Yang di kejar tak dapat, Yang dikendong keciciran.
Pernah kah kita terfikir anda tidak akan berjaya menjadi seorang yang berjaya andai tidak mempunyai Keazaman dan Keghairahan. Bergeliga otak sahaja tidak mencukupi. Bijak pun tidak memadai. Tanpa
Keazaman dan Keghairahan sukar bagi anda untuk sampai ke pulau cita-cita.
Gadis yang anda cintai tidak akan yakin bahawa anda benar-benar mencintainya sekiranya anda tidak menunjukkan
Keazaman dan Keghairahan anda padanya. Nanti disangkakan anda mempermain-mainkannya sahaja lalu meninggalkan. Akibatnya maksud anda tidak akan kesampaian.
Kalau anda tidak berazam bagaimanakah anda akan dapat memikat hati si gadis yang anda cintai. Bila anda bertemu dengannya anda akan mengatakan cinta kepadanya. Tetapi bila lama tidak berjumpa dengannya jangankan hendak pergi menemuinya namanya pun sudah mulai anda lupakan.
Akibatnya si gadis akan dipunyai oleh orang lain yang lebih berazam daripada anda. Mungkin anda akan menemui dan seterusnya jatuh cinta pula kepada gadis baru yang lebih menarik minat anda. Dan kerana tiada
Keazaman dan Keghairahan anda mungkin akhirnya akan meninggalkan anda juga.
Kerana dengan
Keazaman dan Keghairahan anda akan dapat mencapai apa-apa jua impian dan dalam hidup cita-cita walau apa pun cabaran dan dugaan yang melanda. Kejayaan adalah milik kita jika kita berusaha bersungguh-sungguh.
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
14 comments:
dengan ghairahnya membaca...
sekrng ni tgh berazam untuk mencapai apa yg saya mahu..hehe
Setuju dengan kenyataan kau tu geng...belajar dari kesilapan dan jangan malu bertanya untuk meminta pandangan...malah anggap apa sekali pandangan pun semuanya positif...
My Little Diary ---> iya.. sama2 lah kita berazam dengan sungguh2 ya...
Ums Niza ---> betul tu ums. belajar, jangan malu bertanya dan sentiasa berfikiran positif.. hehe
suka dengan entry nie..
buatkan kita rasa bertenaga...
dan... selamat malam dik...
Citarasa Rinduan ---> terima kasih kak ayu.. selamat malam juga
jarang update blog skrg..
Lulu caldina ----> yelaahh.. sibuk sgt lately... huhuhu
betol tu geng..
semua benda yg kita wat msti kene ada keazaman yg tinggi.. bru beri kesan yg bermakna.. =)
yeah..
entry ni seakan2 memberi semangat!
usaha utk azam itu perlu!
paling penting skali, suka trademark last tu..
HADAPI DENGAN SENYUMAN :)
.::Nuruljannah::.----> iya, ada niat tapi takda keazaman memamng sukar juga buat kita untuk bangkit..
Cikgu Fikri ----> terima kasih cikgu. senyum adalah bingkisan semangat untuk kita terus tabah dengan hidup yang mencara
excited baca tau cikgu.
:: dulu best jugak bila dipikat.sekarang dah buzy study dan kerja, jadi rimas la kalo ada yang nak memikat.. tension!
:: baik belajar je dulu kan cikgu kan?
Ruzzezanie---> betul tu Ruzz. jangan layan cintan cintun di kampus. kelak belajar tersangkut di tepi jalan. baik tumpukan pada pelajaran dulu. insya Allah dah brjaya nanti bole bahagiakan keluarga kan.. (",)
Post a Comment