Selain Bazaar Ramadhan, budaya untuk berbuka puasa secara "Buffet Ramadhan" juga semakin popular di kalangan masyarakat kita. Maka sejak dari 1 Ramadhan lagi lah kita telah saksikan hotel-hotel mahupun restoran-restoran terkemuka di tempat kita akan memasang banner yang besar bagi mempromosi kadar berbuka puasa secara "Buffet Ramadhan".
Ada restoran yang paling murah pun bagi rate RM20+ untuk seorang, manakala hotel-hotel besar ada yang sampai mencecah RM50+. Nah sudah bayar, makanlah kamu sepuas-puasnya hidangan yang bermacam-macam jenis, warna dan seleranya.
"Biar makan sampai muntah, asalkan makanan lebih tidak dibawa pulang." ahahaha.
Seperti mereka yang lain, Ramadhan 2011 ini juga lah kali kedua saya datang berbuka di "Buffet Ramadhan" ini. Sebenarnya tak suka, tapi tak boleh nak tolak sebab selalunya ia adalah pelawaan daripada rakan-rakan lama mahupun anjuran daripada Jabatan tempat kita bekerja. Kita pun kena berjumpa dan berkumpul bersama di tempat yang selesa kan.
Cuma sebagai perkongsian dan renungan kita bersama, berbuka puasa secara Buffet adalah membazir dan lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.
Ok bayangkan:..............
1 biji kurma + 3 gelas air bandung + sepinggan nasi goreng + 1 pinggan mee kari + 40 cucuk sate + 5 ketul sayap ayam + 3 ketul kambing salai + mee kari + dua mangkuk ABC + 2 keping roti jala + 5 ekor ketam + 7 ulas sotong +1 mangkuk gado-gado + 1 mangkuk sup ayam + 1 mangkuk soto + 1 gelas jus buah + 8 jenis kuih muih + 1 piring daging masak merah + 10 udang bakar + 1cupak bubur lambok + 2 ekor ikan bakar + 1 ekor kepala ikan putih + 3 jenis sayur-sayuran + buah buahan
Boleh kah anda pelahap semua sekaligus dalam perut anda? Owh tidak. Tidak sama sekali. Bila azan Maghrib berkumandang, makan sebiji kurma, sepinggan nasi berlauk dan minum segelas air sudah cukup untuk mengenyangkan. Blurrppp.. Opss, harga dia tak sampai pun RM3.00 pun lagi.. hihihi
Okey-okey, kerana tidak mahu rugi kita bangun lagi daripada tempat duduk menuju ke meja hidangan yang lebih banyak dan bermacam-macam selera. Kalau boleh nak ditawaf satu tempat ambil dan cedok apa segala lauk yang boleh dicapai.
Pinggan mangkuk penuh berbukit, air minum pun bermacam-macam kaler tersedia di atas meja. Kuih muih, buah-buahan dan santapan makanan laut, makanan barat, dan bermacam-macam rupa sudah siap sedia untuk dibantai dalam pusingan kedua. (",)
Pinggan mangkuk penuh berbukit, air minum pun bermacam-macam kaler tersedia di atas meja. Kuih muih, buah-buahan dan santapan makanan laut, makanan barat, dan bermacam-macam rupa sudah siap sedia untuk dibantai dalam pusingan kedua. (",)
Maka kita dengan senak perut, ngappp sajalah dalam mulut apa yang boleh dipelahap. Sumbat menyumbat dan tersumbat, akhirnya makanan dah sampai tahap kerongkong. Tak boleh turun dah sebab perut kat bawah dah kembung.
Senak sebab tak boleh bernafas dengan lancar. Makanan lebih masih banyak tersadai di atas meja yang tak sempat terusik. Akhirnya pembaziran berlaku.~
Senak sebab tak boleh bernafas dengan lancar. Makanan lebih masih banyak tersadai di atas meja yang tak sempat terusik. Akhirnya pembaziran berlaku.~
Iya tahukah anda sekalian. Bila kita berpuasa seharian, perut pun akan turut sama berehat. So bila berbuka, perut tak boleh nak terima terlalu banyak kemasukan. Terkejut jadinya. Sebenarnya cukup sebiji kurma, segelas air pun dah cukup kenyang.
