G2M Superfriends

Monday, June 27, 2011

Terseliuh dan tergeliat ~

Bagi anda yang sukakan gaya kehidupan aktif dan lasak; mengalami bengkak, salah urat dan terseliuh ni adalah lumrah, kan? Kesakitan yang dirasai selalunya tertumpu pada bahagian tangan ataupun kaki...

Antara tangan dan kaki, aku paling risau jika keederaan itu berlaku di bahagian kaki. Kaki adalah antara anggota badan yang paling penting. Tanpanya sukar kita nak bergerak ke sana sini. Nak harap orang lain tolak pakai kerusi roda?  Hehehehe..

Amalkanlah prinsip "hidup tidak susah orang".  Tapi benda kalau dah nak jadi, nak buat macam mana kan. Redha ja lah atas apa yang berlaku. Ada hikmah di atas apa yang terjadi. Kita hanya merancang. Allah yang menentukan.

Dulu saya pernah saksikan seorang rakan kakinya terpaksa kena potong gara-gara kencing manis. Saya juga pernah lihat seorang rakan tidak dapat turun kerja kerana terkena "Gout'. Uii, macam-macam lagi la.Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Amalkan gaya hidup yang sihat ek..
.............................

Semalam di saat terlalu teruja nak bermain badminton, pergelangan kaki aku tiba-tiba terseliuh @ tergeliat kerana tersilap 'landing' ketika melompat. huhuhu. Sabar saja la. 

Lucunya pagi ini aku tak dapat hadir ke sekolah lagi sebab tak boleh nak driving. Gear manual weh. Dah cuba tapi terpaksa patah balik jugak. Nak pijak clutch tu yang tak tahan. Sakit bangat.

Lastly sms my Boss, ---> tak dapat hadir lagi.. Ewww.. Semalam pun tak dapat tido nyenyak coz tak dapat menahannya.. Sakit sangat.



Rawatan Kecemasan

Apabila pesakit terseliuh @ tergeliat, pergerakan hendaklah dikurangkan, terutama bahagian yang tercedera. Untuk mengurangkan kesakit-an, lakukan kompres sejuk pada tempat yang tercedera. Di samping itu, tinggikan  bahagian  yang tercedera. Kemudian ambil pembalut  yang  sesuai dan balut dengan kemas untuk menutupi kawasan yang cedera. Pastikan juga balutan tersebut tidak menghentikan peredaran darah.  


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

17 comments:

MamaEma said...

seeloknya jumpa doktor

Salam kenalan.

Gen2Merah said...

MamaEma----> dah jumpa doktr pagi tadi.. tu mau kena papah.. ekeke.. Salam kenalan juga

Black_roses92 said...

if before, tim active taekwondo, mmg biasa la kalau kaki badan lebam2 bengkak tuh.. tapi risau gak bila injured. takut ada darah beku plak..xpasal kang kena operate. -__-"

Ums Niza said...

terlalu semangat bah kau dil...mahu kalahkan aku habis2an...hehehe...walaupun aku ndak pernah menang...hehehe

Gen2Merah said...

Black_roses92---> iye, itu lah yang kita takutkan sebenarnya.. darah beku.. huhu

Gen2Merah said...

Ums Niza ---> hahaha. aku jeles tengok permainan mu semakin meningkat kebelakangan ni.. itu yang aku bersemangat betul. hehe

Ums Niza said...

aku belajar taktik baru lagi...ndak tahu kalau dapat..heheehe...makasih jeles tengok permainan ku..hehehe..walhal...kau lagi hebat

Gen2Merah said...

Ums Niza---> uii, ada taktik baru lagi ka ums? ajar2 bah kami.. semakin hebat aku tgok ko main ni

cik sakura said...

teruk ke..dah jumpa doktor..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

sy pernah terseliuh sekali. dah la masa tu bujang, takde roommate sebab menyewa sorang2. lebih selesa camtu. sampai merangkak dalam rumah. 3 hr lepas tu br minta ex-bf dtg bawak pegi klinik jab.. yelah masa tu ex-bf dok jauh slim river. tp sakitnya tuhan je tau.. kaki tak boleh nak pijak lantai

LiFe KaMi said...

kami suka betul ngan kucing ni ,
dlu ada bela sekor tp da mati kna mkn anjing,
skng da tk bela tkut kna mkn lg..huhu

Nini D.. said...

agaknye kucing saya si Dobot tu nk masuk kategori mana?

Gen2Merah said...

cik sakura ---> teruk mmg teruk.. terhencut2 jalan.. huhu

Gen2Merah said...

THE LEKAT LEKIT STORY----> iya kan.. bila dah sakit membengkak payahnya nak pijak lantai.. perit bangat

Gen2Merah said...

LiFe KaMi----> kucing? tersilap komen entri kot.. ehehe.. anyway kucing is cute ...

Gen2Merah said...

Nini D..----> kucing mu masuk kategori bull dog barangkali.. ekeke.. main2 aaa Ninie

maszull said...

assalamualaikum dil...kucinglah yg paling mama sayang sesgt sebab mama semmg nyer suka akan haiwan yg bernama kucing ni....:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...