Jam hampir menunjukkan pukul 3 petang. Namun masih kelihatan beberapa kerat orang murid yang masih duduk di pondok luar pagar sekolah yang setia menanti ketibaan kenderaan mereka untuk pulang. Setiap kali jika saya pulang lewat, acapkali jugalah ada murid-murid datang berjumpa.
" sikguuu, kami nak tumpang balik rumah.. kami tertinggal bas sekolah lagi".
Dulu masa mula-mula posting di sini, saya ingatkan murid-murid ni hanya saja-saja je nak ikut tumpang balik sebab nak merasai naik kereta cikgu yang mewah ini.. ekekeke.. (cewah kononnn).
Yaa, rupa-rupanya saya tersilap.
Pernah sekali semasa pulang lewat dari sekolah, saya terserempak dengan sekumpulan pelajar-pelajar saya di pertengahan jalan yang hanya pulang dengan berjalan kaki. Ya, jarak dalam 7 batu jauhnya. Bila saya sapa, rupanya mereka tertinggal @ memang sengaja ditinggalkan oleh pengusaha bas sekolah mereka.
Kes murid ditinggalkan oleh bas tumpangan mereka bukan hanya sekali dua di sekolah ini. Murid lewat sikit, konfom akan kena tinggal. Hanya kerana gelagat kanak-kanak yang lazimnya leka bermain, sedar tak sedar rakan-rakan mereka yang lain sudah pun pulang menaiki bas sekolah mereka. Kasihan :'(
Yang tergamaknya, bila dah jalan tak terlintas pula kepala hotak pemandu bas sekolah ini untuk datang mengambil kembali pelajar-pelajar yang ditinggal ini. Tinggallah murid-murid kecil ini terkapai-kapai untuk mencari jalan untuk pulang ke rumah sendirian. Apatah lagi jika murid malang itu adalah murid tahun 1 yang masih belum kenal erti persekitaran mahupun murid perempuan yang pastinya merisaukan ibu bapa mereka.
Nasib baik banyak guru-guru yang prihatin menghantar mereka pulang.
Sepatutnya pengusaha-pengusaha bas sekolah ini perlu bertanggungjawab atas soal keselamatan murid-murid yang diamanahkan oleh ibu bapa murid tersebut. Mereka telah dibayar bulanan sebagai kepercayaan untuk mengambil dan menghantar pulang murid-murid tumpangan mereka dengan selamat.
Soal keselamatan dan kebajikan murid di kawasan persekitaran sekolah adalah di bawah tanggungjawab guru-guru. Namun bila dah keluar dari kawasan perkarangan sekolah, tugas dan amanah tersebut akan diambil alih sepenuhnya oleh pengawal keselamatan mahupun pengusaha bas sekolah yang telah diamanahkan.
49 comments:
Kesiannya mereka..tentulah parents mereka risau bila berlaku kejadian begini..dah la jauh, kalau terjadi perkara yang tak diingini, siapa nak bertanggungjawab? tak boleh kah driver bas tunggu sekejap?
assalamualaikum cikgu dil...cian nyer mereka kena tinggal bas sekolah nasib ada cikgu2 yg prihatin tolong hantarkan balik...:)
waa bagusnya cikgu ini....murid pempuan je le ikut..kereta mu !
baiklah cikgu ni... patut dicontohi.. :)
patutnya pengusaha bas kena la bertanggungjawab...bukan tinggalkan mereka ni...alasan..."mereka lambat..tinggal la..."
alahai kesian sungguh..mak bapak dieorg tak complain ke kt pengusaha bas tu?nasib ada cikgu prihatin..:)
dulu sy selalu gak kena tinggal bas sekolah..tp selalunya bas buat dua trip,akan ambil kali kedua sesiapa yg terlepas bas yg 1st..
sikguuu..haha macam pelik
ayoooo
kesian bha jugak..budak kicil lagi kan sikguu..
huuuu...betol2..selalu nya pemandu ni, pentingkan duet jak..tidka lagi pikir budak2 ni..
aihhh...
sepeking sabah sudah ni sikgu :p
teruk betullah..kesian budak2 tu..
