G2M Superfriends

Friday, July 1, 2011

Sedih, kecewa dan Gembira

Pagi ini-----> Di sebuah tempat yang sama tapi dalam dua nada yang berbeza.. 

Di satu pihak...
"Alhamdulillah cikgu.. syukurlah anak saya dapat keputusan cemerlang macam ni.. Terima kasih ya cikgu sebab sudi mengajar dan membimbing anak saya.."

Di satu pihak lagi:- ......
"Ya Allah... nah, cuba ko tengok keputusan ko ni. Dapat nombor "uncit".. tu lah pemalas betul. Tau bermain ja. Memang anak saya macam ni cikgu. Kalau di rumah bukan mau belajar.. mau bermain saja setiap hari..".

Pagi ini merupakan Hari Bertemu Pelanggan antara pihak guru dengan ibu bapa penjaga murid. Bermacam-macam gelagat dan karenah ibu bapa ketika mengambil kad laporan peperiksaan anak masing-masing. Suka dan duka, Sedih dan gembira melihat keputusan anak-anak mereka pada hari ini.


Yang pastinya tiada suara sumbang kedengaran daripada pihak ibu bapa yang ingin menyalahkan guru 100% atas keputusan anak mereka yang kurang menyenangkan.  Masing-masing faham di mana kelemahan dan di mana kesilapan yang perlu diperbetulkan. 

Jika kedua-dua pihak guru dan ibu bapa saling menggembleng tenaga, Insya Allah akan lahirlah insan yang cemerlang dari segi Jasmani, emosi, rohani dan inteleknya.

Semoga murid-murid bakal mendapat keputusan yang lebih cemerlang untuk masa hadapan.

Gen2Merah:---->  Esok turun sekolah nak berlari plak weh.. Ohh 1 Malaysia ku....

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

8 comments:

Lulu Caldina said...

berlari?? kaki dah ok ke ni

Gen2Merah said...

Lulu Caldina---> alhamdulillah.. boleh dah lari sana lompat sini.. hehehe

Muslimah Optimis said...

hehehe.. samalah di sekolah MO pon tadi hari terbuka, parents datang amik report card murid.. ada jugak parents tak boleh terima anak diorang xpandai baca, dikatanya di rumah anak dia rajib baca lah, buat kerjalah... nah saya buktikan, anak dia memang la kenal huruf tapi xpandai nak bunyikan sukukata.. huhuhu... esok larian 1malaysia, then lepas tu temasya sukan tahunan sekolah lak.. MO kena jadi juruacara.. takut..takut

Gen2Merah said...

Muslimah Optimis ----> hehehe.. nasib baik pandai cikgu MO menjawab balas ibu bapa yang tak puas hati tu.. sebenarnya itu lah cabaran sekarang. Ibu bapa kebanyakan sokong anak mereka 100% je.. asyik nak cari kesalahan cigu je..
p/s: gud lak utk pengacara esok ye

Alexandriana Alia said...

teringat di zaman skola hari terbuka abah datang... kalau result teruk mmg malu nak ngadap guru kelas..hukhuk

Gen2Merah said...

Alexandriana Alia---> sama lah.. masing2 ada kenangan masa zaman sekolah dulu kan.. paling takut kalau bawa parents bila tau result teruk

Tea said...

hehehe. masa skolah dulu, kalau dpt result cantek excited gila suruh parents amik report card/slip pekse. kehkeh. kalau x, paham sendiri ler.

Dylla Abas said...

nasib baik dulu sy pandai belajar (cheh...pandai la sangat!) bila mak/ayah jumpa cikgu, mesti kena puji je..hoho :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...