Sungguh istimewa cuaca dalam beberapa hari ini. Petang ini cuaca sungguh cerah menyengat. Lain pula peristiwa lepas Subuh tadi. Hujan gerimis kemudian bertukar lebat, maka berucuran lah air mata hujan menyimbah bumi.
Beberapa minit selepas hujan reda, sang suria pula menyapa pagi. Tidak sampai beberapa minit suria memancar, awan kembali mendung dan sang hujan kembali membasah.
Drama Hujan dan panas bersilih ganti. Begitulah juga kehidupan kita. Adakalanya riang ria, ada juga berduka lara. Hari ini kita tersenyum melihat dunia, esok-esok kita menangis meninggalkannya.
Kita mesti pernah terdengar ungkapan hikmah ini:-
Kadang-kadang Allah hilangkan matahari dan turunkan hujan.
Kita menangis dan mencari mane matahari.
Rupa-rupanya Allah nak tunjukkan pelangi yang indah buat kita.
Kita menangis dan mencari mane matahari.
Rupa-rupanya Allah nak tunjukkan pelangi yang indah buat kita.
p/s: cuba untuk sentiasa bersyukur atas segalanya.. Redha dengan apa yang dikurniakan.. Berterima kasih atas apa saja yang diberi.. Hadapi semuanya dengan senyuman.
16 comments:
suka hujan..sejuuukkk!
betul tu gen2... setiap yg berlaku ada hikmahnya kita sbg hamba ALlah ni kenalah bersyukur...
p/s: kat sini hujan sedang lebat ditambah dengan angin yg kencang dan Queen masih diopis.. hehehehe selamat petang gen2...
cuaca silih berganti...begitu juga perjalanan hidup kita...
tabah menghadapinya... :D
Selamat Malam Cheguuu.. :)
kat sini pun hujan.Tapi sekejap je..
ermm betul kata-kata tu..
usia cikgu tak berganti2 kan, kejap muda kejap tua..makin tua ada lah..hhee...selamat berhujung minggu...dah habis marking paper ke?
sini juga hujan..ada orang sangat suka pada hujan,Rasulullah SAW apabila hujan di sertai angin dan ribut petir Rasulullah SAW berlindung di masjid..
amin.......
moga pelangi itu muncul sebelum kita tutup mata....
assalamualaikum dil...alhamdullilah semuanya adalah rahmat dr Allah buat semuanya yg ada di bumi ini...bersyukur dgn limpah kirnia drNYA...:)
apa yang Allah tetapkan adalah yang terbaik... jadilah hamba yang bersyukur..:)
Alhamdulillah.. Bumi sejuk bebrapa hari ni..:)
sini pon dari ptg sampai ke mlm hujan lebat....
@ whitecappuccino---->
bila sejuk, bantal lah jawabnya kan.. ehehe
@ QueeN Terata---->
iya Queen.. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. selamat malam Quenn
@ Aien Not Alien---->
semoga menjalani kehidupan hari2 yang sempurna.. selamat malam ANA
@ CIK PARO!---->
hujan itu rahmay.. begitu juga dgn kehidupan kita yang penuh dengan rahmat...
@ CikGu Ma---->
marking paper dah lama siap CikGu Ma... ehehehe.. selamat berhujung minggu
@ cinnamon.com ---->
terima kasih atas prkongsian itu ya..
@ Citarasa Rinduan--->
betul tu kak ayu.. moga cahaya itu bakal menyinari kehidupan kebahagiaan kita kelak
@ maszull--->
waalaikumsalam mama.. iya, bersyukur kita dngan limpahan dan kurnia Nya
@ PeRmAtA bIrU---->
betul tu PeRmAtA bIrU... semua yang Allah tetapkan adalah utk kebaikan kita bersama..sentiasa redaha dan bersyukur..
@ Nazatul shima---->
syukur alhamdulillah kan...
@ Prince Halilintar---->
alhamdulillah, huja itu kan rahmat utk seluruh alam... (",)
Bersyukur..
Hadapi semua dengan senyuman..
Motivasi bererti ;)
meninggal sudah... semoga negara diorang kembali aman damai macam malaysia :D
alhamdulillah sebab sekarang cuaca sangat menenangkan..selalu terfikirkan tidur pon ada jugak..huhu
NYAWA TAK PANJANG T_T
Post a Comment