G2M Superfriends

Friday, October 14, 2011

MAJLIS PERSARAAN Cikgu Abdullah Lapasi

Majlis Persaraan Cikgu Abdullah Lapasi
____________________________________________

Hari ini 14hb Oktober 2011, Sebuah lagi majlis perpisahan penuh bermakna buat seorang guru yang bersara di SK Batu Payong. Cikgu Abdullah Lapasi, seorang cikgu Matematik yang berdedikasi dan bertanggungjawab dalam setiap tugas dan amanahnya. 
Hari ini air mata perpisahan dalam ucapan telah diungkapkan di hadapan rakan-rakan guru serta kesemua anak-anak didiknya di dewan serbaguna SK Batu Payong Tawau.

Tiba masanya untuk menyusun kemafaan,
Membuang segala kesalahan yang bersalut di hati,
Yang terlanjur dimaafi,
Yang tersilap diinsafi

Yang lebih diambil pengajaran,
Yang kurang jangan disalahtafsirkan,
Agar saat perpisahan ini indah,
Buat kenangan untuk kita bersama.

Selamat tinggal suara-suara ceria,
Padang perhimpunan dan dewan serbaguna
Bilik darjah dan anak-anak bangsa
Bilik guru dan timbunan buku
Pondok belajar dan tapak laluan sekolah

Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah
Selamat tinggal buat kenangan terindah

Semoga berjumpa lagi cikgu Abdullah. Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala sumbangan cikgu Abdullah sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Mohon maaf andai ada silap dan salah yang bisa mengguriskan hati dan perasaan.

KLIK BAWAH untuk entri lama majlis perpisahan guru-guru SK Batu Payong:

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

30 comments:

bobiedanbad said...

Beliau tetap seorang guru wpn selepas ini telah meninggal alam kerjaya guru

Unknown said...

terima kasih cikgu..insyaALLAH jasamu ttp dikenang...

missgee said...

Bersara tapi jasa tetap
dikenang sampai bila2 masa..

P/s: Esok2 kita jugak seperti ini.. Harus sedih dan sebak dihati..

K O R I E said...

Gen2red msti cikgu jurukamera di sekolah kan..
;]

Noor Fatin said...

selamat bersara ya.. sedih bila tgk cikgu2 nak bersara, xtau kenapa.. huhu

Ce'gu JAERA said...

@ bobiedanbad----->
iya, jasa guru tetap akan dikenang sampai bila2 walaupun ke akhir hayatnya


@ zirazi---->
Jasa guru tetap di dalam sanubari kenangan.


@ missgee---->
betul cikgu.. esok2 kita pula akan menghadapi sistuasi perpisahan seperti ini kan..


@ K O R I E----->
tak lah, saya jurukamera suka suka saja sebenarnya.. lagipun kamera yang saya paiaki ni kamera cabuk.. ekekeke


@ NOOR FATIN---->
iya kan. saya pun rasa macam tu. Bila cikgu yang kita suka sudah tiada dalam bayangan di sekolah, pasti akan rasa sedih jadinya..

Niena Muhammad said...

hmmm dlu2 kalo cikgu nk bersara msti sedih je.. tpi kalo cikgu tu baik la, tpi kalo cikgu yg 'nakal' sntiasa tggu bla la dia nk pncen

Unknown said...

asalam..blog yg sihat ni ya..tahniah

Prince Halilintar said...

bos prince pon same dah habis kontraknya semalam..dan bertukar bos baru..

Dylla Abas said...

hmm..teringat majlis peepisahan cikgu praktikal masa darjah 3 dulu.menangis sakan.padahal,cikgu tu mengajar beberapa bulan je.mungkin sebab cikgu tu hensem kot.tu yg rasa sedih bila dia pergi..hehehehe :)

Dkna Abza said...

jasamu tetap dikenang itulah jasa seorang guru...

Kancil 8349 said...

terlepas lagi aku hadir majlis perpisahan nie...nie kes aku jarang sudah turun ke Batu Payong...Dil...mengapa ndak sound2 orang nie...hehehehe

p/s ada entri aku tersenarai kat bawah...hehehe..

