G2M Superfriends

Friday, July 22, 2011

Tolonglah berhenti bergaduh


Lain guru lain pendekatannya. Lain pendekatan, lain kaedahnya. Pendek kata, setiap orang guru harus bertanggungjawab dalam menangani isu disiplin yang sering ditimbulkan oleh pelajar di sekolah sebelum menyerahkan kes seumpama itu kepada guru disiplin atau pihak pentadbir sekolah untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Pelan Disiplin Model Canters- Respon guru terhadap tingkahlaku murid di bahagi kepada 3 jenis iaitu Guru Tidak Tegas, Guru Tidak Mesra, dan Guru Tegas.

Cuba perhatikan situasi seseorang guru terhadap kes di bawah ini.

Dua orang murid sedang bertumbuk di dalam kelas:-

Guru tidak Tegas- "Tolonglah berhenti bergaduh".

Guru Tidak Mesra- "Woi bahalol... Kamu berdua ni selalu jadi macam anjing dengan kucing. Kamu ingat sekolah ni boleh buat perangai macam Orang Utan ka".

Guru Tegas- "Sekolah bukan tempat untuk kamu bergaduh., Sekarang kamu dua duduk betenang, kita akan bincang kesan akibat tindakan kamu tadi."

Guru yang TIDAK TEGAS biasanya berasa bersalah utnuk memberikan arahan atau meminta pelajar melakukan sesuatu. Oleh yang demikian, guru dalam kategori ini gagal mencapai piawai tingkah laku pelajar diinginya.

Guru yang menggunakan gaya TIDAK MESRA pula biasanya adalah guru yang garang atau panas baran. Guru ini kerap menggunakan kaedah penedekatan yang keras seperti meninggikan suara, mengancam, mengutuk, menyondir, merendahkan pelajar dan sebagainya.

Guru YANG TEGAS sentiasa memberitahu dengan jelas harapan dan jangkaan yang diharapkan daripada pelajar dan kadang-kadang kepada ibu bapa. Guru kategori ini membimbing pelajar secara lembut dan penyayang tetapi tegas supaya bertingkahlaku seperti yang diharapkan.

Dalam hal ini, guru-guru yang menggunakan pendekatan tidak tegas dan tidak mesra dianggap melanggar hak pelajar. Semua pelajar ada had, dan guru mempunyai hak untuk menetapkan had atau batasan itu untuk mereka dengan cara suasana yang lebih harmoni dan berkesan.

Guru hendaklah sedar bahawa tidak ada mana-mana pelajar yang sepatutnya dibiarkan berkelakuan yang membahayakan dirinya sendiri, atau mengancam keselamatan rakan-rakan atau gurunya.
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

22 comments:

Niena Pengembara Ilahi said...

salam ziarah.. sorry sempat senyum jer kt sini :D

Niena Pengembara Ilahi said...

salam ziarah.. sorry sempat senyum jer kt sini :D

Niena Pengembara Ilahi said...

salam ziarah.. sorry sempat senyum jer kt sini :D

a kl citizen said...

lebih mudah bertindak bila dah banyak pengalaman

Gen2Merah said...

Niena Pengembara Ilahi----> mekasih niena jenguk2 kat sini.. nanti saya balas kunjungan. senyum2 sokmo ya.. (",)

Gen2Merah said...

a kl citizen ----> betul tu cikgu Normah... terima kasih atas pandangan daripada cikgu yang jauh lebih berpengalaman

NOOR FATIN said...

awak cikgu yg mana? hehe

Gen2Merah said...

NOOR FATIN ----> saya cikgu yang masih belajar nak jadi cikgu yang betul2 cikgu.. insya Allah saya akan belajar perlahan2... ehehehe

aimie amalina said...

saya dtg! dr segmen cek lulu =)

cik sakura said...

pernah ada pengalaman budak2 bergaduh..tapi budak besar..nak tak nak panggil pak guard mintak tolong..

◕‿◕ Cikinas Rawr ◕‿◕ said...

Salam Ziarah :)

"Aku"....Nurul Azren said...

Hepy sunday and blogging.. cik reen datang melawat dr segmen blog lulu..
sudi2 melawat dan follow cik reen... love yaa...

Zie said...

Salam ziarah kembali tq yer

Zie said...

Salam ziarah kembali tq yer

akhirnya... said...

salam ckgu (",) ermm yeke.. sm2 lah kt bljr ciksu pn br pndai if de lsempatn nk try gak wat yg lain hehehe (",) salam ukhwah gak...
p/s: ciksu follow cnie..

Gen2Merah said...

aimie amalina----> sama2 terima kasih ya.. kunjung balas kembali

Gen2Merah said...

cik sakura ----> hehehe.. pak guard lah cara yang terbaik utk meleraikan pergaduhan porg dewasa kan.. ekeke

Gen2Merah said...

◕‿◕ Cikinas Rawr ◕‿◕ ----> tima kasih bebanyak ye.. nanti saya kunjung balas kembali

Gen2Merah said...

"Aku"....Nurul Azren ---> tima kasih bannyak2 azren.. nanti saya akan kunjung balas kembali

Gen2Merah said...

Zie ---> alhamdulillah.. tima kasih zie..

Gen2Merah said...

akhirnya...----> thanx so much.. da follow awak juga.. salam ukhuwah ye

ana raisya said...

erm guru pun kadang-kadang takut nak dekat dengan pelajar yang gaduh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...