G2M Superfriends

Saturday, February 4, 2012

Kejohanan Balapan dan Padang MSSZBST kali ke-12


Pada awal Februari yang lepas (1-2hb) telah berlangsungnya Kejohanan Balapan dan Padang MSSZBST kali ke-12 peringkat zon sekolah-sekolah Bandar Selatan. Untuk makluman bersama, sebanyak 53 buah sekolah rendah Daerah Tawau sebenarnya dibahagikan kepada 5 zon utama iaitu Zon Sebatik, Zon Kalabakan, Zon Merotai, Zon Balung, Zon Bandar Utara, dan Zon Bandar Selatan. 

Sekolah tempat saya mengajar (SK Batu Payong) termasuk dalam senarai 14 buah sekolah di Zon Bandar Selatan

Kejohanan sukan antara sekolah ini di adakan di Kompleks Sukan Tawau. Saya sendiri telah dilantik sebagai guru ganti untuk jawatan pengadil balapan. Tugas tu macam biasalah, terpaksa berdiri berpanas di tengah-tengah padang untuk mengatur dan menyusun peserta-peserta yang bertanding. Kepanasan dan kerimasannya hanya diri sendiri yang tahu. xoxo (",) 

Berdiri sepanjang hari di bawah terik mentari, seolah teringin juga nak pakai payung macam cikgu-cikgu pempuan tu. Tapi apa leh buat. Ego lelaki kena jaga yo.. ekekekeke. Tak klass la pakai-pakai payung ni. Heeee.. Hitam legam juga la akhirnya kulit ni... ekeke (",)

Insya Allah jika tiada aral melintang, minggu hadapan pula saya akan membawa murid-murid untuk program Perkemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) plak. Memang minggu-minggu yang sibuk untuk awal tahun ni. Untuk kebaikan murid-murid juga kan.

Semoga segalanya dipermudahkan.

18 comments:

Nadia said...

la...cikgu amik je gambar pakai payung..tunjuk sikit kat nad..:)

rindu sekolah..:)

Puan Kutu said...

wah macholah cikgu dah bertukar warna kulit.haha..

Si BuDaK KaChAk said...

lelaki tak lari dari ego kn??hehehe...

xpe2...biar susah sekarang....senang kemudian hari...

=)

tunz said...

wah awalnya mssm kawasan...

maszull said...

assalamualaikum cikgu dil...bestnya kalau dpt masuk sukan mcm ni...

t'ingat masa sekolah dulu2 suka kalau t'pilih dlm acara sukan2 mcm ni...

Cikgu Ma said...

tu la kan..skolah bandar..aktif..skolah saya santai2 lagi..hehe

bobiedanbad said...

hehehehe memang hari yang sibuk saya pun selesai terlibat dalam bola tampar MSSBT

Kayu Manis said...

boleh pula,fikiran cikgu mcm tu ye..macho ke guna payung..?kalau hujan nak tunjuk macho juga ke cikgu..?

3no gr33ny said...

tidaklah salah kalo berpayung..tapi kalo sbb nk macho sgt kn tuan hamba..pakai la topi yang bsr2..topi koboi ke..huhuk...

p/s : pkai sunblock la tuan hamba...

AmirFX said...

Haha.. Stay macho bro! Semoga semuanya dipermudahkan...

budak penjara said...

klu ak pakai je payong..peduli pe orang nk kata..dh alang2 nk pkai payong tu..pakai la yg ala pinky ckit..haha..baru org tergamam nengok

TiNurSya said...

still fikir ego? ish ish, baek la pakai payung cikgu. panas la :)

*cepat nye sukan kat sane eyh? skola syieda blom lg.

naiemah_ramli said...

cikgu beli ja payung yang kcik ats kpla tu..hihi ^__^ tak salah pakai :)kahkah,,,

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

rindunya hari sukan time skolah dulu..meriah!

Unknown said...

Cikgu, hitam tp menawan...hehehe...
Semoga dipermudahkan urusan cikgu.. tugas mulia tukan :)

Kancil 8349 said...

minggu depan giliran zon utara...hehehe

Unknown said...

bila cerita pasal balapan ni, apa je yg aku pandai, huhu lari pun lembab.. huhu

emarieys said...

awal-awal dah mula sukan erkh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...