G2M Superfriends

Saturday, August 27, 2011

DETIK itu berlalu

Detik detik detik.... 


Masa beransur pergi
Tarikh bertukar ganti
Yang datang pasti akan lari
Yang pergi takkan kembali
Yang muda pasti akan tua (mcm saye.. hihi)

Itulah lumrah putaran kehidupan. Bertemu pasti akan berpisah. Ramadhan 2011 bakal akan meninggalkan kita dengan 1001 macam kenangan yang terindah. (",)

Tadi masa solat terawih tadi, pak imam sempat membuat pengumuman.
 

"Para jemaah, diharap selesai solat terawih nanti kita dapat berkumpul semula di sini bagi meraikan rakan-rakan kita yang telah berjaya khatam 30 Juzuk al-Quran sejak awal Ramadhan lalu"...

Tiba-tiba pula sayu mendengar. Mereka telah berjaya khatam 30 juzuk. Istiqamahnya mereka. Aku? Jangankan nak khatam, separuh surah pun belum habis-habis lagi.. huhuhu

Harapan gua cuma satu. Semoga diri ini dapat bertemu semula Ramadan yang akan datang. Sedih tak dapat buat sesuatu yang terbaik untuk Ramadan tahun ni. Rasa terlalu banyak kelemahan, amat menyerlah kekurangan... Patutlah tak pernah merasa malam Lailatul Qadar.. hehee...

Ramadhan ada dua @ tiga hari lagi. Pintu amal ibadah dan pengampunan masih terbuka. Rebut peluang yang ada..


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

6 comments:

cayob said...

masa tak tunggu kita kan huhuhu

JIJI YU said...

mukmin sejati semakin hari semakin baik

Gen2Merah said...

cayob ----->

iya, kita semakin leka. laju betul masa berlalu cayob.. huhu

Gen2Merah said...

JIJI YU ----> betul tu bro.. mukmin sejati adalah mukmin yang sentiasa berserah dan beramal kepada Nya

whitecappuccino said...

be,um terlambat..masuh ada malam ini dan malam esok dan lusa..jgn sia2kan..SElamat menyambut Aidil Fitri dari akak WC.

Gen2Merah said...

whitecappuccino ----->

Insya Allah akan buat yang terbaik untuk sisa-sisa Ramadan yang mendatang.. salam aidilfitri juga ya akak WC

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...