KISAH SI GURU PEMULIHAN
____________________________________________________________
Al-kisah, tersebutlah sebuah cerita,
Di sebuah daerah entah apa namanya,
Di sebuah daerah entah apa namanya,
Hiduplah Seorang insan bergelar cikgu,
Atan adalah nama diberi.
Atan adalah nama diberi.
Merupakan seorang cikgu pemulihan yang baru sahaja bertugas (",).
Ada pun dia mohon jadi cikgu bukan lah atas minat dan kerelaaan, tapi kerana terpaksa sebab susah sangat nak dapatkan pekerjaan lain. Ngeee~.
"Takpalah, jadi cikgu pun best ape. gaji besar, kerja setengah hari, profesion dihormati plak tu. wuiyooo, mesti ramai orag luar sana yang berminat nak jodohkan aku dengan anak-anak dorang, hehee". Bisik hati kecilnya dengan penuh kegirangan.
Begitulah sandiwara seorang insan yang bernama cikgu Atan ini.. Punyalah banyak insan lain di luar sana yang berjiwa pendidik memohon cikgu tapi tak dapat-dapat. Orang seperti cikgu Atan ni plak yang terpilih. Alahai alangkah tertipunya penemuduga-penemuduga dengan lakonan si Atan ini. Huhuhu
Hari berganti bulan, bulan berganti bintang. Genaplah pengajian cikgu Atan berkurusus di Institut Perguruan. Berkat didikan dan asuhan daripada pensyarah-pensyarahnya, sikap cikgu Atan masih juga tidak berubah-rubah. Masih dengan angkuh berfoya-foyanya menjadikan 'tiket cikgu' ini sebagai loncatan untuknya hidup senang lenang..
"Tak sabar rasanya aku nak dapat gaji besar ini. Hehehehe ". Begitulah luahan hati Atan selepas menamatkan pengajian. Tak terlintas langsung di hatinya untuk berjiwa pendidik mengajar dengan bersungguh-sungguh.
"Alaaa aku jadi cikgu pun setakat mengajar kelas pemulihan je pun. Ajar abc dan 123 je hehehehe. Kacanggg. Watpa nak risau. Bukan susah sangat pun nak mengajar budak-budak membaca menulis dan mengira ni. ehehehe".
Orang cakap belum cuba belum tahu. Tapi si Atan ni belum start mengajar pun dan mula riakkan diri.
Kini Atan sudah bergelar cikgu di sebuah sekolah tempat dia di'posting'kan. Selesai melapor diri di sekolah tempat bertugas, tiba masa yang dinanti-nantikan, Cikgu Atan akhirnya berdiri di hadapan murid-murid pemulihannya buat pertama kali nya.
Tak sabar rasanya nak mengajar budak-budak membaca dan menulis ni. Diperhatikan murid-murid pemulihannya sorang demi sorang. Bermacam-macam karenah dan gelagat. Pakaian selekeh, ada yang risau, merendah diri, menggigit kuku, lemah tubuh badan, ada yang degil dan nakal, muka bengis dan menakutkan pun ada.
Anak muridnya tidaklah cerdas-cerdas belaka, tetapi semua rajin-rajin hendaknya. Apa taknya. Bersemangat nak nak berjumpa dengan cikgu baru. Belum pun tiba waktu mengajar, semua dah tercegat depan pintu tanpa kesabaran.
"Okey kelas, cuba nyanyi lagi 'a b c'... lalalalalalaaaaaaaaaa...."
Selepas diajar itu ini begitu begini,
Semuanya masih ternganga tidak faham sana-sini.
Diterangkan semula itu ini berkali-kali,
Tapi tetap jua menyakitkan hati.
Dibuatnya faham, tapi murid hilang tumpuan. Di buatnya lagi bermacam-macam tapi murid-murid lemah pengamatan, kurang yakin pada diri sendiri, keliru dengan konsep dan berbagai-bagai lagi karenah kanak-kanak pemulihan yang cikgu Atan tidak pernah sedar selama ini. Adoiii.. (",)
Malam itu atan tidak tidur lena. Pening dan tekanan dia bila mengenang sikap murid-muridnya siang nya tadi. Sungguh menghantui mimpi ngerinya malam itu.
"Dah lah tak pandai paham-paham, nakal-nakal plak tu. Eii, kalau anak aku dah lama aku sekeh kepala dorg satu2 persatu.. ngeee sabararrrr.."
