G2M Superfriends

Wednesday, October 26, 2011

Beratnya tanggungan LELAKI

Bismillahhirrahmanirrahim.


Jadi seorang lelaki memang hebat. Kerana kehebatan itulah lelaki terpilih untuk memikul tanggungjawab yang berat. 
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki yang sudah berkahwin lagilah besar tanggungjawabnya. Bukan hanya kena tanggung dosa sendiri, tapi dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh pun di bawah peranannya.

Seorang anak lelaki perlu bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya, tapi kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. Wooooww, beratkan... (",)

Sang suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. (Ingat tu.. ekekeke)

Banyak lagi lelaki terutama yang bergelar suami perlu tanggung. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Ngeeee~

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

43 comments:

Nora Shahaira said...

tapi, jika lelaki itu mengenali dan memahami peranan dia sebagai lelaki..hushh..amannya sesebuah rumah tangga tu kan..mereka saling lengkap melengkapi.

Aisy Nasiha said...

tambah sikit cikgu ye....kalau lelaki bergelar ayah dia bertanggungjawab kena mengahwinkan anak dia bila anak dh dewasa...

Unknown said...

tpy isteri juga perlu memahami kodisi suaminya juga.. tidaklah bulat2 menggunakan duit suami...

Cikgu Ma said...

moga cikgu bertemu jodoh yang baik ^^,

suria lekatlekit said...

di tanggung 100% oleh suami..

whitecappuccino said...

Memang tanggungjawab lelaki berat cuma ada saja yang mengambil ringan..

oreocheesecakes said...

mmm.. sya masih mencari... xjumpa lgi....

syazwani ab said...

Allah tu kan maha adil :)

Unknown said...

Kena berusaha memperbaiki diri.

Eera Shera said...

besar kan tanggungjawab korang..tapi sayangnya tak semua yg bertanggungjwab.

duit suami, hak isteri jugak.duit isteri, isteri punya la..hehe ;)

Kayu Manis said...

jumlah lelaki yg mendapati hidup mereka lebih gembira selepas bercerai adalah 58 peratus, manakala wanita,85 peratus...

Ezad Skytech said...

memang besar tanggungjawab lelaki ni... :)

Noor Fatin said...

beratnya tugas lelaki.. :')

3no gr33ny said...

sebab tu lelaki wajib solat jumaat ta..kafiatnye adalah sebagai sumber inspirasi dan motivasi utk menghadapi tanggungjawab yang besar semua tu la (my abah yang cakap ni)

Ce'gu JAERA said...

@ Nora Shahaira----->
ya itu lah kita harap2kan. Amanah yang dipikul oleh lelki bergelar suami

@ Aisy Nasiha----->
oh iya.. Tima kasih ya ingatkan pasal tu.. Thanx so much


@ cucu umie---->
ya, sepatutnya isteri tidak mengambil kesempatan atas suaminya..


@ CikGu Ma---->
alhamdulillah, terima kasih ya cikgu Ma


@ THE LEKAT LEKIT STORY----->
ya setuju...


@ whitecappuccino----->
iya, banyak lelaki yang ambil ringan tentang tgjawab tu kan


@ oreocheesecakes---->
mencari calon ke? ehehehe.. semoga bertemu yg baik2 saja ya


@ Wani---->
ya betul. Allah Maha Adil


@ Awan Biru----->
saya pun berusaha ke arah tu


@ Eera Shera ----->
duit suami, hak isteri jugak.duit isteri, isteri punya la.. ekekeke ;)


@ cinnamon.com---->
oh iye ke? macam tu rupanya statistik wanita yg bercerai ya


@ Ezad Skytech----->
iya betulllll. Itu lah namanya lelaki


@ NOOR FATIN---->
ya berat kan... tugas dan amanah tu

Naz said...

setimpal dengan fitrah lelaki sebagai pemimpin..

Umie Nadhirah said...

cepat2 kawen.. hehe.

maszull said...

assalamualaikum dil...beratkn tanggunjawab seorang lelaki tu tapi jika dilakukn dan diamalkn dgn cara yg baik juga betul insyaAllah akan dipermudahkan segala2nya...:)

Kancil 8349 said...

betul tu...bukan berat dosa je...berat dengan tekanan dan masalah...sebab itu ramai lelaki mudah dapat penyakit jantung...apapun semoga kita menjadi lelaki yang beriman....

blog-tips-kurus said...

lelaki kan gagah.. 9 akal.. :)

Aien Not Alien said...

semoga menjadi lelaki yang mampu memikul tanggungjawab yang berat.. ^_^"

Dylla Abas said...

kesian kat ayah dan adik-beradik lelaki kena tanggung dosa saya...rasa bersalah :(

p/s : morning cikgu!!

