G2M Superfriends

Tuesday, February 14, 2012

Perkemahan Tunas Kadet Remaja (TKRS) Daerah Tawau 2012



Perkemahan Tunas Kadet Remaja (TKRS) peringkat Daerah Tawau. Sepatutnya saya dah publish tentang aktiviti perkemahan ini dua tiga hari yang lepas. Disebabkan kekangan masa dan kebuntuan idea, saya tangguhkan sehingga ke pagi hari ini. 

Selamat pagi yang ceria buat semua. (",)

Perkemahan Unit Beruniform yang mengambil masa tiga hari dua malam ini sememangnya telah mendidik para peserta untuk berjaya diri dengan matlamat yang diharapkan:-

@ Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan.
@ Meningkatkan kecekapan dan kendiri.
@ Menghayati erti batasan kehidupan.
@ Memupuk semangat keberanian dan kreativiti.
@ Meningkatkan semangat kekitaan, bepersatuan dan disiplin.
@ Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.

Segala pengisian aktiviti sepanjang perkemahan ini berlangsung sememangnya telah melatih semua peserta perkemahan untuk lebih berdikari bagi mengukuhkan konsep kendiri yang positif ke arah menyemai semangat muhibbah dan setia kawan sesama mereka.

COGAN KATA TKRS/ KRS

" Ilmu, Iman, Amal "

Tujuh Gunung, Tujuh Laut, Tujuh Rimba, kami seberangi. Semoga kita semua bakal berjumpa lagi dalam siri perkemahan yang akan datang. 

Tenang-tenang air laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.


"TEPUK TEPUK TERIMA KASIH" (",)


45 comments:

Unknown said...

Salam Cikgu,

Teringat zaman sekolah dulu, perkhemahan mcm ni buatkan kulit sy jd berkilat...hehehe...Tp kenangan yg semmgnya xboleh dilupa... take ur tima cikgu, lepas berkhemah smmgnya penat tp mengembirakan :)

Pen Biru said...

best kan bila buat cmaping cmni.byk benda boleh blajar..rindu semua tu

cheqna said...

teringat zaman sekolah dulu2..besh wooo =)
skang??nan hadooo huhuhu

AmirFX said...

Terkenang zaman masuk pengakap dulu.. :D

intan_blur said...

tgk gamba nih teringat kem time akk sek dulu2..selalu sgt buat hal..hehhehehe..

IntaNBerliaN said...

dulu saya x aktif.. xdapat pun join khemah ni semua.. bila dah esar nyesal.. napelah x aktif...

tunz said...

tahniah dah setel camping....lepasni byk lagi aktiviti menunggu cikgu2 kan...

dhiera zainudin said...

seronok ye budak-budak ni~ dulu masa sekolah paling tak suka kena pergi kem. hehe

duniaanita74.blogspot.com said...

bestnya cikgu..kak sekolah anak kak ita tak ada pun..kak diana pengakap pun tak ada...susah kot cikgu nak jaga dan nak buat kot ...

Ayuni said...

dulu ms sekolah rendah pernah camping . pastu siap masak cekodok lagi, ulah first time masak cekodok. camping mengajar sye erti berdikari.....

skuterlady.blogspot.my said...

khemah kat kawasan sekolah ker?he3... my first time camping..kat padang sekolah jer masa skolah rendah tu... tapi malam2 all girl kena tido kat bilik darjah...boys je yg leh tido kat khemah sebab cikgu tak nak amik risiko...he3... tapi best gak lah bile ingat balik...

Reena Sidek said...

dah lama tak camping...
rindu teringan zaman sekolah dulu...

Lea Isnawi said...

dh lama x g camping macam ni
rindu zaman sekolah dulu

Unknown said...

buat kat mana tu cikgu? Macam dalam kawasan sekolah lagi ya.

Anak saya darjah 4 minggu lepas ada tunjuk surat nak pergi perkhemahan mcm ni. Tp di buat di gunung ledang, saya takut nak lepaskan, dia baru nak masuk 10 tahun...huhu. Kalau buat kat padang sekolah mcm ni, mmg saya beri izin punya....hmm

lieynanilaz said...

dulu masa zaman sekolah memang suka kem yg sebegini lagi2 kalau yg malam2 cikgu tinggal kat tepi jalan sorang2...haha.

Kayu Manis said...

paling best masak2 lps tu mkn

mkn sardin mcm mkn ayam..lazatnya

lapar selalu.

