFX said...

Mesti tengah layan lagu Deddy Dores...

~SaL IjOu~ said...

ya..jgn sedey2..perancangan Allah itu sgt indah..waktu nak mengharungi tu mmg terasa payah..tp selagi kita igt DIA..DIA pasti igt kita~ =)

3no gr33ny said...

teringat pula hamba dengan nivel Faizal Tehrani bila terbaca tentang akan ada pelangi yang indah bila hentinya hujan dan kelam =)

~Nana BamBam~ said...

yelah ,mendung x bererti hujan..tapi kat kl nie..kalau mendung je pasti hujan..hahaha

Puan Kutu said...

sgt suka keadaan mendung yg tak hujan..klu hujan pun no hal..best apa main air hujan.keke..

hidup ini tak selalunya cerah, kadang bila mendung kita mengharap hujan..tp hujan tak kunjung tiba..itu kuasanya..apa sy merapu ntah..:)

missgee said...

Kuatkan semangat!!
Apa yang berlaku anggap
ja sebagai 1 ujian..
Insyaallah orang yg sabar
sentiasa dilindungi Allah s.w.t

maszull said...

assalamualaikum dil...best nya n3 ni...moga pelangi indah akan menyinari selepas hujankan...:)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

Allah beri kita dugaan dan ujian sbb Allah sayangkan kita..dan Allah x akan uji hambaNYA dgn sst yg x mampu dipikul..insya-allah kita akan kuat tempuh ujian dariNYA..:)

CikGu Ma said...

cikgu, saya belum bayar hutang tido (",)

jom baca--hadiah utk cikgu =)
hadiah untuk sahabat - mata yang indah

Dunia Realiti a.k.a Elih said...

Hidup mesti diteruskan..disebalik dugaan yg kita hadapi tersirat hikmah yg tak ternilai..itulah kuasa Allah..

Niza Romli said...

"Kalaupun hujan, mana tahu akan muncul PELANGI YANG INDAH selepas hujan. Betapa cantik kan aturan Tuhan kepada kita semua"..indahnya kata2 cikgu.

Akan sy jadikan sbgai panduan hidup :)

s a r said...

assalamualaikum :)

'hadapi dengan senyuman. hmmm...' nada 'hmmm' mungkin seakan sumbang. :)

Dia tidak pernah menjanjikan keburukan daripada setiap ujian yang diberi kepada kita kan? melainkan kita sendiri yang mencari keburukan tu. :D

delarocha said...

ermmmm...pandai cikgu tu bagi motivasi ya

ascil.punye.lah said...

yes! hadapi dengan senyumannnn. saya paham cikgu.

Gen2Merah said...

@s a r
terima kasih sebab mengingatkan.. Insya Allah akan menuju ke araj kejayaan.. (",)

Aien Not Alien said...

hati awak mendung jugak ke? musim ek...hehe..

sama la kita...hmmm...


semoga keindahan pelangi selepas hujan dapat membuat kita terus tersenyum....

starzieti said...

betul2. :D

ღ Nurrul said...

hmm , betul tuh , sungguh indah ciptaanNya :)

suha said...

suha setuju dengan kata kata di atas.

hadapi segalanya dengan hati terbuka. kerana saat pelangi muncul kita akan sedar yang harapan selalu ada untuk kita. :]

cik wanie Lovela (CWL) said...

suka cuaca mendung..best angin lalu celah gigi heheh

Rtp Farra Arisha said...

anyhow the weather, we must still keep our spirit on and let it goes smoothly day by day..

visitme@FaTiN cOrNeR said...

mendung tu bgus ape kekadang..hidup tak terlalu panas je..hehe..sbb bila panas mengundang marah. marah itu api..

Kancil 8349 said...

apa jadi hujan ndak ada mendung plak...hehehe

azalia hjsalleh said...

I do love the last word ;)

adwafarahin said...

ayuh senyum la walau hebat dugaan dtg kan? kuat! kuat!

tieykah said...

nak kena nyanyi ke ni?

c'axoera said...

i lep sunsettttt :D


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/rindu-yang-membunuh.html

wan nurul hezrina said...

sob sek sob sek sayu hati nie..dah mendung dahnie cikgu oii

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kalau pun hujan tak berhenti2.. itu tak bermakna akan terus hujan & hujan lagi. Mungkin tiada pelangi selepas hujan.. tak bermakna langit akan sentiasa hitam.. kebahagian ada dimana2, cuma kita kena bijak mencari, meneka & menikmatinya

fRaMe+LenSeS said...

cantiknya sunset. :D suka2. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...