G2M Superfriends

Wednesday, September 21, 2011

Sorok 3 orang murid daripada duduki UPSR. Salah siapa?


Ketika  semua guru dan ibu bapa berasa lega dan akan menanti keputusan UPSR kelak, lain pula halnya yang berlaku di sebuah sekolah di Sarawak. (Rujuk berita di bawah ini). 

Sedih dan terkilan dengan berita yang dipaparkan. Apa yang berlaku pihak sekolah tersebut telah bertindak menyorok 3 orang pelajar mereka yang dikategorikan lemah daripada menduduki peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Memang keterlaluan rasanya pihak sekolah yang bertindak seperti ini. Kerana nak menjaga status pencapaian sekolah, mereka sanggup menggelapkan masa depan anak murid sendiri.

Sebagai sebuah warganegara yang bebas, adalah menjadi hak bagi setiap murid untuk menduduki peperiksaan tersebut tanpa mengira status dan pencapaiannya di sekolah. Tak perlu adanya dasar diskriminasi terhadap pelajar yang pintar mahupun pelajar yang lemah.

Inilah akibatnya jika prestasi pencapaian yang menjadi keutamaan. Guru hanyalah mengajar dan berusaha sedaya yang mampu. Yang menjadi pokok kepada permasalahan ini ------> adalah tekanan hebat daripada pihak atasan yang mahukan pencapaian lulus yang tinggi. Setiap kali mesyuarat, Guru Besar telah dihantam dan ditekan bermacam-macam. 

Berulang kali jugalah pihak pejabat memaparkan senarai ranking sekolah terhebat sepanjang zaman. Sekolah yang mencapai peratus yang tinggi akan diberi pujian yang melambung tinggi. Dijanjikan ganjaran bermacam-macam. Sedangkan sekolah yang berada di ranking bawah akan menjadi sasaran untuk dipantau dan disindir dalam mesyuarat.

Akhirnya yang menjadi mangsa keadaan adalah anak-anak bangsa kita sendiri.  Sedarlah, kebolehan murid tidak sama. Intelek dan emosi setiap manusia adalah berbeza-beza dalam menerima pelajaran. Mereka bukannya mesin yang boleh ditentukan nasib mereka.
................................................................................................................

3 murid dikurung ketika UPSR
Oleh Misiah Taib
misiah@bharian.com.my
2011/09/20
Dilarang ambil peperiksaan kerana bimbang jejas prestasi sekolah

KUCHING: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, dalam Bahagian Sarikei, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.

Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah, sementara rakan sekelas lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu.
Mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis.

Difahamkan ketiga-tiga murid terbabit dikunci di dalam bilik pemulihan mulai jam 8 pagi hingga tengah hari pada kedua-dua hari berkenaan. Pasukan polis yang tiba di sekolah itu pada 15 September menemui murid terbabit dikurung dalam bilik berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Bintangor, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Hafifi Mohd Salim, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu bapa murid terbabit.

“Kita mendapati ketiga-tiga murid itu dikunci dalam bilik untuk mengelak mereka daripada menduduki peperiksaan kerana pihak sekolah mendakwa murid terbabit lemah dalam pelajaran dan boleh menjejas pencapaian sekolah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan kes itu sudah ditutup kerana ibu bapa murid terbabit bersetuju menarik balik laporan polis yang dibuat.

“Pihak Jabatan Pelajaran juga sudah dimaklumkan. Kami dimaklumkan tindakan akan diambil terhadap guru besar sekolah terbabit,” katanya.

Mengulas perkembangan sama, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah, kesal dengan tindakan pengurusan sekolah terbabit.

“Saya belum menerima laporan secara rasmi. Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat. Bagaimanapun, kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana semua murid Tahun Enam berhak menduduki UPSR, tak kira sama ada mereka bijak atau lemah,” katanya.

Guru besar sekolah itu dan Jabatan Pelajaran Sarawak bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk komen


p/s: nasib baik ibu bapa murid buat laporan polis. Kalau tak sia-sia murid diperbodohkan pihak sekolah.

49 comments:

Unknown said...

tulah xpatot btol setiap harus diberikan peluang~~

Mama Amirul said...

kesian budak2 tu... apa tindakan JPN Sarawak ek... Kalo tak amik UPSR bleh ke budak2 tu masuk sekolah menengah...

Aien Not Alien said...

tergamak dikurung budak-budak tu..

kalau lemah sekali pun pihak sekolah terbabit tak boleh menidakkan hak budak-budak tu....

sedih tengok air mata mak & ayah mereka bila ditemubual wartawan..

Yumida said...

harap perkara ini dipandang serius oleh pihak berkenaan...even ibubp pelajar tersebut tlh menarik blk laporan polis yg tlh dibuat..pihak berkenaan x blh memandang ringan perkara ini!

done follow empunya blog ini...