Itu sebab pihak hotel sanggup ambil risiko untuk buat "Buffet Ramadhan" ni kerana mereka tahu mereka takkan rugi punya la. Tiada manusia pun yang mampu untuk makan lebih daripada kemampuan perut dalam tempat dalam tempoh dua jam. Kecuali lah perut anda macam getah ataupun kat leher ada ruang untuk simpan makanan. Hehehe..
Bila dah kenyang, nak bergerak pun tak larat. Badan berpeluh, tali pinggang pun dilonggarkan. Manusia berbadan ular sawa jadinya. Langkah semakin lemah longlai untuk pulang. Maka, solat yang wajib pun terlepas, solat sunat terawih pun terpaksa ditinggalkan. Itu belum lagi jika balik rumah sakit perut, muntah-muntah, cirit birit. (Syukurlah setakat ni saya oke je.. hihihi)
Apa pun ini adalah satu perkongsian bersama. Ustaz saya pernah cakap---> Tak baik menyesal atau mengungkit bila membayar sebuah makanan untuk perut kita. Bila bayar tak ikhlas, perut pun jadi tak menentu.
Apa yang penting, ianya akan menjadi renungan buat kita semua. Sekali sekala takpa, asalkan pergi "Buffet Ramadhan" yang lebih murah dan berbaloi. Paling bagus kita hanya akan pegi kalau ada orang yang belanja. hahahaha..
40 comments:
betul3...abby sokong ni!
tak yah gi berbuffet bagai dekat hotel la kan...
ari tu bbuka ngan family pon kami buat lucky pot.Haaa..puas makan masakan dari umah.Jimat lagi.lagi pula makan di rumah,bkumpul ramai2 mengeratkan hubungan kan...
Poverty in somalia..meh sama2 menderma.:)
sebenarnya mmg tak berbaloi. last buffet saya amik nasi sesenduk + ayam seketul + sate 1 cucuk + steambot (seketul fishball, 1 ketam, 2-3 ketul yg lain) + ayam BBQ 3 ketul + kurma sebijik + kueyteow goreng 2-3 sudu.
bayar 35 hengget. huh. tak berbaloi....
biasanya pegi makan buffet pon pasal nak kumpul ngan kengkawan...
tue yg rasa meriah walaupun makan tak seberapa, harap kena bayo jerk mahal.
Abby Salvatore----> iya, better kita makan sama2 dengan kaum keluarga di rumah kan.. lagi jimat dan berhemah
gadisBunga ---> hik hik hik.. memang tak berbaloi2 kan.. huhu
wanbu ----> iye, nasib baik la kawan2 ajak kan..kalau tak jangan harap la nak membayar mahal untuk itu.. huhu
saje nk kaut untung laa tu.. hahah !
makanan buffet dekat hotel sebenarnya tak sedap pun. tp konon2 xclusif la kan sebab makan dekat hotel.hihi
mak masak lg sedap..hehee
teha----> taktik pihak hotel.. kita yang kabur dek hasutan nafsu. ehe
Nabila Huda---> yelah, bila sebut hotel, terus persepsi kita macam VVIP... padahal tak sesedap mana pun kan.. sedap lagi mak yang masak
alyana shafinas ---> iye, masakan mak adalah segala2nya.. ehe
pergh.. memang membazir tuh wo... bagus lagi bh beli nasi lemak di giant lepas tuh makan di highway... huhuhu~..