Unknown said...

selamat pagi cikgu!! betul tu gen2 besar tanggungan seroang lelaki.. tp lelaki sekarang ni hanya mengambil mudah akan perkara2 ini.. Lelaki yg dah berkahwin pun kdg2 mereka x sedar akan hal ini.. x sedar atau tak tahu atau buat2 tak tahu waallahualam... lagi2 bab nafkah tu.. kdg2 dah jd terbalik.. keperluan dirumah, makan pakai isteri dan anak2 kebyakkannya isteri yg sediakan.. suami? sepatutnya itu dah menjadi hutang suami kpd isteri dan suami wajib membayarkan? tp realitinya? ada tak suami byr hutang tersebut? bkn nak kata isteri berkira tp itulah hakikatnya krn nafkah zahir tu wajib bagi suami untuk sediakan... kan.. kan? hehehehehe

Anonymous said...

jadi bantu la lelaki kesayangan kita dengan ringankan tanggungan dosa yang dipikul nya dengan menjaga perbuatan kita. ♥

Tinta Emas said...

baguslah Gen2 dah sedar hal ini sebelum kawin...dn kalu dh kawin kelak perlulah ingat juga tanggung jawab ini... ada lelaki yang tak mahu ambil tahu dan baca entry sebegini...

emarieys said...

sama-sama kerja..sama-sama kongsi belanja...skrg kalau si suami saja yang tanggung..apa yang dia boleh pakai untuk belanja diri sendiri..

AmirFX said...

Fuhhh.. Perempuan sepatutnya tahu bukan mudah untuk menjadi sang lelaki...

merahitujambu said...

NICE INFO..=)

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

Mat pagi cikgu ..trm kasih krn singgah :). Jika kita semua memahami istilah tanggungan dan dosa .. mesti dunia ini akan aman :). amin.


Huuu cikgu tak dapat ambik gambar kat blog umi, sebab umi dah buat tak dpt dicopy. Kalau cikgu nak ..gambar2 tu banyak dah tersiar kat internet ..harap cikgu dapat jumpa :)

HaiDa HiDa said...

lelaki kne la tahu akan tanggungjawab mereka terutama kepada ibu bapa.. para wanita juga kne la faham tanggungjawab lelaki terutama pasangan masing2 kan.. kne la ada sikap kerjasama dan tolong menolong.. untuk keharmonian rumah tangga juga.. :)

syabab said...

tp kan masalahnya lelaki sknk segelintirnye lebih suka habiskan duit tuk wanita sebelum kawin... itu cmne lak e?n lagi satu yg hidup dengan duit tanggungan isteri cmne lak?hmmm... berat2 menjadi lelaki tuu sbb lelaki ialah pemimpin n ketika di akhirat kelak pemimpin adelah golongan pertama yg akan dihisab... salam ziarah for the 1st time... thx sudi jenguk blog syabab.. (^_^)

JunAina said...

tanggungan dunia memang boleh syer tapi tanggungjawab kat akhirat terpaksa lah menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab kepada semua yg berada di bawah tanggungjawabnya...

berat tetapi andai kita pandai memimpin insyaallah...

Unknown said...

tq cikgu sebab mengingatkan...:)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

setiap dari lelaki dan perempuan mempunyai peranan serta kelebihan serta kekurangan masing2....ai bersyukur jadi perempuan...boley gituew....tetiba komen jadik ayat skema ni...larikkkk

mummyrinazone beauty said...

para lelaki semua...sila bg komen..heheh..sb tuh lelaki ketua keluarga=)

Puan Kutu said...

setuju sgtlah..bertuah jadi wanita!hehe

..m@m@ T0meLL.. said...

salam..
suke n3 ni :)

Ummi_R❀salici❀us said...

Allah maha mengetahui... membahagikan tanggungjwb lelaki dan wanita...

aamalinaazman said...

weeee
begitu istimewanya wanita
pelengkap hidup lelaki kan.. =]

aamalinaazman said...

aiyoo
salah tempat komen
ni utk lelaki punye
hehehehe
ha
lelaki kene ingat tu
ketua keluarga =]

Oh Oeya said...

Pencinta wanita heheh ;-)

Anonymous said...

bz ke cikgu.

Anonymous said...

siape kate jadi laki sng itu belum kira dgn dosa sndiri sapa plak yg nk tolong tanggung huhu...ingat nk cepat kawin tp ble tau pasal tggjwb ni rase nak lambatkan sikit lak hahaks...gurau jela...tapi ni sume cabaran kene sabor jela...ada hikmahnye....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...