G2M Superfriends

Friday, September 30, 2011

Satu HATI Satu SEMANGAT Satu SOKONGAN

Jika diimbas kenangan lama, betapa indahnya zaman persekolahan dulu. Dalam kelas, bermacam ragam bermacam karenah dikalangan kawan-kawan sekelas. Yang jahat, yang baik, peramah, pendiam, nakal, jahat, baik hati dan beribu macam karenah lagi. 

Apa pun point yang saya nak sampaikan di sini ialah, sejauh mana pun kebencian dan kerenggangan kita sesama rakan sekelas, sebenarnya ia tidak pernah menjarakkan kita untuk "Bersatu hati" bila melibatkan pertandingan yang melibatkan kelas kita dengan kelas yang lain.

Tidak kiralah pertandingan itu itu melibatkan pertandingan kuiz, syarahan, nyanyian, pertandingan kebersihan mahupun perlawanan persahabatan sukan, kita atas semangat satu kelas pasti akan menyokong rakan-rakan kita. 

Sorakan dan tepukan sudah cukup untuk memberi semangat yang tinggi kepada rakan-rakan kita yang berjuang untuk mengharumkan nama kelas. Bangga rasanya bila nama kelas kita disebut sebagai Johan/pemenang dalam setiap pertandingan. 

Itu lah yang dinamakan satu hati satu semangat. Kenangan lama yang sukar untuk dilupakan.

Pagi tadi berlangsungnya perlawanan persahabatan Futsal dan Bola Baling tahun 6 yang melibatkan kelas A dan kelas B. Kesungguhan pemain dan sorakan padu daripada penyokong kedua-dua pasukan sedikit sebanyak telah mengembalikan memori lama saya kepada zaman persekolahan dulu. 

Baru lah saya tahu, bila berdiri sebagai seorang guru, rasa teruja bila melihat murid-murid bersama-sama gurunya bersorak untuk mengharumkan nama kelas mereka.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

23 comments:

Kancil 8349 said...

rindu dengan aksi2 murid tahun lalu...apa khabar mereka...betul tu geng...sokong dengan kenyataan entri mu

THE LEKAT LEKIT STORY said...

wah.. perasaan seorang guru bila berdepan dgn anak murid. satu2nya kerjaya yg sy x nk adalah cikgu bkn benci cikgu tp takut dpt pelajar bebal mcm sy dulu kt sekolah.. :D

Gen2Merah said...

THE LEKAT LEKIT STORY ---->

ehehe.. lekit dulu rupanya seorang pelajar yang degil ye,.. ehehe.. pa pun semuanya kenangan kan.. hee

missgee said...

Program lepas UPSR???
Menarikk...
Kami kat sini masih
bertungkus lumus untuk
SPM & STPM...:)

whitecappuccino said...

Memang teruja bila kelas kita menang sesuatu pertandingan. Pelajar lebih2 lagi.

maszull said...

salam gen2merah....bersatu hati semuanya yer...bangga dpt anak murid yg mengamalkn sikap beginikn...:)

Gen2Merah said...

missgee---->

Ye ke? baguslah tu kan cikgu... Murid2 kan kena seimbang dari segi JERI.. selepas UPSR, guru2 berusaha untuk mengembangkan emosi dan Jasmani mereka.. guru2 kat sekolah cikgu pula perlu berusaha unutk meningkatkan intelek dan emosi mereka dalam persediaan menghadapi peperiksaan SPM STP..

Gen2Merah said...

whitecappuccino ---->

baik pelajar mahupun guru, bila semua dah bersatu hati dan menang sesuatu pertandingan, pasti semua akan berbangga kan....

Gen2Merah said...

maszull ---->

iya mama... mudah2an semangat mereka ini akan diteruskan bila mereka dewasa kelak

H.J said...

masam lagi ke muka tu..?ahaha

H.J said...

tak de gambar gen2 merah pom dalam gambar tu..?haa

Gen2Merah said...

H.J ---->

eh, adalah saya kat situ.. tuuuu.... ehehe

elnino moona said...

betul2.. semangat satu kelas tu akan di kenang sampai bila2.. :)

Gen2Merah said...

elnino moona ---->

betul kan... salam moona.. lama tak bersua di sini kan.. welcome back...

Acik said...

itulah sebahagian drp keseronokan menjadi guru ....
melihat semangat murid, kegirangan n gelak tawa mereka membahagiakan kita! :)

Dylla Abas said...

saya suka entri ni.thumbs up!! kenangan masa sekolah dulu terus datang.tengah senyum sorang2 ni :)

aimie amalina said...

yay!
bersatu hati kita teguh
bercerai hati kita roboh!
hehee
cm pelik je mimi taip tu
heheheheh

zati embong said...

jat nk jd ckgu tp entahlah impian x tercapai lg.huhu

NasZ said...

amiinnn.

MOHD NASER.com

Jue said...

Ko buat aku tringat knangan jd cikgu weh. Mmg best. Tp mmg btul, masam2 muka pun btgur. Xyah pendam lama2 =)

Fad said...

hai..slm knl..rasanta cikgu fad dah lama follow gen2 merah...aiannya gen2 xpasan kita....huhu...tahniah follower ke 555...rasanya cam ada hadiah je tuk follower bertuah ni..hehe

Miss Nadya said...

melawat sini balik..:)
churp churp tu sama macam iklan nuffnang jugak...cuma churp churp ni kita share iklan dorang..:)

aizamia3 said...

lari tajuk:
sori ye cikgu 'merah'..
anak murid yang sorang ni selalu ketinggalan kat blog ni.. keadaan kesihatan tidak mengizinkan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...