G2M Superfriends

Tuesday, September 27, 2011

Perempuan bila MAIN FUTSAL

Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai. Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas pantas,hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri.Futsal dimainkan di dalam dewan.

"Cikgu, kami nak main lagi. Tolong lah cikgu. seronok lah cikgu".


Beberapa pelajar perempuan begitu teruja nak meneruskan permainan Futsal yang berakhir pagi tadi. Kalah menang tidak penting, janji semangat kesukanan tu yang patut dipuji.  Pelajar perempuan tidak lah sehebat ataupun selasak orang lelaki beraksi. Lemah lembut, lembik dan selalu termengah tercungap. Tapi yang seronoknya, persembahan mereka akan menjadi bahan kelakar kepada para penonton. Jom kita ketawa. Wakakakakaka...  :P 

Orang pempuan ni kan, kalau nak main Futsal asyik nak merempuh orang sebab nak kejar bola. Ehehehe. Kalau yang takda skill, mata asyik nak kejar bola je. Di mana ada bola, di situ ada pemain. Selalu eksiden sebab terlanggar kawan-kawan. Bola ke kanan, semua pun ke kanan. Bola kiri, semua lari kiri. Paling lucu rakan sepasukan pun boleh berebut sesama sendiri. hehehehe..

Kes tersepak angin mahupun tersepak kaki sendiri lagi kelakar. Bila tersepak angin ni kadang-kadang kaki mereka terbelit-terbelit. Alih-alih bola tu pusing-pusing celah kaki dorang je. Wahahaha. Lagi satu paling lucu bila tendang kaki kawan. Bola disepak tak kena, maka kaki lawan la yang jadi mangsa.  Akhirnya bermasam muka sesama sendiri. 
Tu belum lagi saya cerita kes sepak paha kawan, sepak rumput, jatuh tergolek mahupun merempuh tiang gol. Paling kesian si penjaga gawang la. Asyik jadi mangsa kena rempuhan. Ahahahaha. Macam-macam gelagat wehh.. ehehe (",)

Yang pertama kali main Futsal ni pun lawak gak. Takda pengalaman beraksi, memang konfom takut dengan bola. Bila bola ditendang, lari untuk mengelak. So kebanyakan mereka lebih memilih untuk menjadi pemain tunggul di bahagian pertahanan. Tak mau kejar bola. Berdiri sajalah sepanjang permainan. Datang bola, tendang tak kena.. hahahahaha. (",)

Apa pun saya tetap kagum dengan dua tiga orang pelajar perempuan yang mempersembahkan permainan menarik tadi. Mungkin pelajar ini berasal dari kampung, So takda masalah buat mereka beraksi sungguhpun hanya berkaki ayam. Berlari ke sana sini, turun naik dan sesekali menjadi pengganti kepada penjaga gawang. 
Sentiasa berusaha sedaya yang mampu  untuk menjaringkan gol walaupun rata-rata kawan mereka tidak ada yang reti bermain. Semangat yang patut dipuji. "Berjuang hingga ke titisan darah terakhir". Yeaahh

Apa pun, jom kita layan gambar-gambar Karnival sukan Mini Futsal SK Batu Payong yang berlangsung selama dua hari dan berakhir pagi tadi. Layanzz

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

62 comments:

QueeN TerataI said...

hohoho kutuk pompuan main futsal eh...

Kancil 8349 said...

wah....rindunya dengan mereka semua...mesti bestkan...ada lagi aksi2 macam si bunaya...hehehe...
kami plak sedang exam kali 2....minggu depan baru sukan sekolah

Ummi_R❀salici❀us said...

o0o0 gelakkan diorang ea...
nak kena cikgu nih :P

tapi umi pun tak reti main la, kaki bangku,
lagipun tak minat la benda2 lasak camtu...malu i...hehehe

Gen2Merah said...

QueeN TerataI---->

ekekekeke.. gelak jangan tak gelak,.. ehehe

Gen2Merah said...

Ummi_R❀salici❀us---->

ehehe.. tak habis2 saya nak gelak ni.. lucu kan prg pempuan main ni... ekekeke

Paris Lipton said...

aduhh terasa. dh lme xmen futsal :)

Gen2Merah said...

