Dua tahun lalu, Gen2Merah penah terlanggar mati seekor anjing dalam entri ini [KLIK]
Dua bulan lalu pula saya juga pernah terpijak kucing dalam entri yang ini [KLIK]
Dan pagi ini.........
"Bang bang, abang terpijak kucing tu". Anak jiran sebelah rumah saya mengetuk kaca pintu kereta saya sambil menunjuk ke arah kucing yang sedang menggelepur kesakitan.
Dan pagi ini.........
"Bang bang, abang terpijak kucing tu". Anak jiran sebelah rumah saya mengetuk kaca pintu kereta saya sambil menunjuk ke arah kucing yang sedang menggelepur kesakitan.
"Ya Allah.. kereta aku terpijak kucing lagi. Asataghfirullah hal azim".
Saya turun serta merta dari kereta lalu memamapah anak kucing yang semakin tidak bermaya itu. Badannya remuk manakala matanya tertonjol keluar. Darah semakin deras keluar daripada telinganya. Anak kucing malang itu akhirnya menghembus nafasnya yang terakhir di waktu itu juga. Kesian....
*********************************************************************
"Jaga-jaga kau, langgar kucing boleh membawa sial tu".
Begitulah luahan seorang rakan guru ketika saya mengajukan kisah yang berlaku pagi tadi. Serta merta hati ini menjadi risau. Sebab sebelum ini pun saya pernah terdengar kes rakan yang tayar kereta pancit tengah jalan, terbabas dan rosak macam-macam. Alasan hanya disebabkan terlanggar kucing je.
Ye ke langgar kucing boleh bawa sial?? Kalau tak sengaja nak buat macam mana? Serba salah jadinya. Risau jika terjadi apa-apa kelak..
Tertanya-tanya dengan persoalan ini, saya sempat searching di google mencari jawapan yang pasti. Akhinrya saya tertarik dengan jawapan yang saya temui dalam web ini .
Tertanya-tanya dengan persoalan ini, saya sempat searching di google mencari jawapan yang pasti. Akhinrya saya tertarik dengan jawapan yang saya temui dalam web ini .
"KALAU PERBUATAN MELANGGAR KUCING HINGGA MATI TIDAK DISENGAJA MOHON AMPUN PADA ALLAH SWT. TIDAK AKAN MEMBAWA SIAL ATAU APA-APA. KALAU PERCAYA ITU ADALAH SIAL MAKA KENA KEMBALI KEPADA AKIDAH YANG SEBENAR.
TIDAK PERNAH SAYA JUMPA MANA-MANA NAS ALQURAN ATAU SUNNAH YANG ADA WUJUD PERKATAAN PEMBAWA SIAL BILA MELAKUKAN SESUATU KESALAHAN YANG DISENGAJAKAN ATAUPUN TIDAK. PERCAYA KEPADA AL QURAN DAN SUNNAH BUKAN NENEK MOYANG ATAU ORANG-ORANG TUA.
Lega rasanya bila mengetahui jawapan yang sebenar. Saya terfkir. kalau betul langgar kucing mati boleh membawa sial, mesti dah ramai orang yang jadi sial sekarang ini kan. Lagi satu, kalau langgar kucing boleh membawa sìal bagaimana dengan langgar manusia? Kalau terlanggar manusia tidak membawa apa-apa makna, beerti kucing lebih tinggi darjatnya daripada manusia.
Bagi saya, apa-apa pun adat dan kepercayaan orang dulu-dulu sebenarnya ada pengajarannya. Misalnya untuk mendidik kita agar lebih berhati-hati dalam apa-apa tindakan. Seperti kes jangan langgar kucing, tidak memotong kuku waktu malam, atau menyanyi di dapur. Semuanya untuk kebaikan kan.
Cuma jika jangan terlalu taksub mempercayainya sehingga boleh memesongkan akidah kita sendiri
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
30 comments:
ciannyer.....:(
Sian kucing tu.
Kat umah mak memang byk kucing. Memang kena check bawak keta sebelum kluar rumah, takut terlenyek kucing. Kekadang klo terjumpa kucing mati tgh jalan pon klo bley elak saya elak.
sedih sgt kalau nad ternampak..:(
tak sengaja nak buat mcm mana.. bkn sengaja nak langgar.. yela.. jgn nak percaya bulat2 perkara2 yg mendatangkan sial ni... Percaya pada Allah SWT jer... mcm yg dikatakan kalo kita buat silap minta ampun pada Allah...
betul tu Gen2 jangan terlalu tasub pada sesuatu kepercayaan yang ble memesongkan akdah.
naaaaa...naaaa aku tak tau!
pernah gak langgar kucing jiran..dah check bawah kereta.rupanye sembunyi kat tayar..dah ajal namenye..
isk... mana ada... beul tu, dlm islam takde kata camtu... aniaya kucing dgn sengaja dosa...tak sengaja lain cerita
kalau tak sengaja tak pe kot
salam dil...mengalir air mata mama bila dil cite mcm mana kucing tu mati.....
mama mmg sensitif sikit bab kucing ni...
adui.sadisnya. kesian kucing tu. tp tak sengaja kan.
dari dulu aku mmg tak pecaya sgt pantang larang nenek moyang yg boel memesongkan akidah. istighfar byk2 kalau ter-pecaya.
tunjukkan la bakat anda. hahaha.nite nite..
