G2M Superfriends

Thursday, January 5, 2012

GURU sentiasa jadi perhatian



Minggu awal persekolahan ini sedang berlangsungnya Program Transisi untuk murid-murid Tahun 1 sebagai pendedahan awal kepada anak-anak ini untuk menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah

Turut sama hadir sudah tentunya ibu bapa yang menemani anak-anak  kesayangan mereka sejak awal pagi. Anak-anak yang dibelai penuh kasih sayang, sudah pastinya ingin mengharapkan didikan dan bimbingan yang terbaik daripada guru-guru di sekolah.

Bila perhatikan gelagat ibu bapa ni, teringat plak saya dengan luahan guru-guru yang semakin popular kebelakangan ini. (",)

"Ibubapa sekarang tak sama macam dulu. Anak kena jentik sikit ibu bapa dah melenting salahkan guru".

Hehehe. Yaa, itu sudah semestinya. Bagi saya, ibu bapa zaman sekarang jauh lebih matang berbanding ibu bapa kita zaman dulu. Dahulu apalah sangat, ibu bapa rata-ratanya terdiri daripada 'masyarakat kampung' yang hanya mengiyakan apa saja perlakuan guru terhadap anak-anak mereka. Ajar, didik, bimbing dan denda sajalah anak-anak mereka jika nakal,  asalkan jangan kasi mati cukuplah.. :D

Tetapi zaman sekarang jauh lebih berbeza. Ibu bapa kini rata-rata lahir daripada masyarakat yang serba moden dan lebih berfikiran matang. Bukan yang hanya menjawat jawatan profesional, malah mereka yang bekerjaya sebagai nelayan sekalipun  boleh 'melenting' jika anak-anak mereka tidak diajar dengan betul oleh guru-guru mereka. 

Seorang guru sendiri pun, pasti akan panas telinga jika anak-anak mereka didenda oleh guru lain tanpa alasan yang munasabah.

Itulah cabaran pendidikan masa kini. Guru-guru kena bersiap sedia bukan hanya dari segi jasmaniah, malah rohani dan intelek juga perlu diasah sebaiknya agar bersedia menghadapi cabaran alam persekolahan yang seringkali dianggap 'mudah' oleh mereka-mereka yang memandang remeh kerjaya pendidik ini. (",)

Maaflah, saya ni pun apa kurangnya. Buat post 'nasihat' sana sini, padahal diri sendiri pun bukan sesempurna mana. Ekekee. Masih banyak kelemahan. Ya, saya masih guru yang masih belajar nak jadi cikgu yang sebaiknya. Mohon maaf andai ada yang terkurang ya. (",)


42 comments:

IMANSHAH said...

wah teringat zaman sekolah dulu, ayah kita tunggu

Ezad Skytech said...

tanggungjawab seorang guru ni memang besar...bukan semua boleh pikul tanggungjawab macam ni...:D

Afida Anuar said...

Dulu lain, sekarang lain...

dulu kalau budak2 kena rotan dengan cikgu, depa takut nak bagitau mak ayah, takut rotan tambahan di rumah..

skrang kalau kena rotan, entah2 cikgu tu glemer satu malaysia!..oh!

fizafantagiro said...

sy lebih suka cara didikan yang zaman dulu2.. maksud sy..ibu bapa percayakan guru dan guru tahu had utk mengajar.. setakat rotan sikit-sikit itu perkara biasa dlm mendidik kan.. tp zamn skrg .. rotan sikit ..masuk paper bagai .. ermm..
-pendapat peribadi -

~Sal Ismail~ said...

mudah2an sy akan jadi seorang guru yg tabah & mampu tunaikan t/jwb sebaik mungkin..amiin~

thanks 2u2 cikgu gen2..gud nyte~ =)

Qaseh Suhaida said...

tugas cikgu bukanlah mudah kerana dia perlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi untuk mengajar semua anak muridnya...jadi hormatlah guru

ridzuan sujari said...

x selesa bila parent tunggu.. tapi nak wat cmner.. buat je lah cam xde pape.. hehe

http://ridzuangjanz.blogspot.com/2011/12/contest-pesta-puisi-islam.html

Puan Kutu said...

tanggungjawab guru bukan sekadar pendidik, nak menghadapi kerenah anak murid dan ibu bapa yang pelbagai jugak kan..nak p baca apa kisahnya cikgu yg tak betul tu..:)

maszull said...

assalamualaikum dil...teringat masa anak mama masuk sekolah dulu mama tunggu die org tapi anak2 mama x mahu tapi mereka yg suruh mama n hubby balik dulu x payah tunggu mereka....:)

biela bell said...

dulu bercita2 jadi guru tapi tak kesampaian..setakat dpt pengalamn jadi guru ganti pun bersyukur masa tu.ternyata tugas seorg guru nie juga sgt mencabar. Semoga menjadi seorg guru yg cemerlang, gemilang dan terbilang dlm mendidik anak bgsa :)

Unknown said...