Paris Lipton ---->

ehehe.. jgn terasa ye Paris.. itukan kenyataan.. ehe...

H.J said...

ajak dia frenly cikgu...aha

Rai said...

kalau ada anak murid yang baca ni mesti diorg pun naik segan..hehehe..

Gen2Merah said...

H.J ---->

hehehe.. knfom kami yang kena belasah agaknya.. ekeke

Gen2Merah said...

Rai---->

hihihi.. sabar sajalah.. mesti dorg pun malu agaknya tu.. ehe

Munna said...

hamboiii kemain lg gelakkan pmpn main futsal ehhh~

tp tu la..hakikat hahaha =)

Kancil 8349 said...

ndak masuk ke komen aku tadi....hehehe...ndak apa...komen lagi...

wah...teringat tahun lalu di sana...hehehe...

Gen2Merah said...

Munna ---->

ahahahaha.. Jom Munna kita gelak sama2 ye... ehehehehe

Gen2Merah said...

Kancil 8349 ---->

kalau ko ada lagi best kan ums.. mesti ceria suasana di sini...

syu said...

stuju sangat.pompuan kalau dapat bila futsal memang kelakar. Bukan sengaja nak kutuk kaum sendiri tapi tu la hakikat.he3... dulu ade gak niat nak try main futsal, tapi bile tengok betapa siksanye bola tu bile kena serbu secara bergotong - royong...sian kat bola tu...keh3...cancel terus niat nak main tuh.

Gen2Merah said...

syu---->

ehehehe.. kadang2 saya segan juga nak wat entri ni.. takut ramai org pempuan tak puas hati... ehehe..

apa pun tahnx Syu bagi pandangan... kelakar kalau tengk rg pempuan secara bergtong royong dtg serbu sebiji bla.. ehehe

CikGu Ma said...

saya x boleh main futsal...sebab x reti nak sepak bola..hhehehe...sakit kaki

syu said...

memang lawak pon. kesian tengok bola tu...keh3...sepak ikut sempat jer...

Gen2Merah said...

syu---->

ehehehehe... (",)

ArulchelseA said...

cuak aku bro..

Gen2Merah said...

ArulchelseA---->

ehehe

Acik said...

seronok melayan bebudak ni, kan! akan dikenang sampai ke hujung nyawa ....

whitecappuccino said...

Oh! ye la..hehehe..camana la leh tersilap ek? ok next time akak ingat..thanx!

Hanie_Dew said...

aku pernah men futsal. kawn aku kata aku pandai bawak bola. xtau la betul ke tak sebab kaawan aku tu memang futsal player.

adui rindunya kat sekolah masa sukan tahunan la meriah.

**ish cikgu madil jgn la. kitorg ni bukan femes pon la. sape je la yg kenal. kang orang ckp. perasan je budak dua ekor tu (aku & jue la tu)

Gen2Merah said...

Acik---->

iya acik.. akan d kenang sampai bila2...

Gen2Merah said...

whitecappuccino---->

ehehehe... sama2 kasih cikgu

Gen2Merah said...

Hanie_Dew---->

tapi betul la... hani dan Jue memang blgger terfames kebelakangan ni.. mana2 pun bleh tengok nama kamu muncul dalam setiap komen.. ehe

Zie said...

Heheh tebus kesilapan, mana cheq tau dia duk kat atas, hehehe

Gen2Merah said...

Zie---->

ehehehe.. takpa kak.. saja nak infom kan.. salah ukhuwah salam silaturrahim ye..

Eera Shera said...

salam kenal..singgah sini

emm x suka tgk pompoan main futsal..ganas ah

Gen2Merah said...

Eera Shera ---->

ehehe.. org pempuan main futsal berserabut, tu yang nampak ganas kan.. ehehe

salam kenal juga ya

QueeN TerataI said...

sejak kahwin dah x main futsal pun.. agaknya mcm nila rupanya kalo queen main semula.. kihkihkih

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sy memang malu nak main sukan kecuali olahraga yg lari-lari punya..

AIEN NOT ALIEN said...

saya suka futsal, tak suka netball...

pengakuan ikhlas seorang perempuan kaki bangku...hahaha...