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, murid pemulihan yang diajar masih juga tak faham-faham apa yang di ajar. Makin lama makin tekanan jadinya. Dah lah bingung dengan tugas dan beban jawatan lain, kelas pemulihannya sendiri pun masih tidak terurus. Cikgu Atan semakin hilang arah.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, murid pemulihan yang diajar masih juga tak faham-faham apa yang di ajar. Makin lama makin tekanan jadinya. Dah lah bingung dengan tugas dan beban jawatan lain, kelas pemulihannya sendiri pun masih tidak terurus. Cikgu Atan semakin hilang arah.
"Nyesalnya aku tak belajar bersugguh-sungguh masa di maktab dulu. Padan muka aku sekarang. Macam mana lah aku nak pahamkan budak-budak ni ya? Dah lah Guru Besar asyik-asyik tanya aku perkembangan budak2 ni. Minggu depan plak ada pemantauan daripada Nazir. Macam mana aku nak jelaskan nanti yaa... alahaii.....".
Jauh cikgu Atan termenung di penjuru kelas nya. Sakit kepala bila memikirkan persoalan yang sukar untuk dijawab. Segala impian dan angan-angannya kian menjauhi. Hanya satu persoalan yang bermain di minda cikgu Atan.
"Hmmmm.. baru aku tahu macam begini rupanya jadi seorang cikgu ya. Tidak seindah seperti yang diharapkan."
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
27 comments:
kat mane pun kite keje dan sbg ape pun kite keje mmg akan ade cabaran..hadapinya dgn tabah dan penuh smgt..
menarik ceritamu nie Dil...tapi lucu...terhantuk baru terjaga...hehehehe
Prince Halilintar---> itu yang kita harapkan prince.. hadapi semua cabaran dengan senyuman..
Ums Niza---> hehehehe.. sbg renungan untuk kita bersama
Moga-moga siapa yg rs dia begitu, cepat2 tersedar bila membaca kisah ini...sungguh benar, jika sekali menjadi guru hingga jasad mereput anda tetap digelar guru..jd biarlah gelaran itu sama mulia dengan yg digelarkan
Nora Shahaira---> iya, jadi guru biarlah berjasa hingga ke akhir hayat
hahahahaha...mesti cikgu tu x keruan smpi skrang..tula..riak sgt..x sbr nk tunggu nxt post ;)
chaiyok2 cikgu atan! eheheh...
intan_blur ----> hehehehe.. cikgu pun manusia biasa kan.. insya Allah tnegah fikiaq nak sambung episod seterusnya ni.. ekekeke
Sunah Sakura ----> chaiyok chaiyok... ehehehe
hadapi dengan senyuman ye..mana tahu dengan senyuman dapat mengurangkan sedikit beban..hehe
cik sakura ----> ehehehe.. senyuman sentiasa membahagiakan diri kita kan..
kerjaya seorang guru ni perlukan minat & keikhlasan kalau hanya fikir kerja & gaji memang susah, kan??
THE LEKAT LEKIT STORY----> sangat setuju dengan pendapat itu.. kerjaya guru perlukan semangat dan keikhlasan..
teringat pula kenangan dan pengalaman mengajar. betul tue. bukan senang mengajar sebenarnya. hatta abc 123..
izfanora ---> kerjaya cikgu nampak mudah.. hanya mereka yang pernah dan bergelar cikgu saja yang tahu suka dukanya,...
nampak mcm senang kan, tapi sebenarnya susah. dari kecik2 saya mmg xmau jadi ckgu. saya tgk ckgu saya mengajar, kesian. hehe. tu zaman dlu. zaman skrg lagi la hal mcm2.
cikgu adalah pekerjaan paling tabah, curah ilmu dan yg akan kita kenang sampai bila2..
NOOR FATIN----> terima kasih atas pandangan itu.. jadi cikgu lebih2 lagi zaman skrg amat mencabar minda dan perasaan,
hehehe macam bace novel okeh, lagi lagi lepastu camne...huhuhu eksaited nih hiks
MAPPIAU ----> lagi lepas tu nanti laa... belum siap lagi sambungannyaa... ehehehehe
Cikgu Atan ni terlalu ambitious.. untuk dapat gaji besar dengan kerja senang.. ambik ko...
BLOGPSOT - Tempat nak study Bible
padlie----> itu lah kalau bekerja dengan hati yang tidak ikhlas kan...
cikgu!!
cikgu!!
Niena Pengembara Ilahi----> iya Niena ku... hihihi
lama xtimbul :D
waina..jgn bah begitu... jadilah guru terbaeekk..
Post a Comment