tak suke buffet...buat perut jadik makin ke depan.hahahahha :p
betul2....sgt2 rugi sebenarnya..hehe
GaRy™ ----> ahahahah... beli nasi kuning sebungkus dan minuman A B C.. murah jimat dan sambil bersantai2 di highway kan.. ehehe
Cik Bell-----> iya setuju.. makin boroi jadinya perut.. ehehe
Nizam Ijam ----> itu pentingnya Ramadan mendidik kita untuk lebih berjimat dan berhemah
makan free dekat masjid je sudahh :D ekekeke :D btw betul sebenarnye tak berbaloi pon buffet ni.. kalau sy, memang rugi la sebab sy ni nasik pon makan tak sampai separuh pinggan >.< nak sumbat yang lain-lain lagi la tak terdaya.. :D
makan kat hotel xkan boleh mkn hbs la.. nk mkn smpai munth??haha..buat malu je..dh mkn mntah plak..haha..sory,gurau jer..baik masa je kt umah..xbzr sgt..leh smpan shur..=)
Sy suka ayat nie;
"Paling bagus kita hanya akan pegi kalau ada orang yang belanja"
Tepat & Terbaik!!!!! :P hahaha
Queen F----> iya ssaya setuju. kalau org pempuan lagi la.. kesian bayar lebih, tapi makan dua 3 cupak je.. huhuh.. xberbaloi2..
c i k a n a ----> ahaha.. jangan je makan2 banyak terus muntah.. huhu
missgee ----> ahahaha.. bila orang belanja, kita nak makan sikit pun xda msalah kan.. ehehe
urmm...ak rse lau aku yg g buffet ni membazer duit je
lau kt umah makan nasi sejemput lauk sayur air kopi o pns.. tu je yg muat dalam perut ..lau buffet haihh membazer
dah dua kali rupanya...aku sekali je...hehehe...sekali sekala tu ndak apa...jangan tiap2 hari...memang kaya betul orang tu...
hazirah kasimon ----> setuju... marilah kita berjimat dan amalkan perbelanjaan berhemah dalam bulan Puasa ini kan.. ehe
Kancil 8349 ----> iya ums... dah dua kali tu pun dengan kawan semaktab dulu 3 hari lalu... manyak kenyang woo.. lepas ni tak nak pegi.. stop.. makan kat umah lagi baek
seingat saya, kitorang xpenah lagi la makan buffet ni. haha rasanya la. buka puasa kat rumah je ari2.
tahun ni kan saya keje, ari2 buka puasa kat kedai tempat saya keje. saya ada gak ajak faiq pegi hotel seri malaysia, ada buffet rm29+ satu kepala tapi tu la, nak makan banyak2 dalam satu masa mmg xlehh.wuwuwuw.
so xpegi la. haha sayangnya la rm29 tu! hahaha
NOOR FATIN----> ylah, mmg sayang 29 tu abis macam tu je.. huhuhuhu
yes...
setuju sgt2!!!!!!!
tak berbaloi langsung..
bila puasa ni, minum air segelas dgn sebiji kurma pun dah ok kan?
hurm..........
Cikgu Fikri ----> ye betull.. dah berkali2 kita diingatkan agar berhemah dan berjimat di bulan puasa ini.. semoag ianya jadi renungan buat kita
mmg tak pernah minat buka posa kat hotel wpun ayah kite ada hotel hehehe.nasib baik mkn free kat hotel sdri,kalau byr tak maulah.
better makan kat gerai biasa ataupun berbuka bersama family,masing2 bawa lauk berlainan.lagi meriah kot?
||aLeaSaRa||----> wowww... ayah ada hotel sendiri ye???. hebat la... caiyo caiyo.. jemput2 lah kami dtg hotel ||aLeaSaRa|| nanti ya.. ehehehe...
buffet di tawau, honestly masih dalam kemampuan, sedap pun ok juga....cuma ndak banyak pilihan. Setakat sekali dlm sebulan lebih dari memadai.... kalau dah mlm2 buffet, bengkrap la.
SimplySeoul ----> setuju... kalau tiap2 malam mmg bangkrap.. ekeke
orang sekarang bangga makan buffet sebab bunyinya mahal..dan sebab namanya buffet..
membazir amalan syaitan..kalau bukak puasa seadanya duit yg lebih boleh buat sedekah..huhu..
tak pernah cuba walau sekali..
Rai ----> ya setuju.. drpd membazir membeli juadah yang membazir, baik sedekahkan pada yang memerlukan kan..
aizamia3 -----> iye, janga cuba walau sekali.. kang ketagih haaaaahh.. ehehe
Post a Comment