Assalamualaikum wbt. Salam Ramadhan.
Ini adalah kesinambungan entri semalam [Pak Imam solat Terawih baca surah panjang sangat la..].
Syukur alhamdulillah. Isu sedemikian sengaja saya ketengahkan untuk mendapatkan respon daripada sahabat-sahabat lain mengenai isu mengapa Pak Imam yang mengetuai solat terawih ada yang suka baca surah yang panjang-panjang sehingga ada segelintir makmum yang resah dan mengelamun di belakang.
Hasil komen menunjukkan ramai yang sependapat dengan entri saya mengenai isu ini. Tidak terkecuali ada juga teman yang menyokong tetapi memberi komen yang membina dan menerima situasi ini daripada sudut yang lagi positif. Terima kasih buat semua.
Apa pun yan penting kita sama-sama berkongsi ilmu dan saling ingat memperingati antara sesama kita. Hari ni dah masuk hari ke 11 Ramadhan. Sedar tak sedar kita dah menghampiri pertengahan Ramadan.
Apa yang dapat saya huraikan, nak baca surah pendek atau nak baca panjang itu bukan persoalannya. Yang penting kita sama-sama solat niat ikhlas kerana Allah swt. Pak Imam tak perlu nak syok sendiri baca panjang-panjang. Dua tiga baris ayat cukuplah kan. Kita sebagai makmum pula seharusnya lebih khusyuk menghayati bacaan dan bermuhasabah mengenai tahap solat kita.
Cuba kita perhatikan. Kalau kita boleh kata orang tua tak larat nak berdiri lama-lama, selalunya orang-orang tua ini lah yang kebanyakannya menghabiskan solat terawih 20 rakaat. Betul tak? Anak-anak muda ada yang sampai 4 rakaat dah cabut dan ada tak larat nak bangun. Hehehe.
So, ikhlas-ikhlas kan lah diri dalam beribadah ye. Sapa tau dapat merasai suasana malam Lailatur Qadar. Amin.. Hehehe.
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
16 comments:
Setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini, pada hakikatnya kerana Allah Taala...oleh itu kita kena ikhlas kepada - Nya
hehehe saye pun tak berapa arif dalam bab ni. dan jawapan2 dari followers blog ni adalah amat membantu :)
terima kasih juga untuk cikgu sebab ketengahkan isu ni...saya juga masih belajar, masih cetek ilmu...title ustazah bukan menjawab segala-galanya...(",)
ikhlas pad Illahi..MOGA ibadat kita sentisa diterima....amin
Kancil 8349----> terima kasih Ums Niza
MAPPIAU ----> hehehe.. sama lah kita.. belum arif dlm bab2 agama
CikGu Ma----> apa pun yang penting kita masih dpt kongsi2kan ilmu yang bermanfaat
asiah_Li ----> betul.. yang penting ikhlas kan diri kan
ibu tlg bayarkan aci tak
done follow you, cikgu..hehe..
haa sal zakat neyh teringt plak..
berserta surat tuh, abah ade serta kn duet utk zakat skalik.. ngeh3~
Insyallah...
salam...InsyaAllah setiap tahun mmg x pernah lupa...:)
Iffah Afeefah ----> bole bole.. ehehe
Perempuan Maniss ---> wah, baguslah abah bole bayarkan zakat sekali kan
Green Apple----> insya Allah
maszull ---> betul3x
Post a Comment