Majlis Persaraan cikgu Awang Bujal
____________________________________________
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itu adat, itu lumrah kehidupan. Begitulah rentetan perjalanan walau sukar untuk ditelan, tapi kaki tetap mengorak jalan. Selagi hayat dikandung badan, selagi hidup perlu diteruskan.
Satu 'Majlis Persaraan' yang sederhana dan ringkas tetapi disambut dengan meriah telah diadakan pada hari ini, 20hb September 2011 bertempat di Dewan Serbaguna SK Batu Payong Tawau.
Cikgu Awang Bujal, seorang guru yang disayangi oleh seluruh warga sekolah SK Batu Payong. Persaraan beliau pada hari ini bakal menyaksikan kehilangan seorang lagi guru yang banyak menabur jasa kepada sekolah ini dan seterusnya kepada dunia pendidikan.
Satu 'Majlis Persaraan' yang sederhana dan ringkas tetapi disambut dengan meriah telah diadakan pada hari ini, 20hb September 2011 bertempat di Dewan Serbaguna SK Batu Payong Tawau.
Cikgu Awang Bujal, seorang guru yang disayangi oleh seluruh warga sekolah SK Batu Payong. Persaraan beliau pada hari ini bakal menyaksikan kehilangan seorang lagi guru yang banyak menabur jasa kepada sekolah ini dan seterusnya kepada dunia pendidikan.
Mengimbas kembali detik sejarah lalu, cikgu Awang telah berkhidmat di sekolah ini pada tahun 1981 sehingga 1986 dan seterusnya kembali semula ke sekolah ini pada tahun 1997 sehingga ke hari ini. Sesungguhnya banyak jasa dan sumbangan yang beliau telah curahkan untuk warga sekolah ini yang sukar untuk diungkapkan satu persatu.
Sebelum ini saya pernah titipkan Majlis Persaraan Ustazah Faridah Yaacob yang juga isteri kepada cikgu Awang dalam entri ini-----> KLIK SINI
‘’Jasamu dikenang, Budimu tak terbilang, Semangatmu dijulang, Kepimpinanmu gemilang’’.
Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala sumbangan cikgu Awang sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Mohon maaf andai ada silap dan salah yang bisa mengguriskan hati dan perasaan.
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Banyak ubi perkara ubi
Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi baik dikenang orang
Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi baik dikenang orang
45 comments:
saya dah tak sabar nak bersara... :)
Pergi lagi seorang guru yang bertanggunjawab...bertambah sedikit guru SKBP...rindu plak aku dengan sekolah tu geng...huhuhu
salam bro... eh cgu awang dah bersara ke ??? lorrr ya ke... beliau tu jiran sebelah rumah saya... isteri dia ustazah faridah org perak... hurmm dah lama x jmpa dgn cgu awang... anak beliau 4 orang kan.. semua pempuan.. n yg tua bernama khairunnisa, yg 1 umur dgn saya nurilyani.. hurmm bila la cgu awang ni blk kg d menumbok ni... Selamat Bersara buat Cgu Awang...
assalamualaikum...kembali mengetuk pintu rumah tuan gen2 ...sebuk+busy naaa...(",)
bila cikgu plak nak bersara ni?? hik3..
cikgu skolah rendah yg paling saya ingat sampai sekarang adalah cikgu BM masa thun 1, nama dia Hajah Rahmah..at the end of the year dia pencen...best blajar dgn dia..mungkin sifat ibu dan pengalaman yg banyak, dia pndai amik hati kanak2 riang mcm saya..hehehe
adessss
teringat plak majlis perpisahan pengetua sek acik tahun lepas.
selamat bersara kpd beliau..
blh la bg peluang kpd guru muda2 pulak..hehe
teringat masa zaman sekola dulu..
teringat lagu bertemu dan berpisah bila nyanyi masa sekolah dlu..wuu sedihh
a kl citizen---->
nak bersara awal ke cikgu... ehehe.. mesti banyak dah sumbangan cikgu pada anak2 murid cikgu d sekolah tu kan...
Kancil 8349 ---->
Patah tumbuh hilang berganti kan cikgu Umrah.. semoga ada guru pelapis yang bakal menyinari dunia keguruan kelak
Awangku Johan ---->
owh iye ke cikgu Awang jiran sebelah rumah cikgu? dekatnya dunia ni kan.. Iya, cikgu Awang dan isteri telah pun bersara daripada dunia pendidikan.. Jumaat ini agaknya dia pulang ke kampung halamannya di sebelah rumah cikgu tu.. ehehe
CikGu Ma---->
waaa, rupanya cikgu ni dulu kanak2 riang juga ya.. ehehehe.. betul tu cikgu Ma, bila guru yang berdedikasi pasti akan d kenang sepanjang hayat oleh murid2 lama mereka..
