G2M Superfriends

Saturday, September 3, 2011

TRAGEDI selepas Raya


Raya oh raya, 
bermacam ragam bermacam citarasa. 
Semuanya sungguh enak membuka selera. 
Makan sahaja lah apa yang tersedia. 
Yang berlemak, manis, masam dan masin semuanya ada. 

Setahun sekali, 
bukan hari-hari. 
Ini lah peluang untuk makan free.
Hihihi... (",)

Hari ini masuk raya kelima. Aktiviti kunjung mengunjung masih berterusan. Cuma aktiviti raya memang tak lengkap kalau takda makan dan makan. Hehehe. Semalam sahaja ada dua rumah makan juadah sup tulang. Perrggghh.. (",)


Tu belum lagi dikira raya sebelumnya yang menjamu bermacam-macam juadah yang menyedapkan. Ayam, daging, ikan, sup, soto, satay, kek dan berbagai-bagai juadah yang beraneka warna dan rasa. Kembang kempis perut menyumbat segala.

Apa leh buat, bukan selalu jumpa makan-makan free ni. Dah lah aku ni jenis kuat makan. Hidup untuk makan kan. Eh, makan untuk hidup.. ngee~ (",)

Kalau lah macam ni gayanya, lepas raya ini alamat ramailah yang bakal melawat Farmasi, Klinik dan Hospital sebab ada simptom-simptom darah tinggi, kencing manis, sakit perut dan macam-macam lagi.. ehehe... (Gurau ek.. Harap diperjauhkan yee..).

Amalkan gaya hidup yang sihat. Makan ala kadar seadanya. (Pesanan untuk diri sendiri. Heee). Salam Aidilfitri. Dua hari lagi cuti sebelum bermulanya kerja. All the best.. Pasni nak berjalan beraya lagi. Jomm...

Gen2Merah----> Rindu nak berjoging dan bersukan selepas berehat selama sebulan lamanya. wewww~


(HADAPI DENGAN SENYUMAN)

37 comments:

dylla abas said...

lepas cuti raya ni ada lagi bnyk open house.mcm mana nak amalkan gaya hidup sihat..?? hehehe :p

p/s : tggu dh abih bulan syawal kot br aktiviti makan2 ni kurang sikit..

CikGu Ma said...

oooo...kuat makan rupanya orang tawau ni...ish...ish...

raya...ray...jangan tak raya...hihi

aimaniman said...

haahhh.. mak cik akak dah kene tahan ward sebab darah tinggi.. apa taknya teruk jadi menantu pompuan sulung, kena layan seluruh isi rumah.. last2 dia yg pengsan.. kesiannn..

CikGu Ma said...

kerana gatal tangan dan tidak ada hobi lain, rupanya tukar url jadi blog baru yea????huhuhu...sob...sob...

cik sakura said...

dah terbabas..diet pun hilang ke mana..hehe..

Gen2Merah said...

dylla abas----> ehehehe... tunggu abis raya lah baru boleh amalkan gaya hidup sihat... diet dan bersenam.. ehe

Gen2Merah said...

CikGu Ma -----> ehehehe.. raya tetap raya kan cikgu Ma (",)

Gen2Merah said...

aimaniman----> waduh kesiannya.. semoga macik cepat sembuh kan.. ehe

Gen2Merah said...

CikGu Ma----> hmmm, cikgu dah tukar url blog baru ye????

Gen2Merah said...

cik sakura ----> ehehe.. lepas raya ni insya Allah will back to normal kan.. ehehe

Lulu Caldina said...

siyes dari hospital raya keempat

maszull said...

salam...selamat kembali dr beraya Gen2merah...

bulan raya ni mmg makan kena kawal kalau x pasti ada yg akan ke klinik nanti....
semoga kita sentiasa sihat badan n minda ...:)

delarocha said...

musim open house ni... makan makan makan.. huhu

Gen2Merah said...

Lulu Caldina ----> ye ke? kesian Lulu.. semoga cepat sembuh ye..

HaiDa HiDa said...

selamat hari raya..
Alhamdulillah raya tahun ni xder sakit2 akibat makanan.. :)

Acik said...

betul tu, mentang2 ler makan free, dibantai sumernya. macam2 ... bercampur baur, then perut terkejut! mula ler mc ... heheheeee!

Gen2Merah said...

HaiDa HiDa --->

alhamdulillah.. syukur banyak2 lah kan..

Gen2Merah said...

Acik ----> ehehehe..

boleh dapat cuti free kan sebab ambil mc.,. ehehe

Yasmin Khairani said...

pesanan buat diri sendiri juga. huk huk huk. :P

Gen2Merah said...

Yasmin Khairani --->

iya, diri sendiri itu yang lebih penting.. ehehe

Umedia Network said...

Bettul2. huhu. :)

Niena Pengembara Ilahi said...

spt kata pemilik blog.. hadapilah saje ngan senyuman :D

PeRmAtA bIrU said...

hahahhaah... num celcom saya plak kalau org call dapat kat or lain..mamak la, cina la... sedangkan nombor tu masih aktif saya guna..haish... mujur ada maxis lagi satu nombor... senang sikit... hurm... macam2 kan???huhu... betul2 tu hadapi sajalah dengan senyuman..:)

aizamia3 said...

jaga kesihatan itu yang penting.. ;)

Hanie_Dew said...

betul tu makan ala kadar sekadar merasa jangan melantak!. rindu mo makan buras..kirimkan sekotak cikgu madil.

anitadiana said...

selamat hari raya cikgu..maaf zahir dan batin...betul lah cikgu ckp...celcom tu..kak ita duk bangsar besar2 dia buat papan kata wilayah celcom..kak ita pakai lah 2th tu..ada perjanjian..memang hampeh...siap complen...pun hampeh gak...

shedameor said...

marah benor tu bro :)

Gen2Merah said...

Umedia Network --->

ehehehe.. jaga kesihatan ye

Gen2Merah said...

Niena Pengembara Ilahi----> iya, yang penting senyum kan.. ehe

Gen2Merah said...

aizamia3 ---->

thanx ya ...

Gen2Merah said...

PeRmAtA bIrU--->

ehehe.. jom beralih ke nombor mudah alih yang lain.. ehe

Gen2Merah said...

Hanie_Dew---->

ehehehe.. nak makan buras ek.. datang lah umah saya.. nak kirim berat.. nanti caj mahal.. ekeke

Gen2Merah said...

anitadiana ---> ehehehe.,.. itu lah namanya iklan tak serupa bikin.. wilayah celcom konon.. huhu

QueeN TerataI said...

makanlah berpada2 yer... :)

Gen2Merah said...

QueeN TerataI --->

ehehehe..terima kasih ye.. makan utki kesihatan kan

Hanie_Dew said...

ala kedekut la. kbabai.

Gen2Merah said...

Hanie_Dew ---->

ehehehe.. makan buras tak sedap kalau kena kirim.. kena yang buat sendiri juga.. ehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...