G2M Superfriends

Saturday, April 16, 2011

Ada solat di rumah?

Tidak seperti selalunya, Aidil kelihatan agak gemuruh pada pagi itu berbanding rakan-rakannya yang lain. Di saat yang lain sibuk menghafal dan membaca , Aidil hanya diam seribu bahasa di penjuru sebuah tempat duduk. Seolah-olah ada sesuatu yang merisaukan dirinya.


Sikapnya yang terkenal dengan pemalu, bertambah-tambah malunya lagi apabila saya memandang tepat ke arah matanya. Dia hanya banyak menundukkan wajahnya ke bawah, cuba menghafal keratan kertas yang telah saya edarkan kepada setiap murid sebentar tadi.

"Aidil, haaa giliran awak plak baca surah al-Fatihah."

Aidil yang tersentak dengan arahan saya serta merta tampil ke hadapan. Rakan-rakannya hanya tersengih melihat telatah gelabah Aidil.

"Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillah hirabbil alamin. Arrah...arrah.. Arrahmaaaa....."
"Aik, apasal terputus?..." Tegur saya.

"Dia tak pandai baca al-Fatihah cikgu". Sahut rakan-rakannya yang lain.

"Haaa? surah yang macam tu senang pun awak tak boleh hafal?."

Sedikit kegeraman rasanya melihat seorang pelajar tahun 5 yang sudah berumur sebelas tahun masih belum dapat menghafal surah al-Fatihah sungguhpun surah tersebutlah yang seringkali dibaca setiap kali sesi pembelajaran dalam kelas.

"Saya tak tahu baca cikgu." Jawab Aidil dengan nada yang bersalah.

"Di rumah ada mengaji tak?".
"Takda cikgu...~"

"Ada solat di rumah?".

"Takda juga cikgu. Langsung tak pernah."

Hmmmmm. Saya hanya mendengus kecil. Memang ada patutnya juga pihak sekolah mengadakan program Kem Bestari Solat bagi mendedahkan para pelajar sekolah dengan tatacara asas mengerjakan solat dengan sempurna. 

Borang markah tahap pencapaian murid yang saya pangkah menandakan betapa banyaknya murid-murid yang masih belum menguasai asas dalam solat even cara mengambil wudhu dengan baik.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Biarlah anak-anak dari kecil lagi didedahkan dengan didikan ibadah asas, kelak bila dewasa nanti tidaklah mereka hanya Islam pada nama semata-mata.

Alhamdulillah, program Kem Bestari Solat SKBPT yang dijalankan pagi ini berlangsung dengan jayanya seperti yang telah dirancang. Antara pengisian yang dalam kem ini adalah tatacara mengambil air wudhu, lafaz niat dalam solat, serta rukun-rukun dan bacaan dalam solat.
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

7 comments:

Unknown said...

a very nice job :)

memang budak2 kena dididik dari kecik lagi..

Kancil 8349 said...

aku hanya sekali je menyertai program nie....tu pun tahun lalu...rasa rindu plak dengan bebudak batu payong

Anonymous said...

sian kan dil, mujur juga dpt ke sekolah...dpt peluang belajar... hmmmm....

Ce'gu JAERA said...

iekasub ---> iya, itu lah yang kita harapkan. melentur buluh biar dari rebung nya kan

Ce'gu JAERA said...

Ums Niza----> takpa cikgu.. esok2 boleh lah tunaikan tanggungjawab untuk mendidik anak2 bangsa di sekolah baru plak kan..

Ce'gu JAERA said...

Anon---> yelah, betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam menyemaikan didikan agama kepada anak2 mereka semasa kecil

Kancil 8349 said...

betul tu geng...tapi kesian juga budak tu tidak dapat menghafal surah Al-Fatihah nie...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...