G2M Superfriends

Monday, July 11, 2011

Sentiasa berprasangka baik


Petang tadi selepas Asar di sebuah surau yang agak terpencil di pinggiran bandar. Para jemaah sorang demi sorang melangkah keluar meneruskan kehidupan keduniaan di luar sana. Di penjuru tangga, aku ambil peluang untuk beristirehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ku untuk pulang ke rumah kelak. Penat sangat hari ini. Nak bersantai setengah jam dulu.. ngee~

Broom brooooomm.. Kedengaran sebuah motor menyusup masuk ke perkarangan surau. Si penunggang turun  lalu dalam keadaan tergesa-gesa menyapa saya. 


"Salam bro, tandas surau ni di sebelah mana ya?". Tegurnya.

"Ooo tandas ada sebelah belakang. Blok kiri bersebelahan tempat mengambil air wudhu". Balasku sambil tangan kanan menunjukkan arah untuk tujuannya.

"Ok tengkiw bro'".

Si mat motor terus berlari-lari anak menuju ke arah tandas yang aku tunjukkan tadi. Tak tertahan lah agaknya tu. Mata ku asyik melirik memerhatikan gelagat mamat tu. Tandas pun tak tahu. Nampak sangat tak pernah datang surau ni. Lucu plak.. ahakzz.. (",)

Lima minit kemudian dia muncul dengan muka kelegaan sambil kedua tangannya masih membetulkan seluarnya yang agak kelonggaran. Tanpa  respon sepatah kata, si lelaki hanya sempat meleparkan senyuman. Motor dihidupkan semula kemudian berlalu pergi................ (-_-)

Aku terpaku diam seribu bahasa. Daun kering berguguran, habuk beterbangan...

(Dalam hati)
 Hek elleeh, datang surau sekadar nak tumpang tandas ja ka? Kan bagus kalau tunaikan kewajipan solat Asar sekali..

(Dalam fikiran)  
Ooh, agaknya dia dah tunaikan solat Asar tempat lain kot. Mudah-mudahan laa kan.. Ngeee~

Moral: Sentiasa berprasangka baik dengan semua orang. Be positive thinking ye...



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

20 comments:

Unknown said...

mujur dia cari toilet..
kalau dia jenis pengortor..

eik..

bagus tu cikgu.. berperangsaka baik2....

Kancil 8349 said...

yeah betul tu...ndak juga dapat dosa kan....

Ce'gu JAERA said...

Citarasa Rinduan---> iya... kita kena berprasangka baik dgn semua org.. be positif

Ce'gu JAERA said...

Ums Niza----> betul 3x..

C`ayob.com said...

waaa baik nya cikgu ini...harap...berprasangka baik d teruskan

Ce'gu JAERA said...

cayob ---> ehehehe.. tima kasih sahabatku Cayob..

emarieys said...

bagus tu..kena berprasangka baik juga...

KakD said...

hehehe mungkin die tak biase solat kat surau tu kot, mungkin die nak terai surau lain pulak kot hiks

bersangka baik..hihihi

Prince Halilintar said...

bagus tu kite berprasngka baik pada org..insyaAllah klu terbuka hatinya slps ni utk solat jemaah bersama di masjid kan..

Ce'gu JAERA said...

MamaEma ----> iya, berprasangka baik la dengan semua org kan mami

Ce'gu JAERA said...

MAPPIAU----> hik hik hik... mungkin juga lah kan.. berprasangka baik.. ekeke

Ce'gu JAERA said...

Prince Halilintar--> betul juga kan.. selain brprasangka baik, kita juga perlu mendoakan seseorang agar terbuka hati dan mindanya ke arah kebaikan.. amin..

suria lekatlekit said...

tu la kelemahan manusia kan.. kebykkan mcm tu. Kita selalu berprasangka buruk.

Ce'gu JAERA said...

THE LEKAT LEKIT STORY---> bersangka buruk satu tabiat yang perlu kita hakiskan..

Noor Fatin said...

kita xtau apa masalah dia kan. hehe. mgkin dia ada hal lain kot. hehe

Ce'gu JAERA said...

NOOR FATIN---> agaknya lah kan.. sentiasa berprasangka baik kan..

intan_blur said...

;).. intan pun skrng nak cube sntiasa bpkiran +ve n berperasangka baik.. wlupun kdg2 mcm x masuk akal..

Ce'gu JAERA said...

intan_blur----> alhamdulillah.. bagus lah macam tu.. ekceli, masuk akal tak masuk akal belakang cerita.. yang kita berfikiran positif.. insya Allah hati pun senang kan.. ehehe

Niena Muhammad said...

boleh aje :D

sila la menjoinkan diri :D

Niena Muhammad said...

Gen2Merah

HARAP MAAF.. tawaran utk kaum wanita jer.. sbb... yg pompuan (5org tu) sume sudah berpunya ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...