sampai mcm tu sekali ya..sampai hati betul..nasib baik ada cikgu gen2 yg baik hati ni~ =)
selamat mlm cikgu~ ^^
Kesiannya budak2 tu.. Apa kata cikgu gen2, jadi pemandu bas. Lepas waktu sekolah ja, terus jadi konduktor. Jadi, masalah pelajar ketinggalan bas, dah takdeeee. Hihihi :)
Erm bgsla ade y nk tmpgkn
dok pdlman ke? Takotnye kalo dpt sane
ps: jawapan rasenye da byk kali tulis kt blog ;-)
kesiannya..dh la kcik lg..sampai hati je buat bdk2 mcm tu..ptut saman je..jauh tu
kasihannya...dulu anak kak ita selalu juga tertinggal(lelaki)....kak ita kena ambil dia....(anak call,kuar dari opis antar rumah pengasuh)selepas tukar pemandu perempuan..alhamdulilah..tak pernah jadi lagi...
apelah pemandu bas tuh..sepatutnya tunggulah kejap.mmg fitrah budak2 mmg selalu adajer benda dilekakan.tapi keselamatan budak2 kenalah bimbangjkan jugak.amanah yang dibayar pd pemandu patut kenalah jaga..kesian balik sendiri..bayaha taw nak2 kalau umah jauh,n tak balik ngan cikgu..takut kena culik plak..mujur ada cikgu yang tugasannya mmg tak kira masa.
bukanjer di sekolah..jadi pemandupun cikgu kena buat..tak termasuk kerja2 lain lagi..huhu
tula.. pengusaha bas ni nak untung saja... tp tanggungjawab dan kepercayaan yg diberi di letak entah ke mana.. mmg kesian lah kat budak2 tukan.. nasib baik ada guru yg baik mcm cikgu Gen2 ni.. hehehe
nasib baik masa zaman sya dulu pengusaha bas sekolah tersebut seorg yg bertanggungjawab.. setiap kali pulang dia akan kira berapa org.. dia akan tny siapa yg tidak ada.. kalo murid tersebut tak ada dia akan cari di kaw sekolah bila x jmp juga dia akan telefon ibubapa utk kepastian kalau2 ibubapa murid tersebut sudah ambil.. begitulah sepatutnya keprihatinan yg perlu diberi oleh setiap pengusaha bas sekolah ni...
hmmm...teringat pula, dulu2 masa darjah 4 saya pernah tertinggal bas sekolah, nekad je balik jalan kaki padahal tak ingat sangat jalan pulang...nasib terserempak dengan jiran, terus tumpang balik...
Eh! Betullah, mana boleh tinggal macam tu je. Kena pastikan semua pelajaryang naik bas atau van sekolah dia ada di dalam baru jalan. kalau tidak, usahakan untuk kawan cari. Walau tidak selalu, tapi bila tertinggal macam tu kan kesian...
kalau saya, mau saya bebel orang yang bawa bas atai van sekolah tu...huhu.
Alhamdulillah saya dapat hantar dan ambil anak dari sekolah sendiri, kalau tidak takut juga di rumah, adakah anak selamat naik bas sekolah tu..huhu
morning cikgu...
siannyeeeeee...dah dpt bygkan kesusahan dorang kan.. ;(
xpelah cikgu..cikgu tlg la selagi mane yg mampu..moga2 cikgu2 kat sane dimurahkan rezeki.. ;)
Tak bertanggungjawab betul la pengusaha bas sekolah tu...7 batu nak menapak pulang..jauhhh tu..Sib baik ada cikgu yg prihatin mcm kamu...Syabas Cikgu..
Syukur ada cikgu yang prihatin :-)
Video menarik untuk dikongsi! The Joy of Books
tak patut betul la pemandu bas tu tinggalakan murid2 sekolah macam tu je..nama pun budak-budak..dapat peluang bermain..mesti la leka kan...
p/s : nasib baik diorang ada cikgu yg prihatin dan baik hati ni (",)
masih ada yang prihatin..tahniah..sy dulu kerap jugak jalan kaki balik sekolah..huhu..leh tahan jugak jauh
kesian kat budak-budak sekolah..jauh tu nak jalan hampir 7 batu...mujur ada cikgu yg baik hati
betul tu. adik aku pernah masa tahun 1 kne tinggal dengan van sekolahnya. adik aku jalan kaki dari SK batu 4 tu sampai rumah di batu dua. kesian adik aku. nasib baik selamat sampai. dah la tak reti nak naik bas sendiri.
