G2M Superfriends

Tuesday, August 16, 2011

Kisah ceramah di malam 17 RAMADHAN.

Malam ini 17 Ramadhan merupakan peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di Bulan Ramadhan yang mana turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Rata-rata surau dan masjid di seluruh negara dipenuhi dengan pengisian malam keagamaan untuk menyambut hari paling bersejarah ini.

Di sebuah surau tempat saya berterawih tadi, para jemaah yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur memenuhi ruang legar masjid bagi mendengar ceramah agama Nuzul al-Quran yang disampaikan oleh seorang ustaz. Ceramah ini diperuntukkan dalam masa setengah jam sebelum meneruskan  aktiviti solat sunat terawih berjemaah.

Ketika  ustaz tengah khusuyuk memberi ceramah di hadapan jemaah, tiba-tibaa....

"KEDEBOMMMMMMMMM................."  

Suasana berubah seketika. Letupan bunyi mercun begitu membingitkan telinga. Semua hadirin tersentak dengan letupan mercun yang baling oleh budak-budak di luar masjid. 

Spontan ustaz tersebut bercakap:

"Astaghfirullah hal azim. Inilah perangai budak-budak kita ni. Tak pasal-pasal hilang idea saya nak sambung cakap..

"Hahahahaha".. Para jemaah tergelak kecil..



Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud:

“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)  

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi  Muhammad saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Sumber: Wikipedia..



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

23 comments:

Guru said...

hilang semangat kejap kan... :)

Ce'gu JAERA said...

a kl citizen----> iya macam tu la... hampir nak pengsan juga tadi.. ehehe

Anonymous said...

haish. Sama lah kita. Tgh dok tulis entry, meletup sekali. bhahah. :)

Ce'gu JAERA said...

Umedia Network ----> ahahaha.. inilah budak2 ni.. mercun sajala...

Abby Salvatore said...

tulah...org barat pun berminat mengkaji Al-Quran kan...:)

nasib pak imam x pengsan...budak2 sekarang...haihhh

Solihahazahar said...

HAHA nasib baik laa ustaz tuu tak melatah kann :P

missgee said...

Rasanya suma masjid sama..
Jemaah terkejut ngan mercun
ala bom atom...hurmmmm
Ada rasa nak maki tapi cuma
mampu dalam hati saja..huhuhu

Ce'gu JAERA said...

Abby Salvatore----. nasib pak imam masih muda.. kalau dah berumur mesti rebah agaknya.. ehehehe

Ce'gu JAERA said...

Solihahazahar ----> iya, hahaha.. kalau melatah entah apa jadi ngan ceramah agama malam tu

Ce'gu JAERA said...

missgee---> tu lah pasal.. tiada orang yang berkawal di luar masjid nak larang budak2 ni.. huhu

Hafizin Jamil said...

haha..tak pasal2 kesian budak tu..kok ye pom main la lepas solat mercun tu...

nurani said...

hehhe..nsb bek xmelatah...adehhhh

Unknown said...

ak jadi imam pon tetibe dgr mercun..hilang habes tarannum aku

Unknown said...

isk.. tulah dia kan.. ada plak selingan.. kalo sakit jantung mau Innalillah teruskan :)

aizamia3 said...

tak patut sungguh bila terjadinya perkara macam tu di surau mahupun masjid.


psstt: pernah dulu dalam pantang budak2 main mercun, bunyi letupan yang kuat buat baby ai terkejut tapi nasib baik masa tu dia dalam dakapan ai.. ish ish..

Ce'gu JAERA said...

H.J----> tak payah main lagi bagus. menggangu ketenteraman ja orang main mercun ni

Ce'gu JAERA said...

nurani---> ehehehehe

Ce'gu JAERA said...

JIJI YU----> wah, pak imam rupanya. taniah ye..

Ce'gu JAERA said...

QueeN TerataI---> betul2 mengejutkan letupan tu.. kalau ada yang sakkit jantung konfom gol barangkali

Ce'gu JAERA said...

aizamia3----> yelah, patut dibenteras perangai main mercun ni.. bahaya.. pastu menggangu orang lain plak

YOU-Nique said...

nasib baik mercun ja...klu main airbOom..memanjang terkejut ustaz tue..

Anonymous said...

yey da la merdeka. raye plk tu^^

Fatin Diana said...

Raya dgn merdeka pada masa yang sama.
Btw, FD follow blog ni #700 :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...