Acik---->
semuanya tinggal kenangan kan.... (",)
Prince Halilintar ---->
iya betul tu prince.. yang hilang pasti akan berganti.. lumrah kehidupan.. mungkin ada guru baru yang lebih bersemangat utk anak2 bangsa mereka kelak..
CIK PARO!---->
saya pun terkenang zaman sekolah dulu.. heeee
NOOR FATIN ---->
lagu pertemuan dan perpisahan.. saya pun sedih2 dengar lagu sedih itu.. ngeee~
salam gen2merah...selamat bersara cikgu ....yang patah tetap akan tumbuh kembali akan ada penggantinya yg barukn...:)
maszull ---->
terima kasih kak Mas.. iya betul.. patah tumbuh hilang berganti..
terima kasih cikgu... :D
Nizam Ijam ---->
hilangnya tiada pengganti yang serupa..
TERSENTUH NGAN PANTUN2 TU
@@Gen2Merah
a'ah memang kecil sgt dunia ni kan...
skrg ni tmpt sy mgajar ini pun saya terjumpa ex-roomate saya masa d UPSI.. tengok betapa keciknya blh bertemu lagi dgn ex-Roomate di kolej kediaman dlu... hehe
sy dah bersara dr jadi cikgu hihi
patah tumbuh hilang berganti tapi pengganti takkan sama dengan yang selalu diingati.
**cikgu madil ni bizi ke. lama tak jalan jalan ke blog. hehehe..sama kitorang pon bizi jugak.
siapa duduk kat hujung tu?
update blog jangan malas..ekeke
ain1914 ---->
ehehehe.. best kan pantun2 ni.. pantun perpisahan..
Awangku Johan ---->
betul tu cikgu.. kadang2 orang2 d sekeliling kita ni tanpa d sedari mesti pernah ada kaitan dengan kawan2 lama kita
Rina AVAIL a.k.a Cik Betty----->
wahhh iye kedah bersara dari guru? mesti dah prnah jadi cikgu dulu ni kan.... eheeee..
Hanie_Dew---->
huhu.. yalaaa... bz sangat2 sampai nak update blog dan walking pun macam maleh sangat2.... huhuhu
Lulu Caldina ---->
wakakaka.. yang duk kat hujung tu bakal jadi Guru Besar cemerlang sekolah ni la... dia malas update blog sebab dia bz dengan urusan2 pejabat.. ekekeke
terima kasih cikgu....
lambat lagi nak tunggu turn ai bersara.. hukhukhuk..
pasni cikgu yang naik gen2 merah plak kan..?haha
Santri T.P.I.N.I ---->
iya, sama2 ye.. heeee
aizamia3---->
saya lagi la lambat lagi... agaknya banyak perkara yang perlu kita sumbangkan lagi kan... ehehe
H.J ---->
iya, pasni turn saya palk utk bersara 40 tahun akan datang.. tu puin kalau d panjangkan umur.. ekekee
Semoga kehidupan cikgu Awang Bujal terus diberkati olehNYA..
bila lihat gambar2 ni teringat persaraan pengetua semasa saya bersekolah di Perlis. Kami berbaris dari pintu pejabatnya sehinggalah ke pintu pagar sekolah...
Hanis Azla ---->
amin... semga cikgu akan berbahagia dengan kehidupan baru bersama keluarga tercinta
JunAina---->
wowww.. lagi meriah sambutan majlis persaraan macam tu kan.. sampai ke pintu pagar murid berbaris.. betapa indahnya penghargaan buat cikgu macam tu..
tringat dulu2 sedih kalau cikgu kesygn pencen atau tukar skolah wuwu
Jue ---->
wuwuww.. jangan sedih2 bah jue.. ehe
kesian kt budak 3 org tu..
mgkin dia akan jdi insan berjaya suatu hari nnti...ada satu kisah benar , msa skolah dlu kwn sy ni mmg xpndai,baca buku pn masih merangkak,upsr hnya bm je lulus xsilap sy,tu pn dpt c. tpi skang ni kt england,to be doctor.
selamat pagi guru besar ..ekeke
Lulu Caldina---->
ekekekeke... tima kasi banyak2 Lulu... nanti saya jadi GB saya akan belanja Lulu KEFSI ya.... ekekeke.. (",)
Post a Comment