"kalau korang takda mood nak hasilkan BBM, mula-mula kena pegang terus benda tu. paksa diri, jangan tangguh-tangguh. Insya Allah benda tu akan siap pelan2".
Demikianlah kata-kata perangsang dan tips yang disampaikan oleh Guru Pemuihan SK Holy Trinity kepada kami-kami guru guru yang malas sangat nak buat BBM ni. (Sebenarnya aku ja yang pemalas di situ.. ekekeke)
Kami hanya mendongak mengiyakan. Terpegun sebenarnya melihatkan kelas yang cantik dihias dengan gantungan BBM yang sungguh menarik kalbu di setiap penjuru kelas ini. Kalau boleh, ingin saja jasad ini membaringkan diri di tengah-tengah kelas ini. kekekeke (",)
Sungguh kondusif kelas ini untuk mengajar dan membimbing kanak-kanak pemulihan Khas. Pandai cikgunya mengatur segala. Tak heran lah kalau cikgu ini harus dicalonkan kelas Pemulihan cemerlang daerah Tawau. Amin. Ketua Zon nya pun bakal tumpang bangga.. hahahaha...
Ekceli, bermula dari semalam kami guru-guru pemulihan Zon Bandar Selatan Daerah Tawau telah berkampung di SK Holy Trinity sempena menjayakan program "Kasih di Semai Budi di Tabur" bagi zon Bandar Selatan Tawau.
Kami seramai 13 orang guru zon ini bersepakat untuk memlih SK Holy Trinity ini sebagai permulaan program bulan Jun memandangkan banyak ilmu dan manfaat yang bakal kami perolehi dari kelas pemilihan ini sebelum kami bergerak pula ke sekolah lain.
Selain tidak kedekut menyumbangkan idea, cikgu Junnaini juga berjanji akan membantu kami cara-cara menghasilkan beberapa BBM yang menarik untuk panduan kami bersama bila pulang ke sekolah masing-masing pada Khamis nanti.
Tempat yang dicadangkan untuk tutorial penghasilan BBM ini adalah pada esok hari di SK Batu 4 Tawau. Tak sabar rasanya nak menuntut ilmu dari cikgu ini.. Hehehe. Jangan lupa bawa gam, gunting, kad manila dan segalanya ok.
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
15 comments:
saya juga sangat malas buat BBM..huhuhu
memang cantik nampak kelas ni..mantap
Muslimah Optimis ----> malas tu satu hal. yang nak kuarkan bajet sendiri tu yang kena befikir 5 kali.. ehehehe
IMANSHAH----> setuju sangat2... (",)
kadang2 macam nak pecah kepala fikirkan nak buat BBM.. secara jujur, BBM menag sgt2 penting.. saya lebih yakin mengajar dgn adanya bbm.. budak2 pun tak bosan..
kene belajar lepas ni dgn blog ni.. huhuhu..!! kene la letak entry BBM dgn lebih byk lg yer.. haha
Mesti kau penat kan Dil...tak lama lagi ada lagi budak praktikum...bertambah lagi kerja kau...
iKhRam----> hahahaha.. blog ni xda apa2 nak diambil rujukan utk buat BBM hehehe.. anyway, selamat menjadi guru kelak.. masuk sekola nanti jgn lupa buat BBM ya.. buat jgn x buat
Ums Niza----> x lama ada budak praktikum ni yang senang sikit keja aku.. nak mengarah2 je nanti.. haha
bbm..cik sakura yang nak sediakan slide untuk mengajar pun dah pening..inikan lagi nak sediakan nota untuk diorang..belum lagi nak ajar kira2..hehe..
best nyer dpt belajar di kelas yg cam ni...
usaha tangga kejayaan!! ;D
cik sakura----> hahahaha.. saya faham saya fahamm.. memang itu lah cabarannya cikgu.. hehe
GreenAppleKu.com ----> iya cikgu.. memang seronok. kondusif dan bole buat macam bilik tidur sendiri.. hehe
NOOR FATIN ----> betull, tanpa usaha tiada jayanya.. (",)
nampak best je..hee
Post a Comment