G2M Superfriends

Sunday, April 24, 2011

Saya nak kacau bini awak !!

"hai sayang, sori lambat balas, penat betul tadi". Salam sayang - dr Bob

Tiba-tiba saja darah jantan Abu menyerinap naik ke kepala sebaik saja terbaca sms yang muncul di skrin telefon bimbit isterinya sebentar tadi.

"Bob? Siapa si Bob ni? Napa dia hantar sms macam ni kat handphone isteriku?" Abu bersuara dalam hati.

Abu yang baru sahaja tiba di rumahnya semakin tak keruan pada ketika ini. Rasa keletihan tadi kian hilang ditenggelami rasa marah yang teramat. Macam dirasuk syaitan ja rasanya. Mujur dia bukan jenis yang pemanas baran. Sekali sekala dia cuba untuk menjeling tajam ke arah isterinya yang sedang lena dibuai mimpi. 

Astaghfirullahhal'azim. Sabar. Abu cuba kawal, namun masih tetap tidak berpuas hati. Keinginannya masih membuak-buak untuk mencungkil segala pertanyaan yang bersarang di kepalanya malam itu. Dia cuba untuk  membalas sms jiwang itu.

"Oh, penat ye. Buat pa tadi?". Abu cuba menghantar sms menyamar.

"Hmmm, abang baru pulang men badminton tadi. Sayang suda makan?". Nombor misteri itu membalas dengan ayat-ayat yang bisa mengguris hati seorang suami.

Abu semakin geram. Beberapa sms yang dihantarnya kepada nombor itu sudah cukup nyata menyebut nama isterinya.

Siapa dia ni? Tak guna betul. Abu cuba pula untuk menelefon nombor tersebut untuk lebih kepastian. Manalah tau kawan isteri dia ke yang saja nak main-main.

'tut tuttt'....

"Hello"...

"Hai yang. Lambatnya balas sms. Watpa tu? Abang rindu lah.."

Cissss.. memang sah suara lelaki menggatal. Abu tidak menjawab. Dia off kembali talian, cuba  mengucap beristighfar panjang-panjang. Tak tertahan rasanya dia nak menjerit. Tak syak lagi. Lelaki ini dan isteriku sudah lama berhubung sejak ketiadaan aku di rumah selama ni.

"Sialannn. Kurang asammmm. Tak guna punya jantan keparat. Berani kau ganggu isteri aku ya." Bisik hati kecilnya.

"Siapakah agaknya lelaki itu? Ada orang menggatal nak mengurat bini aku ya? Atau bini aku yang main kayu tiga dengan aku sekarang ni? ". Semakin bingung Abu dengan persoalan yang kian menyerang mindanya malam ini.

Abu merupakan seorang cikgu yang baru saja bertugas dan diarahkan berkhidmat nun jauh di pedalaman. Manakala isterinya seorang suri rumah sepenuh masa yang menjaga anak-anak mereka. Jarak antara sekolah tempat Abu berkhidmat dengan rumahnya bolehlah dianggarkan 4 jam lamanya dalam sekali perjalanan. Abu hanya akan pulang seminggu sekali ke rumah mereka semata-mata untuk menjenguk kasih dan sayang pada isteri dan kedua anak-anak mereka yang masih kecil.

Namun langit tidak selalunya cerah. Malam ini segala rahsia bakal terbongkar. Abu semakin tak faham. Selama ini mereka hidup berbahagia dengan anak-anak mereka. Tidak ada pun salah faham antara mereka. Tapi mengapa? Tergamak isterinya bermain kayu tiga sepanjang ketiadaannya di rumah ni.  Sejak Abu ditempatkan bertugas di kawasan yang jauh, barulah terdetik sedikit perubahan perangai isterinya. Beracam-macam kata semburan dan makian yang terucap di dalam hatinya sekarang ini.

"Hmmm, patut pun kebelakangan ini isteri ku semakin dingin dengan kepulangan ku. Takda lagi layanan mesra seperti sebelum ni. Anak-anak pun semakin terabai. Hari-hari duduk depan laptop main Fesbuk main Blog je kerjanya. Dari situ kot dia mula berkenalan dengan lelaki lain. Hmmmm...."

Hati Abu semakin panas membara. Kalau boleh dia nak cekik-cekik ja bininya yang lena dibuai mimpi di katil ini. Namun keimanan di dada masih utuh untuk mengawal nafsu kemarahannya ketika ini. Jangan terburu-buru. Tak baik salah sangka. Nanti padah jadinya. Takda guna dia marah sekarang ini jika tidak ada bukti yang kukuh. 

"Takpa, aku akan siasat. Aku akan pasang perangkap. Sms-sms ini akan menjadi saksi. Kalau betullah isteri aku curang dari belakang, aku akan ajar ko cukup-cukup. Ko tunggu. Ada masanya Allah akan tunjukkan juga kebenaran."

"Tak sabar juga aku nak lanyak lelaki durjana setan keparat tu. Jangan ko ingat kau kacau bini orang ko akan bahagia. Ko tunggu, kejap lagi nahas lah kau. Tak sabar aku nak cangkul kepala hotak ko macam ni"------>
v
v
v
v
v

v


Gen2Merah----> Kita pernah ditontonkan video-video yang memaparkan kes isteri curang bersama lelaki lain yang dibelasah beramai-ramai oleh si suami dan kawan-kawannya. Kisah di atas mungkin juga pendorong terjadinya satu lagi kes.

Seseorang lelaki yg sudah beristeri mahupun tidak usahlah mendekatkan diri dgn wanita bermasalah yangg sudah bersuami. Selalunya di situlah bermulanya hubungan yangg terlarang. Mula-mula kawan-kawan, jadi kasihan, lama-lama menjadi sayang dan akhirnya cinta pun datang. 