Sedih aku bc beb. Aku phm pe ko rs sbb aku pnah langgar anjing. Mmercik darah kat cermin depan. Fobia, serba slh x hinggat smpikan aku jd lmah semangat
Xpe beb, bykkan bdoa bg hati tenang. Kalau kita bole mramal, dpt la mgelak tp bukan kita yg mnentukannya
prince pun pernah sekali terlanggar kucing..rasa serba salah satu hari tu..
huhu
shida pon sukasayangkasihrindu dengan kucing...huk3~~~
lain kali kena hati2...cian kucing mati kene langgar,,,huhuhu
kalau tak sengaja takpe..bukan niat kita pun nak terlanggar kucing tu kan...jangan percaya sgt benda2 macam tu...sebenarnya ada maksud..nak bagi kita hati2 je...(^^,)
hidup mati kan Allah dah tentukan..^^,
akak juga pernah terlanggar kucing kesayangan akak yg manja tu..sampai keluar biji mata..sedih sangat2 sampai sekarang tak boleh lupa :((
cian kucing tu..
@ eintan nurfuzie----->
uhuhuhuu
@ fiza----->
betul tu fiza.. saya pun kalau boleh elak saya akan elak.. entah napa pagi tadi langsung tak berapa perasan.. huhu
@ Miss Nadya----->
tak sanggup nak nengok.... uhuh
@ QueeN TerataI----->
betul tu Queen... secara tak sengaja.. nak wat camna kan.. mohon ampun kepada Allah swt
@ bobiedanbad---->
trimas kasih cikgu.. tak perlu nak terlalu taksub dengan kepercayaan oarng kan
@ C` Ayob-Ilmu Asas Hidup----->
ahahahaha
@ Syukri Mohtar---->
apa leh buat kan.. dah ajalnya.. huh
@ msredcheesecake------>
betul2x.. kalau sengaja bunuh kucing memang kah patut dapat dosa kan...
@ delarocha---->
iya, memang takpa pun.. just mohon memohon keampuan kepada Allah swt
@ maszull---->
huhuhu.. memang sedih mama
@ Hanie_Dew---->
iya kan.. pantang larang memang sukar untuk dipercaya.. ada yang langsung x masuk akal.. yang penting akidah kita tdk terpesong
@ Jue---->
iya jue, sebenarnya kalau bole elak kita semua bole elak kan.. tapi kalau dah benda nak berlaku, nak wat camna kan.. huhu
@ Prince Halilintar---->
sabar sajala kan...
@ shida---->
iya shida..nak lebih berhati2 lepas ni
@ Ezad Skytech---->
terima kasih ezad.. Iya, sebenarnya pantang larang tu utk mendidik kita ja agar lebih berhati2..
@ whitecappuccino----->
lagi sedih kalau terlanggar kucing kesayangan sendiri kan.. huhu
@ Nizam Ijam--->
iya kesian.. sabar saja la kn.
tak pernah dengar pula langgar kucing tu boleh bawa sial.bukan saja suka-suka nak langgar kan..? tapi,sian kat anak kucing tu :(
tak sanggup nak tengok atau membayangkannya..
betul.. kita jangan terlampau taksub bila berlaku sesuatu musibah dan kita anggapnya pembawa sial dalam hidup..
waaa...sedih tgk kucen tuh... sy pencinta kucing--->
emm betul tu tak usah di pikirkan sial tu. dulu pernah undur kereta dari rumah kat kampung langgar kucing sampai mati. sebulan lepas tu baru tahu, itupun selepas kami balik kampung semula. tapi bila kita tak tahu dan tak memikirkan sial nya so tak ada apa lah yang berlaku. Alhamdulillah,
oO slalu ilang pen ye..sama la
siannye kucing comel itu,cikgu jgn caye psl bnde2 cmtu,takut nnt boleh merosakkan akidah :)
beli pen murah je..klu hilang xde la kisah sgt...
Tak percayalah!
Accident is accident maaa..
*pssttt! 1 lagi kepercayaan mitos
mcm adik sy yang darjah 2 tu. tiap hari ade je yang hilang. last2 pensil box pun hilang.
ps:beli pen baru je la.
tak sampai hati kalau tengok kucing mcm tu .
Post a Comment