G2M Superfriends

Friday, July 29, 2011

Majlis Persaraan Ustazah Faridah Yaakob


Majlis persaraan Ustazah Faridah Yaacob 
_______________________

Cuaca redup mengiringi suasana kesedihan yang berlangsung di Dewan Serbaguna SK Batu Payong Tawau pagi ini. Daripada sekecil-kecil murid pra sekolah hinggalah ke murid tahun 6, mereka berkumpul bersama-sama guru-guru dan warga sekolah bagi meraikan majlis persaraan seorang guru yang amat berdedikasi di sekolah ini.
Ustazah Faridah Yaacob, seorang guru yang penyayang yang amat disenangi oleh semua orang terutama murid-muridnya. Berkhidmat selama 32 tahun dalam dunia pendidikan, dan mencurahkan bakti selama 14 tahun bermula pada tahun 1997 di SK Batu Payong Tawau. 

Kini tibalah masa yang dinantikan, inilah ucapan terakhir dan bayangan kerinduan daripada seorang cikgu yang bakal dikenangi jasanya sepanjang hayat.
 
Sesungguhnya ustazah Faridah merupakan ikon guru yang perlu dicontohi oleh semua guru terutama saya yang masih merangkak dalam bidang perguruan ini. Dengan semangat jitu dan lembut kata tuturnya, ustazah Faridah telah meninggalkan kenangan yang paling manis di hari pengakhiran khidmat beliau dalam dunia pendidikan.

Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala sumbangan Ustazah Faridah sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Mohon maaf andai ada silap dan salah yang bisa mengguriskan hati dan perasaan.
  
Dengan iringan doa semoga segala jasa akan mendapat balasan Allah swt dan dikayakan dengan ilmu, kesihatan, keimanan, panjang umur, rezeki, kasih sayang dan kebahagiaan di dunia dan diakhirat. Amin

   
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi 



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

24 comments:

Kancil 8349 said...

Sedihnya ndak dapat datang ke sekolah pagi tadi...huhuhu...ada urusan keluarga mahu diuruskan. Apapun, memang banyak jasa ustazah Faridah walaupun saya baru 7 bulan di SKBP...apapun,jasanya tetap kami kenang....

Abby Salvatore said...

biapun x kenal Ustazah Faridah,saya mau cakap gak...Jasa mu di kenang!

Mesti c anne sedih ni kan?Nanges ka dia?kekeke

Ce'gu JAERA said...

Kancil 8349---> iya geng.. semoga yang terbaik buat ustazah Faridah selepas bersara dr dunia pendidikan..

Ce'gu JAERA said...

Abby Salvatore ----> ehehehe,.. konfom lah bah tu cikgu anne nangis.. kami semua pun bersedih bah.. ehehehe..

Anonymous said...

tumpang sedih huhuhu.......patah tumbuh hilang berganti.....

Eleeyanee said...

tumpang sedih..huhuhu...
patah tumbuh hilang kan berganti....

K O R I E said...

cikgu bila nk bersara plak?
gurau je^^

pepun guru jasamu tetap dikenang!
-ustazah faridah -

Ce'gu JAERA said...

Eleeyanee ----> betul.. patah tumbuh hilang berganti.. moga makin ramai cikgu2 baru yang komited dan bersemangat..

Ce'gu JAERA said...

K O R I E----. ehehehe.. sy baru dua tahun berkhidmat... Insya Allah akan tiba la giliran sy plak.. ehe

a.R said...

teringat zaman sekolah rendah dulu..~

duniaanita74.blogspot.com said...

salam singgah dan follow..jng marah cikgu...malaysia main semalam memang best gila..cuma nasib tak menyebelahi kita..cuba lagi tahun 2018...

aizamia3 said...

lambat laun kita terpaksa berpisah jua..

Noor Fatin said...

sebak kalau dengar lagu bertemu dan berpisah..wuu

Ce'gu JAERA said...

Cik Muda Sae ----> kenangan kita sambut guru yang bakal bersara kan.. ini lah yang guru2 bakal tempuhi kelak bila da sampai waktunya

Ce'gu JAERA said...

anitadiana ---> ehehehe.. tima kasih anita.. all the best buat team malaysia di masa akan dtg

Ce'gu JAERA said...

aizamia3 ----> bertemu dan berpisah.. pasti sedih kan bila segala kenangan bakal diingati kelak

Ce'gu JAERA said...

NOOR FATIN----> pernah dengar tak lagu pertemua dan perpisahan yang bertajuk "aud lang sine"... sedih kalau hayati lagu tu...

cik sakura said...

jasa mu di kenang ustazah..mesti rasa sayu kan bagi sesiapa yang rapat dengan ustazah ni..pernah merasai..

Ce'gu JAERA said...

cik sakura----> betul tu cik sakura.. mana2 sahabat yang rapat sama kita pun pasti akan merasai bayangan memori sepanjang bersama.. all the best buat ustazah Faridah

Hanis Azla said...

bertemu menyeronokkan.. berpisah menyedihkan.. itu yg selalu kita rasa kan.. harap2 contoh2 yg ditunjuk menjadi ikutan buat yg lain.. guru besar anak akak pun bertukar sekolah minggu ini.. bila beliau kirimkan salam buat semua ibu bapa, mmg akak rasa sebak sbb byk sgt jasanya di sekolah itu..

Salam kenal yer.. thanks sudi singgah ke blog akak..

nuyui a.k.a miss YUI said...

rndu lak kat ckgu lama..

Ce'gu JAERA said...

Hanis Azla ----> terima kasi sama2 kak Hanis.. betul kan. bila someone banyak berjasa pada semua orang, insya Allah jasanya bakal d kenang sampai bila2..

Ce'gu JAERA said...

nuyui a.k.a miss NUSHA ----> huhuhu... saya pun rindu dengan kenangan cikgu lama saya dlu2..

Awangku Johan said...

oohh ustazah faridah pun dah bersara.. beliau pernah mengajar dlu di Sk Pekan Menumbok.. masa itu saya darjah berapa tah.... Mentua ustazah faridah ini jiran sebelah rumah saya jer... di Kg tepi laut menumbok, sabah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...