Kasih Ibu Sepanjang Zaman
Semasa kita berumur 1 tahun,ibu menyuapkan makanan dan memandikan kita
Tapi kita hanya membalasnya dengan menangis sepanjang malam..
3 tahun, ibu menyediakan dan menyuapkan kita dengan makanan yang penuh lazat dan berzat
Namun kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke lantai...
4 tahun, ibu membeli krayon untuk mengajar kita lukisan
Tapi kita membalasnya dengan menconteng dinding di rumah..
5 tahun, ibu membeli kita baju raya yang baru di Hari Raya
Namun kita mengotorkannya apabila kita jatuh ke dalam lopak..
7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah
Tapi kita mengatakan dan menjarit.."TAK NAK"..
10 tahun, ibu menghantar kita pergi menghadiri kelas tuisyen,bershopping,ke rumah kawan
Namun, kita tidak pernah toleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih...
11 tahun, ibu membelikan kita sebiji bola sepak
Tapi kita membalasnya dengan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita...
12 tahun, ibu sentiasa menasihatkan kita agar jangan menengok tv selalu
Namun,kita membalasnya dengan menengok tv apabila ibu tiada di rumah..
13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan
Tapi kita membalasnya dengan mengatakan "IBU NI TAKDE TASTELAH!!"
16 tahun, ibu inginkan dakapan daripada kita setelah penat dan baru balik drp kerja
Namun kita membalasnya dengan mengunci diri kita di dalam bilik dan
bersendirian...
17 tahun, ibu menangis kegembiraan apabila kita mendapat keputusan yang cemerlang
Tapi kita tidak pulang ke rumah sampai lewat malam kerana celebrate dengan kawan2..
Namun,kita membalasnya dengan menyalam ibu di luar dorm kerana malu
nampak dek kawan-kawan..
20 tahun, ibu bertanya sama ada kita mempunyai gf/bf?
Tapi kita membalasnya dengan mengatakan.."KEPOHLAH IBU NI!"..
21 tahun, ibu bertanya pa cita2 kita?
Namun kita menjawabnya.."BUKAN MACAM IBU!!"..
23 tahun, ibu membelikan kita baju baru kerana kita mendapat kerja baru
Tapi kita membalasnya dengan mengatakan kepada kawan2 bahawa baju itu
tidak cantik kerana ibu yang belikan..
25 tahun, kita berumahtangga dan ibu menangis kegembiraan dan berkata
ibu sayang dan kasih kepada kamu
Namun,kita membalasnya dengan berpindah dan berjauhan dengan ibu
sejauh 300km..
27 tahun, ibu menelefon kita dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi
Tapi kita membalasnya dengan mengatakan "ZAMAN SEKARANG LAINLAH BU!!"
40 tahun, ibu menelefon dan memberitahu ada kenduri di kampung
Namun kita membalasnya dengan mengatakan.."SAYA SIBUKLAH BU SEKARANG
NI!!"...
50 tahun, ibu sakit dan memerlukan penjagaan dan kasih sayang kita..
Kita balik melawatnya dengan membawa buah tangan apple dan merungut
tentang kesibukan di tempat kerja..dan segera balik ke kota..
Satu hari,ibu meninggal dunia..
Sempatkah kita membalas jasa ibu?
Berbaloikah jasa ibu ke atas kita?
Sedangkan kita langsung tidak mebalas budinya..
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
Sumber: Email Yahoo
23 comments:
Rindu Mak..
Al-fatihah.
entri yang bagus geng...sayangilah ibu anda selagi masih ada...walau apa dalam keadaan sekali pun kerana mereka menyayangi kita dari kecil hingga kita mampu berusaha sendiri..
kasih ibu sampai ke syurga..
sy SAYANG mak sy sgt2.. :)
rindu terus sama mamak ku di kampung, i do love her.
mujur sy x buat begitu pd mak! ms yg 1-4 tahun mungkinlah sy buat..
dan sy harap anak sy x buat begitu juga pd sy nnt
syurga di telapak kaki ibu
@ Oh Oeya---->
al-fatihah buat mereka yang telah pergi..
@ Kancil 8349---->
betul tu ums.. sayangilah ibu sebagaimana mereka mengasihi kita sejak kita dari kecil
@ ziraziz---->
saya pun sayang mak saya.. (",)
@ bobiedanbad---->
berdoa lah semoga ibu dan bapa kita sihat2 sejahtera hendaknya
@ Rina AVAIL a.k.a Cik Betty---->
betul3x tu Rina.. saya pun dulu masa kecik2 suka cari pasal ngan mak bapak saya. Bila dah besar panjang macam ni baru terfikir ada sebab mengapa mak saya marah2 dulu
Alhamdulillah
sy bukan di golongan itu..
Insyaallah akan sayang mak
sampai nafas terakhir kat dunia..
NICE BLOG...TQ SBB MSUK BLOG PAKJOE..pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada tip blog yg bru cerita pasal nk bg blog kta ringan siggah la
hmm..sedih..
besarnya jasa ibu kpd kita..tak terbalas
salam merindu..
hormati dan sayangi ibu selagi hayat dikandung badan..
semoga mereka sentiasa tersenyum dan berbangga dengan pencapaian kita..
salam dil...betul tu hargailah kedua ibubapa dgn baik selagi mereka masih ada jgn disesali bila mereka telah meninggalkn kita...:)
p/s al-fatihah buat kedua2 ibubapa angkat mama...
@ missgee---->
alhamdulillah.. sayangi mak sehingga ke akhir hayat kita
@ cerita best---->
terima kasih banyak2 pak joe atas info itu
@ Kalamhati---->
ibu tak pernah minta apa2 daripada kita, melainkan kasih dan sayang. jaga lah mereka sebagaimana mereka mengasuh kita sejak kecil
@ Citarasa Rinduan---->
iya setuju.. semoga mereka gembira dengan kasih sayang kita
@ maszull---->
al-fatihah... tabahkan hati ya kak Mas
KASIH IBU, kasih abadi, tiada tandingannya!!
Miss my UMI & AYAH so much (^^,)
great tazkirah pagi2 neh...heee
to my blog - Acapsuur (>,<)
rindu kat mama....
setiap kali mkn mesti terinagt kat mama.."mama mkn aper ari nie"
sungguh kasih ibu dunia akhirat
suci!
Semoga Allah swt memberikan kekuatan kepada saya untuk berbakti kepada ibubapa saya. AMIN. AMIN. AMIN
kasih ibu mmg tiada tandingannya... kasih yg membawa ke syurga...
saya anak yatim piatu..masih lg ke?
dengan duit yang kita bagi setiap bulan belum mampu melunaskan apa yang telah diberikan oleh ibu kita dari kecil hingga besar..
aiseymen. sedih la pulak aku baca entry ni. teringat mak aku kat tawau..wuwuwuwuwu~~~~~~~
Wah sedih wuwuwu bkali2 bc entry ni smpi rs mcm x ckup pe yg aku dah wat utk parent wuwuwu
Post a Comment