Hafizin Jamil said...

jasamu guru dikenang selama lamanya walaupun dah pencen

ch000tz said...

kenapa perlu delete komen eyh :D
yeaaaaa dari brunei...

SoLy SoLicious said...

jasa seorg guru yg bakal dikenang oleh anak2 didiknye

maszull said...

salam dil...selamat bersara cikgu jasa mu tetap dikenang...:)

IntaNBerliaN said...

slmat bersara cikgu.. zaman sekolah dulu2.. kalau cikgu bersara mesti sedih.. lbih2 lagi kalau cikgu tu mengajar kita..

Ce'gu JAERA said...

@ Niena Pengembara Ilahi---->
ahahaha.. kelakar la plak Niena ni... ehe.. apa pun cikgu tetap cikgu kita kan


@ etuza---->
terima kasih sama2 ya etuza


@ Prince Halilintar---->
wahh iya ka.. Tahniah la, dapat boss baru.. moga kamu kembali bersemangat


@ Dylla Abas---->
ehehehe.. memang kalau cikgu praktikal banyak murid yang suka.. sporting..


@ Adylia Qarissa---->
iya, jasa guru tetap d kenang kan


@ Oh Oeya---->
(",)


@ Kancil 8349---->
ahahaha.. aku sound bukan mau datang pun.. ekeke


@ H.J---->
betul3x.. jasa guru tetap d kenang


@ ch000tz axoera----->
ch000tz sebenarnya tersilap tulis ruang komen.. komen ch000tz tu di entri yang bawah ni.. tak delete pun.. ehe.. Salam dr Brunei ya


@ SoLy SoLicious----->
terima kasih SoLy SoLicious


@ maszull---->
selamat malam juga kak.. Semoga guru2 kita yang pernah mendidik kita akan dirahmati Allah swt


@ IntaNBerliaN---->
betul.. rasa sedih bila cikgu yang mengajar kita tiada bayangan lagi d sekolah..

Kayu Manis said...

saya pun rasa sedih ni...tgok yg lap airmata tu..terharu sgt...ye byk jasa2 cikgu2 yg veteran ni..

Unknown said...

jasa seorang guru yang akan dikenang sampai bila2, semoga dia sihat2 selalu.

Unknown said...

kirim salam kt dia sekali erkk

Kancil 8349 said...

rupanya macam tu...seingat aku bukan tak mahu datang tapi kebetulan ada hal...huhuhu...

3no gr33ny said...

pendidik tidak pernah kenal erti bersara dari membentuk anak bangsa

Ce'gu JAERA said...

@ cinnamon.com----->
iya betul... banyak jasa mereka dalam dunia pendidikan.. saya pun hampir nak mengesatkan air mata masa tu.. ehehe


@ Bro ahmad----->
terima kasih banyak2 bro atas kata2 perangsang itu. Guru berkarisma adalah insan yang mulia


@ Kancil 8349---->
iya bah ums.. Ko selalu cakap ko malu dah mau datang sekolah ni.. tu yang segan nak jemput ko lagi.. maklumlah sekolah kampung.. Huhuhu


@ 3no gr33ny---->
betul tu 3no gr33ny... Guru tetap akan berjasa sampai bila2 kepada masyarakat dan nusa bangsa

Awang Hafiz said...

mmg best tengok derang berlakon dulu.. citer kungfu kepala keras.. ahaha.

Niena Muhammad said...

:D

Ce'gu JAERA said...

@Awang Hafiz---->
ehehe

@ Niena Pengembara Ilahi ----->
(",)

Anonymous said...

tmabah lagi sorg guru bersara jadi 6 org dah besara. ada guru baru tak ni cikgu madil.

aku dulu berangan nak jadi guru. tp aku fikir aku ni tak sabar. kang habs anal murid aku kene cubit. heeeyyy...kesian anak org.jadi tak jadi aku nak jd guru.

Jue said...

seorang cikgu akan kekal dengan gelaran itu wp slps bsara. best kan =)

Ce'gu JAERA said...

@ Hanie_Dew---->
beulm ada guru baru.. kalau ada pun biarlah guru baru yang masih bujang.. wakakakaka


@ Jue---->
iya betul tu Jue.. guru baru tetap akan d kenang sampai bila2 kan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...