"Terima Kasih" satu lafaz yang mudah untuk diungkapkan. Ucaplah terima kasih kepada Allah kerana dengan izin Nya kita masih hidup hari ini dengan penuh kesempurnaan. Ucaplah terima kasih kepada ibu bapa kerana mereka kita jadi manusia pada hari ini. Ucaplah terima kasih kepada sesiapa sahaja kerana ianya melambangkan jati diri yang murni untk mengeratkan silaturrahim sesama insan.
Kesempatan ini aku jua ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua rakan Guru Pemulihan Zon Bandar Selatan atas kesudian menghadirkan diri bagi menjayakan program "Kasih Disemai Budi DiTabur" yang berkakhir pada hari ini untuk bulan ini. Terima kasih buat mentor kami cikgu Junnaini dari SK Holy Trinity kerana dengan baik hatinya sudi untuk memberi tunjuk ajar cara-cara menghasilkan beberapa BBM yang menarik sebagai rujukan dan kenangan untuk dibawa pulang ke sekolah masing-masing esok.

Terima kasih dirakamkan kepada Unit Pendidikan Khas daerah Tawau kerana menganjurkan program seumpama in kerana ianya telah menyatukan kami di bawah satu jawatan yang sama sebagai guru pemulihan untuk bantu membantu antara satu sama lain. Di mana ada kekurangan di situ ada bantuan. Di mana ada kelebihan di sana kita kongsi-kongsikan bersama. cewaahh.. (",)
Semoga kita berjumpa kagi pada program "Kasih Disemai Budi DiTabur" pada bulan Julai kelak. Selamat kembali ke sekolah esok. Yeaahhh. Macam nak tambah cuti rasanya..
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
12 comments:
Waaa...kerja cikgu ni cantik...sj tanak tunjukkan apa awak buat ek..teruskan usaha mendidik anak bangsa ye..an usaha mendidik anak bangsa ye..
Tahniah...
suka dgn semangat cikgu pemulihan
PS: dik, templete mmg warna gini eik. font tak dapat dibaca sbb warna kelabu
Mesti kau penat nie kan geng...ndak apa...itulah erti kerjasama...jika orang lain tidak dapat buat ada orang lain yang membantu...hehehe
Nora Shahaira----. terima kasih ya Nora.. semoga kata2 itu akan menjadi lebih perangsang kepada diri
Citarasa Rinduan -----> iye ke kak. Selalunya kalau line intenet slow, tempalate ni tak buka abis.. thats y kadang2 font warna kelabu n warna tak menyerlah
Ums Niza---> hehehe, tima kasih cigu ums. semoga dapat mendidik anak2 bangsa dengan tekun dan bersemangat
Wah, berwarna-warni. Semoga cikgu semua dapat mengajar dengan berdedikasi.
Awan Biru----> terima kasiih awan. sokongan sebegini lah yang mampu menaikkan semangat para guru utk mengajar
ucapan terima kasih yang kita berikan sudah buat orang lain rasa gembira :)
selamat mengajar dan menjadi warga pendidik yang berjaya..
NOOR FATIN ---> betul3x.. betapa mahalnya ungkapan Terima Kasih ini bagi merapatkan silaturrahim sesama kita
cik sakura ----> alhamdulillah terima kasih yaa..
Post a Comment