G2M Superfriends

Wednesday, August 10, 2011

Panjangnya bacaan SURAH Pak Imam

Assalamualaikum w.b.t wat semua saudara semuslimin dan muslimat walau di mana jua anda berada. Salam Ramadan yang entah ke berapa sudah ni. Tak perasaan.. Hehehe (sowiii)

Terlebih dahulu nak mohon maaf lah andai entri ini bisa menyinggung mana-mana pihak. Maaf kerana saya sedar tahap agama saya masih lagi dalam level yang rendah. Cuma ini sekadar luahan pendapat je. Jika ada kelemahan dan penambahbaikan sila perbetulkan ye.. Hehehe ~

*****************************************************

Di sini saya sekadar nak bertanya-------> perlu ke seseorang yang mengimamkan solat sunat terawih membaca sesebuah surah yang terlalu panjang sehingga kekadang sebilangan makmum seperti saya selalu mengeluh. Hihihhi.. Kadang-kadang imam syok membaca panjang-panjang di depan, para makmum ada yang mengelamun di belakang. :P

Napa ya nak baca surah panjang-panjang? Baca surah yang biasa-biasa dah le. Kan ke ini solat sunat je. Kalau nak baca surah panjang-panjang kan boleh sambung lepas terawih ni. Nah, Tadarus al-Quran sampai tengah malam. Takda beza kan baca surah panjang dan surah pendek dalam solat.

Imam tak perasan ke di kalangan makmum yang berdiri di belakang ada orang-orang tua yang tak larat nak berdiri lama, ada anak muda yang ingin cepat sebab kerja shift malam, atau ibu-ibu yang kena pulang ke rumah segera untuk rehat dan tidur bagi menyiapkan diri untuk persiapan sahur kelak.

Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W juga menyuruh sesiapa yang mengimami sesuatu solat berjemaah, seharusnya dia memendekkan bacaan surahnya.  
Ekceli memanjangkan bacaan surah dalam solat lebih afdal. Tapi ianya afdal apabila kita solat seorang diri. Apa yang penting, kita sebenarnya nak attract orang ramai agar meramaikan solat berjemaah terutamanya anak-anak muda yang masih bersemangat awal Ramadan untuk datang ke surau ini.

Anyway anyhow, ini just pendapat saya je ok. Saya sedar saya ni masih hamba-NYA yang dhaif. Masih banyak yang perlu dipelajari. Sekiranya terdapat kelemahan, tolonglah bantu-membantu ek. Bagi komen yang membina untuk kebaikan kita bersama. Orait..

Selamat bersungkai ye. Hari ini Daerah Tawau dan sewaktu dengannya akan berbuka pada pukul 6:26 petang..Ngeee~


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

30 comments:

whitecappuccino said...

Betul jugak ni..ada juga sesetengah yang beralih ke madrasah atau surau lain yang imamnya baca surah yg lebih pendek..kat masjid biasanya tahfiz yg jadi imam baca surah2 yg panjang.

Anonymous said...

bila dah pnjang sangt kadang buat kita jd hilang fokus..hehe.salam ukhwah jgk..

Ce'gu JAERA said...

whitecappuccino ----> iya kan.. banyak kawan2 yang beralih ke surau lain yang lebih pendek bacaan surahnya..

Ce'gu JAERA said...

~AmyLiana86~ ----> hihi.. mula2 memang khusyuk, bila dan panjangan sangat, mula la pikiran melayang.. ehehe

Kancil 8349 said...

Entri yang cukup merbahaya nie pok...hehehe..ndak apa cuma untuk bertanya kan...betul juga...aku sokong dengan pendapat kau pok...hehehe..

Ce'gu JAERA said...

Kancil 8349----> cuba konon ko jelaskan merbahaya dari segi mana entri ni... hehehe

Cikgu Ma said...

betul la tu...imam tak seharusnya "syok sendiri" walaupun niatnya mungkin untuk mengulang2 ayat yang dihafalnya..tak salah pun jika membaca ayat dari surah yg panjang, tapi cukup la sekadar 2,3 ayat...

Ce'gu JAERA said...