Ce'gu JAERA said...

Paris Lipton--->

iya betul.. mereka muird sekolah rendah.. perlunya mereka diberi peluang pendedahan awal bukan dinafikan hak mereka..

Kancil 8349 said...

tergamak buat macam tu..dan ndak tahu apa yang mereka fikirkan...kancil pun setuju sal tekanan dari pejabat...tahu menghukum sedangkan prestasi budak bandar dan luar bandar berbeza...

Ce'gu JAERA said...

ain1914 ---->

kononnya JPN srawak dan GB sekolah terbabit tidak dapat dihubungi utk penjelasan ini.. mana boleh murid melangkah ke alam menengah jika tiada keputusan UPSR..

Ce'gu JAERA said...

AIEN NOT ALIEN---->

sedih kan. mak bapak mana yang tak tak terkilan anak2 mereka dipermainkan macam tu.. mereka pun bayar yuran persekolahan.. perlunya guru2 utk membimbing mereka dengan cara yang terbaiuk. soal lulus atau tidak tu terpulang pada nasib mereka.. ini soal masa depan anak2 ini

Ce'gu JAERA said...

Yumida---->

iya setuju. kalau lah pihak ibu bapa tak buat laporan plis, agaknya apalah nasib murid2 ini kesian..

anyway thanx.. will following u too.. thanx Yumida

Ce'gu JAERA said...

Kancil 8349 --->

pergghh, cayalah kancil.. setuju dengan pendapat saudara... mana bole samakan sekolah bandar dan luar bandar kan.. ayh, bantulah sekola2 luar bandar dari segi prasarana fizikal sekolah demi memperbaiki mutu pelajaran..

Prince Halilintar said...

kesian mereka..mereka pun berhak utk amik exam itu...yuran pun mereka bayar kan..sepatutnya guru sekolh tu yg main peranan tuk fokus lbh kpd mereka utk mendidik dan mengajar mereka..

Ce'gu JAERA said...

Prince Halilintar---->

iya setuju dengan prince.. mereka pun bayar yuran juga.. bukan nak dapatkan nama semata2.. masa depan murid bergantung pada penilaian ini.. jika dinafikan kesian lah mereka kan..

maszull said...

salam gen2merah...kesianya bebudak tu kena kurang x bagi ambil peperiksaan..:)

JunAina said...

bila semua mementingkan prestasi sememangnya anak bangsa menjadi mangsa. yg mula kena tetap guru!

sabar ye cikgu!

Ce'gu JAERA said...

maszull ---->

iya kak.. memang tergamak sungguh.. ibu bapa mana yang tak sedih kalau anak2 mereka d buat macam tu.. huuuu

Ce'gu JAERA said...

JunAina---->

kesian kan anak2 bangsa yang menjadi mangsa keadaan.. huhuuhu

Unknown said...

bukan salah ibu mengandung

salah ke?? kesian diaorang...
mcm mana nak maju?

suria lekatlekit said...

apapun alasan perbuatan mcm tu melampaui batas. apa hak mereka utk halang budak2 tu amik periksa.

Cikgu Ma said...

Cikgu, saya tau skolah tu...ada sorg cikgu pendidikan khas, suami kepada cikgu BI di skolah saya...jadi mmg dah kecoh lama dh kt skolah saya..

Cikgu Ma said...

errkk...sekolah tu area bandar...sebab tu cikgu tu buat mcm tu...nk jaga prestasi kononnya

Jue said...

thx beb sbb share story ni. Adik aku ade cite smlm. Lemah atau tidak, x ptt diaorg buat mcm tu smata-mata nak jg reputasi skolah. x smestinya bdk yg pndi time skolah akn trus cemerlang pas skolah. ada yg x excel time skolah pun bjaya..sorry ter-emo =P

negeri aku ba tu

WHAT THE FANNA said...

Sekolah skrg lebih pntgkan pratus pncapaian. Yg jdk mgsanya budak2 tuuu. Kasihannn

Ce'gu JAERA said...

azam ---->

iya, bukan salah ibu mengandung... salah cikgu yang buat macam tu.. ehehe

Ce'gu JAERA said...

THE LEKAT LEKIT STORY ----->

setuju... dorang takda hak nak nafikan murid2 utk ambl periksa tu.. huhu

Ce'gu JAERA said...

CikGu Ma ---->

ow, cikgu memang dah tau sekolah tu yaa... agaknya memang dah kecoh abis lah kan kes ni.. mesti sekolah tu dah dapat malu..

Ce'gu JAERA said...

Jue ---->

ooo, jue orang sarawak rupanya.. iya betul, tak semestinya murid lemah akan lemah selamanya.. sapa tau mereka lebih berjaya berbanding murid2 yang pandai d masa akan datang.. itu makanya hak mereka perlu ada pada mereka

Ce'gu JAERA said...

