G2M Superfriends

Saturday, April 30, 2011

Hari tanpa beg plastik

Hari ini hari Sabtu. Rupanya hari ini ada sesuatu yang saya tak tahu menahu pada hari ini di sebuah Supermarket. Hmmm...

"Abang ada bawa beg membeli belah sendiri tak?"

"Bawa beg? Untuk apa?"

"Abang tak tahu ke? Hari ini hari Sabtu. Setiap pengunjung yang datang ke pasaraya hari ini kena bawa beg sendiri untuk menyimpan barang-barang yang dibeli ni. Mana-mana supermarket pun buat macam tu bang."

Betul jugak. Di sebelah cashier ini terpampang sebuah notis yang berbunyi,  


" HARI TANPA BEG PLASTIK. SELAMATKAN BUMI KITA".


"Ooo ya ek? baru plak saya tahu ni. Jadi macam mana saya nak angkut barang-barang yang saya beli ni? Takkan nak angkut pakai tangan kosong je?"

"Takpalah bang, kami akan berikan abang kompek (beg plastik). Tapi kena cas 20 sen la. Hehe"

Baru plak saya tahu rupa-rupanya pada setiap hari Sabtu, pasaraya-pasaraya sedang giat menjalankan kempen "Selamat kan bumi" dengan slogan "Hari Tanpa Beg Plastik. Kempen ini rupanya sudah dijalankan pada 1 Januari lalu lagi. kesian, ketinggalan zaman betul aku ni aaa.. Ngeee~. Bukan pa, orang bujang macam saya memang jarang nak pegi supermarket membeli belah. Hehehe..

Beg Plastik umpama toksid di muka bumi, susah untuk dilupuskan dan dibersihkan . Menurut pakar, beg plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk dilupuskan sepenuhnya dan sekiranya ditanam atau dibakar pula akan mengeluarkan gas karbon dioksida yang boleh meningkatkan kadar pemanasan suhu bumi.

Tadi saya sempat searching di google mengenai kempen yang dijalankan ini. Rupanya tidak semua kempen yang murni ini mendapat sambutan yang memberangsangkan. Salah satu isu yang masih belum terungkai, Hari Tanpa Beg Plastik untuk setakat ini hanyalah disertai dan disokong oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya. 

Namun, kempen ini tidak langsung dijalankan oleh kedai-kedai runcit, pasar-pasar tani dan sebagainya. Apa  yang ingin saya maksudkan di sini ialah perlaksanaan masih tidak menyeluruh dan penguatkuasaannya masih lemah.

Bagaimanapun langkah mengharamkan pengguanan beg plastik adalah satu langkah awal sebelum ianya dijalankan secara menyeluruh.

Sediakan Beg Membeli-belah, Kurangkan Beg Plastik. Jom, pisahkan sampah! Amalkan 3R: Kurangkan sampah(Reduce), Guna semula(Reuse) dan Kitar semula(Recycle).

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

8 comments:

whitecappuccino said...

laa..baru tau ke??dah lama dah..

Anonymous said...

hehe....sian.... baru tahu eh.... :P tapi tetap Tahniah! krn berstuju dgn kempen tuu.... :)
actually, kt luar negara..contohnya berlin, germany....dh lama amalkan...& bkn hny hr sabtu sj tp hari2.... & stengah2 tmpt grocery (makanan) dorang x guna plastic bag tp guna beg kertas (yg warna coklat tu)....beg kertas yg hasil dr kitar semula dan boleh dikitar semula lagi.... :)
sayangi bumi kita.. :)

Ce'gu JAERA said...

whitecappuccino---> iye kesian... baru tau plak ni.. huhuhuh

Ce'gu JAERA said...

Anonymous----> memang bernas pandangan awak.. betul, negara luar dah guna beg kertas pun. Harap negara kita pun ambil langkah yang sama kan

Unknown said...

Tapi Awan kurang berpuas hati sebab kempen ni sepatutnya dijalankan setiap hari. Rasanya sehari itu tidak membawa makna yang begitu besar jika 6 hari yang lain kita masih menggunakan beg plastik.

Ce'gu JAERA said...

Awan Biru----> heheheh... Betul tu awan. Saya pun berpendapat macam tu. Cuma ini mungkin langkah awal sebelum perlaksanaannya secara menyeluruh kelak...

LiFe KaMi said...

mmmg bulan mei ni bulan bertuah, byk benda2 yg best akan berlaku..
happy besday in advance to you..:)

Ce'gu JAERA said...

LiFe KaMi----> terima kasih banyak2 ya atas wish ini.. tahnx so much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...