G2M Superfriends

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan yang TERAKHIR


"Siapa tahu ini Ramadhan yang terakhir". Itu lah kata-kata yang diulang beberapa kali oleh sang penceramah sebelum bermulanya solat terawih di sebuah masjid tadi. Sebuah ingatan yang memberi inspirasi kepada saya betapa semakin hampirnya kita untuk meninggalkan Ramadhan 2011 ini. Berita kesedihan buat mereka-mereka yang amat cintakan bulan keberkatan ini.

"Alhamdulillah, syukur kita panjatkan kepada yang Maha Esa. Ramadan hanya tinggal 4 atau 5 hari lagi. Disaat rakan-rakan kita sibuk ke sana sini membuat persiapan raya di rumah dan di bandar, kita yang masih berkumpul di masjid pada malam ini adalah hamba pilihan Allah. Kita telah diberi hidayah dan kekuatan untuk meneruskan amal dan takwa di bulan keberkatan ini."

Sebuah ceramah ringkasan yang membawa kesedaran dan keinsafan. Lihat lah suasana malam ini. Awal Ramadhan yang lalu, betapa ramainya jemaah sehingga melimpah ruah di luar masjid. Kini barisan saf yang ada boleh dihitung jumlahnya. Malah kanak-kanak yang keriangan bermain di luar sana juga seakan sunyi dan sepi.

Menghitung hari menjelang 1 Syawal. Marilah kita ambil peluang dan kesempatan yang ada pada sisa-sisa Ramadhan ini untuk terus meningkatkan amal dan takwa kita kepada Allah s.w.t.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

19 comments:

Cikgu Ma said...

moga usia kita dipanjangkan untuk bertemu dengan Ramadhan 1433H (",)

Ce'gu JAERA said...

CikGu Ma----> iya cikgu.. itulah harapan kita sebenarnya.. semoga kita dapat berjumpa lagi Ramdan yang akan dtg...

Nizam Ijam said...

semoga dipanjangkan usia...

Kancil 8349 said...

Salam geng,

tahun depan ada lagi, moga kita dipanjangkan umur untuk bertemu ramadhan pada tahun depan dan tahun2 seterusnya...begitulah keadaan akhir zaman geng...di awal kedatangan Islam ramai bersemangat mahu bangkitkan agama tapi sudah bertahun baru makin kurang semangat...samalah keadaannya di masjid dan surau2 sekarang

Ce'gu JAERA said...

Nizam Ijam ----> insya Allah.. moga dipanjangkan usia kan..

Ce'gu JAERA said...

Kancil 8349----> memang dah tradisi zaman berzaman tu ums.. yang permulaan dan pengakhiran pasti berbeza suasananya... semua orang ingin raikan kemenangan 1 Syawal..

Unknown said...

semoga kita bertemu lagi di Ramadhan akan datang... mmg adat manusia bersemangat pd awalnya sahaja.. di pengakhirannya tetap kosong..

Dylla Abas said...

alamak..sy la salah 1 drpdnya tu.awal bulan rajin je tarawih.dh hujung2 ni bnyk habiskan masa kat luar je.hmm..insaf2.anyway nice entri :)

p/s : u r the 3rd sabahan teacher i knew in this blog after abby n kancil 8349 (",)

JunAina said...

dalam kesibukan memang sangat terasa. di bulan ramadhan walaupun keletihan tetapi kita tetap kuat mengerjakan solat terawik dan qiamullail...tekun membaca al-quran.
harapan semoga di bulan2 lain semangat ini tidak akan pudar...

cik sakura said...

semoga cik sakura bertemu ramadhan di tahun hadapan..insyaALLAH..

Ce'gu JAERA said...

QueeN TerataI----> iya, saya sependapat dengan anda.. mula2 saja bersemangat.. lastly kembali keadaan lama.. beginilah kita sambut Ramadan yang suda2..

Ce'gu JAERA said...

dylla abas----> ehehehe.. Thanx so much dylla... salam ukhuwah ye...

Ce'gu JAERA said...

JunAina---> iya Jun.. harap2 semangat Ramadan ini akan berterusan sehingga ke bulan2 seterusnya..

Ce'gu JAERA said...

cik sakura----> amin Insya Allah...

aizamia3 said...

moga kita dipanjangkan umur dimurahkan rezeki agar dapat menikmati ramadhan seterusnya..

Ce'gu JAERA said...

aizamia3----> iye, mudah-mudahan lah kan Ramadan bakal kita temui lagi akan datang..

Afikah Aziz said...

sekejap je Ramadhan akan berlalu pergi,moga2 kita semua akan dipertemukan dengan Ramadhan tahun depan InsyaAllah :)

Prince Halilintar said...

semoga kite dipanjangkan umor utk menyambut ramadan yg akan dtg..insyaAllah

Lulu Caldina said...

salam aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...