WHAT THE FANNA ---->

huhuhu.. kesian kan... hak budak d nafikan...

L said...

urrrmm. kesian kat budak2 tuh kan.... bila pencapaian yg di inginkan...

dah semayang belom??
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-1.html

missgee said...

"Sedarlah, kebolehan murid tidak sama. Intelek dan emosi setiap manusia adalah berbeza-beza dalam menerima pelajaran"

Problemnya orang
kat atas tak pernah nak amik
tau apa yang berlaku kat dalam
sekolah..
Memantau tak sama seperti mengajar..
Paksa naikkan % tanpa melihat
prestasi dan kebolehan
pelajar adalah MENGARUT!!!!

Nilam suhana said...

itulah masalahnya zaman sekarang.. pencapaian akademik tu sangat penting hingga lupa apa objektif kehidupan... kepandaian atau kebijaksanaan bukan hanya ada pada akademik... x wajar betul la begitu... guru2 seharusnya didedahkan dengan ilmu kemanusiaan dan psychology... hurm... kesian budak2 tu.. mesti diorang down... berjaya dalam hidup.. x beerti berjaya dalam akademik... kan??

Ce'gu JAERA said...

missgee ---->

betul tu cikgu... orang atas tau memantau je tanpa memahami masalah yang berlaku di peringkat bawahan....

Ce'gu JAERA said...

PeRmAtA bIrU ---->

iyep setuju.. pencapaian dan kejayaan dalam hidup tak beeerti pelu berjaya dalam akademik. hatta orang kurang upaya pun boleh berjaya dalam bidang sukan

Aidanatasya said...

ciann budak2 tu kan... napa la dorg leh terfikir nak kurung bdk tu... ermmm

Anonymous said...

ya allah aku baru tau pasal ni. melampu betul pihak sekolah tu. sangat tak bertanggungjawab. *panas hati*. diorang takde hak nak tentukan sama ada murid lemah tak boleh ambil exam. murid lemah takkan lemah selama lamanya. yang pandai pun tak semestinya pandai sepanjang masa.

tapi macam yang ko cakap kan. tekanan dari pihak atasan memaksa mereka melakukan tindakan tak bermoral ni. sekolah cemerlang amcam2 dapt. yang tak cemerlang bukan malah dibantu tapi sipinggirkan. di sabah sarawak masih byk bah sekolah yang daif.sedi aku.

Unknown said...

memang tak patut langsung!

cik sakura said...

kenapa macam tu sekali..cian budak2 tu..jadi mangsa..hmm..mcm ni pun ada..

Ce'gu JAERA said...

Aidanatasya---->

apa leh buat.. semua tu pasal nak dapatkan nama semata2.. huhu

Ce'gu JAERA said...

Hanie_Dew ---->

setuju.. murid lemah takkan lemah selama lamanya. yang pandai pun tak semestinya pandai sepanjang masa.

kat sabah sarwak ni banyak sekolah yang maif daif lagi.. huhu

Ce'gu JAERA said...

QueeN TerataI --->

xpoatut x patut (",)

Ce'gu JAERA said...

cik sakura ---->

iya, macam2 cara nak dapatkan nama.. huhu

apijah said...

sek ni kat rumah aku..kikikih...
berita korang boleh dengar and baca..tapi jgn 100% percaya..dat it!

aizamia3 said...

walau budak itu tak pandai, lembam atau nakal, pihak sekolah tidak boleh menidakkan hak mereka untuk mengambil peperiksaan. Jangan hanya kerana takutkan reputasi sekolah menjunam sampai sanggup amik tindakan macam tu..

Moga dengan tindakan yang diambil oleh ibubapa pelajar terbabit membuka mata banyak pihak berkenaan isu ini.. walau ianya mungkin isu terpencil tapi jangan dinafikan hak mereka.

emarieys said...

apa yang akan terjadi pd guru tu?

Muslimah Optimis said...

ish.. memang tak patut betoi la kalo buat macam tu.. dah melanggar etika perguruan

Ce'gu JAERA said...

apijah ---->

apa sebenarnya yang berlaku di sekola tu pija.. jelaskan lah.. kami pun nak tahu keadaan yg sebenar..

Ce'gu JAERA said...

aizamia3---->

iya betul.. saya sependapat dengan aizamia.. murid2 sebegitu pun ada hak yang sama rata kan..

Ce'gu JAERA said...

MamaEma--->

entah la mama... saya pun dah kurang ikut perkembangan cerita ni.. sama2 la kita tunggu dan lihat

Ce'gu JAERA said...

Muslimah Optimis ---->

saya setuju dengan MO... tak patut guru2 yang lebih bijak buat hal yang melanggar etika..

Run Away said...

memang tak patot lah..masa depan diaowg kan...buatlah keputusan yg boleh di anggap kejam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...