Hubungan seperti itu biasanya mengundang masalah, air mata dan dosa2 besar. Tiada siapa pun yg beruntung dalam situasi begitu. Wanita itu akan mengingkari suaminya, mengabaikan anak-anaknya dan begitu jugalah suami tadi terhadap isterinya dan anak2nya. Jika gagal diselesaikan, tidak mustahil wanita itu nanti bercerai dgn suaminya lalu berkahwin pula dgn lelaki berkenaan yang mana lelaki berkenaan juga menceraikan isterinya atas alasan sudah tiada bersefahaman.

Buat Sahabatku Abu (Bukan nama sebenar)-----> banyakkan beristighfar. Mengucap panjang-panjang. Moga semuanya baik-baik saja. Harap ianya dapat diselesaikan dengan baik. Insya Allah ada jalan yang terbaik untuk meleraikan segala kekusutan.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

27 comments:

sekamar rindu said...

salam..

sangat banyk kisah2 mcm ni dalam masyarakat kita...yg penting setiap pasangan perlu tahu t/jwb masing2.

Noor Fatin said...

tersirap darah tgk gambar tu.. =,=

masing2 kena ingat tanggungjawab..

Tinta Emas said...

menarik kisah ini...lucu pun ada..

memang betul fb boleh memporak perandakan rumah tangga yang sememangnya kurang kasih sayang...

kadang2 si suami juga kena fikir kembali, kenapa si isteri sanggup berbuat demikian???...

Ce'gu JAERA said...

sekamar rindu---> betul, kebahagiaan rumah tangga perlukan kesefahaman antara kedua belah pihak

Ce'gu JAERA said...

NOOR FATIN----> suami isteri kena ingat tanggungjawab masing2

Ce'gu JAERA said...

Cikgu CTE-----> macam tu lah agaknya lumrah berumah tangga. saya pun belum kawin. harap2 semuanya akan baik2 saja.. hehe

elnino de moona said...

uiks bikin takut tgk gambar tuh.. hohoho..
kehidupan rumahtangga ni mmg banyak dugaan... (xleh nak komen lebih2.. belum kawen lagi.. haha)
btw..lama da tak singgah jenguk2 gen2merah...hihi

suria lekatlekit said...

kalau org kacau laki sy.. sy marah tp marah dengan taktik & strategi bukan marah maki2, tinggi suara atau serang

Unknown said...

untuk ABU--
tabah dan siasat dgn rasional, memang marah akan membinasakan...fikir yang terbaik utk familymu

PS: dik, nie kisah benarkan?

Ce'gu JAERA said...

elnino moona ----> betul, nanti kalau dah kawin pandai2 lah jaga pasangan kita ek.. ngeee~

Ce'gu JAERA said...

THE LEKAT LEKIT STORY----> wah, bestnya dapat isteri macam Lekit ni.. Betul tu, perbincangan adalah jalan terbaik menyelesaikan segala masalah daripada tindkan membabi buta

Ce'gu JAERA said...

Citarasa Rinduan---> iya kak.. Ini memang kisah benar yang dialami sahabat saya. Cuma cerita di atas tu saya olah dan tokok tambah sikit tapi tak lari daripada mesej asal..
risau juga kalau terjadi apa2 pada rumah tangga mereka. kesian kat anak2 mereka yg masih kecil. harap semuanya akan baik2 saja..

Anonymous said...

Macam2 ye dil...ada hikmahnya...cari isteri yg betul2 boleh jadi isteri kita...he3...kang kena macam kwn ko dil...sakit kepala...he3

Prince Halilintar said...

cuak betul tgk pic tu..semoga kite dpt menjaga hal rumahtangga dgn baik..dan berdoa dari ditimpa ujian dariNya..

wahida said...

ya Allah, ngeri betul tgk gambar tu...

semoga kita semua dijuahkan drp sifat2 mcm ni...

Anonymous said...

takutnye bile bce benda mcm ni.. emm. minta sisih pkra2 mcm ni bila da kwen nanti. AMIN...

Ce'gu JAERA said...

Daud ----> hehehehe.. betul tu dil. carilah isteri yang baik2 saja.. kita pun kena wat g terbaik juga.. del, kawin jgn lupa jemput aa

Ce'gu JAERA said...

@Prince Halilintar-----> amin, mudah2an lah hidup ini diberkati

Ce'gu JAERA said...

wahida----> betul2x, mudah2n kita dijauhkan daripada sifat begini

Ce'gu JAERA said...

Zara Hannan----> amin, mudah2an Zara dapay calon suami yang baik2 saja

Unknown said...

Salam cikgu,ni kisah benar ke rekaan ni.sungguh menyentuh jiwa jika ini kisah benar.

Lulu Caldina said...

hoho

Ce'gu JAERA said...

ijoks2009----> salam tuan. ini sebenarnya kisah benar yang sahabat saya alami. cuma saya olah dan tokok tambah cerita ni utk menyedapkan bacaan. kes srg isteri main kayu tiga. tapi belum sampai tahap pergaduhan sampai kena cangkul kepala macam gambar d atas tu la. harap semuanya baik2 saja

Ce'gu JAERA said...

Lulu caldina----> hohohohoho... selamat pengantin baru Lulu (",)

Lulu Caldina said...

sape kawen? tak tau pon.ekeke

Ce'gu JAERA said...

Lulu caldina----> eh, ingatkan Lulu dah nak kawin.. saja nak wish awal2.. hehehe

whitecappuccino said...

kisah benar ke ni?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...