Td kuliah pon sal lectrer mara anknye kene lmpang wlpon xslh

mcm2

Noor Fatin said...

ayah saya dlu, dia siap pesan kat cikgu, kalau saya degil, rotan je, xpayah mintak izin dia. asalkan xpatah kaki tangan sudah~ hahaha.

ayah zaman skrg lain :P

3no gr33ny said...

owhh..mcm ni sekolah kt sana..cuaknya tkt t posting jauh ke sana..huhuhu

Si BuDaK KaChAk said...

dulu slalu ayah pesan dekat cikgu2 kalau sy buat mslh rotan je....alhamdulilah....sedikit sebanyak sy boleh mengikut peraturan dah lepas tu....

RHI said...

ibu bapa sendiri kena faham situasi..tak boleh ambil tindakan melulukan? CIKGU adala insan ISTIMEWA...
Lelaki idaman wanita

IntaNBerliaN said...

ooo cikgu ni mengajar sek rendah ke..

nape lak dgn guru ni... nak g terjah jap.. hihii

MulutPayau said...

karenah murid kena layan...kerenah ibu bapa pulak macam2...hehehhe sabar jer lah...

skuterlady.blogspot.my said...

selamat pagi cikgu... terima kasih kerana sudi kongsikan entry saya di sini cuma sebenarnya saya baru perasan yang tajuk tu saya de tersilap sikit.

Sepatutnya tajuknya ini : bile guru pon ajar tak betul...

Tapi sebab tak buat semakkan semula, hari ni baru saya perasan tajuk tu tersilap.

Ape pon, saya sebenarnya tabik hormat pada semua cikgu - cikgu sebab berani sahut cabaran sebesar tu... yang mana dulu jadi cita- cita saya tapi bila dah semakin dewasa, saya rasa saya tak dapat nak sahut cabaran macam semua cikgu lakukan..

so.. cikgu2.. semoga terus tabah dan cekal dalam menjalankan tanggungjawab dalam mendidik anak bangsa...

**Suddenly rindunya kat cikgu2 saya dulu..hmmmm...

skuterlady.blogspot.my said...

masih teringat kat ustazah saya yang garang sangat... nama dia ustazah Siti Amrah...

Dia kalau mengajar, budak2 paling takut dengan cubitan berbisa dia...hu3.. me pernah kena sekali sebab gagal hafal surah yang ustazah tu nak...hu3.. lepas tu gigih hafal sampai mak pon terpaksa stay-up sama...terima kasih mak!

Kalau dia cubit, berbirat woo... sakit!... tapi berkesan untuk saya lah.. budak lain tak tau la plak...he3

Dylla Abas said...

selamat pagi abg cikgu!!!

hmm..sy setuju dengan entri ni.tapi bagi sy ibu bapa tak perlu campur tgn tentang pengajaran cikgu2 di sekolah.melainkan kalau cikgu tu buat perkara yg tak betul la kan.sebaliknya,ibu bapa harus memberi penekanan terhadap tanggungjawab mereka terhadap anak2 bila di rumah.ibu bapa pun boleh jadi cikgu apa.tapi cikgu di rumah untuk anak2 la (",)

skuterlady.blogspot.my said...

amaran untuk cikgu Gen2Merah..:

he3... akak ok je dik... tak payah la betulkan entry awak tu... akak rasa ok jer... excited de la sebab dapat betukar-tukar fikiran...

entry susulan tu cuma sebab akak takut ada cikgu2 lain yang terasa... hope not la... ye la... akak risau jer kot la ada diorang yang tersinggung...

akak ok jer... he3... tak perlu tukar atau adjust entry kamu ye... ok dah tu....he3

skuterlady.blogspot.my said...

akak dah tengok entry tu...alah... nape nak betulkan? boleh tak jadikan entry tu pada entry yang asal? boleh ye..?

skuterlady.blogspot.my said...

mohon entry itu kembali kepada yang asal ok...ngee...he3

AmirFX said...