CikGu Ma ----> iya, saya sependapat dengan cikgu Ma

Kancil 8349 said...

siap kau datang ke blog aku mahu bertanyakan soal ini...hehehe...kalau aku tengok tajuk kau, aku dah keliru tadi tapi berdasarkan pada penjelasan kau dalam entri ini baru aku faham..kau cuma bertanya...sebenarnya kita diuji ketika bersolat berjemaah... disana kita dinilai tahap keikhlasan dan keimanan kita kepada Allah...dulu saya pernah bertanya soalan begini kat bapa saya. kata beliau ia sebahagian daripada ujian kita. Semakin panjang surah tersebut dibaca semakin besar pahala kita mendengarnya. Memang betul Imam seharusnya memendekkan bacaan surahnya. tetapi ia bukan perkara wajib kan...hehehehe...apapun kita sama2 belajar...sori kalau kau tersinggung...:P

Ce'gu JAERA said...

Kancil 8349---> alhamdulillah.. terima kasih banyak2 sahabatku kancil.. perbincangan bernas begini lah yang kita harapkan dlm sesuatu isu..

berkongsi2 ilmu dan pendapat.. terima kasih atas luahan pendapat ini ya.. yang penting sama2 kita perbaiki amal ibadah kita

Tinta Emas said...

Saya pun tak suka klu surah baca panjang2...bukan apa, cuma bila dh pjg2 nie mulalah minda kita bukan berada di tempat solat tapi dah pergi ke tempat lain, byk yang mengeluh dlm hati,...kdg2 berdiri pun dah mcm nak jatuh sbb tak stabil...mungkin kekenyangan kot...

Ce'gu JAERA said...

Tinta Emas ----> saya setuju cikgu.. tu lah pasal.. kadang2 gara2 penat berdiri, khusyuk solatt kita akan hilang...

Solihahazahar said...

kdg2 imam bace surah yg saye tak tahu. jenuh bace dlm hati kikiki

Ce'gu JAERA said...

Solihahazahar----> hihihihih...

Abby Salvatore said...

Sokong!

Dulu penah gi semayang terawih kat mesjid bandar tepi laut tu...
*1 malam 1 juzuk*.

Kesian kat org2 tua yg lutut x tahan bediri lama2.Jgn kan org tua,saya pon x tahan.Trus pindah ke Mesjid raya.

:)

Ce'gu JAERA said...

Abby Salvatore ----> ehehehe.. masjid al-Khautar tu ye.. iye, saya pun penah solat kat sana juga cikgu.. penatnyaa.. hihiihh...

Tu yang kawan2 dah jarang nak terawih ctu.. hehe

mimie said...

btol2..cmna nk tarik glgan muda m'meriahkn msjd..tp law pnjg dn cpat xpa..niey dh lar pnjg,sl0w jer bnyi p0wn..huhu

nurani said...

hehehhe..kne kusyuk mse solat..:)

dhiera zainudin said...

baru hamba tahu~
tapi memang betul pun. siap ada yg menguap berulang2 kali lagi kalau tok imam baca surah panjang2 sgt~

Hanis Azla said...

Alhamdulillah, surau kat tempat akak bacaannya sedang2 saja.. tak terlalu pendek & tak terlalu panjang.. kiranya memberi keselesaan utk semua golongan.. tazkirah dan tahlil pun dibuat serba ringkas..

aizamia3 said...

dah jadi tak khusyuk kat situ..

Ce'gu JAERA said...

mimie----> hihihi... dah lah panjang, slow plk bunyi tu kan.. tu belum lagi yg sangkut2..hehe

Ce'gu JAERA said...

nurani---> tu lah pasal. nak kusyuk jadi tak kusyuk kita d buatnya.. anyway thanx for sharing

Ce'gu JAERA said...

dhiera ----> ehehehe... betul3x

Ce'gu JAERA said...

Hanis Azla ---> alhamdulillah, syukurlah macam tu kan...

Ce'gu JAERA said...

aizamia3 -----> setuju.... (",)

suria lekatlekit said...

kalau terlalu panjang sampai org hilang kusyuk dalam solat pun tak bagus...

Unknown said...

hehehhe dan sebab tu la sy suka solat sorang2.. huuu

eva said...

imam yang baik, pabila makmum menyukai nya.. kes ni dsebalik.. huhu..

~Sya~ said...

setuju jugak...mmg hilang fokus klu lama2 kan...langsung tak khusyuk dah..dok teringat mcm2 keje nak dibuat lepas terawih...heheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...