Gen2Merah said...

QueeN TerataI --->

tak dapat nak bayangkan mcm mana lah agaknya skill Queen kalau main ye.. ehehe

Gen2Merah said...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty ----->

woww... mesti cik betty ni orangnya atlit semasa zaman sekolah dulu kan

Gen2Merah said...

AIEN NOT ALIEN ---->

ahahaha.. kaki bangku ya.. tapi kalau orang yang minat sukan Futsal ni mesti hebat2 kan kalau main.. ngeee

MamaEma said...

memang best main futsal ni..

aizamia3 said...

kalau ai pulak.. dah 3 kali ai tak dapat join game futsal.. semuanya sebab preggy dan dalam pantang.. tak pun takde sape nak jaga anak2.. :(

Gen2Merah said...

MamaEma ---->

iye ke mama? ehehe.. mesti Mama masa muda2 dulu aktif bersukan ni kan.. ehee

Gen2Merah said...

aizamia3 ---->

takpa kak.. tak dapat join yang penting semangat nya ada kan... heee

.: pn yazlynn :. said...

salam pg... terima kasih da follow sy. da follow yg di sana jugak... sama2 blogging k

anitadiana said...

selamat pagi cikgu ...lupa lah tu...kak ita pun dah pernah follow...tq ya singgah...

K O R I E said...

haha.. mmg sgt kelakar pown.
kita pun nak tergelak
tmbah2 bila yg gedik2 tu main..
adoiyai.. rosak .

hee ;]

eintanliana said...

tq,da folow yg ke 819..hehe

siti hidayah said...

Datang singgah.

Salam kenal :)

Kasih Kita said...

i follow u dari segmen Lulu Caldina

adila idayu said...

ish...ni takleh jadi ni...
ni dah masuk kategori mengutuk ni...
tapi betul jugak...

dalam kata lain, tak semestinya jugak..
ada ramai yang boleh main futsal ngn baik jugak...contohnya team futsal dila...dila pun dah lama tak sepak2 bola sejak cuti lama ari tuh...
kteorg pun penah lawan ngn team yang hebat gile laa...kalah lelaki taw...=)

Jue said...

Weh jgn la ckp kitaorg fames. Aku kekdg asyik tanya hanie, fames ke kitaorg? Sbb serius x rasa *muka tgh serius ni* prsn ko je kot ni. Ko lg fames!! Hahaha

Weh dulu aku nen futsal. Skali kna rempuh, snak perut aku. Sminggu kat wad. Kalau la aku ingat sape yg rempuh aku, mmg aku cubit2 ketiak dia hahaha

syuha zulkifli said...

Singgah kembali Cikgu =)

Afikah Aziz said...

ika xreti men dan xboleh men,nnt semput hehe

Gen2Merah said...

.: pn yazlynn :.---->

terima kasih ye..

Gen2Merah said...

anitadiana ---->

ye ke? iya saya dah lupa barangkali.. Thanx ya so much

Gen2Merah said...

K O R I E ---->

ehehehe.. KORIE ni mesti lagi hebat kalau main kan.. jm la persahabatan// ehe

Gen2Merah said...

eintanliana---->

alhamdulillah, tq ya eintanliana

Gen2Merah said...

siti hidayah ---->

salam kenal juga ya siti hidayah

Gen2Merah said...

Kasih Kita---->

thanx yaa.. already following u too.. ehe

Gen2Merah said...

adila idayu----->

wahh iya ke?? tak sangka dapat kenal kwn pempuan yang terer main futsal sampai bole kalahkan team lelaki ni.. ehehe

so jom lah friendly.. ehe

Gen2Merah said...

Jue---->

ahahaha.. kena rempuh pun bole tak perasan ye... ehehe.. tu la org pempuan tak seswai main futsal ni tau.. hihi..

p/s: Jue dan Hani mmg fames laaa... salu tengok komen kamu d mana2 blog tau.. ehe

Gen2Merah said...

syuha zulkifli ---->

terima kasih ya syuha zulkifli

Gen2Merah said...

Afikah Aziz---->

ehehe.. org pempuan baik jadi tukang sorak je la kan.. ehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...