Sekarang nie banyak tol kes mak bapak budak yang dtg skolah jumpa cikgu.. Dulu2 murid jer yang jumpa cikgu...

Cikgu Ma said...

transisi di cni biasa2 jerr...tak der ibu bapa tgu...

drama yang realiti

Aien Not Alien said...

tak perlu jadi sempurna untuk menegur, sebab kita semua sama sahaja, tiada manusia yang sempurna...hihi..


saya pelik sangat dengan mak ayah sekarang yang pantang anak dirotan cikgu ni...padahal semuanya lahir dan membesar pada zaman di didik dengan rotan cikgu dulu2...hmmm...

intan_blur said...

sbb tu ank murid skrang..nakal nauzubillah..tp cikgu..sbr ye..
moga2 pasni dpt la parents mcm intan n apong.sporting..hahahahaha ;)

Anonymous said...

pix kedua tu nostalgik betul tem aku sekolah rendah mak bapak pun penuh satu sekolah.

pasal mak bapak melenting tu mmg tak dinafikan.mmg la mereka akan marah. tp yang tak bole belah aprent yg sebelahkan anak dia even anak dia terang terangan salah.

Ct Aja said...

besar tnggjawab guru kan, tmbah2 kanak2 tahun 1...wuhuhuh mesti macam2 ragam..

aamalinaazman said...

huuuu
ase nye kan
tgjawab cikgu skrg lagi berganda2 dr dulu..sebab budak skrg kan pndai gileee dari cikgu
hehehehe

Anonymous said...

tanggungjawab guru bukan mudah kan..macam2 cabaran n kerenah murid kena hadap..moga terus semngat mendidik anak bangsa..bnyak pahalanya..

Kayu Manis said...

Ada setengah guru yang mulut laser,yg malas mengajar,yg asyik baca nota saja..asyik buat nota,cikgu baca, murid tulis..ajar pun mcm baca buku,sambil mengajar tgok buku,kalau mcm tu,baik budak2 baca buku tu sendiri..penyampaian cikgu tu tak sampai kpd murid..mcm syok sendiri aje..tak semua la cikgu mcm tu..masa skrg ni cikgu kena lebih peka,lebih ,kreatif,sensetif..kena lebih tahu dr murid tu sendiri..kak pangkat mak2 yg nak mengomen kat sini..jgn marah ye..ni kisah cikgu sek men...

duniaanita74.blogspot.com said...

betul tu cikgu....dugaan pun berbeza..antara dulu dan sekarang....sekarang ne..bebudak ganas-ganas...

Rafi Harumin said...

Assalamualaikum.

Rasanya seperti mahu balik sekolah. Tapi darjah 1 lah ya.

Keh keh keh

emarieys said...

dah jarang ibu bapa nak tunggu sampai ke petang anak bersekolah sekarang ni...

Abu Bagi said...

untungla cikgi jadi blog pilihan blogger popular bangku kosong..:D

Abu Bagi said...

aku rasa aku dah tersalah letak komen hahahahaha patutla komen2 kat atas cam tak kena dgn entry hahahahha

whitecappuccino said...

Kadangkala ibubapa yg bekerja sebagai guru juga cepat naik angin bila sesuatu kes berlaku melibatkan anak mereka..namun harus diingat bahawa perlunya bersikap rasional dalam menangani keadaan ini supaya penyelesaian yg sewajarnya dapat dicapai.

MiszMaryaNe said...

tahniah cikgu berjaya terpilih!
1st time datang belog cikgu ni..=)

Admin said...

manja sangat budak2 zaman sekarang,
ibu bapa pun sama nak manjakan anak2..

mummyrinazone beauty said...

lepas nie mummy lak menjenguk merah n sofia kat tingkap nuh..huhu

aizamia3 said...

sekarang jangan silap sikit.. kalau tak kena serang confirm kereta cikgu yang kena.. dulu dan sekarang dah tak sama.. cabaran sekarang jauh lebih besar berbanding dulu..

kepada ibubapa jangan mudah melenting bila cikgu 'sentuh' anak2.. selidik dulu kenapa.. kalau cikgu tu salah maka seharusnya cikgu tu perlu dikenakan tindakan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...