Tahniah utk cikgu.

kagum kak.

Ezad Skytech said...

perkhemahan macam ni la best...teringat dulu2...hee~

Anonymous said...

seronok tul camping time skolah..nak kawad ramai2 best..still ingat ag tepuk terima kasih tu..

maszull said...

assalamualaikum cikgu dil...seronoknya dpt pi berkemah teringat masa zaman sekolah dulu2...:)

ummu said...

salam Gen2 Merah
perkhemahan camni,sellau cikgu2 pun kena pergi,kan
tahun lepas akak menyibuk juga dekat PLKN.Sewa di situ.berkilat muka akak,sbb dah lama tak attend program cam ni sbb kerusi roda payah sikit nak outdoor.

Unknown said...

RIndu betul dgn aktiviti mcm ni... dulu zamn sekolah pantang ada aktiviti mcm ni confirm Queen Follow.. best!

capt. keon alhan said...

wahh,,,ckigu guru tkrs ke,,,wk2 sy sklh rndh dulu tkrs la pling aktif...tp sy puteri islam...ngee..sklh mngh pulak masuk kadet polis...

gadisBunga™ said...

amboi adik2...seronok berkhemah ek??

emarieys said...

teringat dulu camping kat tengah padang

Eye_nee said...

zaman sekolah rendah dah lebih 32 thn ditinggalkan..dulu2 mana ada perkhemahan bagai mcm ni...bagus sekarang ni boleh meningkat kecerdasan anak2 fizikal dan mental....

Unknown said...

dlu waktu skolah, tak pernah join aktiviti2 mcm ni.. skarang dah besar "ya Allah ruginya tak join waktu kecik dlu"

GojesYoja said...

wah..terbaik! adik Mawa yg darjah 5 tu pun Tunas Kadet Remaja Sekolah..hehe

Unknown said...

y tengok pon letih

haha

mls betul nk bkhemah2 ni

*Wah rajin taip entry skng=P

Si BuDaK KaChAk said...

alamak...dah tersalah tulis kt kotak komen...hehehe...

nk tulis blk...

teringat mase zaman skola rendah dulu...hehehe

cimöt said...

tetibe rindu kat sekolah dolu2...

kurus said...

bagusnye program macam nie
pendedahan awal tu perlu kan ;)

IMANSHAH said...

best camping tau..kalau hujan lagi best

Guru said...

masa program seronok tak ingat lah kan, dah habis program, penat dan sakit2 badan ....

3no gr33ny said...

andai perkhemahan sebegini..malam terakhir yang best..pertandingan buat persembahan..seronok sangat tengok gelagat yang bermacam =)

Puan Kutu said...

Aktivit camping ni sangat bagus untuk muhasabah diri, belajar toleransi dan kerjasama..:)

Hafizin Jamil said...

time skolah dlu..tak minat sangat berkhemah under skolah yang manage..haha..tak bebas...

whitecappuccino said...

awal ya dah ada perkhemahan..

Woofer Storm said...

bestnya..

dah lama tak cmping cikgu..rindu sngt ngan suasana camping2 ni..ehhe

~Sal Ismail~ said...

perkhemahan mcm ni sgt memupuk sifat kerjasama..x sabar pulak nak join perkhemahan mcm ni~ ^^

LadyBird said...

trgn zmn kecik dulu tido dalam kemah..
bgn tidur badan2 berdarah sana sini sebab pacat gigit.. tp x takut pun.. seronok..

Aien Not Alien said...

camping masa zaman sekolah dulu-dulu fikir nak seronok je dengan kawan2...hihi..kenangan indah... :)

QasehnyaRania said...

saya dulu ahli KRS...best sangat dapat pergi pekhemahan perdana peringkat kebangsaan di jengka..
negeri kedah byk dapat hadiah...hehehe

capt. keon alhan said...

mana ada saya nak kawin che gu...umo baru 18 kot....muda sangat lagi nak khwin...gmbr tu sy share utk org yg nak khwin...

Abu Bagi said...

oyeh.. mari bersukan hahahaha

Hanie Dew said...

heppy je muke bebudak tu. comel comel semua. camping kat mana ni.

aku dulu tak suke join camping. sbb sausah nak mandi.tido tak selesa. makan tak kenyang.hahaha.tak suka sukan lasak. sekali je join sebg kadet polis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...