pemandu van sekolah ni mmg tak bertanggungjawab. duit nak. tapi xnak pikul tanggungjawab.
pastu adik aku lagi sorang pernah teheret atas jalan raya gara gara tak sempat turun dari van betul betul, van tu terus pecut. sib baik siku dia je tesagat. bapak aku kejar pakai basikal masa nampak dari depan rumah. sib baik bapak aku tak belasah macik tu. hissh geram pulak bila ingat balik.
alahaiii sian sungguh... tak ikhlas la pemandu bas tu bekerja..hihii
sian budak2 tu.. dahlah jauh... nsb cikgu2 prihatin...
la...siannye bdk2 tue.. xb'ati prut la driver tue.. diorg kn still bdk lg.. aih.. "-_-
kesian kat budak2 tuh kene tinggal bas...
kesiannya budak2 tu.. sebagai pengusaha bas, sepatutnya dah jd amanah dia utk pastikan anak2 itu tidak tertinggal.. mujur ada guru2 yg perihatin.. Alhamdulillah..
kesiannye..x boleh bayang bdk2 kecik jln kaki jauh2..bahaya betul..drebar bas kdg2 cam hampeh je. dulu masa skola sy naik bas gak. byr tiap bln mhl..bas mcm sardin,servis x bagus. lmbt memang kena tggl..
memang kesian...rindu plak aku nak ke sana...
syukur..kalau ramai cikgu yg prihatin macam cikgu ni..ye la kan x semua cikgu nak tumpang murid hampir setiap hari..sian ngan bdk2 yg kene tinggal, tentu risau ibubapa dorang..syabas cikgu..
Tak pe... Boleh gak pahala ...
Assalamualaikum.
Terkenang kisah di zaman masih bersekolah rendah. Ditinggalkan bas, jarak sekolah dalam 5, 6 kilometer. Kononnya mahu jalan kaki beramai-ramai, tidak sampai 30 langkah, bas datang semula. Hehehe...
alamak cikgu..7 batu jauh mana eh??huhu..:p
kasian kan kat mereka cikgu..:(
nasi baik cikgu baik..:)
p/s :: ari tu masi ada nama cikgu tapi dh tewas dgn blogger lain kut..:p
buat je aduan, tukar sykt bas lain pulak..hehe
murninya hati cikgu2 kan..memberi ilmu besar pahalanya..
beri pulak bantuan tak kira masa,saya tabik la dgn cikgu2 yg berhati mulia ni..
Fardu kifayah.mulia perkerjaannya.
Sedihnya... Snggup pemandu bas buat mcm tu... Habis tu duit yg dibayar mcm mn...
mesti comel kan dorang tu...
pemandu bas tu x ikhlas dlm kerja diakan... yg dia tahu dtg dan hantar, tp tggjawab utk memastikan semua penumang ade tu xde..
kasihanya diorng kena tinggal.. kejam jugak drebar bas tu.. tpi masa aku sekolah dulu2 pun kes tetinggal bas ni selalu berlaku.. kejam kejam kejam..
psssttt: kali ni ndak salah letak komen lagi ya.. harap maklum hehehe
rasa pihak sekolah patut campurtangan kot!!kesian mereka....rumah dahlah jauh...
asalam ...salam kenal ... saya new bie .. saya dah follow blog awak ...sudilah kiranyer follow blog saya ... minta tunjuk ajar ...tq
aik.. lama cikgu x update blog..hihii
tertanya juga hamba..ke mana menghilang sahabat hamba nan seoran ini
Wahhh! Ada fanpage la! Hiks!
Samalah kite...awal thn nie mmg bz manjang...
Uish, bahaya ni..kan budak2 tu kecik2 lg...kena warninglah pemandu bas tu cikgu... kesian kat dorang ni... takde yg tegur ke????!
kesiannyer laa kalo budak2 tu kena jalan kaki balik umah..jauh plak tue..
kesiannya mereka kan.. dan syukur ada cikgu yang sanggup tumpangkan mereka..
Post a Comment